Showing posts with label Politik PAS sesat. Show all posts
Showing posts with label Politik PAS sesat. Show all posts

Saturday, 5 January 2013

Mujahid Rawa Kena Jawab, Jangan Nak Pusing-Pusing



Kali ini, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa didakwa pernah bersetuju agar penganut agama lain turut menggunakan kalimah ALLAH. Ahli Parlimen Parit Buntar itu didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika mengadakan dialog dengan penganut Kristian di sebuah gereja di negeri ini kira-kira dua tahun lalu. Hah! Kena jawab la, jangan asyik main pusing-pusing. Itu pun kalau berani la.

Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk video mengenai kenyataan itu. berdasarkan rakaman video itu, dia ada menyebut: “saya secara peribadi bersetuju kalimah ALLAH digunakan oleh penganut agama lain”.  

Mana mau lari Mujahid oiii! Bukti video dah ada dalam tangan. Opppss. lupa pulak! Nik Aziz kata bukti besi buruk mana boleh jadi saksi kan.kan..
-

Monday, 31 December 2012

NIK AZIZ CABUL AGAMA ISLAM, FATWA SESAT PAS

Nik Aziz ni dah meraban tak tentu hala. Masih nak jadi calon walaupun dah tua. Dah penghujung umur. Sudah-sudah lah tu. Banyak sangat kerosakan Nik Aziz ni dah buat. keluarkan fatwa-fatwa songsang yang boleh menyesatkan umat. PAS pun dah menyimpang jauh dan matlamat perjuangan asal. Kerana mengidamkan Putrajaya, sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama. Sanggup membenarkan Guan eng membuat sesuka hati hingga sanggup mengorbankan Kalimah Allah demi mencapai cita-cita peribadi.


-

Sunday, 30 December 2012

ADUHAI GAMIS: BUDAK KECIK TAK SUNAT LAGI


Ini lagi sekor.Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Eikhwan Ali. Entah sape dia ni, teman pun tak kenal. Cakap tak fikir. Budak kecik tak sunat ni menulis di Haramkah DailySaya kira sudah-sudahlah isu ini terus dipolemikkan. Generasi baru Malaysia mahukan politik yang ‘constructive’, bukannya ‘provokatif’ dan ‘destructive’, diajak berdebat, “bukan budaya kita”, diminta siaran langsung, “kalau sesuai kita siarlah”, akhirnya, politik samseng dan fitnah juga jadi pilihan. MALAYSIA TANPA UMNO.

Ye la. Nama pun budak kecik tak sunat lagi. Apa yang dia tau pun pasal politik ni. Teman nak bagi tau le kat mike, mike baca le betul-betul Amanat Hj Hadi tu dulu. Fahami dan buka minda. Jangan duduk bawah tempurung je dengan golongan Pakatan Rakyat ni. Lepas tu mike bacalah surat Majlis Agama Islam Negeri Kelantan mengenai Amanat Hj Hadi. Melambak kat google tu, mike cari je. Tak ada siapa pun nak fitnah. Bukti dah terpampang di depan mata. Kalau nak jadi calon, tak payah la buat-buat cerita bukan-bukan.Minta je kat Nik Aziz tu! Tak pun mintak kat Anwar China Doll. Confirm Anwar China Doll akan main belakang..hahaha..

Kalau TV yang kome dakwa penipu dan putar belit cerita tu, tak bagi masuk, redha je le. Sebelum ni kome kutuk dan fitnah TV Kerajaan BN ni. Lepas tu nak mintak masuk pulak. Ada akai ke? Muka tak malu! macam ludah muka sendiri je le..ptuii!!!
-

Thursday, 27 December 2012

PAS boleh menerima bahawa orang Kristian berhak menggunakan nama Allah


Weh! Biar betul ni! Ada akai ka? Tuan Ibrahim Tuan Man ni mimpi ke apa?  Mike sedar la sikit.  Bila teman baca terbakar rasa seluruh badan.  Inilah PAS, bila kena kejut sikit dengan DAP, menggelabah tukar kenyataan.  Pusing kenyataan. Menurut laporan Haram Daily PAS boleh menerima bahawa orang Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama mereka sebagaimana keputusan PAS sebelum ini.(Tuan Ibrahim Tuan Man)

Ewah!ewah! berlembut nampak. Inilah wajah-wajah sebenar PAS yang dakwa parti Islam tapi macam hampas.  Baru DAP bersuara sikit, gegar seluruh badan.  Tak boleh tidur malam.  Sah, PAS sebuah Parti Sesat.  PAS mengutamakan cita-cita menawan Putrajaya dari menjaga maruah dan memelihara agama Islam.  Pemimpin sebegini yang mahu kome pilih?  Minta simpang malaikat 44.
-

Sunday, 23 December 2012

HANGAT! KAFIRKAH AKU?


