Wednesday, 28 November 2012

BONGKAR! BAJET PAKATAN RAKYAT TAK HARGAI ANAK MUDA


Teman selak punya selak, baru teman perasan.  Bajet Pakatan Rakyat 2013 tak sebut pun tentang insentif kepada belia dan sukan.  Lupa ke buat-buat lupa.  Eh! Kata hero pada anak-anak muda?chiitt!!! Cakap je tapi tak serupa bikin.  Kerajaan BN jugak la yang ambil berat mengenai belia dan sukan dalam Bajet 2013 dan Bajet-bajet tahun sebelumnya.  Hah! Kau ada? Berani komen..

BAJET BARISAN NASIONAL

Pemberian BR1M 2.0 melalui Bajet 2013 ini diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini adalah sebanyak 250 ringgit.

Kerajaan juga memperuntukkan 440 juta ringgit kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi memberi pinjaman kepada pelatih untuk menjalani latihan kemahiran.

Di samping itu, Petronas akan menggunakan kemudahan Institut Kemahiran Belia Negara di Pengerang, Johor untuk melatih seramai 300 orang belia menjelang akhir tahun ini dalam bidang minyak dan gas bagi memenuhi keperluan projek RAPID.

Kerajaan turut melancarkan program Y-Creative yang melibatkan persatuan belia di seluruh negara. Kerajaan juga akan menganjurkan Festival Belia Putrajaya yang merupakan perhimpunan belia terbesar negara bersempena dengan perisytiharan tahun 2013 sebagai tahun kesukarelaan nasional.

Bagi membantu usahawan muda dalam bidang ICT, sebuah yayasan dengan nama New Enterpreneur Foundation akan ditubuhkan dengan peruntukan permulaan sebanyak 50 juta ringgit. NEF akan menjadi platform bagi program latihan dan bimbingan. Selain itu, Young Entrepreneur Fund juga diwujudkan dengan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit akan disediakan oleh SME Bank.

Kerajaan akan melancarkan Pertandingan Lautan Biru  1Malaysia For Youth atau 1M4U sebagai pengiktirafan kerajaan kepada golongan belia untuk mereka mempersembahkan idea-idea kreatif dan inovatif.

Melalui Pakej Komunikasi Belia, belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah berpeluang memperolehi rebat 200 ringgit bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G.

Kome nak tau lagi, kome baca le kat SINI.
-

BONGKAR! ANTI LYNAS ADALAH ANTI MELAYU


"Lu Balik Kampung Tanam Jagung Lar..." Gambar boleh menceritakan segala-galanya.  Teman ghase terkilan bila Kempen Anti Lynas ni dah menjadi bibit perkauman dan agenda seakan-akan 13 Mei 1969 berulang.  Kome mungkin perasan atau tidak, perkataan-perkataan yang digunakan seperti kat atas tu.  Apakah sebenornye yang deme nak kan!!!Lim Kit Siang pernah mengungkapkan perkataan yang hampir sama semasa pergolakan 13 Mei 1969.  Apa motifnya?

Projek Lynas di Gebeng ni bakal menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 2000 orang disamping merancakkan ekonomi setempat.   Lynas jugak telah mengambil 350 pekerja yang terdiri daripada 75 siswazah teknikal, 15 bukan teknikal dan 260 tenaga mahir dan separa mahir tidak termasuk 250 pekerja kontrak.  Ramai tu weh!!!  Kome cuba pikio golongan mana dan dari kaum mana yang memenuhi dan mengisi jawatan-jawatan tersebut!  Apa yang teman maklum, majoritinye adalah daripada Melayu.  Siapa pulak yang memenuhi ruang dan menjadi pengikut Kempen Anti Lynas ni!  majoritinya kaum Cina.  Maknanya Melayu jangan ambik apa-apa peluang pun waima sekupang pun sebab Cina tak suka Melayu dapat, tapi kalau kaum Cina tak apa, boleh buat apa saje waima benda-benda yang haram dan salah disegi undang-undang?  Jika kaum Cina diambil tindakan diatas kesalahan benda-benda haram tu, kerajaan akan dianggap kejam dan zalim.  Lepaih tu, suruh Nik Aziz buat sembahyang hajat dan  doakan BN KO.  Elok la tu, Melayu jugak jadi mangsa.

Teman bukan kata teman ni perkauman tapi dah melampau-lampua sangat.  Meluat la..heeee.  Itu belum lagi teman ceghiter pasal deme ni guna gadjet-gadjet yang dihasilkan daripada nadir bumi.    Sedor ke tidak, teman pun tak tau la.  Entah paham ke tidak deme ni pasal tu!   cessss!!!!!
-

Ayuh! Bangunlah! Berjuanglah!Menunjangi Survival Bangsa:Satu Jihad #PAU2012



TEKS UCAPAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN, TIMBALAN PRESIDEN UMNO DI MAJLIS PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN PERWAKILAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2011

“MENUNJANGI SURVIVAL BANGSA: SUATU JIHAD” 

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri
Saudara-saudari sidang perwakilan dan pemerhati sekalian.

1. Marilah kita dahului dengan sembah tahmid ke hadrat Allah S.W.T. dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama berhimpun pada malam yang bersejarah ini untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bagi tahun 2011.

2. Perhimpunan tiga sayap penting parti UMNO ini adalah kemuncak manifestasi suara akar umbi umat Melayu yang mahu melihat perjuangan bangsa diperkasa, kesucian agama dibela, kedaulatan pertiwi dipertahan dan keutuhan parti UMNO sebagai gerakan pembela umat Melayu yang tiada galang-ganti ini diperkukuh dan diperteguhkan. Inilah perhimpunan terbesar umat Melayu yang mengangkat suara keramat rakyat dari segenap ceruk desa dan kota, dari segenap lapisan warga, untuk dijadikan suluhan, panduan dan sempadan dalam melayari bahtera di samudera perjuangan meninggikan agama, memartabatkan bangsa, mendaulatkan nusa dan menobatkan siasah parti UMNO yang tercinta.

Kesatuan kita ini ibarat kata pepatah Melayu:

Bulat Air kerana Pembetung
Bulat Manusia kerana Muafakat
Kata seia kata sepakat
Setuju sependirian setuju sependapat
Kata dibulati kata bertepati
Janji termeteri, kejayaan dinikmati

3. Maka dalam semangat Maal Hijrah, marilah kita perkukuhkan kesatuan hati sesama kita, marilah kita semarakkan muafakat yang membawa berkat, supaya terpancar darinya sinar azimat yang menyuluh lorong-lorong perjuangan kita. Demikianlah ajaran junjungan besar kita Rasulullah S.A.W yang membentuk kesatuan Ansar dan Muhajirin, yang mendamaikan permusuhan ‘Auz dan Khazraj.

4. Sesungguhnya, harapan umat Melayu terhadap UMNO tinggi menggunung. Sebagai parti yang tertubuh atas semangat kental perjuangan, UMNO memikul amanah besar untuk terus membela kesucian agama, menjulang maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan negara. Di atas jemala UMNO, terhimpun sejuta harapan dan cita-cita umat Melayu yang mahu melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang bermaruah, bermartabat dan merdeka jiwanya.

Kuasa Politik Melayu Goyah, Fitnah Terhadap UMNO

Saudara dan Saudari Sekalian,

5. Langit tidak selalunya cerah, laut tidak selalunya tenang. Tsunami politik yang melanda ketika Pilihan Raya Umum 2008 dilihat oleh banyak pihak sebagai titik mula perubahan landskap politik yang ketara di negara kita. Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen. Kedudukan UMNO dan parti-parti komponen BN tidak sekuat dulu. Kuasa politik Melayu semakin goyah.

6. Tidak semena-mena timbul persepsi bahawa UMNO tidak lagi mampu untuk membela nasib orang Melayu. Malah, pelbagai tuduhan liar dilempar kepada UMNO. Ada yang kata UMNO tidak berbuat apa-apa untuk orang Melayu selama 54 tahun memerintah; UMNO parti rasis; UMNO pemuflis negara; UMNO anti-demokrasi; malah ada yang mengatakan UMNO adalah ibu segala kejahatan. Na’uzubillahi min zalik.

7. Segala fitnah terhadap UMNO ini ibarat api yang memamah setiap helaian jasa dan bakti UMNO. Malah, dalam zaman fitnah yang menggila ini, pemimpin nombor satu kita tidak terkecuali daripada menerima percikan api fitnah. Hinggakan keheningan mengerjakan ibadah haji pun diganggu oleh kilang-kilang fitnah yang bekerja lebih masa. Kepada YAB Presiden, usah resah, usah gelisah, usah gundah, usah gulana. Teruskan perjuangan. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, ke lautan sama direnangi. La takhaf wa la tahzan innallaha ma’ana.

8. Sesungguhnya, percikan api fitnah mereka menyambar dan merebak ke segenap sudut kehidupan, menyemarak sentimen kebencian. Matlamat penyebar fitnah jahat ini amat jelas - hilangkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin utama UMNO dan meruntuhkan harapan orang Melayu terhadap parti keramat ini. Tujuan mereka tidak lain hanya mahu merampas kuasa politik.

Tembelang Pembangkang

9. Pada masa yang sama, parti-parti pembangkang mengambil kesempatan atas hakisan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 2008 untuk menunjukkan tembelang mereka yang sebenar. Parti DAP tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu. Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP.

10. Kemenangan DAP di Pulau Pinang dan kejayaannya mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor, dan sebelum itu di Perak, seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada parti paling rasis ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau. Mereka langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan, mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri. 

11. Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan. Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.

12. Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam. Semakin nyaring suara umat Islam membela kesucian agama, semakin ghairah mereka menjalankan dakyah jahat ke atas umat Islam atas nama kebebasan beragama. Agenda mereka yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

13. Parti DAP ini tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, ironinya dari dulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin oleh kelompok tertentu daripada satu kaum saja. Atau lebih tepat lagi, dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu saja. Namun kita yakin dan percaya DAP tidak mewakili keseluruhan suara kaum itu. 

14. Hari ini kita dengar DAP sedang giat memancing orang Melayu untuk menyertai parti itu. Mereka ditawarkan jawatan dalam parti dan dijanjikan menjadi calon dalam pilihan raya. Jika menang, mereka berpeluang dilantik sebagai ahli Exco atau Menteri Besar di negeri-negeri tertentu. Ganjarannya tampak sungguh lumayan.

15. Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu. DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP. Orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa. Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru terngadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan Bumiputera. 

16. Begitulah juga dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR ini ketandusan agenda untuk orang Melayu dan Islam. PKR sebuah parti ultraliberal yang tiada asas moral dalam perjuangannya. Jika tidak, masakan orang yang sedang dibelenggu krisis kredibiliti yang serius terus diangkat memimpin parti itu secara tidak demokratik. Mana mungkin kedudukan agama, bangsa dan negara boleh dijaga oleh PKR jika yang diangkat menjadi pemimpin pun bergelumang dengan masalah kredibiliti.

