Showing posts with label Politik BN Najib Tun Razak. Show all posts
Showing posts with label Politik BN Najib Tun Razak. Show all posts

Saturday, 5 January 2013

Masa Depan ATM Dan Bekas Perajurit Di Pertahankan



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata masa depan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bekas-bekas perajurit dan kesinambungan perjuangan pahlawan terdahulu akan terus dipertahankan demi kelangsunganpembinaan negara bangsa.

Perdana Menteri berkata perjuangan kerajaan membangunkan negara menjadi lebih mudah kerana bekas anggota tentera bijak menilai dengan terus meletakkan kepimpinan kerajaan yang telah terbukti berjaya pada tempat sewajarnya.

Sambil menempelak pihak yang disebutkan sebagai 'puak sebelah sana', Najib berkata beliau tidak boleh memberi jaminan nikmat dan penghargaan yang diterima ATM dan bekas perajurit yang diterima ketika ini berkelangsungan sekiranya kerajaan yang ada ditukar.

"Sudah tentu perjuangan kerajaan ialah untuk membina sebuah negara bangsa yang dihormati, disegani, berjaya yang kejayaannya dilihat kerana perjuangantentera mempertahankan kemerdekaan.

"Kita berjaya kerana anda meletakkan kepimpinan negara pada tempat yang sewajarnya yang tahu mengurus negara, yang tahu menilai pengorbanan para perajurit, yang ada agenda untuk membangunkan ATM akan mempertahankan maruah ATM," katanya.

Hadir sama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertahanan Datuk SeriDr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani.

Berucap ketika merasmikan persidangan perwakilan PBTM ke-87 dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini, Perdana Menteri berkata semangat 'Harimau Malaya' dan Force 136, yang tidak ingin melihat kuasa berpindah ke tangan yang lain dan ikrar untuk mempertahankan kerajaan yang ada perlu diteruskan walaupun mereka kini bergelar bekas tentera.

Najib juga berterima kasih kepada perajurit dan bekas anggota tentera yang terus meletakkan kepercayaan kepada kerajaan dengan kesedaran bahawa masa depannegara, ATM dan PBTM tidak boleh dipisahkan dengan kerajaan sedia ada.

"Siapa boleh jamin masa depan kita, siapa boleh menjamin kelangsungan Rejimen Askar Melayu Diraja tanpa kerajaan yang ada hari ini, tepuk dada tanya selera.

"... Dan inilah sebenarnya mengapa kita berjuang, mengapa kita meletakkan 'nyawa kita dihujung tanduk' sebagai para perajurit yang telah berjuang selamaini, sebab itulah negara terhutang budi pada anda semua," katanya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengajak para perajurit dan PBTM yang dianggotai oleh lebih 200,000 untuk memperbaharui ikrar melangsung dan meneruskan perjuangan untuk membina negara kerana kini bukan masa untuk membuat percubaan atau bermain-main, kerana tindakan itu bakal memberi sesuatu kesan yang besar kepada negara.

"Kalau sebelum ini sebahagian daripada rakan-rakan kita telah terkorban dimedan perang, mengenang mereka satu bab, tapi yang lebih penting ialah perjuangan mereka itu belum lagi berkesudahan dan perlu diteruskan walau kita telah menjadi bekas tentera," katanya.

Pada majlis itu Najib menyerahkan replika cek berjumlah RM224 juta kepada Ahmad Zahid yang kemudiannya menyampaikannya kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan, sebagai simbolik pelancaran penyerahan sumbangan RM1,000 secara sekaligus kepada 224,000 orang veteran ATM tidak berpencen. BERNAMA
-

Friday, 4 January 2013

PM ucap selamat maju jaya dalam peperiksaan kepada mahasiswa



Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan selamat maju jaya kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) yang sedang menghadapi peperiksaan.

Perdana Menteri berkata, beliau juga akan sentiasa mendoakan kejayaan mereka.

"Selamat maju jaya kepada mahasiswa-mahasiswi IPT yg sedang menghadapi peperiksaan.

"Saya akan sentiasa mendoakan kejayaan anda semua," katanya dalam tweet terbaru beliau. - BERNAMA

-

Wednesday, 2 January 2013

WAJIB BACA: KEJUTAN POLITIK



SEPANJANG tahun 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan pelbagai program bagi memberi manfaat kepada rakyat. Antaranya ialah Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) dilancarkan pada Januari 2012 memberi peluang rakyat berpendapatan rendah membuat pelaburan sebanyak RM5,000 dalam Amanah Saham 1Malaysia.

Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) pada Jun pula membolehkan seramai 66,538 pemandu teksi di seluruh negara menerima baucar bernilai RM520 setiap seorang bagi menggantikan tayar kenderaan masing-masing.

Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRe1M) dengan peruntukan berjumlah RM100 juta bertujuan merangsang aktiviti sukarelawan dalam kalangan belia dilancarkan Julai lalu.

Pada Ogos lalu, 1Malaysia Privilege Card khusus bagi anggota tentera dan polis membabitkan 241,000 pegawai dan anggota dilancarkan membolehkan mereka mendapat diskaun harga belian barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian.

Sejak September lalu, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) membolehkan 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi menikmati potongan harga pembelian dan perkhidmatan sehingga 60 peratus.

Veteran Angkatan Tentera Malaysia turut menerima manfaat atas pelancaran Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP) bagi memperkasa dan meningkatkan tahap sosioekonomi veteran tentera di seluruh negara pada 15 Disember lalu.

Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) diteruskan tahun ini. Selain di Nusajaya, Johor, ia juga dilancarkan di Seremban dengan pembinaan sebanyak 5,700 unit rumah mampu milik.

Sementara itu, kira-kira 1.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah akan diberi perlindungan skim insurans dengan had RM100,000 yang merangkumi perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian.

PPR Taman Manggis


BARISAN Nasional (BN) Pulau Pinang bertindak dengan membayar wang pendahuluan sebanyak RM224,073 pada 3 Oktober lalu bagi membeli tanah seluas 0.445 hektar berharga RM22 juta di Taman Manggis, George Town daripada kerajaan negeri bagi membina rumah pangsa mampu milik.

Bagaimanapun, dalam satu mesyuarat Exco, 7 Disember lalu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng memutuskan kerajaan negeri menolak penjualan tanah tersebut.

Tanah tersebut yang sepatutnya dibina projek perumahan rakyat fasa kedua telah dijual kepada sebuah syarikat swasta, Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd.


Diskaun PTPTN

SELEPAS sekian lama menjadi perdebatan sehingga sesetengah pihak cuba mempolitikkannya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akhirnya menawarkan insentif pemberian diskaun 20 peratus dan insentif pemberian diskaun 10 peratus kepada peminjam PTPTN.

Pemberian diskaun 20 peratus itu diberikan kepada peminjam PTPTN yang membuat penyelesaian hutang pinjaman atau pembiayaan PTPTN dalam tempoh bermula pada 1 Oktober 2012 hingga 30 September tahun depan.




-

Wednesday, 26 December 2012

KESIAN DS NAJIB, GUAN ENG GANGGU MAJLIS PULAK!



Begitu bersungguh-sunguhnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba mengharmonikan hubungan sesama kaum dan agama, mewujudkan hubungan muhibbah dikalangan penganut semua agama, tiba-tiba GuanEng buat rosak majlis.  Guan Eng pulak cuba menghuru-harakan negara, cuba mencetuskan ketegangan agama.  Memang dasar tak sedar diri diuntung betul.  Nak bagi betis nak peha.eh.eh..

Cuba kome fikir petikan DS Najib dalam ucapan majlis minum petang sempena sambutan Hari Krismas anjuran pihak pengurusan Gereja Luther,

"Di sini, saya sekali lagi ingin menghulurkan salam persahabatan kerajaan, mendakap komuniti Kristian dan berkongsi perasaan muhibbah dengan anda. Saya tidak mahu menjadi Perdana Menteri untuk satu seksyen masyarakat sahaja tetapi untuk semua rakyat Malaysia,"

Kesian DS Najib, orang lain rosak majlis, DS Najib pulak kena buat kerja lebih bagi memastikan ketegangan agama di negara ini tidak berlaku.  Guan Eng memang sial!!!

Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menyeru pemimpin Kristian agar terus melibatkan diri dalam dialog konstruktif bagi mempertingkat hubungan antara agama di Malaysia.

Perdana Menteri berkata tiada siapa harus takut dengan dialog konstruktif kerana "kita hanya boleh lebih menghormati dan menghargai satu sama lain jika kita saling lebih mengenali."

