Showing posts with label Mohd Fareez Kamal Intidzam. Show all posts
Showing posts with label Mohd Fareez Kamal Intidzam. Show all posts

Tuesday, 19 March 2013

PANAS! Mohd Fareez Diancam


Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez Kamal Intidzam baru-baru ini telah membuat satu laporan polis bagi mendapatkan jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa berhubung ancaman yang diterimanya.

Mohd. Fareez, 24, mendakwa, beliau serta keluarganya sedang diancam bahaya berikutan terdedahnya satu surat yang diutuskan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selain menasihatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail supaya berundur daripada terus memimpin parti.

Sehingga hari ini beliau mendakwa masih diancam pihak-pihak tertentu yang dipercayai ada kaitan dengan teguran terdahulu beliau terhadap kepimpinan Wan Azizah. Berikut kenyataan penuh Mohd. Fareez:

1. Sehingga hari ini, keselamatan saya dan keluarga masih diancam. Maka, saya menggesa kepada mereka yang terlibat, yang saya percaya adalah penyokong parti dan kemungkinan orang suruhan Presiden, Wan Azizah agar hentikan segala gangguan dan ancaman ini dengan segera.

2. Selaku Presiden Keadilan, Wan Azizah seharusnya juga bijak mengawal perasaannya. Di manakah terletaknya maruah dan integritinya selaku Presiden andai beliau sendiri gagal mengawal perasaan cemburunya terhadap semua orang yang ada hubungan rapat dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim?.

3. Apakah Wan Azizah mahu menghukum saya, hanya kerana ikutkan tuntutan perasaan cemburu beliau terhadap saya? Jelas, ini bukan sikap seorang Presiden parti yang berwibawa dan adil.

4. Jangan pernah perkecilkan kemampuan saya. Andai tekanan ini berterusan, saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan punca dan sebab cemburunya beliau kepada saya. Maka sekalian akan sedar betapa hipokrit dan tinggi obsesi kemahuan mahu berkuasanya beliau.

5. Walau didesak, saya iktikad dengan pendirian saya bahawa Wan Azizah tidak layak memimpin parti dan demi kelangsungan perjuangan Keadilan serta kecemerlangan pakatan dalam PRU13 akan datang - beliau harus segera meletak jawatan.

6. Malah saya yakin, ramai pimpinan dan ahli akar umbi juga sependapat dengan saya. Namun mereka gentar untuk bersuara kerana sedar kesan akan disisih dan dikecam, seperti yang dihadapi saya kini, walaupun mereka sedar ia adalah kebenaran yang harus parti terima.

7. Keselamatan keluarga saya adalah prioriti - maka keupayaan saya adalah tinggi demi melindunginya. Mereka berhak untuk mendapatkan ruang privasi dan jaminan persekitaran yang selamat. Mereka tidak seharusnya dilibatkan dalam kancah politik parti atau demi kepentingan mana-mana pimpinan.

UTUSAN
-

Thursday, 14 March 2013

HOT NEWS : Wan Azizah Syak Liwat 3 Berlaku


Demam pilihan raya ke13 yang hanya tinggal sejengkal sahaja cukup membuatkan presiden parti PKR resah gelisah. Namun dalam suasana resah gelisah yang hebat melanda parti itu, satu persatu keburukan sikap para pemimpin PKR terdedah.

Ditengah-tengah negara sibuk memperkatakan suaminya antara dalang dalam pencerobohan di Sabah, beliau dikejutkan dengan hubungan intim suaminya dengan boy muda.

Wan Azizah hairan bagaimana Anwar masih cuba mengulang tabiat buruknya. Sudahlah kesnya dengan Saiful belum selesai, kini sudah berani memasang angan-angan melempiaskan nafsu luar biasanya.

Wan Azizah amat bimbang hubungan rapat yang terjalin antara Anwar dengan Setiausaha Politik Ahli parlimen Ampang, Mohd Fareez Kamal. Takut-takut terjadi pisang berbuah tiga kali.

