Rakyat terutamanya masyarakat Cina di negara ini diminta agar tidak lagi terpedaya dengan janji manis parti pembangkang yang mudah menabur pelbagai janji semata-mata mahu memancing undi pada Pilihan Raya Umum ke-13, (PRU-13).
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pilihan raya umum 2008 membuktikan kerajaan pembangkang di beberapa negeri yang dikuasai pakatan pembangkang gagal melaksanakan segala janji ketika berkempen sebelum itu.
"Saya berharap rakyat jangan mudah terperangkap dengan segala janji manis baharu itu kerana pembangkang hanya berjanji kosong dan tidak seperti Barisan Nasional (BN), janji ditepati dan ditunaikan.
"Rakyat akan rugi jika menyokong pembangkang kerana pembangkang tidak akan dapat berbuat apa-apa pun untuk kebaikan rakyat melainkan BN yang mampu membela dan melaksanakan pembangunan untuk rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Jentera Pilihan raya BN Parlimen Bentong di sini hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment