Showing posts with label Suruhanjaya Pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label Suruhanjaya Pilihanraya. Show all posts

Tuesday, 2 April 2013

PANAS! SPR Bersekongkol Dengan Pakatan Rakyat ?


Seperti yang diketahui, lidah rasmi Pas iaitu Harakah selalu mengeluarkan tuduhan yang pelbagai kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) tentang kononya wujud pelbagai kepincangan dalam system pilihanraya di Malaysia. Tuduhan tersebut merangkumi semua aspek daripada daftar pemilih sehinggalah proses pilihanraya.

Antara tuduhan yang menarik minat penulis ialah tuduhan mereka kononya ada pemegang kad pengenalan bersatus pemastautin sementara telah didaftarkan sebagai pengundi dalam Daftar Pemilih SPR.

Akhbar Harakah pada keluaran 15 hingga 18 Oktober 2012 telah menyiarkan kenyataan Naib Presiden Keadilan, Y.B Fuziah Salleh bahawa terdapat pemegang Kad Pengenalan berstatus Pemastautin Sementara telah didaftarkan sebagai pengundi dalam Daftar Pemilih SPR. Sehubungan dengan itu, pihak SPR telah menegaskan bahawa berdasarkan semakan yang dilakukan oleh SPR dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkaitan nombor kad pengenalan Hasmidah binti Surahbil, adalah disahkan bahawa beliau adalah seorang warganegara Malaysia dan dengan itu, beliau layak untuk didaftarkan sebagai pemilih.

Pendaftaran beliau sebagai seorang pemilih telah dibuat oleh SPR berdasarkan kepada kad pengenalan beliau yang sah dan selepas melalui proses semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Hasil semakan itu juga mendapati bahawa Hasmidah binti Surahbil telah memohon mendapatkan status warganegara pada tahun 2002. Permohonannya telah diluluskan pada tahun 2007 dan beliau sejak itu telah diberikan MyKad yang sah.

Apa yang menarik perhatian penulis ialah, berdasarkan semakan SPR terhadap borang pendafaran pemilih Hasmidah binti Surahbil pula, SPR mendapati pendaftaran beliau telah dibuat oleh Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) daripada kategori Wakil Parti Politik, iaitu daripada Pakatan Rakyat. Dalam konteks ini, adakah pihak – pihak tertentu bersedia untuk mendakwa bahawa SPR bersekongkol dengan PPP daripada Pakatan Rakyat untuk mendaftarkan bukan warganegara sebagai pemilih?.

Oleh itu, jika perkara seperti ini pun harakah boleh buat tuduhan yang melulu, tidak mustahil kesemua tuduhan – tuduhan lain juga dibuat tanpa usul periksa terlebih dahulu. Lidah rasmi yang bercabang mungkin sesuai digelar kepada pihak yang terbabit. Penulis juga dapati semenjak pihak SPR memecahkan tembelang pihak pembangkang tentang isu ini, nama – nama pengundi yang hampir setiap hari dijaja kononya pengundi tidak sah dan sebagainya sudah tidak kedengaran lagi.

Apa yang pasti, penulis langsung tidak menolak kemungkinan bahawa isu – isu seperti ini dimainkan hanya semata – mata untuk menanam dalam minda rakyat bahawa SPR tidak telus, tidak adil, hanya mahu menangkan sebelah pihak sahaja dan sebagainya. Ini supaya jika pihak pembangkang tidak dapat menawan Negara  pada PRU13 nanti, SPR lah akan dituduh menjadi punca kekalahan mereke walaupun mereka menang sebahagian besar negeri – negeri dalam Malaysia.

Suara Generasi Baru
-

Monday, 1 April 2013

Pengundi disaran lapor polis jika ada pihak calit dakwat sebelum PRU



Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meminta pengundi di negeri itu membuat laporan polis jika didatangi pihak yang mahu mencalit dakwat kekal sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berlangsung.

Katanya dakwat kekal itu hanya boleh dicalit oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya sejurus sebelum pemilih membuang undi di pusat pengundian.

