Showing posts with label Politik BN Jelajah janji Ditepati Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Politik BN Jelajah janji Ditepati Pulau Pinang. Show all posts

Saturday, 8 December 2012

PANAS!PANAS! KETAR GUAN ENG TENGOK NI! (7 gambar)


Teman nak bagi Guan Eng panas lagi bara.  Guan Eng mesti naik ketar-ketar bila produk 1Malaysia berhimpun di Dataran Kawad USM Pulau Pinang hari ini.  Slogan 1Malaysia berselerak di USM hari ini.  Usaha kerajaan BN untuk mencapai rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan di Jelajah Janji Ditetapi Peringkat Pulau Pinang telah dibuktikan.  Rakyat boleh melihat sendiri sejauhmana kerajaan BN telah berusaha memenuhi kehendak rakyat keseluruhannya.  Janji kerajaan BN telah terbukti.  Bukan macam Pakatan Rakyat, tak abis-abis Kitab Buku Jingga tu!  Janji dan manifesto Pilihanraya 2008 pun masih tak ditunaikan, nak tabur lagi janji palsu. cesss...

Kome tengok la produk 1Malaysia yuang sempat teman snap tadi..selamat berhibur..heee

Gelanggang Futsal 1Malaysia (GF1M)
PR1MA

Spa 1Azam

Kedai Buku 1Malaysia

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia

Kedai Rakyat 1Malaysia

Klinik 1Malaysia


-

LEPAIH NI MESTI GUAN NAIK MEROYAN


Ramai betul la kat Pasar Awam Bayan Baru tadi.  Sejak awal pagi lagi orang ramai dah tunggu YAB Perdana Menteri DS Najib sampai ke situ.  Lebih 1,000 orang menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Pasar Awam Bayan Baru di sini, hari ini.

Guan Eng confirm meroyan tak tido malam.  Maklum la, bila PM datang ke Pulau Pinang, macam-macam la PM boleh bagi.  Guan Eng cakap kosong je.  Asyik-asyik salahkan UMNO aje...Keje tak buat pun, asyik berpolitik..heeee

Berita Harian melaporkan DS Najib berkata "Ingat saya dah awal, rupa-rupanya ramai lagi yang datang awal dan jumlah pengunjung memang di luar jangkaan. Nasib saya baik kerana dapat tengok Perdana Menteri lebih dekat hari ini,"

Najib dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil peluang bersarapan bersama orang ramai di pasar berkenaan dengan Najib menikmati capati dan air kopi o panas sebelum beramah mesra dengan orang ramai serta menerima memorandum daripada sekumpulan pelabur emas dari Genneva Malaysia Sdn Bhd.

Hah! Pelabur Geneva Malaysia pun ade.  Bersabo je le.  Bagi le PM masa untuk kaji dan mendapat pandangan dulu..Ini berkaitan dengan undang-undang.heeee..
-

LIVE! INI JANJI SAYA! NAJIB KENA SERBU PULAK!


Biar betul weh! Datuk Seri Najib Abdul Razak teruk kena serbu di Pulaui Pinang.  Betul weh! Orang ramai berpusu-pusu untuk bersalaman dengan Perdana Menteri yang telah menunggu sejak awal pagi lagi. Kiraan kasar teman, lebih 50,000 rakyat Pulau Pinang membanjiri Dataran Kawad USM Pulau Pinang dengan Perdana Menteri sebentar tadi.  Ramai sungguh rakyat Pulau Pinang menyambut Perdana Menteri di Jelajah Janji Ditepati Peringkat Pulau Pinang. 

Perdana Menteri mengumumkan 25 ribu rumah murah dan mampu milik untuk rakyat di Pulau Pinang.  Beliau juga turut dipetik kerajaan sedang merancang untuk membina Monorel di Pulau Pinang.  Beliau berucap ketika melancarkan Jelajah Janji Ditetapi Peringkat Negeri Pulau Pinang sebentar tadi.  Untungnya orang Pulau Pinang.  Deme dah nak ada Monorel Weh!

Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang Tan Cheng, Tan Sri Nor Mohamaed Yackop, Menteri Di JPM dan pemimpin-pemimpin BN Negeri Pulau Pinang.
Datin Seri Rosmah Mansor bersama pemimpin-pemimpin BN Negeri Pulau Pinang
Orang Ramai berpusu-pusu bersalaman dengan PM
Antara Rakyat Pulau Pinang Yang Hadir


-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...