Monday 25 March 2013

KIram Mula Buat U-Turn Pulak!


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) semalam menyangkal dakwaan kononnya sepasukan komando tentera dihantar ke Filipina untuk membunuh ketua pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.

Beliau berkata, tentera Malaysia tidak akan menceroboh masuk ke Filipina dan tidak sejahat pengganas Sulu untuk melakukan pembunuhan di negara lain.

“Saya minta Jamalul Kiram janganlah khuatir, kita tidak akan menceroboh masuk ke Filipina dan tidak sejahat beliau untuk melakukan pembunuhan di negara orang.

“Janganlah lakukan ‘reverse psychology’ hanya untuk mendapat simpati daripada penyokong-penyokongnya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada 50 bekas tentera di sini.

Beliau mengulas laporan portal Global Nation Inquirer mengenai dakwaan anak perempuan Kiram, Jacel, kononnya seorang peguam Filipina, Mario Lozada memfailkan afidavit mengenai rancangan pembunuhan itu di Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) negara tersebut.

KOSMO

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...