Friday, 29 March 2013

PANAS! Anwar Kantoikan Chegu Bard! Kesian Der!


Pasti ramai yang terkejut dengan kenyataan Anwar baru-baru ini yang mengatakan tidak akan mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh dalam pilihanraya yang akan datang, sebaliknya sedang menimbangkan untuk berpindah tempat. Kononnya atas disebabkan pihak-pihak tertentu, Anwar juga dikatakan sedang berkira-kira sama ada berpindah ke Selangor atau Perak.

Namun yang menjadi persoalan hangat ialah, kenapa anak kelahiran Cherok Tok Kun terpaksa mengunddurkan diri dari kawasan yang satu ketika dahulu merupakan kawasan paling selamat untuknya? Dan kedua siapa yang bakal diletakkan untuk mengantikan dirinya yang mendapat jolokan ‘Pemimpin Anugerah Tuhan’ oleh isteri kesayanggan?

Umum mengetahui isu demi isu yang terkait dengan peribadi Anwar telah mula dipersoalkan rakyat khususnya pengundi Islam/Melayu di Permatang Pauh. Dan perkembangan ini sudah pasti membimbangkan Anwar. Ini kerana rata-rata pengundi di sana adalah merupakan kenalan dan mereka yang mempunyai pertalian saudara dengannya.

Sekiranya di kalangan saudara sendiri telah mula bangkit untuk menolaknya sebagai wakil rakyat, bagaimana pula dengan penerima masyarakat di sana yang sudah tentu akan terkesan baik secara langsung mahupun tidak. Oleh yang demikian sebagai jalan selamat, adalah mencari tempat majoriti bukan Melayu yang sudah pasti akan memberikan sokongan terhadapnya.

Mengenai persoalan kedua yang dilontarkan tadi, rupa-rupanya masih ada yang bingai dikalangan pencacai Anwar dalam isu politik apabila mengatakan Wan Azizah akan kembali diletakkan sebagai calon di sana. Ini disebabkan kerana Perkara 48, Artikel 46 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa mana-mana ahli parlimen yang meletakkan jawatan tidak boleh  bertanding semula mana-mana kerusi Parlimen untuk tempoh selama lima tahun.


Oleh itu siapa yang akan dipertanggungjawab untuk mencuci ‘taik’ yang ditinggalkan Anwar di kawasan tersebut? Menurut salah satu sumber parti itu, antara nama yang pernah disebut ialah Chegu Bard, seorang yang pernah bergelar guru sementara tetapi gagal dalam permohonan untuk menjadi guru terlatih melalui Kursus Dalam Cuti.

Mungkin kerana menyedari dirinya hanya ingin dijadikan kambing hitam di kawasan tersebut, Chegu Bard seolah tidak berpuas hati dengan tawaran tersebut. Ini kerana dia merasakan sebagai salah seorang pejuang parti adalah wajar untuk memberikan tempat atas faktor pengorbanan yang telah dicurahkan.

Namun sebagai ahli politik, sudah pasti dia akan menolak sebarang cubaan untuk mematikan karier politiknya yang dianggap masih muda. Ini kerana peratusan untuk kalah dikawasan tersebut amat besar dan sekiranya itu berlaku, sudah pasti dia akan disalahkan kerana gagal mempertahankan kubu tersebut.

Oleh yang demikian, untuk mengambil langkah selamat, Chegu Bard dikatakan cuba melobi untuk mendapatkan kawasan Nibong Tebal yang dikatakan kawasan selamat untuknya. Namun telah ditolak mentah-mentah oleh pimpinan kawasan yang mahukan pemimpin tempatan.

Setelah pelbagai pertimbangan dilakukan, menurut sumber itu lagi, kepimpinan parti telah mengambil keputusan untuk mengugurkan nama Chegu Bard sebagai calon dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...