17. Ringkasnya, PKR sebuah parti yang amat tenat. Hampir kesemua pengasas parti ini telah meninggalkan parti dan menyokong UMNO. Sudahlah tiada matlamat perjuangan yang jelas, retak dalam parti itu juga sedang menunggu belah. Masing-masing sedang menilik nasib Ketua Umum mereka. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Yang mahu terus timbul, mereka menggunakan pelbagai cara untuk menyucikan Ketua Umum mereka. Yang petah berceramah menggunakan pentas Islam untuk menjaja pelbagai konsep fikah – daripada fiqh maqasid kepada qazaf – semata-mata untuk membela Ketua Umum mereka. Bagi yang berfikiran ultraliberal, mereka mengambil kesempatan atas kemelut moral yang berlaku untuk mewajarkan pelbagai amalan yang bertentangan dengan budaya masyarakat Timur atas nama kebebasan. Mutakhir ini, pemikiran pluralisme agama yang amat mengelirukan umat Islam juga cuba dimurnikan oleh golongan ini semata-mata untuk mewajarkan pemikiran Ketua Umum mereka yang semakin bercelaru.

18. Walaupun satu pihak dalam PKR menggunakan hujah agama manakala satu pihak lagi menggunakan hujah ultraliberal melampau, matlamat mereka cuma satu, iaitu mempertahankan Ketua Umum mereka. Dari satu segi, PKR dulu, kini dan selamanya tidak pernah berganjak daripada tujuan penubuhannya, iaitu mempertahankan seorang individu. Untuk itu syabas kita ucapkan kepada PKR, walaupun sebenarnya:

Hisap rokok dalam kelambu,
Terbit asap menjadi abu
PKR umpama golok kayu
Tetak tak lut gadai pun tak laku.

19. Lain pula halnya dengan PAS. Suatu ketika dulu, PAS begitu komited dengan agenda mendirikan negara Islam. Bagi mereka, Islam adalah ghayah atau matlamat dan PAS adalah wasilah atau alat untuk mencapai matlamat. Mereka begitu komited sehinggakan sanggup menuduh sesiapa saja yang tidak menyokong perjuangan parti itu sebagai kafir. Malah, UMNO dikatakan parti taghut kerana tidak menyokong agenda negara Islam acuan PAS. Akibatnya, umat Islam berpecah dan berbalah sesama sendiri lantaran fatwa songsang PAS. 

Saudara dan Saudari Sekalian,

20. Mutakhir ini, tak semena-mena PAS sudah tidak lagi memperkatakan tentang matlamat menubuhkan negara Islam. Tatkala sekali-sekala terpacul perkataan negara Islam dari mulut pemimpin PAS, berpakat-pakat pemimpin PKR dan DAP mengecam PAS. Bagi mereka, negara Islam bukanlah matlamat pakatan politik yang mereka bentuk. 

21. Anehnya, PAS tidak pula mengatakan PKR dan DAP sebagai parti taghut. Jauh panggang dari api, PAS sebaliknya mengangkat kedua-dua parti itu sebagai rakan sekongkol dan sekedudukan mereka. Negara Islam sudah tidak ada lagi dalam kamus politik PAS. Ternyata, tsunami politik yang melanda dalam pilihan raya umum lalu telah menghanyutkan istilah negara Islam dari kamus politik PAS. Bagi PAS, dalam menghadapi landskap politik baharu ini, sokongan DAP dan PKR lebih penting berbanding mempertahankan prinsip perjuangannya sendiri. 

22. Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS Ganti UMNO seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang-ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP Ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan saja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Qur’an walaupun salah, PAS mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, PAS memberi pengiktirafan. Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir. Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh PAS. DAPlah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS? 

23. Untuk menutup kegagalan mereka mempertahankan kesucian Islam, PAS mengemukakan agenda Negara Berkebajikan. Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan. Malang bagi PAS kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu 

24. Walau apapun, kita hendak bertanya kepada PAS. Negara Berkebajikan bagaimana yang mereka ingin wujudkan? Yang kita tahu, bekalan air bersih pun tidak mampu mereka sediakan kepada rakyat Kelantan. Bukankah air adalah keperluan rakyat paling asas yang mesti dipenuhi oleh mana-mana kerajaan. Justeru, kita nak katakan kepada PAS, kalau bekalan air bersih pun tak dapat disediakan, janganlah simpan angan-angan hendak wujudkan Negara Berkebajikan. Selesaikan dulu masalah air di Kelantan, kemudian barulah bercakap soal Negara Berkebajikan. 

25. Sebenarnya PAS bukanlah beriya-iya benar hendak mewujudkan Negara Berkebajikan. Mereka sendiri pun tak faham apa maksud Negara Berkebajikan. Slogan Negara Berkebajikan hanyalah helah politik PAS untuk menutup kelemahan sendiri kerana tergadainya matlamat untuk mendirikan negara Islam. Apa yang penting bagi PAS, slogan Negara Berkebajikan boleh diterima oleh DAP. 

Keresahan Melayu

Saudara dan Saudari Sekalian,

26. Perkembangan mutakhir ini semakin meresahkan orang Melayu. Mereka tertanya-tanya apakah nasib masa depan umat Melayu di tanah air sendiri. Terbangunkah ekonomi Melayu dan Bumiputera jika apa saja usaha untuk membantu mereka dianggap sebagai rasis dan berpilih kasih? Apakah orang Melayu dan Bumiputera akan mendapat bahagian yang adil dalam pengagihan kekayaan? Wujudkah peluang-peluang ekonomi untuk orang Melayu dan Bumiputera dalam dunia yang semakin kompetitif? 

27. Bagaimana dengan peluang pendidikan untuk anak-anak Melayu dan Bumiputera? Masihkah boleh mereka bergantung harap kepada biasiswa daripada kerajaan? Apakah ada ruang untuk mereka membangunkan potensi diri dalam rancangan pembangunan modal insan negara? Bagaimana pula dengan peluang-peluang pekerjaan untuk mereka? Selain itu, apakah kedudukan istimewa agama Islam akan terus terjamin? Terbelakah agama Islam jika serangan bertubi-tubi kepada institusi-institusi Islam berterusan? Terpeliharakah kesucian Islam jika parti seperti DAP lebih berpengaruh mentakrifkan 

28. Seterusnya, orang Melayu bertanya, akan kekalkah kuasa politik Melayu jika pembangkang terus melakukan serangan demi serangan terhadap institusi-institusi Melayu? Mampukah UMNO untuk membela nasib umat Melayu? Mampukah UMNO untuk terus bersuara mewakili mereka seperti dulu? Mampukah UMNO untuk terus memenuhi harapan orang Melayu? Atau adakah UMNO akan terus terperangkap dalam psikologi politik pasca-tsunami 2008 yang meresahkan orang Melayu?

UMNO Adalah Jawapan Kepada Keresahan Melayu 

29. Sebenarnya, jawapan kepada persoalan-persoalan ini ada pada kita semua. Sebagai ahli UMNO, sebagai pemimpin UMNO, kita semua memikul amanah besar untuk terus membela agama, bangsa dan negara yang menjadi asas dan matlamat perjuangan UMNO.

30. Hakikatnya, UMNO telah bangkit daripada rempuhan tsunami 2008. Kita tidak pernah menyerah kalah kepada tujahan kuasa politik pembangkang yang ingin merobek segenap sudut perjuangan UMNO dalam membela orang Melayu. Ketika umat Melayu resah memikirkan apakah ada pembelaan terhadap mereka dalam sektor ekonomi, kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO tanpa rasa apologetik telah menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Presiden selaku Perdana Menteri. MTAB bertanggungjawab untuk memastikan penyertaan orang Melayu dan Bumiputera dalam sektor ekonomi terus diperkasa. Lantaran itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) juga ditubuhkan untuk menyelaraskan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi yang semakin 

31. Terkini, YAB Perdana Menteri telah pun melancarkan Program Transformasi Ekonomi Bumiputera dengan memberi tumpuan kepada tiga fokus strategik iaitu, (i) pengukuhan pendidikan serta pembinaan keupayaan Bumiputera; (ii) pembaharuan instrumen dasar dan rasionalisasi sistem penyampaian; dan (iii) penumpuan kepada pemerolehan, penciptaan dan pembangunan perniagaan berskala besar. Tiga fokus strategik ini diharapkan dapat melonjakkan pencapaian Bumiputera dalam bidang ekonomi. Selain itu, penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi akan terus dipertingkatkan melalui pelbagai projek pemula di bawah Program Transformasi Ekonomi dan juga melalui Program Transformasi Luar Bandar. Semua ini adalah kesinambungan daripada usaha-usaha yang telah dilakukan UMNO selama ini dalam perjuangan mengangkat martabat ekonomi

32. Begitu juga ketika orang Melayu resah memikirkan sama ada pendidikan anak-anak mereka akan terus terbela, pemimpin UMNO tegas mempertahankan hak pelajar Melayu dan Bumiputera yang berkelayakan untuk mendapatkan biasiswa dan lain-lain bantuan pendidikan daripada kerajaan. Terbaru, kita telah menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk membantu anak-anak Bumiputera mendapatkan pembiayaan pendidikan. Dengan dana sebanyak 500 juta ringgit, kita mensasarkan 12,000 pelajar Melayu dan Bumiputera akan menerima manfaat dalam tempoh 5 tahun akan datang. Semua ini adalah manifestasi komitmen UMNO untuk memastikan anak-anak Melayu dan Bumiputera yang cemerlang dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan berjaya dalam 

33. Yakinilah, sebagai parti yang bertanggungjawab, UMNO akan terus membela hak anak-anak Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan segala bantuan pendidikan yang layak bagi diri mereka. Pada masa yang sama, atas dasar keadilan, kita juga tidak menafikan hak anak-anak kaum-kaum lain untuk mendapat kemudahan yang sama. Inilah prinsip al-‘adl wal ihsan yang ditekankan dalam agama 

34. UMNO juga akan terus mempertahankan institusi-institusi agama dari terus dipersenda dan diperleceh. Kedudukan Raja sebagai Ketua Agama akan dijunjung. Kewibawaan institusi mahkamah syariah, agensi penguatkuasa agama dan undang-undang Islam akan terus dibela. Pendidikan Islam akan diperkasakan lagi. Kerajaan Pusat komited untuk membantu sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri dari segi pembangunan infrastruktur, kurikulum, latihan guru dan sebagainya. Bantuan akan diberikan kepada semua sekolah agama melangkaui batas ideologi politik. Ini adalah keikhlasan UMNO untuk memastikan pendidikan Islam terus bermartabat di negara 

35. Fokus kepada pendidikan Islam adalah selari dengan pendekatan wasatiyyah UMNO, iaitu sederhana dan berimbang, dalam melakukan lonjakan terhadap Islam dan hubungannya dengan pembangunan dan ketamadunan. Al Quran memberikan asas tentang ummatan wasata sebagai strategi terbaik membangunkan Islam, bukannya pendekatan ekstrem yang hanya terpancar dengan retorik dan kenyataan-kenyataan yang umum sifatnya dan tidak memberi kesan kepada pembangunan institusi dan sistem.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 143:

Yang bermaksud:

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan 

36. Dengan pendekatan wasatiyyah ini kita seimbangkan pembangunan rohani dan pembangunan fizikal, antara tuntutan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah. Kedua-duanya adalah dituntut oleh Islam. Dalam konteks ini, Islam harus diberi makna yang luas. Ianya bukan sahaja satu sistem kepercayaan, tetapi juga cara hidup yang mencakupi segenap segi kehidupan. Al-Quran dalam Surah Al-Asr yang memberi maksud orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang melakukan amal soleh. Ertinya, syi’ar Islam tidak hanya terpancar melalui amalan ritual semata-mata, tetapi juga melalui amal soleh dan pembangunan yang membawa kesejahteraan hidup 

37. Inilah komitmen UMNO. Kita mengambil pendekatan seimbang dan bijaksana supaya umat Melayu diperkasa dan Islam dimartabat. Ini jugalah tekad politik UMNO dalam memastikan umat Melayu semakin maju dan berwibawa dalam segala bidang dan 

38. Namun sebagai parti tunjang di dalam Barisan Nasional, UMNO telah membuktikan komitmen mensejahterakan rakyat merentasi batas kaum. Dengan konsep perkongsian kuasa, UMNO telah membuktikan keikhlasannya memimpin dalam kepelbagaian bangsa dan kelainan agama. Sebagai contoh, sewaktu kita memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru, walaupun kita dikritik hebat, hakikatnya limpahan nikmat turut sama dikongsi oleh semua kaum. UMNO tetap sedar bahawa bagi meneruskan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara, realiti landskap politik negara yang majmuk sifatnya mesti dipelihara. Jangan kita tanamkan kebencian kepada kaum-kaum lain. Jangan kita lemparkan kehinaan kepada agama-agama lain. Jangan kita titipkan prasangka kepada budaya-budaya lain. Kita bukan rasis seperti DAP. 

Pilihan Raya Umum Ke-13

Saudara dan Saudari Sekalian,

39. Saya mengambil sedikit masa untuk menyentuh tentang persoalan-persoalan yang berlegar di benak fikiran orang Melayu, tentang beberapa isu yang amat penting kepada kelangsungan mereka, supaya generasi muda dan sayap-sayap parti memahami apakah psikologi dan minda Melayu yang kita hadapi hari ini. Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain? 

40. Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak. 

41. Ayuh, gerakkan seluruh kekuatan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO untuk menjadi benteng parti. Datuk Seri Shahrizat, Pergerakan Wanita adalah srikandi UMNO. Pengaruh wanita amat kuat dalam masyarakat. Setiap undi wanita amat penting kepada UMNO. Perkukuhkan gerak kerja Jalinan Rakyat. Perhebatkan aktiviti Skuad Sayang dengan pendekatan yang tersusun dan teratur. Kajian sikap mesti tepat, penyelarasan dan kerjasama dengan kepimpinan bahagian mesti mantap. 

42. Saudara Khairy, andalah panglima perang paling muda dalam UMNO. Gerakkan barisan pemudamu, jadilah benteng UMNO yang kukuh. Turun ke akar umbi, dekati dan selamilah aspirasi generasi seangkatan denganmu. Persiapkan hulubalang pemuda untuk bertarung dalam peperangan yang paling perit dalam sejarah parti kita. Bersedialah dengan kekuatan mental dan fizikal. Biar putih tulang, jangan putih mata! 

43. Landskap politik kini adalah milik orang muda. UMNO komited untuk memberikan keyakinan, kepercayaan dan ruang kepada generasi muda. Kepada pemimpin-pemimpin UMNO, berilah laluan kepada generasi muda untuk sama-sama mencurahkan bakti kepada parti. Bimbinglah mereka. UMNO tidak akan menjadi parti yang kekal selama-lamanya tanpa dokongan orang muda.

44. Datuk Rosnah, Puteri adalah permata UMNO. Pimpinlah Puteri dengan kesatuan hati dan matlamat. Dalam kelembutan Puteri, serlahkan peranan anda untuk membawa golongan wanita muda ke pangkuan UMNO. Bingkaslah untuk menarik sokongan rakyat kepada parti. Perhebatkan program Puteri di segenap peringkat. Kembalikan kegemilangan Puteri sebagai sayap tempat bernaung remaja dan wanita muda untuk bersama-sama mencorak hala tuju Negara. Laksanakan peranan anda dengan berkesan supaya parti kita menjadi lebih kuat.

45. Atas segalanya, kitalah yang menentukan kekuatan parti kita. Jika kita bersatu hati (wahdatul qalb), bersatu minda (wahdatul fikr), bersatu amal (wahdatul amal) dan bersatu matlamat (wahdatul hadf) parti kita akan kuat. Ketepikan perbezaan dan persengketaan. Lemparkan segala sifat tercela jauh ke lautan hitam. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah.

46. Calon adalah senjata parti untuk menang. Berilah sepenuh keyakinan kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya. Yang penting, calon kita mesti berkaliber, berpendidikan, berwibawa, berjiwa rakyat, bersih, jujur, amanah, tinggi moralnya dan diterima oleh rakyat. Akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan. Berilah sokongan padu kepada setiap calon. Gerakkan jentera untuk membantu mereka.

47. Tumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada parti dan pemimpin. Marilah kita bersatu menjayakan agenda transformasi yang dibawa oleh YAB Presiden. Pendekatan berani YAB Presiden dalam memperkenalkan transformasi politik, dalam menunjangi perubahan, perlu disambut oleh segenap lapisan ahli-ahli UMNO. 

48. Pertahankan parti dengan seluruh jiwa dan raga. Jangan lari dari medan perjuangan. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabo. Jangan boikot. Jangan cah keting. Jangan peteh sama sendiri. Jangan ‘mandikan’ calon-calon kita. Jangan tutup bilik gerakan. Jangan lari ke luar negeri. Jangan tikam kawan. Jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihan raya. Ingat, pilihan raya nanti adalah pertandingan hidup atau mati. Ingat, pilihan raya nanti bukan untuk kemenangan diri tetapi adalah untuk kemenangan parti.

49. Sebagai sebuah organisasi, UMNO tidak sunyi daripada kelemahan dan kekurangan. UMNO bukanlah malaikat. Kita insaf dan sedar. Kita sentiasa mengorak langkah melakukan perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadai prinsip perjuangan. 

50. Dalam perjuangan ini, UMNO tidak boleh bersendirian. Ajaklah, serulah, panggillah, pujuklah seluruh umat Melayu untuk bersama kita. Raih setiap sokongan dan keyakinan seluruh persatuan Melayu, gabungan Melayu, badan-badan ekonomi, sosial, pendidikan, agama, belia, budaya untuk bersama kita di bawah panji UMNO dalam mempertahankan survival umat Melayu. UMNO melihat seluruh organisasi Melayu sebagai pejuang. Mereka ada sumbangan dan peranan yang besar. Ajaklah penyokong pembangkang yang sudah hilang kepercayaan kepada perjuangan parti mereka yang sia-sia untuk bersama-sama kita. Demi kelangsungan umat Melayu, marilah kita bersatu. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Ali Imran Ayat 103:

Yang bermaksud:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. 

51. Gendang perang sudah dipalu. Langkah pendekar sudah disusun. Bangunlah! Berjuanglah! Pergilah ke seluruh 222 Parlimen, 576 Dewan Undangan Negeri dan 7470 Pusat Daerah Mengundi. Jangan ada yang tertinggal, tersisih dan tercicir. Jangan ada satu pun yang terlupa. Raih setiap undi di setiap kawasan. Ingat, walaupun satu undi ia akan menentukan kemenangan kita. 

52. Beri tumpuan kepada masalah rakyat. Rasai denyut nadi mereka. Dengar rintihan dan keluhan mereka. Bantulah mereka. Kita adalah mata, telinga dan suara rakyat. Paling utama, kita mesti bertanggungjawab. Lunaskan tanggungjawab moral kita sebagai pejuang UMNO dengan membantu rakyat.

53. Membujur lalu melintang patah, jangan hanya dilaungkan tapi buktikan kita tidak rela membiarkan pembangkang terus menghina perjuangan parti kita. Kita tidak akan berganjak walau seinci daripada memastikan rakyat tidak diperdaya dan diperalatkan.

Patah sayap bertongkat paruh, 
Patah paruh bertongkat siku, 
Patah siku bertongkat dagu, 
Patah dagu bertongkat kuku.

54. Medan perang di hadapan kita. Kita tiada banyak pilihan. Maralah ke hadapan dengan semangat kental Tariq bin Ziyad, panglima muda yang menakluki Andalusia. Ketika menyeberangi Selat Gibraltar dengan bilangan tentera yang kecil, Tariq berkata kepada tenteranya:

“Dengarlah semua! Ke mana kamu semua dapat lari? Lihat apa yang menanti kamu. Lautan di belakang dan musuh di hadapan. Pada diri kamu semua hanya tinggal keikhlasan dan kesabaran ... Musuh di hadapan sedang menanti dengan pasukan tentera dan peralatan yang lengkap ... Ingat, perlindungan daripada pihak musuh hanyalah pedang-pedang di tangan kamu. Sekiranya pasukan kita lambat mencapai kemenangan, peluang keemasan untuk terus hidup akan hilang. Ketakutan yang melanda pihak musuh berganti menjadi berani untuk menentang pihak kita. Oleh itu, berjuanglah bersungguh-sungguh bagi mempertahankan nyawa kamu”.

55. Ayuhlah srikandi UMNO! Ayuhlah hulubalang UMNO! Ayuhlah permata UMNO! Rapatkan saf perjuangan parti! Berdiri teguhlah di belakang YAB Presiden parti. Bangkitlah pertahankan kelangsungan umat Melayu! Bangunlah menjulang panji perjuangan! Maralah tewaskan musuhmu di hadapan. Pastikan kemenangan milik kita!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Persidangan Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011.
-

BIAR BETIK! TGV CINEMA TIPU ORANG WEH!!!!


