Showing posts with label Politik DAP Agenda Kristian. Show all posts
Showing posts with label Politik DAP Agenda Kristian. Show all posts

Wednesday, 26 December 2012

PANAS LAGI: GUAN ENG KENA SERANG!



Teman mengutuk-gutuk sekeras-kerasnya kenyataan Guan Eng yang menggesa Kerajaan Pusat membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. Permintaan Guan Eng itu adalah berniat jahat dan cuba menghancurkan keharmonian dan hubungan di antara agama di negara ini.  Teman nak tengok sejauhmana PAS akan membuat tindakan susulan ke atas isu ini.  Kalau setakat bercakap tapi tiada tindakan, baik tak payah. Agama Islam yang digugat, PAS hanya berdiam diri, bersuara macam anak itik bila disembelih jadi lauk dimakan oleh DAP.

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengingatkan semua pihak tidak mencabar dan akur dengan keputusan Majlis Fatwa yang telah memutuskan kalimah ALLAH hanya digunakan oleh umat Islam di negara ini.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad berkata, perkara itu telah diputuskan dengan jelas oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tanpa perlu dipolemikkan lagi.

"Keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible perlu dihormati semua kaum," katanya mengulas gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Hasan berkata, di Pulau Pinang, telah diwartakan kalimah ALLAH sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam.

“Jabatan Mufti Pulau Pinang sudah putuskan perkataan seperti ALLAH, takwa, haji, masjid contohnya hanya boleh digunakan mereka yang beragama Islam.

“Peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman Pakatan Rakyat (PR) memerintah dan dipersetujui oleh Lim Guan Eng  sebagai Ketua Menteri, di mana beliau telah dimaklumkan dan peraturan telah diwartakan. Beliau pun tahu perkara ini, kita sudah maklumkan dan peraturan sudah diwartakan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

-

Saturday, 8 December 2012

BONGKAR: AGENDA KRISTIAN DI MALAYSIA



Decree For Malaysia

“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”

Pendedahan Ustaz Muhamad Amin, seorang pendakwah yang sering ke Palestin, membawa rombongan pelancong Muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para Anbiya.  Ustaz Amin telah menemui bukti Agenda Kristian di Malaysia.  

Teman baca pun bara sangat ni!  Kalau siapa pun yang faham ayat di atas yang beragama Islam pastinya menyirap darah.  Tak sangka di dalam orang Islam sering berbuat baik dengan semua agama, ada agenda jahat oleh agama lain kepada orang Islam dan Malaysia.  Tidak mustahil la dakwaan Utusan Malaysia suatu ketika dulu bahawa DAP mahu menjadikan Kristian agama rasmi selain melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu. Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi didakwa menganjurkan satu pertemuan paderi Kristian yang membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.  Guan Eng dengan lantang menafikan sekeras-kerasnya.  Helah yang biasa Guan Eng akan lakukan.  

Tapi sayang masih ada pemimpin Islam Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim mempertahankan DAP ini demi mengimpikan Jawatan Perdana Menteri Malaysia.  Oppss..Teman lupa la pulak.  Anwar ni pun dah tak Islam.  Anaknya pun tak bercakap tentang liberalisma beragama.  Nik Aziz pun dah bagi fatwa dan dah bagi Syurga pada deme-deme ni.  Kira baik la tu!heeee..

Kome baca la kat SINI

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...