Showing posts with label William Yau Zhen Zhong. Show all posts
Showing posts with label William Yau Zhen Zhong. Show all posts

Wednesday, 20 March 2013

Inkues Kematian William Yau : Masih Lagi Misteri!


Kematian kanak-kanak malang William Yau Zhen Zhong masih lagi menjadi tanda tanya. Inkues kematian kanak-kanak malang William Yau Zhen Zhong masih lagi berjalan. Teman rasa rakyat Malaysia masih lagi menunggu hasil inkues tersebut sari masa ke semasa. Terlalu banyak spekulasi yang berlegar-legar samada kematian William Yau disebabkan kemalangan ataupun penderaan. 

Laporan terbaru,

Koroner Mohd Hezri Shaharil yang mendengar inkues kematian kanak-kanak William Yau Zhen Zhong pada Rabu melawat lokasi kanak-kanak itu dilaporkan hilang Januari lepas di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya.

Beliau tiba di lokasi itu pada pukul 3 petang diiringi Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt dan peguam Goh Kim Lian, yang mewakili keluarga mendiang William, pegawai polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya ASP Mohd Zainal Abdullah dan beberapa anggota polis.

Turut hadir bapa William, Yau Kok Kang, 32, dan ibu kanak-kanak malang berusia enam tahun itu, Goh Ying Ying, 26.

Dalam lawatan 20 minit itu, Mohd Hezri dibawa melihat kedudukan dan keadaan longkang yang ditemui pada jarak lima meter dari tempat bapa mangsa meletakkan kereta yang dipercayai tidak ditutup dengan palang besi pada malam kejadian.

Koroner itu juga dibawa melawat sebuah kedai elektrik yang disinggahi pasangan itu pada malam kehilangan William, serta satu lagi longkang kira-kira 200 meter dari kedai elektrik berkenaan.

Longkang itu difahamkan bersambung dengan Sungai Sireh.

Mayat William ditemui pada 24 Januari lepas di Jeti Kampung Sungai Sireh selepas dilaporkan hilang pada 16 Januari di Jalan Putra Mahkota.

Kanak-kanak itu dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Prosiding inkues akan disambung selama tiga hari mulai 22 April.

Ia bermula 11 Mac lepas selama dua hari. BERNAMA
-

Monday, 28 January 2013

DNA Wlliam dan Ibu Bapa Sepadan


Longkang di Kampung Bukit Lanchong di mana William dipercayai terjatuh. 
Maka akhirnya keputusan telah diperolehi. Pihak polis telah mengesahkan DNA mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui terapung di jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang adalah William Yau Zhen Zhong. Sampel DNA yang diberikan ibu bapanya sepadan dengan spesimen yang diambil dari mayat yang ditemui pada Khamis lalu.Teman sekali lagi ingin melahirkan rasa simpati keluarga mangsa supaya tabah menerima dugaan ini. Dijangka mayat mangsa akan dikeluarkan bagi urusan pengebumian oleh kelurganya pada hari ini.

Satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat kes ini dan semua rakyat Malaysia ingin tahu apakah sebenarnya berlaku. Kemungkinan selepas keputusan bedah siasat sepenuhnya diperolehi dalam masa dua minggu lagi. Terlalu banyak sangat teori. Kita tunggu polis sisasat dengan secara terperinci..

-

Misteri kematian William terjawab?


Punca kematian William Yau Zhen Zhong yang mayatnya ditemui terapung di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang kelmarin hampir terjawab selepas polis menemui petunjuk baharu yang boleh dikaitkan dengan kehilangan kanak-kanak berusia enam tahun itu.

Ini berdasarkan penemuan sebuah lubang tidak bertutup di sebatang longkang aliran air hujan atau monsoon drain kira-kira 200 meter dari tempat kanak-kanak itu dilaporkan hilang di Putra Heights, di sini pada 16 Januari lalu.

Arus longkang itu dikatakan mampu menghanyutkan objek berat kurang dari setengah jam sehingga ke Sungai Sireh di Pelabuhan Klang, tanpa sebarang sekatan jika hujan lebat.

Malah difahamkan, dua hari selepas kehilangan William iaitu pada 18 Januari, kawasan Putra Heights dilanda hujan lebat dan longkang itu sememangnya dipenuhi air.

Longkang sepanjang lebih 30 kilometer itu dikatakan terus membawa arus ke Sungai Sireh di Pelabuhan Klang.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan kanak-kanak itu terjatuh ke dalam longkang tersebut dan dihanyutkan sehingga mayatnya ditemui terapung di Pelabuhan Klang, kelmarin.

"Polis mengesan satu lubang pada sistem monsoon drain kira-kira 200 meter dari lokasi William hilang. Lubang itu mampu mendatangkan bahaya kepada sesiapa sahaja yang terjatuh.

"Kemungkinan mangsa terjatuh dan dihanyutkan arus sungai tetap ada lebih-lebih lagi dua hari selepas mangsa hilang, Putra Heights dilanda hujan lebat dan JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) sendiri mengesahkan jika kanak-kanak terjatuh, ia mampu dihanyutkan dengan laju," katanya.

Beliau sebelum itu melawat lokasi kanak-kanak terbabit hilang di Putra Heights bersama 30 anggota polis dan kakitangan JPS.

Kanak-kanak malang itu hilang selepas keluar mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Rabu lalu.

Kehilangan anak kedua daripada tiga beradik selama sembilan hari itu terjawab apabila ibu bapanya mengesahkan mayat seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui di Jeti Sungai Sireh kelmarin adalah William.

Dalam perkembangan sama, Yahaya memberitahu, polis akan mengambil keterangan penduduk di sekitar Putra Heights dan Kampung Bukit Lanchong untuk mengetahui kemungkinan kanak-kanak itu boleh dihanyutkan sehingga ke Jeti Sungai Sireh.

"Faktor terjatuh dalam parit adalah antara yang sedang disiasat polis tetapi perkara ini masih terlalu awal untuk dibuat kesimpulan kerana kami sedang menyiasat melibatkan semua sudut," katanya.

Ditanya sama ada berlaku unsur jenayah dalam tragedi itu, Yahaya berkata, berdasarkan bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak itu polis tidak menemukan sebarang asas untuk mengaitkan kes ini dengan jenayah kerana tiada kesan kecederaan luaran.

Beliau berkata, polis bagaimanapun akan mengambil semula keterangan daripada keluarga mangsa termasuk ibu bapa William selepas keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh dijangka pada Selasa ini.

Sementara itu, ibu bapa William, Yau Kok Kang dan Goh Ying Ying kini dikatakan pulang ke kampung mereka di Melaka untuk menenangkan fikiran berikutan tragedi sedih yang meragut nyawa anak mereka. UTUSAN
-

Sunday, 27 January 2013

Lim Kit Siang Politikkan Kematian William


Teman kecewa dengan sikap Kit Siang. Ini bukan satu politik matang yang wajar diketengahkan. Isu kematian kanak-kanak malang, William Yau Zhen Zhing mahu dipolitikkan oleh Kit Siang. Kome tengok apa yang Kit Siang kata di ruang Twitter. Bangsat sungguh Kit Siang. 

Cerita tragis kanak-kanak malang ini tak seharusnya dipolitikkan. Masih mahu menyalahkan UMNO. Apakah jenis manusia deme ni. Asyik nak berpolitik memanjang. Begitu jugak kes tiga sekeluarga ditemui mati membunuh diri di rumah mereka di Kampung Jawa, Pengerang dekat Kota Tinggi, di Johor Bahru tempohari mengatakan UMNO yang salah (SINI). Adeehh!! Lu ada akai ka?

Khairy Jamaluddin telah membidas Lim Kit Siang di facebooknya dengan berkata:

"Insiden tragis ini pun nak dikaitkan dengan politik. What kind of leader is this? Daripada kita kerjasama menjaga keselamatan kanak-kanak, ada yang tak melepas peluang untuk berpolitik. Show some class, please!"

Teman rasa Kit Siang ni dah nyanyok. Lagi bahalul! Itu pun ada Melayu jadi pencacai DAP ni jugak. Bodohnya Melayu tu!!!!
-

Teori William Mungkin Terjatuh Ke Dalam Longkang


Adakah kanak-kanak berusia enam tahun, William Yau terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan ke Sungai Klang?

Itu antara beberapa teori yang sedang dikaji pihak polis selepas mereka menemui longkang kira-kira 200 meter dari kawasan William dilaporkan hilang di Putra Heights.