Teman nak tergelak pun ade, kesian pun ade..Apa cite ni yeop!  Kisah seorang blogger dakwa TGV Cinema Kinta City Ipoh tipu penonton! Bior betik yeop!  Pasal suara kejap ada kejap tak ada, macam chipsmore..heee ..Harga tiket mahal la pulak. Teman nak gelak sakit perut..Teman ghase blogger ni sound engineer, taste tinggi!!jangan marah yeop nanti kena jual,,heeeee..  Sabo le yeop, kalau kome nak puashati, download je BlueRay.  Tengok kat ghumah, tak payah keluor modal 1 sen pun, Free je..  Jangan cakap teman suruh, salah tu weh!!!! Ipoh Mali tatak sombong..Kome  nak tau lagi, baca le kat SINI.
-

Tuesday, 27 November 2012

MALAYSIA KALAH SEBAB APEK TERSILAP TENGOK GAWANG


Teman nak komen seorang lagi pemain dan jugak penjaga gol kebangsaan.  Dia mintak maaf sebab kekalahan kepada Singapura dalam Piala AFF Suzuki 2012.  Temannak  terima maafnye pun, berat ghasenye.  tak tau la oghang lain, tapi teman dah meluat nak tengok Malaysia main kalau sikap "SUPERTAR" masih lagi ada pada pemain-pemain kebangsaan.  Lepas tu, banyak sangat masalah peribadi sampai tak boleh  piki pasal bola sebijik tu.  Itu le, nak kejar gawang lagi baik, sampai tak ingat gawang gol yang kena jaga.heeee..peace..


KUALA LUMPUR - Gagal mempamerkan persembahan cemerlang dan melakukan kesilapan bukanlah disebabkan fikirannya melayang memikirkan persiapan perkahwinan, tegas penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat.

Kekalahan 0-3 kepada Singapura pada perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin dikatakan berpunca daripada Khairul Fahmi Che Mat terutamanya ketika pasukan jiran menjaringkan gol kedua.

Bagaimanapun penjaga gol nombor satu negara itu dalam nada tegas, menepis dakwaan bahawa dia tidak mampu untuk beraksi cemerlang kerana memikirkan tentang persiapan perkahwinannya, di mana tarikh pernikahannya berlangsung pada 28 Disember ini.

"Saya memohon maaf kepada semua di atas kekalahan malam ini (kelmarin) dan saya bertanggungjawab di atas kekalahan ini," kata pemain berusia 23 tahun itu ketika ditemui media selepas perlawanan tamat.

Khairul Fahmi yang juga dikenali sebagai Apek, didakwa memberikan 'gol mudah' yang kedua buat Sang Singa apabila gagal mengeluarkan bola di dalam kawasan kotak penalti pada minit ke-37.

Selain itu, persembahannya pada aksi tersebut dilihat sedikit 'goyah' kembali fokus pada separuh masa kedua.

Ketika salah seorang wartawan televisyen bertanyakan tentang persembahannya goyah disebabkan persiapan perkahwinannya, Khairul Fahmi berkata, dia hanya ingin menjawab tentang soalan mengenai bola sepak sahaja.

"Kita akan bangkit semula pada perlawanan kedua nanti dan sekali lagi saya minta maaf kepada pasukan serta seluruh rakyat Malaysia di atas kekalahan tersebut," kata pemain yang berasal dari Kota Bharu itu.

Sementara itu, bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli tampil mempertahankan prestasi Apek sambil menyifatkan wira Piala Suzuki AFF 2010 itu bakal mengulangi persembahan hebat pada perlawanan kedua ketika menentang Laos.

Penjaga gol Selangor itu, yakin Khairul Fahmi masih memerlukan sokongan untuk membangkitkan kembali prestasi sebenar dalam usaha membantu skuad negara mempertahankan kejuaraan yang diraih dua tahun lalu.

"Inilah dunia bola sepak. Kadang-Kadang kita menonjol, kadang-kadang tidak. Tekanan amat dirasai memandangkan kita tampil sebagai juara bertahan ditambah lagi hadir sebagai tuan rumah kejohanan," ujarnya.

Teman Kutip Dari utusan.com.my


-

LANGKAH MAYAT KARPAL DULU KALAU BERANI LE



Hadi Awang sedia timbang cadangan kalangan bukan Islam bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu salun yang melarang wanita daripada mengunting rambut lelaki di Kelantan.

Teman ghase Hadi Awang dah tersedak.  Kata ada sepakat dalam Pakatan Rakyat mengenai isu Hudud PAS, tapi pasal salun rambut pun mengelabah nak selesaikan.  Teman ghase Karpal Singh gertak aje Hadi Awang, muntah hijau Hadi Awang..heeeeee

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Kerajaan Pas Kelantan bersedia untuk mempertimbangkan cadangan semua pihak daripada kalangan bukan Islam bagi mencari jalan penyelesaian berhubung pertikaian isu salun yang melarang wanita daripada mengunting rambut lelaki di Kelantan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS memandang serius kebimbangan masyarakat bukan Islam berhubung isu tersebut di negeri pembangkang itu.

"Pas Pusat telah pun dimaklumkan oleh Kerajaan Kelantan mengenai hasrat mereka membincangkan dan mencari jalan penyelesaian terbaik mengikut konsep hak kebebasan anutan orang bukan Islam," katanya dalam kenyataan yang dibacakan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di lobi bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata Pas percaya kerajaan Kelantan tidak bermaksud untuk meluaskan pelaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam.

Beliau berkata ini dibuktikan dengan penggubalan Enakmen Jenayah Syariah (II)) Kelantan 1993 yang tidak terpakai ke atas orang bukan Islam.

"Dalam masa yang sama, kerajaan Kelantan juga perlu melaksanakan tanggungjawabnya atas mandat yang diberikan rakyat bagi memastikan kemurnian akhlak rakyat beragama Islam terus terpelihara.

"Sehubungan itu, bagi isu kedai gunting rambut ini Pas percaya bahawa maksud utama peraturan kecil ini adalah bagi tujuan tersebut (kemurnian akhlak rakyat beragama Islam)," katanya. - BERNAMA

Teman Kutip Dari utusan.com.my
-

PANAS! GANGGUAN RITA RUDAINI PUNCA PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA KALAH



Teman piki punya piki sebab apa bolasepak Malaysia asyik kalah aje bila bertanding di peringkat antarabangsa.  Rupa-rupanya ada semacam gangguan pada pemain Malaysia.  Contoh yang dekat penyerang Malaysia Aidil Zakuan, masalah rumahtangga masih tak selesai-selesai.  Banyak sangat piki langsung tak piki pasal bolasepak.  Bawak badan aje tapi kepala piki benda lain.  Ada pulak pemain asyik nak glamour aje.  Keluar paper tak berenti, maklum lah popular la katakan hingga gossip tak berenti-renti.  Harap-harap lepas kahwin boleh selesai sikit masalah peribadi pemain.  Jangan asyik nak megejar glamour dan populariti tapi habuk pun tarak..hehehe..peace...

Udah-udah le tu..penat le oghang dengonye..

PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak mengakui kecewa apabila isterinya, Rita Rudaini Mokhtar sering mengeluarkan kenyataan kononnya dia tidak pernah mempedulikan dua anaknya.

Aidil, 25, berkata, sebagai seorang bapa, dia sedih dengan kenyataan sebegitu seolah-olah dia tidak mempunyai perasaan terhadap dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

"Bapa mana yang tak sedih apabila Rita pernah berkata anak-anak tidak pernah bertanyakan tentang saya.

"Saya percaya anak-anak tidak tahu apa-apa jika tidak diajar mengenai sesuatu perkara," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Beritahu Aidil, walaupun masalah dia dan Rita masih lagi belum selesai, dia tetap akan berusaha untuk mendapatkan hak melawat anak-anaknya itu.

"Walau apa pun terjadi, saya akan pastikan dapat berjumpa dengan anak-anak. Saya tidak sanggup kehilangan mereka.

"Saya sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan hak sebagai seorang bapa," tegasnya.

Ditanya adakah Aidil akan meneruskan kes penceraiannya dengan Rita, dia enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut.

Dalam pada itu, dia juga turut kesal apabila diberitahu Rita dan anak-anaknya kini berada di Australia tanpa pengetahuannya.

"Sepatutnya, Rita perlu memberitahu setiap perkara yang dibuat bersama anak-anak terutamanya apabila melibatkan ke luar negara.

"Sebagai seorang bapa yang masih memberikan nafkah, saya berhak tahu setiap pergerakan anak-anak," tuturnya dengan nada kesal.


Sementara itu Rita Rudaini dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online memberitahu, Aidil tidak jujur dalam memberikan kenyataan.

Kata Rita dia tidak pernah menghalang Aidil untuk berjumpa anak-anaknya tetapi dia yang bertindak keluar dari rumah kelamin mereka di Damansara, dekat sini tanpa sebab.


Tegasnya juga jika Aidil seorang yang bertanggunjawab, sudah tentu dia akan hadir ke mahkamah apabila diarahkan berbuat demikian sebelum ini untuk menyelesaikan kes mereka tetapi sudah beberapa kali dia tidak muncul.

“Dia bagi alasan sibuk kerana bermain bola sepak. Dari situ kita boleh mengukur kejujuran kata-kata Aidil itu,” katanya.

Lebih menyedihkan Aidil juga didakwa Rita tidak memberi nafkah kepada anak-anak sehingga memaksanya menghantar saman melalui peguamnya kira-kira dua bulan lalu untuk tuntutan tersebut tetapi bintang bola sepak itu memberi alasan tidak menerima saman berkenaan.

Katanya, alasan itu tidak benar sama sekali kerana keluarga Aidil pernah berhubung dengan wakil peguam Rita yang melahirkan rasa kurang senang selepas menerima saman berkenaan.

“Saya mahu Aidil bercakap benar. Jangan putar belitkan cerita. Saya akan tetap meneruskan tindakan saya untuk menuntut keadilan,” katanya.

Rita, 35 dan Aidil, 25, bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah yang berpanjangan.

Teman Kutip dari mStar Online



-

WAJIB BACA! PAS BOHONG BESAR


Teman ghase PAS dah tak sedor dighi.  Bab gunting rambut pun tak boleh nak selesai ni kan pulak bab hudud.  Kalau kome tengok sejarah PAS ni macamana PAS ni jadi pembohong besar.  Mudahnya nak menipu rakyat dengan ayat-ayat Allah dan Hadis bagi menghalalkan segala perbuatan dan tindakan deme.  Kome boleh baca kat bawah ni macamana PAS menipu.  Baca pelan-pelan tau sebab panjang sangat..heeee...

TAHAP KEZALIMAN PAS YANG HAMPIR MAKSIMA
1. 29 Nov., 1999 - Jam 10.30 malam pintu pagar Wisma Darul Iman dikunci.

2. 01 Dis., 1999 - Mengambil alih dan menyelongkar pejabat Menteri Besar tanpa budi bicara kononnya mencari dokumen yang mereka perlukan tetapi tiada apa kecuali sedikit wang tunai. Namun diumumkan kononnya ada berlori-lori fail salahguna kuasa ditemui. Kenyataannya menyepi hingga sekarang. Tiba-tiba apa yang ditimbulkan kononnya bertemu wang tunai RM10 juta di pejabat dan di rumah Dato? Wan. Fitnah ini disiarkan dalam Harakah (Ruangan English) 16 November 2000. Setelah disaman oleh Dato? Seri Amar Di Raja, Harakah 16 Oktober 2001 menyiarkan kenyataan minta maaf secara terbuka kononnya satu kesilapan. Al-Haq Bil.20 keluaran November 2001 membuat laporan terakhir.

