Wednesday, 27 March 2013

HANGAT! Lagi Fatwa Songsang Terbaru ?


Semakin hari, pendekatan politik pembangkang dilihat semakin sesat dan menyesatkan khususnya pendekatan yang digunakan oleh pimpinan Pas. Menjelang pilihanraya umum ini dapat dilihat bermacam-macam ‘fatwa songsang’ yang dikeluarkan bagi mengelirukan orang awam.

Sebagai contoh sekiranya dahulu, apabila tiba musim pilihanraya umum, ayat yang sering digunakan ialah ‘mengundi Pas masuk syurga’, ‘bekerja dan membantu Pas adalah seperti membantu Islam’, ‘tidak masuk syurga bagi sesiapa yang tidak mengundia Pas’ dan sebagainya.

Itulah antara ayat-ayat kempen yang dilihat mengunakan Islam bagi mengelirukan orang awam khususnya kepada mereka yang tidak mempunyai kefahaman tentang agama yang tinggi.

Terbaru, penceramah bebas yang diangkat sebagai ulama tersohor Pas, Azhar Idrus mengatakan hukum menghasut dibenarkan di dalam Islam sekiranya berniat untuk melakukan perubahan. Bekas pemain gitar kumpulan pop Iklim itu mengeluarkan kenyataan tersebut ketika diajukan soalan oleh Hishamuddin Rais dalam wacana Malam Seni Untuk Perubahan semalam.

Walaupun kenyataan yang diberikan itu agak ringkas, namun sekiranya diteliti ia mempunyai maksud yang mendalam dan boleh menyebabkan berlakunya kerosakkan yang lebih besar.

Menurut Kamus Dewan (edisi ke-4) menghasut membawa maksud menjadikan orang sakit hati atau marah kepada orang lain, mengapi-apikan dan sebagainya. Manakala menurut Islam disebut juga sebagai mengadu-domba yang merupakan perkataan Arab ‘an-namimah’.

An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut. Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini”.

Selain daripada itu, ia juga diertikan sebagai ‘Ghibah’ iaitu keinginan untuk menghancurkan orang, suatu keinginan untuk menodai harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain, sedang mereka itu tidak ada di hadapannya. Ini menunjukkan kelicikannya, sebab sama dengan menusuk dari belakang. Sikap semacam ini salah satu bentuk daripada penghancuran.

Firman Allah SWT:

“Dan jangan sebagian kamu mengumpat sebagiannya.” (al-Hujurat: 12)

Rasulullah SAW turut menjelaskan maksud ayat tersebut agar mudah difahami oleh para sahabat.

“Bertanyalah Nabi kepada mereka: Tahukah kamu apakah yang disebut ghibah itu? Mereka menjawab: Allah dan RasulNya yang lebih tahu. Maka jawab Nabi, yaitu: Kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang ia tidak menyukainya. Kemudian Nabi ditanya: Bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi? Rasulullah s.a.w. menjawab: Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu, maka berarti kamu mengumpat dia, dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu, maka berarti kamu telah menuduh dia.” (Riwayat Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasa’i)

Seterusnya, perlu juga difahami, perbuatan menghasut ini adalah merupakan sebagian dari perbuatan syaitan, lihat sahaja bagaiman dia menghasut Nabi Adam AS dengan tipu dayanya sehingga melanggar arahan dan perintah Allah SWT. Natijahnya dari itu Nabi Adam AS dan isterinya dikeluarkan dari syurga dan dicampak ke dunia.

Ia memberikan maksud yang jelas kepada kita, perbuatan menghasut ini adalah merupakan satu satu dari perangai Syaitan yang dilaknat bagi menyesatkan manusia sehingga ke hari kiamat, sesuai dengan janjinya. Firman Allah SWT:

“ Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan ucapan-ucapan yang amat baik; sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka;  sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia”. [al-Isra’ 17:53]

“Dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui”. [al-Baqarah 2:168-169]

Kesimpulanya hukum menghasut adalah merupakan perbuatan yang dilarang Islam selain berdosa besar ia juga merupakan salah satu perangai Syaitan dalam menyesatkan manusia.

Namun fatwa sonsang Azhar Idrus ini mungkin saling berkait rapat dengan kenyataan Nik Aziz suatu ketika dahulu yang mengatakan `Pas sanggup berkawan dengan syaitan sekalipun untuk mengalahkan BN’. Selamat Beramal.

Suara Generasi Baru

2 comments:

  1. Makin lama makin tak faham la situasi ni. Apa kesudahan pun tatau la.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...