Monday, 4 March 2013

Anwar Mengamuk! Jika anda bangkitkan isu pencerobohan ini lagi, saya akan dakwa anda


Adusss! Kenapa tiba-tiba Anwar ni mengamuk pulak! Jangan lah marah-marah! Wartawan yang bertanya hanya mahu ulasan dari Anwar. Menurut sumber, Ketika diberitahu bahawa media di Filipina menerusi laporan mereka mengaitkannya dengan insiden itu, Anwar bagaimanapun berkata: "Terdapat banyak media di Filipina. Mana satu yang anda maksudkan?" Sementara itu apabila diberitahu bahawa dakwaan mengenainya disiarkan akhbar harian terkenal Filipina, Philippines Daily Inquirer, Anwar berkata beliau sudah membaca laporan berkenaan namun menyatakan bahawa namanya tidak disebut sebagai pihak yang dikaitkan.

"Jika anda bangkitkan isu pencerobohan ini lagi, saya akan dakwa anda," katanya kepada seorang wartawan portal berita yang mengajukan soalan berkenaan.

Marah betul Anwar ni ye! Jawab je soalan, mudah kan. Jangan nak berdolak-dalik pulak! Difahamkan Anwar akan menyaman Akhbar Utusan Malaysia dan beberapa laman portal dan blog di atas dakwaan tersebut. Elok jugak la! Boleh lah terbongkar satu persatu..kan..kan..Nanti rakyat boleh tau apa tujuan sebenar Anwar membuat pertemuan sulit dengan Nur Misuari, Misi Tian Chua di Manila dan pertemuan Jeffrey Kitingan dan Sultan Sulu Palsu..Kita lihat nanti..
-

Al-Fatihah! Gambar-Gambar Ketibaan Jenazah Anggota Polis Yang Terkorban Di Pangkalan TUDM Subang


Suasana pilu di pangkalan Udara TUDM Subang apabila jenazah 2 wira negara yang terkorban tiba. Airmata ahli keluarga disulami dengan sebak di dada yang dapat digambarkan di Pangkalan TUDM. Turut hadir menyambut jenazah adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Ali.

Gambar: UTUSAN
-

BREAKING NEWS : Bukti Bergambar Mengapa Anwar dan Jeffrey Kitingan Perlu Disiasat

Pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari

Sultan Muidzullail T Kiram bersama Dr Jeffrey Kitingan


-

Lokman Nor Adam : Anwar Taja Senjata Tentera Penceroboh?


Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini.

Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu  Palsu terbongkar.

Izinkan saya menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang.

Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North Borneo telah di panjakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company.

Malangnya, bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit menentang.  Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka.

Sekitar tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan tahta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf Bangsar. Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk "Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia".

Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang "imposter" Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang baru. Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh Sabah.

Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka. Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia.  Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar.


Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula. Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007.  Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau.  Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita.

Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya. Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak mampu.

Lokman Nor Adam, 4 Mac 2013


-

UPDATED 5.00 PM : Kereta Kebal ATM Tiba Sementara Polis Buru Lelaki Bersenjata Di Kampung Salimbungan


Gerakan memburu lanun-lanun Sulu masih diteruskan. Kelihatan kereta kebal ATM telah mula diangkut ke kawasan operasi. Kereta kebal milik pasukan tentera tiba di Felda Sahabat, Lahad Datu pada Isnin. Pasukan polis meneruskan operasi mencari penceroboh bersenjata yang masih bersembunyi di Lahad Datu, Semporna dan Kunak selepas pertempuran senjata pada Jumaat.

Menurut sumber, keadaan menjadi tegang di Kampung Salimbungan kira-kira pukul 1.30 tengah hari, memaksa pekedai menutup kedai masing-masing apabila anggota polis ditempatkan di kawasan sekitar bandar ini.

Penduduk kampung tersebut, yang terletak kira-kira 5 kilometer daripada bandar Semporna diarahkan meninggalkan rumah masing-masing selepas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mula berkawal di beberapa lokasi.

