Showing posts with label Sukan AFF Suzuki CUP 2012. Show all posts
Showing posts with label Sukan AFF Suzuki CUP 2012. Show all posts

Monday, 17 December 2012

HOT: K RAJAGOBAL DIGUGURKAN



BEKAS pemain kebangsaan dan pengkritik bola sepak, Serbegeth Singh berpendapat sudah tiba masanya tugas mengendalikan skuad Harimau Malaya diserahkan kepada Ong Kim Swee berikutan kegagalan ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal mempertahankan kejuaraan Piala AFF 2012.

Menurut Serbegeth atau turut dikenali dengan panggilan Shebbie, pandangan disuarakan itu bukan hanya berasaskan kepada kegagalan di Piala AFF baru-baru ini, sebaliknya ia mengambil kira prestasi skuad negara yang merosot selepas bergelar juara rantau Asia Tenggara dua tahun lalu.

Bagi Penasihat Global kelab Liga Kejuaraan, Blackburn Rovers itu, skuad kebangsaan sepatutnya meningkat ke satu tahap yang lebih tinggi namun ia sebaliknya berlaku di bawah pimpinan Rajagobal.

“Selepas kita menjuarai Piala AFF, kita masih lagi dalam era eksperimen pemain, sepatutnya kita sudah melangkah ke satu tahap lagi, tapi sebaliknya kita seperti masih ‘meraba-raba’.

“Kita melakukan eksperimen dengan mengharapkan kita boleh berada di kemuncak prestasi dua tahun kemudian. Untuk maju ke depan, kita harus memiliki jurulatih yang boleh meningkatkan prestasi pasukan yang kita miliki sekarang dan bukannya membentuk pasukan baru.

“Jangan fikir pandangan saya ini satu kritikan, sebaliknya ia satu persoalan yang harus kita bincangkan bersama, adakah Rajagobal mampu meneruskan tugas sebagai ketua jurulatih kebangsaan?” katanya yang dihubungi Arena Metro semalam.

Shebbie yang kini berada di London mengakui tidak boleh memberi ulasan terperinci mengenai permainan skuad kebangsaan dalam kejohanan AFF kali ini kerana hanya melihat sebahagian aksi menerusi YouTube.

Namun berdasarkan pemerhatiannya dalam tempoh dua tahun selepas Malaysia menjadi juara kali pertama Piala AFF, skuad kebangsaan berada dalam era kemerosotan selepas gagal melayakkan diri dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2014, kejatuhan ranking negara berikutan beberapa aksi buruk dalam aksi persahabatan antarabangsa yang dianggap tidak penting oleh Rajagobal.

Rajagobal, 56, dianggap jurulatih tempatan paling berjaya apabila membimbing skuad negara memenangi pingat emas Sukan Sea Laos 2009 serta Piala AFF 2010 di Jakarta dengan menewaskan Indonesia menerusi agregat 4-2.

Biarpun menyaksikan anak buahnya tersingkir di peringkat separuh akhir menerusi agregat 3-1 di tangan Thailand pada kejohanan Piala AFF Khamis lalu, Rajagobal masih mahu meneruskan misi utamanya iaitu kelayakan Piala Asia 2015 bermula Februari depan.


Manakala Kim Swee yang terkenal dengan kepakarannya menggilap pemain muda seperti Mohd Nazmi Faiz Mansor, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Gary Steven Robbart pula menggalas misi mempertahankan pingat emas Sukan Sea Myanmar tahun depan selepas kejayaan di Jakarta tahun lalu.


“Dua masalah timbul jika Rajagobal terus menjadi jurulatih iaitu adakah pemain percaya dengan kemampuannya serta tekanan daripada penyokong sendiri,” jelas Shebbie.

Ketika ditanya kenapa jurulatih Harimau Muda A, Kim Swee yang menjadi pilihannya, bekas pemain pertahanan kebangsaan itu berkata: “Sudah tiba masanya untuk Kim Swee diberikan tanggung jawab lebih besar. Kita kena tahu, kejayaan bola sepak negara berasaskan kepada sistem pembangunan bola sepak di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

“Kim Swee cukup arif dengan sistem ini kerana beliau membimbing Harimau Muda A yang memiliki ramai pemain yang bagus. Jika beliau diberi peluang, beliau boleh menggabungkan dua pemain dari dua generasi iaitu generasi pemain Rajagobal dan generasi pemain Harimau Muda A yang ada sekarang. Dengan dua generasi ini kita boleh memiliki satu pasukan yang mantap. Tapi masalahnya siapa yang boleh menggantikan tempat Kim Swee bersama Harimau Muda? Bagaimanapun, Shebbie mengingatkan agar sumbangan dan kepakaran yang dimiliki Rajagobal tidak boleh diketepikan begitu saja.

“Rajagobal banyak berjasa kerana sudah membawa kita ke satu tahap baru, mungkin beliau boleh dilantik menjadi penasihat teknikal untuk melihat keseluruhan sistem termasuk skuad belia. Kerana beliau juga pernah membimbing skuad belia sebelum ini,” jelasnya.

-

Sunday, 16 December 2012

AFF SUZUKI CUP: BOLASEPAK MALAYSIA DAH TENAT



Teman pun sependapat dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. supaya Ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal tidak harus dipecat atas kekalahan skuad kebangsaan Harimau Malaya pada separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012, Khamis lepas.  Tapi teman nak nasihat sikit supaya pemain-pemain lebih menumpukan perhatian kepada perlawanan sepenuhnya.  Kenapa teman cakap gitu? Sebab teman nampak banyak sangat masalah peribadi pemain-pemain yang telah diangkat macam artis.  Selalu je ada gossip seperti terlalu "Supertstar" hingga tenggelam dengan dunia glamor.  Setakat popular kerana permainan yang hebat seperti Arwah Mokhtar Dahari, Santokh Singh (beberapa nama sebagai contoh), tak apa la sangat.  Ini tak! Popular kerana gossip dan masalah-masalah peribadi hingga ke mahkamah.  Tak malu ke?

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal tidak harus dipecat atas kekalahan skuad kebangsaan Harimau Malaya pada separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012, Khamis lepas, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, adalah tidak adil untuk menjatuhkan hukuman terhadap jurulatih itu malah beliau perlu diberi peluang melakukan penambaikan dan pembaharuan dalam skuad bimbingannya dalam menghadapi kejohanan seterusnya.

"Kita tidak harus lupa Rajagobal yang bertanggungjawab mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap pasukan negara dan menaikkan imej pemain sehingga dikenali ramai... tidak seperti sebelum ini.

"Bagaimanapun beliau harus mencari jalan dalam meningkatkan lagi prestasi skuad kebangsaan," katanya kepada pemberita pada majlis perkahwinan anak perempuannya Nurkhalida dan pasangannya, Qaiyum Hasnul, kedua-dua berusia 25 tahun, di Stadium Juara Bukit Kiara, di sini, hari ini.

Ahmad Shabery berkata, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga bertanggungjawab untuk melihat pembangunan mutu sukan itu secara lebih menyeluruh.

Beliau berkata, FAM perlu memberi perhatian untuk meningkatkan status Liga Malaysia yang kini berada dalam kategori D berbanding kategori B oleh Liga Vietnam dan Indonesia dalam ranking Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Dalam saingan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012, Malaysia, selaku juara bertahan, dikecewakan oleh Thailand dengan agregat 1-3.

Thailand akan menentang Singapura pada perlawanan akhir timbal balik pada 19 dan 22 Disember ini.

Selepas gagal mempertahankan kejuaraan itu, Rajagobal berkata beliau mahu memenuhi kontraknya sehingga Disember 2013 bersama FAM dengan misi utama membantu skuad negara melayakkan diri ke pusingan akhir Kejohanan Piala Asia 2015 di Australia.

Bagaimanapun, jurulatih berusia 56 tahun itu menegaskan bahawa kedudukannya selepas ini diserahkan kepada FAM.

Pasukan negara akan memulakan kempen kelayakan Piala Asia 2015 pada Februari depan dengan menentang Qatar sebelum berdepan dengan Bahrain dan Yemen dalam saingan Kumpulan D. - Bernama
-

Thursday, 13 December 2012

PENENTU BERTEMU SINGAPURA DI AFF SUZUKI CUP


Singapura telah menempah tiket ke akhir di Piala AFF Suzuki 2012 selepas mengalahkan Filipina 1-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi.  Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada separuh akhir pertama di Stadium Memorial Rizal, Manila, Sabtu lepas.  

Teman harap Malaysia akan mencipta kejutan untuk mencapai kelebihan aggregat di tempat lawan, Bangkok, Thailand.  Teman rasa semua peminat berdoa supaya strategi Rajagobal menjadi kali ini. Teman harap pemain-pemain mengumpul tenaga dan fokus kepada permainan yang menjadi penentu pasukan Malaysia menempah ke final.  Tiada "Superstar" dan tiada yang terhebat.  Samarata dan semangat berpasukan yang paling penting.