"Walaupun saya menerima hakikat bahawa memupuk dan menjalin hubungan mengambil masa, namun kita mesti terus berbuat demikian demi kepentingan Malaysia yang sentiasa menjadi objektif utama semua komuniti di negara ini," katanya pada majlis minum petang sempena sambutan Hari Krismas anjuran pihak pengurusan Gereja Luther di sini Selasa.


Najib berkata pemimpin Kristian merupakan peserta aktif sejak tiga tahun lepas dalam mekanisme dialog dikenali sebagai Jawatankuasa bagi Memupuk Harmoni dan Persefahaman di Kalangan Penganut Agama, yang diketuai Datuk Azman Amin Hassan, yang juga Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi.

Najib berkata untuk berjaya dalam usaha ini, kerajaan memerlukan perasaan muhibbah dan persefahaman yang tidak terhingga.

"Kita hanya boleh merealisasikan aspirasi ini dengan menyemai serta memupuk persefahaman dan rasa hormat bersama. Sehubungan itu, kita menggalakkan dialog dan wacana namun kita amat berhati-hati untuk berbuat demikian dalam konteks kepelbagaian kita serta cabarannya," katanya.

Najib berkata Malaysia, menerusi hubungan rapat serta sejarahnya dengan negara Islam, China dan India, ditambah pula dengan penduduk berbilang etnik, perlu memanfaatkan kelebihan strategik dialog konstruktif ketika negara menangani cabaran globalisasi dan perubahan ekonomi.

Tambahan pula, beliau berkata kerajaan telah menggubal polisi bagi mencerminkan kelebihan ini dan akan terus berbuat demikian dalam semangat 'Malaysia Truly Asia'.

Beliau berkata pentadbirannya sudah merumuskan konsep '1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan visi bagi melihat Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.

Najib menyifatkan Malaysia sebagai bernasib baik dapat menikmati pertumbuhan ekonomi stabil yang berjaya mengeluarkan berjuta penduduk daripada cengkaman kemiskinan dan berkata peluang untuk berjaya boleh digapai setiap rakyat yang berusaha bersungguh-sungguh.

Beliau turut menyentuh keperluan untuk terus membantu mereka yang kurang bernasib baik dan berkata satu daripada teras utama konsep 1Malaysia ialah keadilan sosial yang disifatkannya sebagai komponen penting dalam memastikan setiap orang diberi peluang dan bantuan untuk berjaya.

Sehubungan itu, Najib menggesa komuniti Kristian di negara ini agar menyertai perjalanan untuk melakukan perubahan dan pembaharuan ke arah Malaysia yang lebih baik.

Perdana Menteri berkata beliau faham jika komuniti itu merasakan bahawa kerajaan tidak melakukan secukupnya untuk melibatkan mereka.

"Bagaimanapun, saya perlu menyatakan, secara ikhlas, bahawa kita sebenarnya berjaya mencapai banyak perkara bersama tanpa diketahui umum," katanya sambil menambah antaranya, menghapuskan sekatan terhadap penganut Kristian yang ingin ke Baitul Maqdis bagi upacara keagamaan.

"Ini adalah keterangkuman yang saya cari kerana saya percaya ada tempat untuk kita semua di bumi Malaysia.

"Di sini, saya sekali lagi ingin menghulurkan salam persahabatan kerajaan, mendakap komuniti Kristian dan berkongsi perasaan muhibbah dengan anda. Saya tidak mahu menjadi Perdana Menteri untuk satu seksyen masyarakat sahaja tetapi untuk semua rakyat Malaysia," katanya disambut dengan tepukan hadirin.

Menegaskan komitmen beliau kepada masyarakat Kristian, Najib berkata mereka tidak perlu berasa yang mereka sudah dilupakan.

"Dengan begitu banyak interaksi peribadi bersama pemimpin gereja menunjukkan bahawa saya tidak pernah melupakan komuniti Kristian seperti yang didakwa sesetengah pihak. Malah, setiap komuniti sama ada etnik atau agama, adalah penting kepada saya dan kerajaan saya kerana kami tidak boleh meminggirkan sesiapa," katanya

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim serta isteri Datin Seri Masnah Rais, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Ha.

Hadir sama Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia Biskop Datuk Ng Moon Hing, Biskop Philip Lok dari Gereja Lutheran Malaysia dan Ketua Biskop Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam yang mewakili biskop Katolik. - BERNAMA

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...