Saturday, 30 March 2013

HOT! Anwar Buat Naya Pada Penduduk Kampung Tanduo


Akhirnya Kampung Tanduo, terletak di Lahad Datu yang menjadi tempat pertama pendaratan penceroboh lanun Sulu yang telah mengorbankan beberapa orang anggota keselamatan Malaysia terpaksa ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.

Pasukan keselamatan membuat keputusan tersebut selepas mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Februari lepas terjejas teruk. Ia berikutan susulan gerakan ofensif Ops Daulat yang dilancarkan pada 5 Mac selepas pengganas menyerang pasukan keselamatan.

Penduduk 12 buah rumah yang terdapat di kampung tersebut pula diberitakan akan ditempatkan di kawasan berhampiran Kampung Tanduo di mana lokasi sebenar akan dikenalpasti kemudian dengan kerjasama pengurusan FELDA Sahabat.

Nasib yang menimpa penduduk Kampung Tanjung Batu tidaklah seburuk penduduk Kampung Tanduo di mana kampung mereka telah disahkan bebeas daripada ancaman pengganas. Mereka akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas proses perbincangan Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan selesai.

Nampaknya perancangan Anwar untuk menimbulkan huru-hara bagi menjatuhkan reputasi kerajaan Barisan Nasional demi meraih simpati yang bakal diterjemahkan melalui undi rakyat dalam PRU13 nanti tidak berjaya. Keinginannya yang membuak-buak untuk diangkat menjadi Perdana Menteri nampaknya terpaksa dikuburkan.

Campurtangan kuasa asing melalui PBB juga tidak berjaya dibawa masuk walaupun pengganas berperilaku kejam terhadap anggota keselamatan Malaysia. Pasukan keselamatan Malaysia dapat mengawal keadaan dengan pantas tanpa perlu bantuan kuasa asing seperti yang diharapkan oleh Anwar.

Nyawa rakyat dan anggota keselamatan tidak boleh dijadikan sandiwara seperti dakwaan Pakatan Pembangkang melalui Tian Chua sebelum ini. Nyawa mereka bukan barang tukaran bagi meraih sokongan rakyat dalam PRU13 nanti.

Tahniah pasukan keselamatan yang berjaya menumpaskan pengganas dan mempertahankan kedaulatan negara daripada diganggu gugat. Kini rakyat menunggu pula pasukan keselamatan mengheret dalang yang menimbulkan kekacauan dan membahayakan nyawa rakyat ke muka pengadilan.

Ada yang berpendapat, tuhan menyebelahi Anwar dan disebabkan itulah setiap perbuatannya yang dikatakan fitnah belaka tidak dapat disabitkan kesalahan di mahkamah. Dalam erti kata lain, mereka menyakini Ketua Umum Pakatan Pembangkang itu sememangnya seorang yang suci murni dan semua tuduhan hanyalah konspirasi UMNO untuk menjatuhkan seorang ‘anugerah tuhan’.

Namun, bagi penulis, semua yang berlaku ada sebab musababnya. Kenapa video aksi seksnya tersebar? Sudah pasti kerana tuhan mahu menunjukkan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar Ibrahim yang cukup bijak berlakon baik di hadapan orang dan seorang yang bernafsu songsang bila di belakang.

Sama seperti insiden yang berlaku di Sabah ini. Kenapa ‘Sultan Sulu’ menghantar tenteranya untuk menakluk Sabah? Sudah pasti kerana ada dalang yang menjanjikan sesuatu yang begitu didahagakan oleh ‘Sultan Sulu’ yang sudah tidak layak bergelar sultan ini.

Kenapa dalang ini menjanjikan sesuatu kepada ‘Sultan Sulu’ supaya membuat kekacauan? Sudah pasti kerana ada perancangan rapi yang sudah dibuat oleh dalang tersebut bersangkutan dengan kehendaknya sendiri yang pada fikirannya boleh direalisasikan apabila kekacauan berlaku iaitu boleh memanggil kuasa luar masuk campur atas alasan membantu menyelesaikan kekacauan.

Dan siapakah yang paling suka kuasa luar masuk kononnya untuk menyalur dana, menjadi pemerhati bebas pilihanraya mahupun membantu menyelesaikan krisis dalaman negara melainkan si ‘anugerah tuhan’?

Sama-samalah kita fikirkan, berbaloikah undi kita kepada pengkhianat negara…

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...