3. BH: 02 Dis., 1999 - Beberapa pejabat di WDI terus ditutup (Semua Pejabat Exco, Studio 305 / JK. Kemajuan & Penerangan Agama Negeri dan Berita Darul Iman).Pekrrjanya dihimpun di tingkat 8 (Bilik peperiksaan) beberapa hari.

4. HM: 08 Dis., 1999 - Lapan pegawai tinggi Terengganu ditukar (Dalam Bulan Ramadan).

5. UM 16 Dis., 1999 - Hadi: Anggaplah pertukaran takdir Allah.

6. HM: 17 Dis., 1999 - SUK pencen awal ? Kerajaan mahukan SUK baru yang sehaluan.

7. MM: 19 Dis., 1999 - Dato? Hj. Cik Mat (SUK) letak jawatan bukan dengan kerelaan hatinya.

8. UM: 16 Dis., 1999 - Dato? Haji Azman Muda (Pengarah YPKT) dan Dato? Haji Saidi Mohamad(Pengarah YT) ditamatkan kontrak mereka setahun lebih awal.

9. UM: 23 Dis., 1999 - Dato? Safei Daud (Pengarang di Pejabat MB) ditamatkan kontraknya berakhir 18 Disember 1999 yang sepatut berakhir 17 Mei 2000.

10. BH: 30 Dis., 1999 - Terengganu pecat 15 kakitangan Studio 305.

11. BH: 03 Jan., 2000 - Pengarah, 420 pekerja agensi negeri (UPU) dipecat.

12. UM: 05 April 2000 ? Kerajaan PAS Terengganu lulus lesen baru arak / ?Double Standard?.

13. UM: 11 April 2000 - Imam muda (Masjid Marang) buang pekeliling JHEAT.

14. Al-Haq: April 2000 - Roboh kedai Mat Amin Marang tanpa pampasan.

15. Al-Haq: April 2000 - 16,000 orang miskin lewat terima bantuan.

16. Al-Haq: April 2000 - Tabika KEMAS Pengkalan Arang, Bukit Tunggal, K.Trg. diarah pindah.

17. WDI: 22 Jun 2000 - 3 sahaja lesen pemborong arak (Terengganu) diluluskan.

18. WDI: 22 Jun 2000 - 44 pegawai tinggi Terengganu ditukar.

19. Al-Haq: Sept. 2000 - Rebut J/Kuasa Masjid Gelugor Kedai, Marang: Exco PAS kalah terok.

20. Al-Haq: Sept. 2000 - Exco PAS berebut (Buat pejabat) di bangunan comel.

21. Al-Haq: Okt., 2000 - Ke mana wang minyak RM432 juta pemberian Februari 2000?

22. Al-Haq: Nov. 2000 - Penyokong PAS gomol balak Terengganu hingga kini 70,000 ekar.

23. Al-Haq: Nov. 2000 - Selepas 1,500 wargatua dipotong bantuan, rampas tanah petani, nelayan.

24. Al-Haq: Dis., 2000 - Keluar pekeliling larang pegawai negeri hadir majlis taklimat Dato? Rais.

25. Al-Haq: Dis., 2000 - Pengerusi JSR tampar muka cikgu SK. Mengabang Telipot.

26. Al-Haq: Dis., 2000 ? Notis roboh rumah Zakaria Jusoh Setiu, kerana tanah belum jelas lagi.

27. WDI: 08 Dis.,2000 - 420 anggota baru (UPI) dilantik bermula 01 April 2000.

28. WM: 01 Jan.,2001 - Kerajaan PAS Trg. mungkin muflis?

29. HM: 03 Jan., 2001 - Pagar Tadika KEMAS dikunci di Dungun.

30. Al-Haq: Jan.,2001 ? 6 keluarga mangsa banjir yang dizalimi di Kampung La, Besut.

31. WM: 15 Feb.,2001 - Kerajaan PAS Trg. jual A&W anak syarikat TDMB, RM170 juta.

32. Al-Haq: Feb.,2001 - Kebun Pak Hassan di Alor Serdang, Setiu ditebang orang PAS.

33. Al-Haq: Feb.,2001 - Pinjaman Pelajaran ke IPT YT dihentikan oleh kerajaan PAS.

34. Al-Haq: Feb.,2001 - Warta Darul Iman (Lidah rasmi kerajaan Trg) menjadi diperalat parti PAS.

35. Al-Haq: Mac 2001 - YIT tamatkan guru agama / muballigh sejak Januari 2001.

36. Al-Haq: Mac 2001 - Bengkel Belia (Pengadang Baru) kena roboh.

37. Al-Haq: Mac 2001 - Rumah Rusop Mamat, Tanjung Alir, Alor Keladi, Jerteh kena roboh; tetapi rumah pengikut PAS di sebelahnya atas tanah belum jelas juga tidak.

38. Al-Haq: Mac 2001 - Musnah kebun kelapa sawit di Marang tanpa notis.

39. BH: 20 Mac 2001 - JK Syura Rakyat arah pindah segera tabika KEMAS Bukit Tok Ris, K.Trg.

40. Al-Haq: Apr. 2001 - Mesin-mesin jahit KEMAS di Pulau Duyong, K.Trg. diikat dengan dawai.

41. UM: 19 April 2001 - Imam tidak dipecat tetapi ditamatkan jawatan.

42. HM: 19 April 2001 - Imbuhan hafiz / hafizah ditarik balik sejak Januari 2001.

43. Al-Haq: Mei 2001 - Tiada wang: Bangunan MPKT di Gong Badak disewakan.

44. Al-Haq: Julai 2001- Terengganu rugi RM100 juta (Akibat banyak tukar pegawai).

45. Al-Haq: Julai 2001- Keluhan hafiz buta (Kerana elaun hafiz-hafizah dulu) dihentikan.

46. BH: 30 Julai 2001 - Elaun qariah berjasa Hjh. Rogayah Sulong dihentikan.

47. BH: 31 Julai 2001 - 2,048 guru al-Quran ditangguh elaun sejak Januari 2001.

48. Al-Haq:Julai 2001 - 300 kakitangan kerajaan negeri menghadapi tekanan sertai JKKK.

49. Al-Haq: Julai 2001- Pengerusi JSR marahkan pengetua )Sek. Menengah Bt. Tunggal).

50. Al-Haq:Julai 2001 - Hadi tengok sendiri arak bebas dijual di Pulau Perhentian.

51. Al-Haq: Julai 2001 - Hadi tidak layan pemandu lori.

52. Al-Haq Ogos 2001- Mangsa ribut ? pilih kasih. 3 orang UMNO berdekatan tidak dilayan.

53. Al-Haq:Ogos 2001 - Musnahkan tanaman sayur atas tanah suku ekar di Anak Ikan, Setiu.

54. Al-Haq:Ogos 2001 - Tahan gaji kaki tangan kerajaan negeri kerana terlibat dengan JKKK.

55. Al-Haq: Sept.,2001 - Kebun Ustaz Yong Abdullah Pengkalan Arang, K.Terengganu dimusnah.

56. Al-Haq: Okt., 2001 - Derma mangsa kezaliman PAS (Sodok tanaman sayuran baru berbuah).

57. Al-Haq: Okt., 2001 - Premium tanah naik 700%.

58. Al-Haq: Okt., 2001 - Exco PAS ternak ayam dalam surau hasil derma orang ramai.

59. Al-Haq: Okt., 2001 - Siapakah salahguna kuasa (Mercedes TT3 dalam kebun YB.Tun Salleh).

60. BH: 29 Okt., 2001 - Terengganu musnah hutan simpan kekal di Besol, Dungun.

61. BH: 30 Okt., 2001 - PAS akui lulus 4,000 hektar hutan simpan Sungai Paka, Besol, Dungun.

62. Al-Haq: Nov.,2001 - 10,000 ekar balak simpan kekal dibahagikan kepada kroni PAS di KL.

63.JHEAT:01.11.2001- Imam Kg. Pujuk, Manir ditamatkan khidmat (Umurnya baru 58 tahun).

64. Al-Haq: Nov.,2001 - Rampas kuasa di masjid, PAS ala militan.

65. Al-Haq: Nov.,2001 - Surau Kampung Getang, Hulu Terengganu diroboh.

66. Al-Haq: Nov.,2001 - PAS pecat bilal UMNO masjid Kg. Getang, Hulu Terengganu.

67. UM: 13 Dis., 2001 - Penduduk dilarang berbuka puasa dalam masjid (Tempinis).

68. BH: 31 Dis., 2001 - Trg. pecat (Notis 24 jam) pegawai (TATI) enggan serah wang ihsan.

69. BH: 01 Jan., 2002 - Dedah Penyelewengan: TATI pecat pengurus besar.

70. HM: 02 Jan., 2002 - Perpustakaan (Terengganu) kurang bahan bacaan.

71. UM: 02 Jan., 2002 - Isu berpanjangan rugikan rakyat Terengganu ? Dato? Senara Muda.

72. BH: 02 Jan., 2002 - Cukai pintu: Terengganu kurang hasil RM5.4 juta (Setahun).

73. UM: 04 Jan., 2002 - ASDI tidak mampu bayar dividen bagi tahun 2001.

74. Al-Haq: Jan.,2002 - 41,000 ekar hutan simpan kekal (Balak) di Tembat (Kawasan Empangan Kenyir) ditawarkan dalam tender tertutup (Untuk Kroni PAS di KL).

75. Al-Haq: Jan.,2002 - Selamatkan harta rakyat Terengganu (Dari dirompak oleh Kerajaan PAS).

.................
Perbohongan Pas Yang Nyata

1. HR: 20 Dis., 1999 - Pembohongan yang paling besar dan tidak boleh dinafikan buktinya ialah setelah PAS memerintah sendiri, hukum haram dan kafir tidak dipakai lagi. Kini erat kerjasama dengan DAP sehingga YAB. Haji Hadi rela berpelukan mesra dengan Lim Kit Siang di Pejabat MB, Tingkat 16 Wisma Darul Iman Kuala Terengganu. Dahulu (Ogos 1963) PAS hukum KAFIR atau HARAM jikalau orang Islam bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara. Buktinya jelas tertera dalam ?Kertas Puteh Kerajaan Malaysia 08 November 1984? mengenai ancaman mempolitikkan agama. Akibat daripada fatwa mengkafirkan itulah umat Islam di Terengganu tidak mahu ikut sembahyang di belakang imam lantikan kerajaan BN.

Dengan itu berlakulah 39 buah kampung sembahyang Jumaat berlawan (Hingga November 1999). Pada sebulan Ramadan Jun-Julai 1982 berlaku peristiwa sembahyang Tarawih 2 imam dan Jumaat bergilir dalam masjid Kg. Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang. Demi politik pilihanraya 1999 PAS rela bekerjasama dengan DAP yang menentang penubuhan negara Islam. Inilah jadinya kalau hukum politik cari makan ?Waharamun kalau makan sorang wahalalun kalau bagi......duwa?.