"Sebelum ini kita nasihat jangan serah kad pengenalan kepada orang lain bila dekat pilihan raya, sekarang kita ingatkan mereka jangan biar orang calit dakwat pada kuku sebelum masanya,” katanya.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai dakwaan sebuah blog bahawa ada pihak merancang untuk mencalit dakwat kekal pada kuku pengundi, terutama di kawasan luar bandar seminggu sebelum hari pengundian PRU13.

Menurut blog itu, pihak terbabit berbuat demikian bagi mencetuskan huru-hara kerana pengundi yang dikesan sudah dicalit dakwat kekal pada kukunya tidak akan dibenar membuang undi pada hari berkenaan. - Bernama

-

Saturday, 30 March 2013

SPR sangkal dakwaan rakyat Malaysia di luar negara tidak berpeluang mengundi


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyangkal dakwaan segelintir pihak kononnya rakyat Malaysia di luar negara tidak diberi peluang untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana Akta Pilihan Raya 1958 telahpun dipinda bagi membolehkan mereka mendaftar sebagai pemilih.

"Saya dapat tahu ada pihak yang mengatakan berjuta-juta rakyat Malaysia di luar negara tidak dihiraukan dan menjadi mangsa pada sistem pilihan raya kali ini,” katanya.

Setakat pagi ini, SPR hanya menerima 5,167 permohonan daripada rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi melalui pos pada pilihan raya kali ini, katanya kepada pemberita selepas memberikan taklimat akhir PRU-13 kepada ketua-ketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan negeri Selangor di sini.

Mengikut rekod, Abdul Aziz berkata, negara paling ramai rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi ialah Australia iaitu 1,206 orang diikuti United Kingdom (871), China (513), Amerika Syarikat (342) dan Taiwan seramai 183 pengundi. - Bernama
-

Saturday, 23 March 2013

GEMPAR! Rafizi Ramli Bodoh Rupanya ! Hantu Dengan Polong Pun Tak Kenal! Biul!


Adess! Rafizi Lembu dah jadi bangang! Belajar sampai luar negeri tapi bangang rupanya. Rafizi Lembu ni beriya-iya nak membuktikan Papagomo sebagai pengundi hantu, tapi terkantoi pulak! Punya jahatnya Rafizi Lembu ni nak mengelirukan mata rakyat dan cuba mengaitkan hantu mak lampir yang mengundi sebanyak dua kali. 


Secara asasnya pengundi ditakrif kan mempunyai nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir yang sama, yang telah mengundi di dua atau kawasan pengundian yang berlainan. Tapi tak tau pulak teman jika takrifan Rafizi Lembu Bodoh ni perbezaan nama waima nombor kad pengenalan sebagai pengundi hantu.

Tapi bagaimana pulak berkaitan carian SPR mengenai Rafizi Lembu ni pulak! Lima contoh nama yang sama Rafizi Bin Ramli tetapi nombor kad pengenalan yang berbeza. Nampak gayanya Rafizi ni pun pengundi jugak lah!





-

Monday, 25 February 2013

Hot! Guan Eng Guna Undang-Undang Sendiri Saman Barisan Nasional


Apa apek ni melalut! Sawan ke apa? Tiba-tiba pulak nak buat Pilihanraya PBT di Pulau Pinang. Lepas tu nak saman Kerajaan Pusat dan Suruhanjaya Pilihanraya. Adeehh!! Ape weh! Pilihanraya ke 13 dah dekat. Lawan dulu! Jangan cakap banyak der!


Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahu menyaman kerajaan pusat dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan pilihan raya kerajaan tempatan diadakan di kawasan penyeliaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, plihan raya kerajaan tempatan adalah satu perkara di bawah kelolaan negeri mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Dun mempunyai bidang kuasa untuk mengadakan peruntukan bagi mengadakan pilihan raya tempatan di bawah Jadual Kesembilan dan Perkara 113 (4)  Perlembagaan Persekutuan.

