Monday 25 March 2013

PANAS! Kuala Kedah Sudah Goyang!


Sambutan menggalakkan daripada nelayan Kuala Kedah membenarkan bendera Barisan Nasional (BN) dipasang pada bot mereka menjadi petanda BN akan merampas semula Kuala Kedah daripada pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.

Naib Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Abdul Mutholib Harun berkata, golongan nelayan memberi sambutan luar dugaan terhadap program memasang bendera BN pada bot-bot mereka.

Program itu yang dilancarkan di jeti Tandop Kampung Seberang Kota semalam menyaksikan hampir keseluruhan lebih 80 bot nelayan di situ membenarkan bot mereka dipasang dengan bendera BN.

“Sebelum ini anggota jentera pilihan raya BN Kuala Kedah memasang bendera BN di beberapa jeti persendirian dan diterima baik oleh nelayan-nelayan terbabit.

“Saya yakin sambutan hebat ini berikutan kesedaran mereka hasil program bantuan kerajaan BN kepada rakyat,” kata Abdul Mutholib kepada pemberita selepas memasang bendera BN pada bot nelayan Kuala Kuar dekat sini hari ini.

Katanya, beliau akan menjelajah semua kuala dan tandop yang menjadi tempat pendaratan ikan oleh nelayan untuk berkempen bagi memastikan BN memenangi kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pengkalan Kundor, Kubang Rotan dan Anak Bukit daripada pembangkang pada PRU-13.

“Sokongan mereka bukan sahaja meniup semangat jentera BN Kuala Kedah bekerja lebih keras malah menjamin jumlah undi bertambah. Saya yakin sokongan mereka tidak berbelah bagi, berbeza dengan 2008,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...