2. WDI: 01 Jun 2000 - Warta Darul Iman keluaran sulong (01 Jun 2000)telah diperalatkan untuk membela AMANAT Haji Abd. Hadi. Lihat lampiran-lampiran berkenaan.

3. UM: 06 Jan., 2000 - 606 Ketua Kampung dipecat dan JKKK diharamkan kerana hanya mahu iktiraf JSR yang PAS lantik. Kini bermaharajalela mengganas, membalas dendam. Pemerintahan PAS berdasarkan puak (Asobiah).

4. BH: 14 Jan., 2000 - DUA orang isteri pemimpin PAS dilantik menjadi ahli lembaga YPKT.

5. Hingga Jan.,2002 - Patong sotong & udang di simpang lampu isyarat bandar Marang tegak berdiri tidak dirobohkan. Apakah kerana ada janggut macam orang kita? Penyu tembaga di Hotel Park Royal terus bergayutan dengan megah.

6. BH: 03 Mac 2000 - Terengganu akan roboh semua patong haiwan. Pembohongannya ialah patong udang & sotong di tepi simpang empat lampu isyarat bandar Marang tidak dirobohkan hingga sekarang.

7. UM: 17 Julai 2000 - PAS juga amal kronisma (KRONI) untuk berbagai jawatan di Terengganu. Dua beradik orang kuatnya dilantik menjadi Pengarah YPKT dan Pengarah Urusetia Penerangan negeri. Dulu kecam kroni orang.

8. UM: 17 Julai 2000 - PAS tentukan orangnya jadi AJK masjid. Seluruh masjid dilanda sengketa akibat JK pentadbiran masjid dikongkong untuk dipergunakan sewenang-wenangnya bagi kepentingan parti PAS. Sekarang membar khutbah juga sudah menjadi pentas parti buat memaki kerajaan BN.

9. WDI: 08 Nov. 2000 - YAB. Haji Abd. Hadi buat pengumuman jumpa telaga minyak ?Kita Cari Gali Sendiri Petroleum?. Kenyataan ini menunjukkan bukti kejahilan kerana jelas bercanggah dengan perjanjian di bawah AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 antara kerajaan negeri dengan Petronas pada 22 Mac 1975 yang telah menyerahkan segala urusan cari gali kepada Petronas (Ditanda tangani oleh Dato? Haji Wan Mokhtar Ahmad MB Trg. dan Tengku Razaleigh Hamzah Pengerusi Petronas ketika itu).

10. WDI: 22 Dis. 2000 - YAB. Haji Hadi beritahu DUN ?Tiada Telaga Minyak Baru Dijumpai?. Maka terjadilah 2X bohong (Dengan rakyat dan dengan undang-undang).

11. HR: 16 Okt., 2000 - Perjanjian Trg. menyerah usaha cari gali petroleum kepada PETRONAS.

12. WDI: 08 Jan.2001 - Haji Haji Harun Taib menjelaskan, pelaksanaan Islam di Terengganu sudah mula berjalan walaupun kerajaan baru belum meminda perlembagaan. Apa jadi dengan Amanat Hadi 07 April 1981 di Banggol Peradong dulu? Beliau menyebut ?Kita menentang UMNO / BN kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir , peraturan jahiliah?. Kalau sebenarnya perlembagaan yang ada ini perlembagaan penjajah, peraturan kafir, peraturan jahiliah; takkanlah PAS boleh mengisytiharkan sudah Islamik walaupun belum dipinda lagi. Dengan itu sahlah bahawa PAS berbohong dan selama ini menabur fitnah yang amat besar sehingga sanggup mengambil hak pemerintah mengisytiharkan SYAHID menentangnya.

13. BH: 23 Mac 2001 - Khutbah Jumaat di masjid KUSZA batal dan ahli jamaah solat Zuhur; kerana terlalu ghairah buat menghentam kerajaan BN dalam masa khutbah. YAB. Haji Hadi membelanya konon khutbahnya betul.

14. BH: 02 Ogos 2001 - Haji Hadi beritahu kepada DAP ?Tiada apa yang perlu dibimbangi DAP sekiranya PAS mahu mengekalkan dasar penubuhan negara Islam kerana perlembagaan asal akan dikekalkan?. Lain benar bunyinya apabila berhadapan dengan bukan Islam.... Boleh menjadi munafiq ni !!!

15. UM: 04Ogos 2001 - YAB. Datuk Haji Nik Abd. Aziz Nik Mat mengaku perkataan negara Islam tidak ada dalam perlembagaan tubuh PAS. ?Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu?

16. BM: 22Ogos 2001 - Hadi dakwa Malaysia bukan negara Islam, selagi hukum Islam sebagaimana dalam al-Quran dan hadis diketepikan. Dua bulan sebelum ini (BH:28.06.2001) Hadi kata ?Perlukan Masa Yang Lama?. Namun begitu ketika pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan Perlis 19 Januari 2002 PAS membuat kempen yang berbeza. Di hadapan orang Islam PAS mendakwa akan terus menubuhkan negara Islam; tetapi sebaliknya di hadapan orang bukan Islam berjanji tidak akan meneruskan usaha menubuhbkan negara Islam. PAS terpaksa pakai dua cabang lidah yang berbeza untuk berbohong di dalam keadaan dan orang yang berbeza.

17. WDI:22Ogos 2001 - Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 26-28 Ogos 2001 ini dijangka akan meluluskan 6 enakmen baru bagi memastikan Terengganu negeri pertama mengorak langkah ke arah pelaksanaan syariat Islam sepenuhnya. Sila lihat lampiran-lampiran yang berkenaan.

18. UM: 07 Mac 2000 - YAB. Haji Abdul Hadi Awang berbohong ketika menjawab soalan HUDUD dalam dialog dengan kakitangan kerajaan negeri Terengganu di daerah-daerah dalam tahun 2000; ternyata jawapan politik untuk melepaskan diri:

i - Kata Hj. Hadi, ?Pelaksanaan hudud lalui proses panjang?. Sebenarnya masa tidak jadi panjang kalau Haji Hadi sedia mengambil Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hudud PAS Kelantan) dibawa terus ke DUN Terengganu. Mengapakah Haji Hadi yang menjadi pengerusi JK penggubal EKJS(II) 1993 itu, beliau sendiri tidak sudi memakai baju yang dipotongnya? Sudah tentulah baju itu ada cacat celanya. Maka jelaslah tuduhan ke atas PM, UMNO dan kerajaan BN yang menolaknya adalah fitnah; sedang realitinya Haji Abd. Hadi sendiri yang tidak mahu hudud PAS Kelantan itu dipakai di Terengganu.

ii - Jatanya lagi, ?Hukum hudud adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam - Hadi. Mengapakah selama ini memfitnah UMNO yang belum melaksanakan hudud tidak Islamik; tetapi setelah Haji Abd. Hadi sendiri yang memerintah maka hudud menjadi begitu kecil sekali iaitu satu daripada 10 ribu hukum Allah? Nampaknya ternyatalah PAS sengaja mempermainkan hudud dan hukum Allah untuk menghukum orang lain semata-mata. Giliran PAS sendiri harus belaka.

iii - Manakah dia janji dalam Harakah 28 Februari 1997 yang mendakwa akan bawa ke parlimen? Sebenarnya PAS tak akan bawa ke parlimen; kerana banyak fasal yang tercatit dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hudud PAS Kelantan) itu tidak menepati hudud Allah yang sebenar. Sebab itulah sudah hampir dua tahun terus bohong tinggal janji dan tidak pernah bawa lagi ke parlimen.

iv - HUDUD ALLAH hanya satu sahaja, tetapi hudud ciptaan PAS lain pula; berbeza antara Kelantan dengan Terengganu. Jikalau benarlah HUDUD Kelantan itu hudud Allah, mengapakah Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan yang didakwa sebagai HUDUD itu tidak diambil sahaja untuk Terengganu dan kini terpaksa membuat draf baru Terengganu sendiri? Yang Terengganu ini hudud mana pula? Sebaliknya LIMA enakmen Islam yang dibawa ke DUN 26-28 Ogos 2000 yang lalu pakai cedok terus Akta Parlimen 1993, 1995, 1957 dan 1998 oleh UMNO / BN dan tidak pula dibuat sendiri? Pelik juga enakmen hudud lain caranya.

19. PAS berbohong dengan membuat fitnah kepada UMNO kononnya ?Perjuangan Kebangsaan Melayu (Nasionalisma Melayu) adalah asobiah. Fitnah ini dilabelkan kepada UMNO demi untuk mmenutup asobiah yang sebenarnya dalam PAS. Haji Abd. Hadi Awang pernah menyalahtafsirkan hadis ASOBIAH di Hulu Terengganu pada bulan Oktober 1983 (Lihat lampiran ucapannya). Sekarang apabila PAS memerintah negeri makin jelaslah budaya asobiah itu diamalkan dengan menekan golongan puak orang lain dalam berbagai cara.

20. PAS berbohong dengan membuat fitnah kerajaan Malaysia di bawah pimpinan UMNO dan BN adalah sekular iaitu memisahkan agama dengan politik; sedangkan konsep ?Memisahkan agama dengan politik? sebenarnya diputarbelitkan. Buku ?Islam & Politik? cetakan September 1980 hasil kajian ilmiah Dewan Ulamak PAS Pusat ada mencatatkan penjelasan konsep memisahkan agama dengan politik yang menjadi amalan orang Kristian zaman dahulu. Muka surat 19 & 23 jelas merujuk kepada rangkaikata dalam Injil Matta 21/22 yang membawa maksud memisahkan agama dengan politik ialah ketuanya berlainan orang. Berdasarkan penjelasan itu Malaysia tidak terlibat kerana ketua agama dan politik di Malaysia adalah raja yang sama pada setiap negeri dan kerajaan sendiri yang mengendalikan segala urusan agama dengan arahan yang jelas tercatat dalam perlembagaan negara.

21. Yang terbaru Arwah Datuk Haji Fadzil Noor berbohong membuat fitnah berat kepada kerajaan BN; kononnya ?Malaysia memang menuju sistem komunis?. Alasannya ialah kerana kerajaan BN pimpinan Dr. Mahathir Mohamad menyekat kebebasan bersuara (Harakah Bil 1208, 1-15 Februari 2002 muka 32 - dibelakang sekali). Apa yang jelas ialah bohong dan fitnah kerana kenyataan yang dipaparkan dalam Harakah yang sama ini juga menjadi bukti bahawa ceramah PAS di Indera Kayangan bebas dan bermaharalela sekali; sehingga mengganggu dan menyekat terus laluan umum di Pengkalan Asam. Saya sendiri terkandas di jalan raya berkenaan ketika melalui jalan Pengkalan Asam itu. Muka surat 3 Harakah 1-15 Feb., 2002 ini menyiarkan tajuk ?Suara pembangkang masih mantap? dengan gambar Datuk Haji Nik Abd. Aziz Nik Mat sedang berceramah dan dituliskan dibawah gambar itu ?Sambutan besar kepada ceramah Tuan Guru Datuk Haji Nik Abd. Aziz Nik Mat ketika berkempen di Indera Kayangan, Perlis?. Kalau benar kebebasan bersuara disekat oleh kerajaan BN; mana boleh PAS dapat berceramah secara terbuka begitu hebat sekali sehingga boleh mengancam keselamatan dalam negeri?. Semua orang jadi saksi.