Aloo apek! Lu tau ka Seksyen Pilihanraya PBT tu dah mansuh der! Apek ni peguam tapi tarak baca ka? Atau sengaja nak buat gimik politik. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara. Boleh mengatasi mana-mana undang-undang bertentangan dengannya. Itu basic la apek! "Common Law" apek ooii! Teman tak belajar undang-undang pun tau la! Kalau apek mau jugak, apek kena bentang usul kat Parlimen der! Dapatkan 2/3 majoriti menyokong. Ada bran?
-

SPR Sedia Hadapi Pelbagai Kemungkinan Pada PRU-13



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia berdepan pelbagai kemungkinan termasuk kekecohan atau proses perjalanan pilihan raya terganggu di pusat penamaan calon dan pengundian pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata cabaran mengurus pilihan raya kali ini berbeza kerana banyak perkara baharu akan dilaksanakan tambahan pula pilihan raya umum ini dilabel sebagai 'ibu segala pilihan raya', 'pilihan raya paling panas' dan 'pilihan raya paling sengit'.

"Banyak perkara baharu yang diperkenalkan akan dilaksanakan SPR pada pilihan raya kali ini yang merupakan 'pilot project' seperti pengunaan dakwat kekal," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Taklimat Ulangan kepada Pengawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus bagi negeri Perak di Segari di sini, Ahad.

Beliau berkata kekecohan atau proses pengundian boleh terganggu berhubung penggunaan dakwat kekal sekiranya pemilih tidak mematuhi peraturan atau undang-undang pilihan raya.

Ada beberapa keadaan yang menyebabkan pemilih tidak akan diberi kertas undi antaranya tidak mahu menunjukkan jari untuk diperiksa, tidak membenarkan jari dicalit (dengan dakwat kekal) dan jari telah dicalit dengan dakwat kekal, katanya.

Wan Ahmad berkata elemen penggunaan dakwat kekal adalah wajib dan merupakan antara perkara penting yang perlu difahami semua parti politik dan rakyat.

Beliau berkata sesiapa yang mengganggu kelancaran proses pilihan raya atau mencetuskan kekecohan serta menghalang proses itu di tempat pengundiaan boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya 1981) iaitu didenda RM1,000 dan dipenjara.

"Jangan dengar ajaran songsang yang berfikiran mahu melakukan sesuatu yang boleh mengganggu gugat keadaan di tempat pengundian. Hak kita sebagai pengundi mesti dilaksanakan dengan masuk ke tempat mengundi, mengundi dan lepas itu keluar dari situ. Matlamat SPR adalah untuk mewujudkan proses pengundian yang lancar dan aman," katanya.

Beliau berkata banyak penambahbaikan yang dilakukan SPR dalam usaha mewujudkan pilihan raya bersih, lancar dan aman antaranya penggunaan dakwat kekal, tempoh kempen lebih 11 hari serta pelantikan pemerhati bebas pilihan raya yang mempunyai akses ke tempat pengundian dan memantau aktiviti kempen.

Selain itu, Wan Ahmad berkata berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan dua hari lepas, Perak mempunyai 1,397,279 pemilih dengan 778 pusat pengundian termasuk pusat pengundian awal serta 2,667 saluran mengundi. - BERNAMA
-

Friday, 15 February 2013

Mat Sabu Arah Timbalan Pengerusi SPR Letak Jawatan, Bingung!!

 

Adeeh! Mat Sabun memang jenis muka tak malu. Tengok aje lah isu Mat Indera pun boleh dia kata pejuang kemerdekaan. Inikan pulak saman Timbalan Pengerusi SPR. Suka-suka je Mat Sabun ni suruh orang letak jawatan. Macam la dia perintah Malaysia.ptuii!


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak akan memohon maaf kepada Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, sebaliknya menyerahkannya kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

Mohamad yang sebelum ini didakwa telah memfitnah Wan Ahmad menerusi kenyataan di dalam akhbar Harakah berhubung isu 'projek IC' Sabah, bertajuk “Ragu Peranan SPR, Wan Ahmad Omar mesti letak jawatan”. Ye le tu Mat Sabun ooii! Cerita Normah apa cerita pulak! Boboy nak bongkar tu!!
-

Thursday, 14 February 2013

PANAS! SPR Saman Mat Sabu


Hah! Baru padan muka. Ingat Pakatan Rakyat aje ke yang boleh saman orang. Kali ni deme pula nak kena saman.  Timbalan Pengerusi SPR na saman Mat Sabu sebab kenyataan fitnah. Ala! Bab-bab fitnah ni bagi je kat Pakatan Rakyat. Deme ni memang juara fitnah!hee..