Jalan bertar menuju ke longkang dari kawasan di mana William keluar dari kereta ketika ibu bapanya singgah di sebuah kedai barangan elektrik pada 16 Januari lalu.

Polis dengan kerjasama kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran menemui longkang tersebut sewaktu memeriksa kawasan itu selepas William hilang.

"Penemuan itu menunjukkan William mungkin terjatuh ke dalam longkang dan dibawa arus yang kuat.

"Namun, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan kerana kita sedang meneliti setiap sudut," kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Ramli ketika dihubungi.

Polis akan mengambil keterangan daripada penduduk di Bukit Lancong semula dengan harapan dapat menemui lebih banyak petunjuk.

"Selepas operasi mencari dihentikan, kami akan fokus menyiasat bagaimana mayat William boleh dihanyutkan ke Kampung Sungai Sireh, Klang," katanya.

Yahaya turut merayu kepada sesiapa saja yang pernah melihat William selepas 16 Januari untuk tampil.

"Kami akan merekodkan lebih banyak keterangan dari ibu bapa dan ahli keluarga yang lain," katanya. (mStar Online)
-

Keputusan DNA William Yau Zhen Zhing


Teman ingin menyampaikan rasa simpati kepada keluarga William Yau Zhen Zhing yang telah ditemui mati dalam keadaan yang menyayat hati. Teman rasa seluruh rakyat Malaysia mempunyai perasaan yang sama dengan teman. kecualilah dengan Pakatan Rakyat khususnya Lim Kit Siang yang menyalahkan Kerajaan UMNO/BN dengan kejadian menyayat hati ini. Pelik jugak. Sepatutnya deme-deme ni mempunyai perasaan hormat kepada keluarga mangsa. 

Teman jugak berharap pihak yang berwajib mempercepatkan proses pengecaman DNA supaya keluarga mangsa tidak tertunggu-tunggu. Walaupun pengecaman telah dibuat berasaskan petunjuk-petunjuk tertentu, namun kesahihan masih ditunggu. Arahan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya keputusan itu diharap dapat diperoleh sekurang-kurangnya dalam tempoh 72 jam ujian tersebut dilakukan diambil perhatian yang wajar oleh pihak berkenaan bagi mengelak sebarang kesulitan kepada keluarganya. Jika benar dan sahih keputusan DNA menunjukkan simati, keluarga mangsa perlu menguruskan persemadian dengan sebera segera. Teman berharap semoga keluarga mangsa akan menghadapi dugaan dengan tabah..
-

Friday, 25 January 2013

Kehilangan William Yau Zheng Zhong : Keputusan DNA Akan Mengesahkan Identiti Mayat


Teman turut rasa bersedih bila kenyataan polis mengatakan mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui dekat jeti Sungai Sireh pada petang Khamis mengalami proses pereputan sehingga menyukarkan pengecamannya. Pilunya rasa teman. Siapa la punya kerja ni. Kejam sungguh manusia sekarang ni. Adakah manusia zaman sekarang ini berhati binatang.

Isu untuk megenalpasti mayat kanak-kanak tersebut sedang diusahakan oleh pihak polis melalui ujian DNA. Teman berharap Ibu bapa kepada William Yau Zhen Zhong harus tabah menghadapi dugaan. Walaupun keputusan mungkin dapatkan mengesahkan identiti sebenar mayat kana-kanak, teman berharap keluarga dapat menerima dengan hati terbuka. Bukan mudah untuk menerima kehilangan seorang anak, namun hanya tuhan sahaja yang mengetahui. Teman turut bersimpati..

KLANG: Mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui dekat jeti Sungai Sireh pada petang Khamis mengalami proses pereputan sehingga menyukarkan pengecamannya, kata sumber polis pada Jumaat.

"Ia 50/50, mayat itu sudah reput. Tidak boleh beritahu sama ada terdapat parut (di dahi) atau tidak," katanya.

Difahamkan, pihak berkuasa akan menunggu keputusan ujian DNA sebelum membuat pengecaman muktamad," katanya.

Post mortem telah diselesaikan dan pasukan forensik dari Bukit Aman dilihat meninggalkan bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah kira-kira pukul 1.30 petang.

Keputusan akhir ujian DNA akan mengambil masa selama beberapa hari.