Kafirkah aku!  Buat iktibar dan renungan kepada Ahli-Ahli PAS yang totok dan tak sedar diri.  Masih kena tipu dengan putar belit dan fatwa songsang dan Amanat Hj Hadi yang tak ada pun dalam Al-Quran.  Renung-renungkan lah!...


-

Saturday, 22 December 2012

WAJIB BACA: Menyesal Tak sudah Masuk PAS


Ramai orang dah kata, PAS ni dah sesat.  Banyak menyeleweng dari yang betul.  Keluar lah macam-macam hadis nak bagi kuatkan hujah.  Bagi orang nampak, deme ni mengamalkan ajaran Islam.  Keluar la banyak fatwa sampai boleh kafirkan sesama Islam.  Amanat Haji Hadi samapai kafirkan UMNO.  Apa sahaja dari UMNO tu haram.  Ini kisah pengakuan seorang tua di Utusan Malaysia Zakaria Daud, 74, dari Kampung Awek Darau di sini mungkin salah seorang yang benar-benar kecewa dengan Pas setelah mensia-siakan sekian banyak masa dan tenaga sepanjang hidupnya untuk membantu parti itu.

Beliau yang menjadi kader parti sejak usia belasan tahun berusaha mewujudkan dua buah premis yang digelarnya 'masjid' di kampung dengan memerah keringat membinanya di samping berusaha mengumpulkan derma untuk menyiapkannya agar penyokong Pas boleh solat berasingan termasuk solat Jumaat.

Zakaria juga tukang sembelih bagi memastikan sembelihan halal setelah benar-benar diyakinkan oleh para pemimpin Pas dalam siri ceramah mereka tentang tahap keislaman dua parti Melayu yang bertentangan itu dan para penyokong mereka.

Terbongkarlah satu persatu mengenai siapa itu PAS.  PAS itu fasik dan munafik.  Nanti kalau orang kata khawarij, marah le pulak tapi setiap gerak geri PAS lebih cenderung kepada khawarij.  Apa nak kata kan..kan..Teman pun tak tau apa nak jadi dengan PAS ni.  PAS ni dah memang sesat sangat-sangat.  Bertaubat lah...
-

Friday, 21 December 2012

PAS Kena Jawab Soalan Cepu Emas ni


Teman berterima kasih kat kawan-kawan yang beriya-iya untuk membongkar satu persatu kegagalan PAS dalam menangani isu-isu rakyat.  Banyak sangat agenda pusing-pusing dan konar baring PAS denga alasan-alasan yang tak masuk akal.  Kome cuba perhati betul soalan-soalan cepu emas PAS.  Macamana PAS jawab..Kome tengok..




-

Wednesday, 19 December 2012

Apa Yang NIk Aziz Merepek Ni, Mufti Perak Kena Pulak


Teman marah sangat bila Nik Aziz begitu sinis menempelak Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tentang isu Amanah Haji Hadi. Menurut laporan Haramkah Daily, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru para mufti agar menjaga nama baik mereka dan tidak bermain politik partisan untuk kepentingan pihak tertentu.

Ingatan itu berhubung kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik balik apa yang didakwa sebagai 'Amanat Haji Hadi'. "Boleh berbincang dengan cara yang elok dan tak perlu bermain politik partisan di dalam jubah mufti.

Teman rasa Nik Aziz ni dah nyanyok sakan.  Bab kafir mengkafir sesama Islam tak ada pun dalam syariat Islam.  Mudah je.  Jadi, teman pulak nak cakap kat Nik Aziz, kalau bercakap mengenai hukum hakam ni, adakah berbentuk partisan?  Kome tu yang buat hukum hakam sendiri.  Kome tu yang bercakap demi kepentingan parti PAS semata-mata. Dah tu, nak salahkan orang lain untuk menutup kesalahan sendiri.  piiirraaaahh..
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...