Showing posts with label Zuraida Kamaruddin. Show all posts
Showing posts with label Zuraida Kamaruddin. Show all posts

Tuesday, 19 March 2013

PANAS! Mohd Fareez Diancam


Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez Kamal Intidzam baru-baru ini telah membuat satu laporan polis bagi mendapatkan jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa berhubung ancaman yang diterimanya.

Mohd. Fareez, 24, mendakwa, beliau serta keluarganya sedang diancam bahaya berikutan terdedahnya satu surat yang diutuskan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selain menasihatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail supaya berundur daripada terus memimpin parti.

Sehingga hari ini beliau mendakwa masih diancam pihak-pihak tertentu yang dipercayai ada kaitan dengan teguran terdahulu beliau terhadap kepimpinan Wan Azizah. Berikut kenyataan penuh Mohd. Fareez:

1. Sehingga hari ini, keselamatan saya dan keluarga masih diancam. Maka, saya menggesa kepada mereka yang terlibat, yang saya percaya adalah penyokong parti dan kemungkinan orang suruhan Presiden, Wan Azizah agar hentikan segala gangguan dan ancaman ini dengan segera.

2. Selaku Presiden Keadilan, Wan Azizah seharusnya juga bijak mengawal perasaannya. Di manakah terletaknya maruah dan integritinya selaku Presiden andai beliau sendiri gagal mengawal perasaan cemburunya terhadap semua orang yang ada hubungan rapat dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim?.

3. Apakah Wan Azizah mahu menghukum saya, hanya kerana ikutkan tuntutan perasaan cemburu beliau terhadap saya? Jelas, ini bukan sikap seorang Presiden parti yang berwibawa dan adil.

4. Jangan pernah perkecilkan kemampuan saya. Andai tekanan ini berterusan, saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan punca dan sebab cemburunya beliau kepada saya. Maka sekalian akan sedar betapa hipokrit dan tinggi obsesi kemahuan mahu berkuasanya beliau.

5. Walau didesak, saya iktikad dengan pendirian saya bahawa Wan Azizah tidak layak memimpin parti dan demi kelangsungan perjuangan Keadilan serta kecemerlangan pakatan dalam PRU13 akan datang - beliau harus segera meletak jawatan.

6. Malah saya yakin, ramai pimpinan dan ahli akar umbi juga sependapat dengan saya. Namun mereka gentar untuk bersuara kerana sedar kesan akan disisih dan dikecam, seperti yang dihadapi saya kini, walaupun mereka sedar ia adalah kebenaran yang harus parti terima.

7. Keselamatan keluarga saya adalah prioriti - maka keupayaan saya adalah tinggi demi melindunginya. Mereka berhak untuk mendapatkan ruang privasi dan jaminan persekitaran yang selamat. Mereka tidak seharusnya dilibatkan dalam kancah politik parti atau demi kepentingan mana-mana pimpinan.

UTUSAN
-

Thursday, 14 March 2013

OH ZURAIDAH!


Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin akan menggunakan pelbagai helah untuk melindungi diri beliau daripada isu berkaitan kepimpinannya termasuk dalam hal membabitkan Mohd. Fareez Kamal Intidzam.

Menurut bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi, tindakan Zuraida menafikan Mohd. Fareez sebagai setiausaha politiknya memang sudah dijangka.

Sehubungan itu, beliau meminta wakil rakyat Parlimen Ampang itu menyatakan siapakah yang melaksanakan tugas-tugas menguruskan beliau selama ini jika bukan Mohd. Fareez.

''Mohd. Fareez memang setiausahanya dan memang tidak dinafikan lelaki itu juga yang membantu beliau membuat kerja-kerja membabitkan urusan Parlimen.

''Tetapi mengenali Zuraida, beliau memang suka membuat penafian terutama jika berdepan masalah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...