Cukuplah dia menanggung derita malu selama ini. Wan azizah tidak sanggup lagi melihat 'anu' suaminya dijaja dan dipertontonkan secara meluas. Biarlah dirinya dan cina doll sahaja yang mengetahui kehebatan Anwar.

Baru-baru ini Mohd Fareez telah mendedahkan dalam sepucuk surat yang ditujukan kepada Hadi Awang agar menasihati Wan Azizah. Menurutnya, Wan azizah adalah seorang yang akan melakukan apa sahaja jika didapati seseorang itu terlalu rapat dengan suaminya, termasuklah Azmin Ali.

Seperti biasa Anwar dan ahli pakatan pembangkang yang lain akan mengatakan ini semua rancangan Umno dan BN. Orang sendiri yang benci dengan kepimpinan parti, orang lain pula yang dituduh.

Paling baru, Mohd Fareez terpaksa membuat laporan polis setelah merasakan wujudnya ancaman yang diterima oleh diri dan keluarganya. Jadi kepada kakitangan parti PKR yang masih berkhidmat dengan Anwar, berhati-hatilah. 

Jika anda terlalu baik dengan Anwar anda akan kena...kena liwat atau diancam oleh wan Azizah. Moralnya, jangan berkhidmat dengan pemimpin yang lebih mementingkan punggung anda daripada kemakmuran negara. 

Laporan polis yang telah dibuat oleh Mohd Fareez : 

1. Saya seperti penama di atas dengan ini ingin membuat laporan polis kerana saya khuatir dengan keselamatan saya dan keluarga saya yang kini sedang terancam dan dalam bahaya.

2. Semasa menginap di Hotel Sama-Sama KLIA, saya telah diberitahu oleh pihak hotel terdapat beberapa orang yang tidak dikenali cuba mencari maklumat mengenai bilik penginapan saya. Saya percaya bahawa kemungkinan mereka ini adalah dari kalangan penyokong atau orang suruhan Datin Seri Wan Azizah yang marah dengan saya.

3. Saya yakin bahawa saya kini sedang diburu oleh para penyokong atau orang suruhan Wan Azizah, rentetan kesan daripada surat yang ditulis oleh saya kepada Tuan Guru Hadi Awang dan sisipan salinan kepada Tok Guru Nik Aziz serta YB Karpal Singh.

4. Dalam kandungan surat tersebut, saya telah meminta jasa baik Tuan Guru Hadi untuk menasihati Wan Azizah agar sedia berundur kerana beliau tidak layak untuk memimpin parti dan hanya YB Azmin Ali yang layak. Jelas, surat saya tersebut telah menimbulkan kemarahan Wan Azizah terhadap saya. 

5. Saya juga percaya bahawa Wan Azizah juga berniat mahu menghancurkan karier politik saya dalam Keadilan atas faktor cemburunya terhadap hubungan rapat antara saya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kini ada pihak yang mengganggu gugat keselamatan saya dan keluarga.

6. Maka, saya memohon pertolongan dari pihak polis untuk memberi jaminan perlindungan dan keselamatan kepada saya dan keluarga dari pihak yang mahu mengecam saya.



-

OH ZURAIDAH!


Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin akan menggunakan pelbagai helah untuk melindungi diri beliau daripada isu berkaitan kepimpinannya termasuk dalam hal membabitkan Mohd. Fareez Kamal Intidzam.

Menurut bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi, tindakan Zuraida menafikan Mohd. Fareez sebagai setiausaha politiknya memang sudah dijangka.

Sehubungan itu, beliau meminta wakil rakyat Parlimen Ampang itu menyatakan siapakah yang melaksanakan tugas-tugas menguruskan beliau selama ini jika bukan Mohd. Fareez.

''Mohd. Fareez memang setiausahanya dan memang tidak dinafikan lelaki itu juga yang membantu beliau membuat kerja-kerja membabitkan urusan Parlimen.