22. Apakah ertinya segala kecaman dan tuduhan PAS terhadap kerajaan BN dan UMNO selama ini seperti mengenepikan al-Quran, menolak hudud dan menggunakan peraturan kafir / peraturan jahiliah; sedangkan PAS sendiri juga apabila memerintah menggunakan segala peraturan dan pembangunan yang ditinggalkan oleh UMNO? PAS turut mengekalkan perlembagaan yang dulu dan tidak juga melaksanakan hudud. Pada 26-28 Ogos 2000 DUN telah mencedok akta parlimen (1993, 1995, 1997 dan 1998) untuk kegunaan kerajaan PAS Terengganu. Inilah ertinya cakap tak serupa tulis tak serupa bikin. Natijahnya PAS khayal dalam mimpi yang dibalut oleh selimut pembohongan dan fitnah yang tebal sepanjang hayat. Cakap terasa macam terbang di angksa; tetapi sebenarnya sedang meluncur dengan PROTON SAGA yang PAS cerca.

23. Sesungguhnya usaha memperbetulkan segala penyelewengan, pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh PAS selama ini adalah suatu JIHAD dan ianya bertepatan dengan amaran Allah s.w.t dalam ayat 193 surah al-Baqarah yang bermaksud:
?Dan perangilah mereka shingga tiada lagi fitnah dan (Sehingga) jadilah agama itu (Hanya) untuk Allah (Bukan untuk kepentingan sesiapa di dunia). Jikalau mereka berhenti maka tiadalah lagi permusuhan kecuali ke atas orang yang zalim?

24. Selain daripada memberi penerangan seluas-luas dan sejelas-jelasnya kepada semua orang maka doa jua yang perlu kita akhiri setiap usaha suci ini. Semoga Allah s.w.t. MEMBERIKAN PERTUNJUK DAN HIDAYAH kepada kita agar mampu membuktikan kebenaran dan kepada mereka pula agar terkejut sedar dari lamunan mimpi mungkar dengan perjuangan yang pura-pura dan kembali berpijak ke alam nyata menerima realiti yang ada. Moga-moga umat Islam Malaysia tidak akan terus dibelenggu dengan sifat fanatik asobiah yang dikutuk oleh Nabi s.a.w, insya Allah. Wallahu-aklam.
Dato? Safei Daud, 09 Februari 2002.

Penilaian Prestasi Dua Tahun PAS Memerintah Terengganu

ALHAMDULILLAH mujurlah UMNO dan BN Terengganu kalah. Dengan itu barulah tahu keupayaan PAS memerintah. Seperti yang telah diperkatakan oleh pimpinan UMNO bahawa PAS adalah parti tukang cacat dan bukannya parti pembela umat. Namun jikalau tidak melalui ujian memerintah, andaian ini dikatakan fitnah. Sekarang segalanya terbuktilah sudah. Sindiran ?Cakap tak serupa bikin? sangat tepat untuk dibanding. Manifestasi pemerintahan PAS Terengganu bohong dan zalim. Janji Islam yang PAS bawa adalah Islam yang seleweng.

2. PAS MELEPASKAN DENDAM:

Dua tahun bagi sebuah pemerintahan tidak panjang. Namun bagi PAS sudah cukup dibuat penilaian, pemerintahannya zalim melepaskan dendam. Dendam menindas orang apabila mendapat kuasa dan dendam gelojoh membahagikan harta pusaka. Institusi apa sahaja atas nama UMNO dan kerajaan pusat mesti cuba ditekan. Pegawai-pegawai yang cenderungkan UMNO amatlah terasa. Sama ada mereka dipecat maupun ditukar merata. Operasi kegiatan kelas-kelas KEMAS dihalau dan disekat menggunakan bangunan awam milik kerajaan negeri. Bangunan-bangunan dan tanaman di atas tanah yang belum jelas penyelesaiannya dimusnah tidak berperi. Masjid-masjid dirampas secara kuku besi. Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) bertindak liar sesuka hati.

3. SLOGAN ISLAM, AMALAN BERCANGGAHAN:

Slogan PAS Terengganu kini berbeza dengan Kelantan iaitu ?Membangun Menurut Islam?. Mula-mula dulu seperti Kelantan juga iaitu?Membangun bersama Islam?. Islam kepada pemerintahan PAS Terengganu hanyalah suatu propaganda iklan; tetapi realiti amalan harian bercanggah dengan pembangunan Islam. Segala jentera dan saraf penggerak pendidikan Islam bukan makin kembang, bahkan semuanya terbantut tertahan. Manifestasi dan realitinya jelas boleh dipandang. Elaun lebih 2048 guru al-Quran di bawah Yayasan Islam terus dibekukan. Elaun tetap RM1,000.00 sebulan hafiz dan hafizah yang diberikan dahulu turut ditahan. Imam / bilal dan muballigh yang tidak sehaluan tidak dipecat tapi ditamatkan perkhidmatan. Biasiswa dan pinjaman melanjutkan pelajaran ke IPT di bawah Yayasan Terengganu sudah menjadi abu. Bagaimanakah boleh membangun mengikut Islam di Terengganu jikalau segala agensi dan jentera pendorong ilmu ini habis beku?

4. RAKYAT DAN NEGERI PAPA PEMIMPIN KAYA SEGERA:

Sesungguhnya kezaliman kerajaan PAS Terengganu dalam pembahagian harta sangat ketara. Potongan elaun kepada kakitangan kerajaan negeri dibuat segera tetapi untuk EXCO dan ahli Yang Berhormatnya tidak jejas apa-apa. Aset anak syarikat kerajaan negeri banyak sudah terjual. Yang pastinya PTB, A&W dan BABENA sudah tiada lagi. ASDI juga mengumumkan tidak mampu membayar dividen kepada ahli. Namun begitu rakyat sahaja yang rugi; tetapi pimpinan PAS tetap untung terutama para kroni. Kawasan balak puluhan ribu ekar dengan nilai jualan ratusan juta ringgit sedang giat dibahagikan secara tender tertutup terus bermaharajalela juga kepada para kroni. Perlantikan kroni memenuhi jawatan kontrak dan ahli lembaga agensi kerajaan negeri pula diisi dengan kroni. Pendeknya negeri dan rakyat papa kedana tetapi pemimpin dan kroni mengumpul harta. Inilah ?Membangun Menurut Islam? kerajaan PAS Terengganu. Berlindung di sebalik slogan Islam pemimpin PAS mengambil peluang. Rakyat hidup susah tetapi pemimpin hidup mewah.

5. 142 JANJI MANIFESTO PAS TERENGGANU:

Dua dari 142 janji baru ditunai. Bebas tol jambatan untuk orang kaya dan bebas cukai pintu rumah kediaman dalam Kerajaan tempatan juga untuk orang-orang berada. Si faqir miskin terus terumbang-ambing. Ada yang bantuan bulanannya dipotong, ada yang terpaksa digantung dan tidak kurang juga yang harapannya terus kosong. Janji pembahagian tanah secara mudah hanyalah khabar sahaja yang indah. Borang permohonan dikeluarkan banyak melebihi lot yang mampu dibahagikan. Apa yang perlu kepada kerajaan PAS Terengganu ialah wang bayaran RM10.00 sekeping borang. Akhirnya wang masuk milik kerajaan tetapi pemohon menunggu tidak ketahuan. Janji cukai tanah dibebaskan berubah menjadi premium tanah baru naik 700%. Adapun tanah yang dimilik terdahulu tetapi belum lagi dijelaskan mereka terpaksa menghadapi tekanan. PTG dan pejabat tanah daerah bawa jentolak untuk menghapuskan harapan pemilikan. Rumah dan tanaman di atasnya tetap menjadi korban. Segala kezaliman ini disiarkan dalam akhbar bulanan UMNO Terengganu iaitu al-Haq.

6. BUDAYA BOHONG TERUS KETARA:

BOHONG sudah menjadi budaya pimpinan PAS khususnya Haji Abd. Hadi Awang. Sejak dahulu lagi sebelum menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau sudah dikesan banyak berbohong sama ada dengan cara menyelewengkan hukum Islam mengikut keperluan PAS pada sesuatu ketika atau pun menafikan realiti dengan berbagai cara. Antara pembohongan yang terbukti dapat dikesan adalah seperti di bawah:

6.1. SEBELUM JADI MB: Utusan Malaysia 27 Januari 1983 melaporkan ceramah Haji Hadi di Kuala Besut menafikan peristiwa sembahyang DUA IMAM dalam masjid Gong Pasir, Besut. Beliau berkata, ?Perkara ini adalah sengaja diada-adakan oleh kerajaan untuk memburukkan kepercayaan orang ramai kepada PAS?. Realitinya memang peristiwa itu benar-benar berlaku pada sebulan Ramadan (Jun-Julai 1982) di antara ahli jamaah imam lantikan kerajaan dengan imam PAS. Nampaknya tujuan penafian itu dibuat untuk menutup kesan akibat pengikut PAS berpegang kepada ?Amanat Haji Hadi?. Sekarang pengikut PAS yang keluar PAS sudah sanggup membuat pengakuan ?Mereka terpengaruh dengan amanat Haji Hadi mendirikan sembahyang Jumaat berasingan?.

6.2. Dalam ceramah itu juga Haji Hadi berkata ?Bank Islam hanya kulit tidak beri apa-apa erti?; tetapi setelah PAS memerintah Kelantan Haji Hadi memuji kerajaan PAS Kelantan ?Sebagai pelanggan utama Bank Islam? (Harakah 20.12.1993). Sekarang pimpinan kerajaan PAS Trg. pula sudah terima berurusan dengan Bank Islam yang dikecam dahulu.

6.3. SETELAH JADI MB: Warta Darul Iman Bil.11 bertarikh 08 November 2000 menyiarkan pengumuman YAB Menteri Besar Terengganu iaitu telaga minyak ditemui dan akan menjadi hak Terengganu 100%. Sebulan kemudian, WDI Bil.14 bertarikh 22 Disember 2000 pula menyiarkan laporan dari DUN, ?Tiada telaga minyak baru ditemui, cuma ada tanda-tanda?.

6.4. Pembohongan dari segi undang-undang pula jelas Hadi Hadi berkata mungkin tidak akan diserahkan kepada Petronas. Apakah Haji Hadi tidak membaca perjanjian ?Akta Kemajuan Petroleum 1974? bertarikh 22 Mac 1975 yang telah menyerahkan untuk selama-lamanya dan memindahkan hak kepada Petronas. Bagaimanakah Haji Hadi boleh berbohong dengan jaminan tidak akan diserahkan kepada Petronas?

