Thursday, 28 March 2013

PANAS! Bob Lokman Yang Dah Gila!


Bodoh dan Memalukan!!! Bukan untuk menghina, namun itulah hakikatnya apabila seorang artis yang sebelum ini telah membuat kenyataan terbuka untuk menyokong Pas merasakan dirinya lebih Islam berbanding orang lain. Hanya kerana parti yang dipilihnya kononnya memperjuangkan Islam, dia mengatakan seluruh rakyat Malaysia tidak sepenuhnya Islam.

“Bukan artis..saya kata seluruh Malaysia tak sepenuhnya Islam” katanya ketika ditanya mengenai kenyataannya yang mengatakan artis yang ada sekarang ini bukan semuanya Islam.

Malah bekas artis komedi itu turut mengatakan bahawa antara sebab dia dijemput untuk memberikan ceramah atas pentas politik pakatan pembangakang adalah kerana mempunyai kredibiliti untuk memancing undi. Dia mengatakan demikian ketika menjadi salah seorang ahli panel wacana ‘Artis Masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi’ semalam.

Lebih menampakkan kebodohan Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman apabila menegaskan sebagai seorang bekas selebriti tidak memerlukannya untuk bercakap banyak ataupun menunjukkan sikap yang pandai mengenai politik.

Mengikut rekod, bekas juri maharaja lawak ini juga pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor kerana memberikan kuliah agama tanpa permit yang dihadiri oleh 70 jemaah masjid pada 10 Oktober 2011.

Kuliah yang disampaikan selepas solat maghrib di Masjid Kg Sg Lui itu telah menyebabkan pelawak itu di tahan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

Lebih mengelikan hati apabila pelawak itu mempersoalkan tindakan JAIS yang menahannya setelah bertaubat dan mendekati Allah, yang sebelum ini telah bergelumang dalam arus keduniaan dalam dunia hiburan. Mungkin pelawak ini terlupa, pertuduhan yang dikenakan bukan disebabkan isu dia telah bertaubat, tapi isunya ialah percubaan pelawak itu menyampaikan kuliah agama .

Tapi isu itu tidak perlu untuk diperbesarkan, kerana bak kata Bob Lokman pakatan tidak memerlukan artis yang pandai untuk memperjuangkan politik namun dirasakan sebagai perjuangan Islam.

Mungkin atas pegangan atau ideologi yang cuba disebar-luaskan olehnya itulah, maka tidak hairan mengapa mana-mana artis di dalam pakatan pembangkang sering memperlihatkan tahap pemikiran yang sedemikian. Lebih malang lagi, mereka-mereka ini sering berkata ‘sesedap mulut dan rasa’ dengan melemparkan pelbagai tuduhan atas nama kononnya ia dituntut agama.

Di akhir kenyataannya, Bob Lokman turut mengakui bahawa dirinya dipergunakan oleh untuk memancing undi, maka atas sebab itu dia sering kali diletakkan sebagai penceramah yang terakhir. Kerana menurutnya orang ramai yang hadir hanya ingin mendengar apa yang ingin dikatakan oleh ‘selebriti pakatan’ itu.

Malah menurutnya, sekiranya dia diletakkan untuk berceramah awal, ramai yang akan balik sejurus selepas dia bercakap. Hebatnya bila pelawak mengaku sebagai pejuang Islam yang akhirnya bertukar menjadi ‘pelawak Islam’.

Suara Generasi Baru

1 comment:

  1. Gol manusia belum mengenal Islam (alIslam : LilIslam)...
    * Apa itu Islam yg di pinjam dari qalimah bacaan "alIslam" - belum lagi mampu di usul, tapsir & Terjemah... sekadar TAKWILAN kpd lisanun Arabia... " Salaamun, Salmi, Sullami, Istaslama...
    * Siapa yg menguatkuasakan Islam - alislam ?.
    * Bagaimana jadi Islam - alIslam ?.
    * Bagaimana gugur Islam - alIslam ?.
    * Gugur Islam - alIslam jadi Apa ?
    INGAT LAH : kalau tidak ISLAM - alIslam MAKA wajib lah YAHUDI - alyahud, Haadu, Huuda.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...