Showing posts with label DNA. Show all posts
Showing posts with label DNA. Show all posts

Monday, 28 January 2013

DNA Wlliam dan Ibu Bapa Sepadan


Longkang di Kampung Bukit Lanchong di mana William dipercayai terjatuh. 
Maka akhirnya keputusan telah diperolehi. Pihak polis telah mengesahkan DNA mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui terapung di jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang adalah William Yau Zhen Zhong. Sampel DNA yang diberikan ibu bapanya sepadan dengan spesimen yang diambil dari mayat yang ditemui pada Khamis lalu.Teman sekali lagi ingin melahirkan rasa simpati keluarga mangsa supaya tabah menerima dugaan ini. Dijangka mayat mangsa akan dikeluarkan bagi urusan pengebumian oleh kelurganya pada hari ini.

Satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat kes ini dan semua rakyat Malaysia ingin tahu apakah sebenarnya berlaku. Kemungkinan selepas keputusan bedah siasat sepenuhnya diperolehi dalam masa dua minggu lagi. Terlalu banyak sangat teori. Kita tunggu polis sisasat dengan secara terperinci..

-

Sunday, 27 January 2013

Keputusan DNA William Yau Zhen Zhing


Teman ingin menyampaikan rasa simpati kepada keluarga William Yau Zhen Zhing yang telah ditemui mati dalam keadaan yang menyayat hati. Teman rasa seluruh rakyat Malaysia mempunyai perasaan yang sama dengan teman. kecualilah dengan Pakatan Rakyat khususnya Lim Kit Siang yang menyalahkan Kerajaan UMNO/BN dengan kejadian menyayat hati ini. Pelik jugak. Sepatutnya deme-deme ni mempunyai perasaan hormat kepada keluarga mangsa. 

Teman jugak berharap pihak yang berwajib mempercepatkan proses pengecaman DNA supaya keluarga mangsa tidak tertunggu-tunggu. Walaupun pengecaman telah dibuat berasaskan petunjuk-petunjuk tertentu, namun kesahihan masih ditunggu. Arahan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya keputusan itu diharap dapat diperoleh sekurang-kurangnya dalam tempoh 72 jam ujian tersebut dilakukan diambil perhatian yang wajar oleh pihak berkenaan bagi mengelak sebarang kesulitan kepada keluarganya. Jika benar dan sahih keputusan DNA menunjukkan simati, keluarga mangsa perlu menguruskan persemadian dengan sebera segera. Teman berharap semoga keluarga mangsa akan menghadapi dugaan dengan tabah..
-

Friday, 25 January 2013

Kehilangan William Yau Zheng Zhong : Keputusan DNA Akan Mengesahkan Identiti Mayat


Teman turut rasa bersedih bila kenyataan polis mengatakan mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui dekat jeti Sungai Sireh pada petang Khamis mengalami proses pereputan sehingga menyukarkan pengecamannya. Pilunya rasa teman. Siapa la punya kerja ni. Kejam sungguh manusia sekarang ni. Adakah manusia zaman sekarang ini berhati binatang.

Isu untuk megenalpasti mayat kanak-kanak tersebut sedang diusahakan oleh pihak polis melalui ujian DNA. Teman berharap Ibu bapa kepada William Yau Zhen Zhong harus tabah menghadapi dugaan. Walaupun keputusan mungkin dapatkan mengesahkan identiti sebenar mayat kana-kanak, teman berharap keluarga dapat menerima dengan hati terbuka. Bukan mudah untuk menerima kehilangan seorang anak, namun hanya tuhan sahaja yang mengetahui. Teman turut bersimpati..

KLANG: Mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui dekat jeti Sungai Sireh pada petang Khamis mengalami proses pereputan sehingga menyukarkan pengecamannya, kata sumber polis pada Jumaat.

"Ia 50/50, mayat itu sudah reput. Tidak boleh beritahu sama ada terdapat parut (di dahi) atau tidak," katanya.

Difahamkan, pihak berkuasa akan menunggu keputusan ujian DNA sebelum membuat pengecaman muktamad," katanya.

Post mortem telah diselesaikan dan pasukan forensik dari Bukit Aman dilihat meninggalkan bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah kira-kira pukul 1.30 petang.

Keputusan akhir ujian DNA akan mengambil masa selama beberapa hari.

Ibu bapa kepada Wlliam Yau Zhen Zhong yang hilang pada 16 Januari lalu diiringi keluar oleh polis kira-kira pukul 1.40 petang.

Mereka meninggalkan bilik mayat tanpa bercakap kepada pemberita dan ibunya dilihat menangis.

Mereka tiba di hospital tersebut kira-kira pukul 11 pagi untuk memberi sampel bagi ujian DNA untuk membantu mengenal pasti identiti mayat dan diiring polis ke bilik mayat.


Terdahulu, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Michael Chong yang tiba di hospital tersebut pada 10.10 pagi dilihat meninggalkan hospital sekitar pukul 10.55 pagi.

Beliau berkata akan membantu keluarga tersebut dengan apa jua cara yang mampu.

"Ia akan bergantung kepada situasi. Kami sudah bersedia membantu dengan apa-apa cara yang diperlukan," katanya.

Menurutnya, beliau telah menghubungi keluarga tersebut pada malam Khamis dan ibu William yang tidak sihat, terkejut dengan berita tersebut.

"Dia asyik bertanya jika ada berita mengenai anaknya. Dia tidak menerima apa-apa berita daripada polis mengenai penemuan mayat dekat jeti di Sungai Sireh," katanya.

Beliau memberitahu ibu William supaya menunggu panggilan telefon daripada polis.

Tambahnya, ketika beliau menghubungi keluarga tersebut pada petang Khamis, bapa William berkata mereka berada di Melaka untuk berehat kerana ibunya tidak sihat.

Sementara itu, rumah keluarga tersebut di Shah Alam kosong kecuali seorang lelaki yang mendakwa saudara mara berada di situ. (mStar Online)

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...