''Tetapi mengenali Zuraida, beliau memang suka membuat penafian terutama jika berdepan masalah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
-

Sunday, 10 March 2013

PANAS! Kisah Anwar Dengan Jambu-Jambunya! Adeehh!!


Sepucuk surat bertulisan tangan yang menggunakan nama MOHD FAREEZ KAMAL INTIDZAM yang turut disertai nombor kad pengenalannya sekali 890625-10-5273 serta jawatannya selaku SETIAUSAHA POLITIK ZURAIDAH KAMARUDDIN telah tersiar di beberapa buah blog.

Antara lain isi kandungan surat tersebut adalah memujuk Presiden PAS, Abdul Hadi Awang agar memujuk Wan Azizah mengundurkan diri dan menyerahkan jawatan Presiden PKR kepada Azmin Ali yang dikatakannya sangat berkeupayaan serta lebih cekap.

Bagaimanapun perkara paling menarik dalam surat berkenaan ialah pengakuan si penulisnya, bahawa dia SANGAT RAPAT dengan Anwar Ibrahim dan hal tersebut sangat dicemburui oleh Wan Azizah dan anak Anwar Ibrahim sendiri, Nurul Izzah.

Umum mengetahui, Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin merupakan ‘PASANGAN BEREGU’ dalam PKR yang amat ditakuti oleh para pemimpin PKR yang lain. Pasangan yang sama-sama berkongsi KOD 71 dalam kad pengenalan masing-masing, mempunyai cengkaman yang cukup hebat dan sangat berpengaruh serta mempunyai pengaruh yang cukup besar kepada Anwar Ibrahim.

Bahkan dikatakan juga kebanyakan daripada keputusan Anwar Ibrahim sebenarnya datang daripada pasangan beregu ini.

Cerita tentang Wan Azizah cemburukan lelaki-lelaki muda yang rapat dengan Anwar Ibrahim, bukanlah cerita baru. Antara nama-nama yang pernah menjadi bahan cemburunya Wan Azizah, termasuklah Saiful Bukhari Azlan dan Rashid.

Kegilaan dan keghairahan Anwar Ibrahim terhadap lelaki-lelaki muda yang berwajah jambu, juga bukan cerita baru. Justeru pengakuan  MOHD KAMAL FAREEZ INTIDZAM juga tidak mengejutkan sekiranya, dia juga merupakan salah seorang daripada lelaki jambu yang rapat dengan Anwar Ibrahim dan kemudian dicemburui oleh Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Wan Azizah juga diketahui mencemburui Azmin Ali yang sangat rapat dengan Anwar Ibrahim dan pernah dikaitkan dengan skandal seks yang amat memalukan terutama sekali membabitkan isterinya, Shamsidar Taharin.

Pertentangan kuasa antara Azmin Ali dan Wan Azizah Wan Ismail juga sangat besar. Azmin Ali mempunyai kemnya sendiri dalam Parti Keadilan Rakyat. Manakala Wan Azizah mempunyai kem yang turut dianggotai oleh anak perempuannya, Nurul Izzah. Pun begitu, dalam banyak keadaan, kem Azmin Ali lebih mendominasi terutama sekali dalam perebutan kuasa dan jawatan.

Surat bertulisan tangan tersebut, sebenarnya mengandungi tiga makna. Pertama, Anwar Ibrahim masih tidak lagi menghentikan kegiatan tidak bermoralnya iaitu meliwat jantan-jantan jambu. Kedua, Zuraidah Kamaruddin cuba menjadi pencatur yang hebat dengan meletakkan Azmin Ali di kemuncak kuasa, sekaligus memberikan lebih banyak faedah kepadanya. Apatah lagi hubungan Zuraidah dengan beberapa konco Wan Azizah termasuklah SETPOL Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin tidak begitu baik dan dingin. Ketiga, surat tersebut sengat ditulis tangan bagi memudahkan penafian dibuat kononnya, surat tersebut adalah PALSU.

Jering Daily

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...