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang membuat kenyataan berkaitan 'projek IC' Sabah baru-baru ini.

Menurutnya, notis tuntutan memohon maaf telah dihantar kepada Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu pada 7 Februari lalu dan diberi tempoh tujuh hari untuk berbuat begitu.

Beliau berkata, dakwaan Mat Sabu dalam Harakah bertajuk "Ragu Peranan SPR, Wan Ahmad Omar mesti letak jawatan" telah memfitnahnya.

"Kalau dia (Mat Sabu) buat sedikit penyelidikan dan semakan mesti dia tahu cerita sebenar, tapi niat jahatnya itu, ikut fakta tak penting tapi yang penting fitnah untuk tarik orang baca dan tujuan lain yang mereka mahukan.

"Banyak pihak keliru dengan laporan tersebut.

"Jadi saya telah menghantar notis tuntutan kepada Mat Sabu untuk memohon maaf sehingga esok, kalau gagal saya akan failkan saman terhadapnya," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini, hari ini.

Dalam laporan Harakah baru-baru ini, Mat Sabu menggesa Wan Ahmad meletakkan jawatan segera bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPR kerana beliau tidak boleh dipercayai lagi.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga berkata, setiap ahli politik perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuat semasa berkempen atau sebagainya.


Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata, pengalaman yang dilaluinya melihat kebanyakan pemimpin pembangkang yang membuat fitnah tidak akan memohon maaf.

"Kita tak boleh biarkan orang yang tak bertanggungjawab dibiar begitu sahaja.

"Ini pertama kali saya ambil tindakan ini, sebab terlalu banyak fitnah kepada kakitangan SPR termasuk pegawai, timbalannya, terutama semasa kempen untuk pancing undi.

"Saya dah bagi tempoh, tapi ikut pengalaman pemimpin pembangkang sukar untuk mohon maaf," katanya.

Sebelum ini, notis telah dihantar kepada pihak defenden iaitu Mat Sabu, Pas, Angkatan Edaran Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar Harakah dan penulis artikel tersebut. (Sinar)

-

Thursday, 7 February 2013

SPR Jamin Senarai Daftar Pemilih Bersih



Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberi jaminan senarai daftar pemilih adalah bersih dan proses pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan menjadi yang terbaik.

Beliau berkata SPR membersihkan senarai daftar pemilih dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana JPN mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sama ada seseorang itu adalah warganegara atau bukan warganegara.

"Daftar pemilih yang kita ada sekarang iaitu sekitar 13.3 juta pengundi (termasuk di Sabah) sehingga Disember tahun lepas, adalah bersih. Pilihan raya umum ke-13 mungkin panas, mungkin mencabar tetapi tidak terkotor," katanya.

Beliau berkata meskipun timbul pelbagai persepsi ekoran pendedahan baru-baru ini dalam siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah, namun SPR yakin proses PRU-13, terutama di Sabah akan menjadi yang terbaik.

Persepsi itu tidak seharusnya wujuh hanya semata-mata berdasarkan kenyataan satu atau dua orang saksi kerana terdapat lebih 100 orang yang akan memberikan keterangan kepada RCI, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat pelantikan kepada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai pemerhati tempatan pilihan raya umum ke-13 bagi negeri Sabah dan Labuan di sini, Rabu.

Tiga NGO itu ialah Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Sabah, Majlis Belia Sabah dan Gabungan Persatuan Cina Sabah.

Abdul Aziz berkata empat pegawai SPR akan dipanggil menjadi saksi dalam sesi pendengaran RCI itu termasuk daripada bahagian komputer, pengurusan, pendaftaran dan pengarah SPR Sabah.

"Bila mereka dipanggil nanti mereka akan beri penerangan sejelas-jelasnya," katanya.

