Monday 25 March 2013

ADEEH! Anwar Tak Boleh Tidur Malam Der! RCI Lahad Datu Nak Siasat Siapa Dalang!


Adeeh! Rasanya lepas ni ada yang tak boleh tidur malam! Maklum lah, Kerajaan nak tubuhkan RCI atau Kertas Putih untuk kenalpasti dalang sebenar sebalik insiden berdarah di Lahad Datu. Perisikan Filipina difahamkan telah bersetuju untuk bertukar-tukar maklumat perisikan. Setahu teman la, hanya beberapa nama sahaja yang disebut yang menjadi dalang utama. Selain maklumat wikileaks, banyak lagi maklumat-maklumat yang sudah didedahkan oleh beberapa menyebut beberapa nama yang terlibat dan sejumlah wang yang disogokkan untuk mewujudkan huru-hara di Sabah. 

Lebih mengejutkan, Negeri Sarawak juga tidak ketinggalan dalam agenda jahat dalang-dalang ini. Jika dalam Islam, pengkhianat boleh dihukum mati.

Menurut laporan Utusan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yakin kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja atau Kertas Putih bagi mengenal pasti dalang sebenar di sebalik insiden pencerobohan pengganas Kiram di Sabah.

Pada masa yang sama, beliau turut mengesahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada bertemu bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) beberapa kali sebelum insiden pencerobohan berlaku pada 12 Februari lalu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...