Ibu bapa kepada Wlliam Yau Zhen Zhong yang hilang pada 16 Januari lalu diiringi keluar oleh polis kira-kira pukul 1.40 petang.

Mereka meninggalkan bilik mayat tanpa bercakap kepada pemberita dan ibunya dilihat menangis.

Mereka tiba di hospital tersebut kira-kira pukul 11 pagi untuk memberi sampel bagi ujian DNA untuk membantu mengenal pasti identiti mayat dan diiring polis ke bilik mayat.


Terdahulu, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Michael Chong yang tiba di hospital tersebut pada 10.10 pagi dilihat meninggalkan hospital sekitar pukul 10.55 pagi.

Beliau berkata akan membantu keluarga tersebut dengan apa jua cara yang mampu.

"Ia akan bergantung kepada situasi. Kami sudah bersedia membantu dengan apa-apa cara yang diperlukan," katanya.

Menurutnya, beliau telah menghubungi keluarga tersebut pada malam Khamis dan ibu William yang tidak sihat, terkejut dengan berita tersebut.

"Dia asyik bertanya jika ada berita mengenai anaknya. Dia tidak menerima apa-apa berita daripada polis mengenai penemuan mayat dekat jeti di Sungai Sireh," katanya.

Beliau memberitahu ibu William supaya menunggu panggilan telefon daripada polis.

Tambahnya, ketika beliau menghubungi keluarga tersebut pada petang Khamis, bapa William berkata mereka berada di Melaka untuk berehat kerana ibunya tidak sihat.

Sementara itu, rumah keluarga tersebut di Shah Alam kosong kecuali seorang lelaki yang mendakwa saudara mara berada di situ. (mStar Online)

-

Monday, 21 January 2013

Jom Kita Bantu : Ganjaran RM20,000 Untuk Cari William


Rakyat di negara ini bersatu memberi sokongan kepada ibu bapa seorang kanak-kanak berumur enam tahun, William Yau Zhen Zhong yang hilang ketika usaha mengesannya masih diteruskan.

Parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan individu berjanji kepada Yau Kok Kang dan isterinya, Goh Ying Ying bahawa mereka tidak akan menanggung kesedihan itu sendirian.

MCA akan mengerahkan kira-kira satu juta ahlinya manakala Wanita Umno akan mempersiapkan seramai 22,000 ahlinya di cawangan seluruh negara dalam membantu mencari kanak-kanak hilang sejak 16 Januari itu.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata; "Perkara ini mengenai mengembalikan semula kanak-kanak lelaki itu kepada keluarganya. Ia bukan mengenai politik. Kami merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya menyertai kami dalam misi mencari kanak-kanak tersebut.

Tambahnya, MCA akan mengedarkan poster dan risalah di tempat awam termasuk di pasar dan medan selera.

Selain itu, Chua berkata, mereka juga akan menjalin kerjasama dengan beberapa persatuan Cina untuk mencari kanak-kanak terbabit.


Menggesa rakyat Malaysia supaya mendoakan keselamatan kanak-kanak itu, Chua berkata, ia merupakan harapan sesiapa saja untuk melihat William kembali ke pangkuan keluarganya pada sambutan Tahun Baru Cina bulan depan.

Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, beliau menawarkan ganjaran RM20,000 kepada sesiapa saja yang memberikan bukti sehingga membawa kepada penemuan kanak-kanak itu.

Ibu bapa William menyumbang RM5,000 untuk ganjaran tersebut manakala Syarikat Kumpulan KK dan Kelab Rela Wilayah Persekutuan masing-masing menderma RM5,000 dan RM10,000.

Salah seorang ahli Rela, Chong berkata, seramai dua juta ahlinya akan membantu dalam misi mencari kanak-kanak hilang itu.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, mereka akan memuat turun gambar William di laman web parti itu dan menggesa setiap cawangannya untuk menampal poster kanak-kanak tersebut di tempat awam.

"Itu saja yang dapat kami bantu.

"Kami berdoa supaya William dapat dijumpai semula untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarganya," katanya.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata, mereka secara sukarela akan membantu dalam mencari kanak-kanak tersebut sambil menambah ahlinya akan menjadi 'mata dan teliga' kepada pihak polis.

"Adalah penting bagi kita untuk memainkan peranan dalam membantu ibu bapa kanak-kanak itu dalam apa jua cara sekalipun," katanya.

Sumber

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...