-

Wednesday, 12 December 2012

BERITA BAIK! PENERBANGAN KHAS KE BANGKOK AFF SUZUKI CUP 2012


Hot ni weh!  Penerbangan khas ke bangkok sempena pusingan kedua perlawanan Malaysia vs Thailand pada 13 Disember 2012. Pakej istimewa kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS ) dan Air Asia khusus untuk para penyokong tegar Harimau Malaya ke Bangkok. Bayaran RM500 dikenakan.  Pergi balik tu!  Siapa cepat dia dapat, tempat adalah terhad.  Moh weh, tiket Grand Stand tu..Weee..Teman nak sekeping! Jangan lupa kat teman pulak..heeee


Penerbangan ini akan bertolak pada pukul 12.55 tengah hari dari LCCT Sepang pada 13 Disember 2012 dan balik ke Kuala Lumpur pada pukul 11.55 malam selepas perlawanan selesai. Berkumpul di LCCT Jam 10.00 pg.  Lekas sebelum terlambat..

-

Sunday, 9 December 2012

WEH! HARIMAU MALAYA BOLEH SERI AJE!



Weh oii! jenuh la macam ni.  Boleh seri 1-1 je ni.  Game timbal balik kena kerja keras la!  Apa la punya strategi Rajagobal yang akan datang ni.  nak bagi seri jugak ke?  Hancus..Hancus..  Cuba la bersemangat sikit.  Permainan teman tengok macam berterabur je.  Peminat berharap sangat-sangat ni! 

Malaysia dan Thailand masing-masing terikat 1-1 selepas wisel penamat dibunyikan dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. 

Skuad bimbingan Datuk K Rajagobal mendahului pada minit ke 49 hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha sebelum Teerasil Dangda menyamakan kedudukan hasil tandungan cantik pada minit ke-78. 

Malaysia akan bertandang ke Stadium Supachalasai, Bangkok pada 13 Disember ini untuk perlawanan pusingan kedua separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012. 

-

GO GO HARIMAU MALAYA




Teman makin risau.  Apa la strategi Rajagobal untuk menang dengan Malaysia malam ni.    Jangan salahkan padang le pulak...Kalau ikutkan sejarah, Malaysia tak pernah menang dengan Thailand sejak 2004 lagi.  Lama tuh!  Thailand mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Kumpulan A di Bangkok baru-baru ni.  Jurulatihnya dari Jerman, Winfried Scharfer.  Itu satu kelebihan.

Teman harap pasukan Harimau Malaya akan menggunakan sepenuhnya kelebihan bermain ditempat sendiri malam ini.  Harap-harap pemain-pemain bermain dengan semangat berpasukan.  Jangan ada yang berlagak "Superstar" tapi habuk pun tarak.  Lebih gossip dan kualiti permainan.  Jangan silap jaga gawang lagi ek!heee..peace..


-

Thursday, 6 December 2012

PIALA SUZUKI AFF: Tawaran Tiket Pergi Balik Bangkok Paling Murah


Hebat ni kome weh! Berita baik buat penyokong Harimau Malaya.  Tawaran tiket pergi balik paling murah oleh Air Asia bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia menentang Thailand, Khamis depan. Lagi menarik, jika sambutan menggalakkan perkhidmatan bas akan turut disediakan dari lapangan terbang di Bangkok ke Stadium Supachalasai.  best ni weh!


Utusan Malaysia melaporkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes telah menyatakan persetujuan berhubung perkara tersebut.

"Penawaran itu bergantung kepada kekosongan penerbangan. Kita masih tidak tahu berapa ramai penyokong yang benar-benar ingin ke sana (Bangkok). Saya sudah berbincang dengan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk mendapatkan jumlah mereka yang mahu ke sana.

"Kita akan menyediakan penerbangan "charter" dan jika sekadar 100 atau 200 orang, ia tidak akan memberi impak yang besar. Kita mahu beribu orang ke sana,"


Bagaimanapun pada masa ini, kos penerbangan, harga tiket, perkhidmatan bas, serta keperluan lain masih dalam perbincangan,  Harap jadi la weh!  Ramai yang nak pegi ni..Tak sabo le teman nak ngikut..heeee..


-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...