Sehubungan itu, Abdul Aziz meminta semua pihak supaya mengelak daripada membuat sebarang kesimpulan tentang perkara yang disebut dalam prosiding RCI itu.

Katanya SPR telah memperkenalkan pembaharuan dalam usaha mengemaskini serta memperbaiki proses pilihan raya, termasuk penggunaan dakwat kekal, undi awal, wujudnya akses media bagi parti-parti politik, pemerhati antarabangsa dan pemerhati tempatan.

"Banyak lagi pembaharuan yang kita lakukan termasuk kemudahan undi pos untuk semua rakyat Malaysia di luar negara (tetapi ada syarat) bagi elak kemungkinan berlaku penipuan...berasaskan itu takkan lah pilihan raya ke-13 akan jadi yang terkotor," katanya.

Katanya SPR akan membelanjakan kira-kira RM52 juta bagi mengurus pilihan raya umum di Sabah yang mempunyai pengundi berdaftar seramai 969,497, dan menurutnya RM400 juta diperuntukkan bagi mengurus pilihan raya umum di seluruh negara.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berharap NGO yang dilantik sebagai pemerhati pilihan raya dapat menjalankan tugas dengan jujur dan profesional, sekali gus menjadikan pilihan raya tersebut terbaik daripada segi sistem, proses dan pembaharuan pilihan raya.

Katanya sebanyak 16 NGO dilantik sebagai pemerhati pilihan raya di seluruh negara iaitu lima di Semenanjung, lapan di Sarawak dan tiga di Sabah.

Abdul Aziz berkata kesemua NGO yang dilantik memenuhi syarat ditetapkan, antaranya mempunyai keupayaan bertindak sebagai pemerhati, tidak berpihak kepada mana-mana parti dan menerima syarat lantikan, selain dibenarkan masuk ke pusat mengundi, dewan penamaan calon dan bilik pengiraan undi. BERNAMA
-

Friday, 18 January 2013

PRU13: SPR Kerah 240,000 Petugas



KUALA LUMPUR: Seramai 240,000 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terlibat dalam memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah itu meningkat daripada kira-kira 180,000 petugas SPR pada PRU-12 tahun 2008.

Beliau menjelaskan pertambahan petugas itu disebabkan beberapa faktor seperti jumlah pengundi yang bertambah saban tahun.

"Sehingga suku ketiga 2012, terdapat seramai 13.1 juta pengundi berdaftar dengan SPR. Sekiranya pilihan raya diadakan selepas bulan Mac, kita menjangkakan pertambahan seramai 164,000 pengundi lagi yang didaftarkan pada suku keempat tahun lepas," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat PRU-13 dan isu-isu berkaitan proses pilihan raya kepada petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama)di Wisma Bernama di sini, Khamis.

Turut hadir ialah Pengerusi Bernama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman dan pemangku Pengurus Besar Bernama, Datuk Yong Soo Heong.

Pada PRU-13 akan datang, sebanyak 8,139 pusat mengundi akan dibuka di seluruh negara melibatkan 24,522 saluran tempat mengundi.

Wan Ahmad menjelaskan 80 peratus daripada pusat mengundi melibatkan bangunan sekolah, manakala selebihnya melibatkan dewan serbaguna dan balai raya.

Selain itu, katanya lebih ramai petugas juga diperlukan bagi memastikan proses pengundian awal yang pertama kali diperkenalkan dapat dijalankan sebaik mungkin.

"Kami benar-benar mahu memberikan yang terbaik. Petugas yang lebih ramai perlu untuk membantu pengundi dan pemerhati yang dilantik sepanjang proses pilihan raya berlangsung," katanya. Dalam pada itu, Wan Ahmad berkata SPR menjangkakan kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri akan ditandingi, sekali gus pertambahan petugas diperlukan bagi menampung tanggungjawab yang bakal dipikul badan itu.

"Berdasarkan senario politik sekarang, kita rasa tak mungkin ada lagi kerusi yang menang tanpa bertanding," katanya.

Semasa sesi taklimat hari ini, petugas Bernama didedahkan dengan simulasi proses pengundian di mana dakwat kekal akan digunakan buat kali pertama. - BERNAMA
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...