Dipercayai pasukan itu sedang mencari kumpulan lelaki bersenjata Sulu yang mungkin menyelinap masuk ke kampung berkenaan selepas pertempuran senjata di kampung Siminul yang terletak berdekatan.
-

TERKINI: Kawalan Ketat Keselamatan Di Sekitar Tanjung Batu



Mengikut maklumat terkini setakat berita yang diterima jam 3.30 petang, tentera dan polis membuat kawalan di kawasan sekitar balai raya di kampung tepi pantai, Tanjung Batu, apabila laporan menyatakan muncul lelaki bersenjata yang berpakaian seragam tentera.

Sebahagian penduduk kampung tidak dapat meninggalkan kawasan yang dikawal keselamatan itu dan mereka yang lain tidak dapat kembali ke kampung. Penduduk kampung masih tidak dapat memasuki kawasan itu.

Selain kemungkinan kehadiran lelaki bersenjata, tiada butiran lanjut yang dapat diperoleh daripada polis sebagai sebab untuk mengetatkan kawalan.
-

Updated: Hishamuddin & Zahid Hamidi Tiba di Lahad Datu, Anwar Masih Menjaja Fitnah

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein diberi kawalan ketat sebaik tiba dengan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) dekat Lahad Datu, Isnin. Mereka tiba pada 12.15 tengah hari dengan menaiki helikopter Polis Diraja Malaysia dari Lapangan Terbang Lahad Datu dan terus ke Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am bagi mendengar taklimat keselamatan pencerobohan di Kampung Tandou.
-

UPDATED: Gambar dan Maklumat Anggota Polis Yang Terkorban di Semporna



JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG:

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Semoga Allah mencucuri roh Allahyarham...

-

UPDATED 2.00 PM: Gambar Penduduk Kg. Simunul, Semporna Bergegas Keluar


Aduuh! Inikah petanda serangan besar-besar Angkatan Tentera Malaysia akan menggempur Lanun-Lanun Bersenjata di Semporna?. Gambar-gambar terkini yang didapati dari sumber menunjukkan keika ini penduduk Kampung Simunul Semporna bergegas keluar dari rumah masing-masing sambil diawasi oleh pihak keselamatan..

Credit Photo : Belia Bangkit

-

UPDATED 1.00 PM: Tiga Mayat Lelaki Bersenjata Berlumuran Darah Terbiar



Siapa yang tak terkejut bila terjumpa mayat terutamanya penduduk kampung. Teman boleh bayangkan ketakutan yang menimpa penduduk kampung. Dari sumber, tiga mayat yang disyaki merupakan lelaki bersenjata Sulu yang ditembak mati pada Sabtu masih terbaring di Lorong 5 di Kg Simunul, jalan sepanjang satu kilometer yang terpaksa dilalui oleh beratu-ratus keluarga yang ingin berpindah.

Satu mayat berada di atas bot, satu lagi di atas titian kaku dan yang ketiga di sebuah rumah panjang.

Kawasan sekitar berlumuran dengan darah.

Penduduk kampung berkata, mereka tidak tahu siapa yang akan mengebumikan mayat itu dan mereka menyatakan mengenai ketakutan terhadap mayat berkenaan.

Seramai enam anggota polis turut terbunuh dalam kejadian tembak-menembak itu.

Penduduk kampung di Lorong 5 sudah pun meninggalkan kawasan, dan penduduk luar Lorong 5 dalam perkampungan air kembali pulang.

“Kami tinggal di sini selama lebih 30 tahun. Kami bukan pengikut Sultan Sulu.

“Kami takut selepas insiden tembak-menambak, tidak selamat lagi di sini,” kata salah seorang penduduk kampung yang enggan dikenali.

Tiada anggota polis beruniform atau anggota tentera dilihat pada pagi Isnin apabila penduduk kampung mengemas barang-barang mereka, termasuk peti sejuk, televisyen dan dapur, untuk menetap bersama saudara-mara mereka di tempat lain.
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...