6.5. Berita Harian 03 Mac 2000 melaporkan pimpinan kerajaan PAS Terengganu berjanji akan merobohkan semua patung haiwan setelah patung penyu di bulatan Ladang dibuang. Pembohongannya ialah patung haiwan yang lain tidak dihapuskan. Beberapa ekor patung penyu tembaga di Hotel Primula (Park Royal) milik kerajaan negeri terus kekal memanjat pokok. Yang ini halal kerana menarik pengunjung ke hotel itu. Patung udang & sotong di kawasan lampu isyarat simpang empat bandar Marang juga terus tidak dirobohkan. Ada orang kata ?Patung sotong & udang ada janggut macam orang kita?. Sebab itu tidak boleh dibuang. Inilah natijahnya kalau hukum Allah direka sendiri.

7. PEMBOHONGAN HUKUM-HUKUM ISLAM:

Fenomena inilah yang telah membawa perpecahan dan menjejaskan aqidah umat Islam. Antara bukti hukum-hukum rekaan yang didakwa hukum Allah ialah ?Kafir bekerjasama dengan orang kafir?; tetapi sekarang kerana PAS dapat faedah bersama sudah menjadi HARUS PAS bekerjasama dengan DAP. ?Masjid-masjid yang dibina oleh Kerajaan BN dikatakan masjid DIRRAR?; tetapi sekarang apabila PAS memerintah sendiri semua masjid dahulu itu telah dipergunakannya. Ke mana perginya hukum dahulu itu? ?Beri lesen arak & judi adalah menghalalkan yang haram?, tetapi kini kerajaan PAS juga sama memberikan lesen arak. ?Kafir kerana mengekalkan perlembagaan penjajah?, tetapi setelah PAS yang memerintah sendiri perlembagaan yang sama itu juga digunakannya dan tidak dibuat apa-apa pindaan pun. ?Kafir kerana kata politik suku agama suku?, sedangkan konsep yang sebenar dan realiti amalan di Malaysia terutama kedudukan agama dalam perlembagaan negara tidak diperjelaskan. ?Perjuangan Kebangsaan Melayu (Nasionalisma) adalah asobiah?, yang ini terang-terang Haji Hadi menyalahtafsirkan hadis asobiah dan tidak membaca hadis jawapan Rasulullah s.a.w. kepada soalan sahabatnya yang memberikan makna asobiah itu ?Dia menolong kaumnya atas asas kezaliman?. Apatah lagi makna mengikut kamus langsung tidak dipedulikan.

8. AMANAT HADI KEPALA SEGALA PEMBOHONGAN:

Hukum rekaan Haji Hadi dalam amanat inilah berupa khurafat yang paling besar dan membahayakan perpaduan serta aqidah umat Islam. Selain daripada hukum-hukum di dalamnya bercanggah terus dengan hukum Allah dan realiti Malaysia; soal-soal teknikal juga banyak pembohongan. Sebab itulah Haji Hadi serius benar membuat berbagai kenyataan demi untuk memperbetulkan amanat itu; tetapi jelas pembetulan itu menambahkan pembohongan. Apabila Haji Hadi menjadi Menteri Besar Terengganu beliau menggunakan lidah rasmi kerajaan PAS Terengganu untuk MEMBOHONGI amanat Haji Hadi. Ada EMPAT pembohongan mengenai amanat ini yang dapat dikesan disiarkan dalam Warta Darul Iman. TIGA dalam keluaran sulungnya pada 01 Jun 2000 (Haji Hadi) dan satu dalam keluaran ke 23 pada 08 Mei 2001 (Mufti Trg.):

8.1. Dalam WDI 01 Jun 2000 Haji Hadi mendakwa amanat Hadi sudah selesai dan Majlis Agama Islam Kebangsaan telah memutuskan ianya tidak salah dari segi agama. Apa yang bohong kerana kenyataan ini sama sekali tidak berasas. Saya telah meminta Haji Hadi memberikan bukti bertulis mengenainya (Lihat Utusan Melayu 21 Julai 2000). Sampai sekarang tidak dapat dibuktikan. Saya telah menerima juga surat jawapan rasmi daripada menteri di Jabatan Perdana Menteri MJPM/AHZA/07/1(16) bertarikh 20 Jun 2001 yang menjelaskan bahawa Muzakarah Fatwa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 16 telah berbincang tentang amanat Haji Hadi di Pekan, Pahang pada 18 & 19 Februari 1986 dan memutuskan ?Amanat Haji Hadi Bercanggah Dengan Islam? . Fatwa ini disiarkan oleh Utusan Melayu dan Utusan Malaysia 20 Februari 1986. Maka ternyatalah Haji Hadi berbohong besar menafikan realiti.

8.2. Pembohong kedua dalam WDI 01 Jun 2000 lagi ialah Haji Hadi menafikan PAS mencetak amanat tersebut. Daripada bukti yang sahih saya dapati dalam Kertas Putih Kerajaan Malaysia 26 Februari 1986 mengenai MEMALI 19 Nov.,1985 mempamerkan amanat Haji Hadi itu ada empat versi. Dua versi jawi masing-masing dicetak oleh bahagian penerangan PAS Kelantan dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua versi rumi pula masing-masing dicetak oleh PAS Malaysia dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat. Selain daripada itu kita menemui amanat Haji Hadi digantung dalam masjid Taqwa (Kepunyaan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu). Amanat itu baru diturunkan pada bulan Mei 2001 selepas kita mengambil gambarnya. Kalau bukan PAS yang cetak masakan boleh digantung pada dinding masjid Taqwa Batu 6 Kuala Terengganu.

8.3. Pembohongan yang ketiga WDI 01 Jun 2000 ialah Haji Hadi kata ucapan amanatnya itu berdasarkan kandungan kitab Mustika Hadis jilid pertama. Harakah 1-15 Mei 2000 turut menyiarkan fotostat bahagian muka surat berkenaan. Daripada bukti Harakah itu pula lagi jelas dapat dianalisa bahawa tidak ada langsung persamaannya. Dalam kandungan Mustika Hadis langsung tidak menyebut hukum mengekalkan perlembagaan penjajah, mati syahid menentang orang yang mengekalkan perlembagaan penjajah dan tiada sedikit pun menyentuh soal politik suku agama suku seperti dalam amanat Haji Hadi itu.

8.4. Mufti kerajaan negeri Terengganu juga turut dilibatkan untuk membela amanat Haji Hadi. Dalam Warta Darul Iman ke 23 bertarikh 08 Mei 2001 menyiarkan kenyataan Mufti bahawa ?Amanat Haji Hadi tidak pernah dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan?. Pembohongan kenyataan mufti ini dapat dibuktikan melalui kenyataan dalam surat menteri di Jabatan Perdana Menteri pada butiran 8.1 di atas yang menjelaskan perbincangan amanat Haji Hadi dibuat oleh Muzakarah Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke 16 yang bersidang di Pekan, Pahang pada 18-19 Februari 1986. Masa ini mufti Terengganu sekarang belum menjawat jawatan ini lagi.

9. BOHONG DENGAN ENAKMEN ISLAM (DUN 26-28 OGOS 2001):

Semua pimpinan PAS Terengganu kecuali YB. Tun Salleh Abas seorang sahaja yang tidak menafikan 5 daripada 6 enakmen Islam yang dibawa ke DUN Terengganu pada 26-28 Ogos 2001 adalah diceduk terus akta parlimen 1993, 1995, 1997 d1n 1998 untuk kegunaan negeri-negeri tiada raja. Khususnya DUN Terengganu mengguna pakai enakmen pentadbiran Islam Wilayah Persekutuan untuk negeri Terengganu. Ini bermakna PAS berbohong dengan fitnah kerajaan BN tidak menggunakan undang-undang Islam; sedangkan undang-undang Islam yang dipakai oleh negeri BN dicedok untuk negeri Trg. Berdasarkan siaran Warta Darul Iman 22 Ogos 2001 terdapat TIGA pembohongan dibuat mengenai enakmen pentadbiran Islam Terengganu 1422H/2001M bil. 2 hingga 7/2001:

9.1. ENAKMEN BARU: Tidak langsung dinyatakan ia telah diguna pakai oleh Wilayah Persekutuan semenjak tahun 1993 lagi. Seolah-olah enakmen tersebut dibuat sendiri oleh PAS Terengganu. Apatah lagi dengan kata-kata ?JK. Pelaksanaan syariah kini terus menggubal undang-undang lain dalam usaha menjayakan cita-cita kerajaan dan rakyat?. Dengan ini tentulah semua orang yang membaca Warta Darul Iman akan mengakui bahawa PAS sendiri yang menggubalkan semuanya.

9.2. TERENGGANU NEGERI PERTAMA: Rangkaian kata ?Terengganu negeri pertama? ini lebih jelas lagi membuktikan bahawa PAS Terengganu mahu dianggap bahawa dialah orangnya yang mula-mula memperkenalkan enakmen Islam ini. Tidak timbul lagi PAS menceduk hak orang lain sebagaimana yang sebenarnya berlaku sekarang.

9.3. KE ARAH PELAKSANAAN ISLAM SEPENUH: Ini sangat melampau. Kepada BN yang telah menggunakan enakmen ini difitnah tidak Islamik; tetapi untuk PAS dengan lulusnya enakmen ini ke arah Islam sepenuh. Apakah tanpa hudud pun boleh jadi sepenuh juga?

10. TERENGGANU SUDAH MELAKSANAKAN ISLAM WALAUPUN KERAJAAN BARU BELUM MEMINDA PERLEMBAGAAN (WDI - 08 JANUARI 2001):

Apakah ertinya kenyataan YB. Haji Harun Taib (Exco PAS Terengganu) dalam Warta Darul Iman ke 15 pada 08 Januari 2001 ini? Kalau diikutkan hukum dalam amanat Haji Hadi jelas ?Mati syahid menentang orang yang mengekalkan perlembagaan penjajah? . Sekarang bagaimana pula boleh keluar kenyataan ?Perlembagaan belum dipinda pun sudah diterima pelaksanaan Islam?. Inilah hukum Islam PAS yang masing-masing dibuat mengikut nafsu sendiri berbeza-beza di antara pimpinan mereka. Demikian juga Haji Hadi sendiri yasng membuat kenyataan terbaru dalam Berita Harian 02 Ogos 2001 kepada DAP ?Sehubungan itu, tiada apa yang perlu dibimbangi DAP sekiranya PAS mahu mengekalkan dasar penubuhan negara Islam kerana perlembagaan asal akan dikekalkan?. Memang semua pimpinan PAS tiada istiqamah pada memperjuangkan hukum Allah dalam perjuangan hidup mereka. Beginilah lakonan ulamak caca-marba (Ulama-us-suu?).

11. DULU HADI KATA MAHKAMAH SYARIAH BESUT MAHKAMAH THOGHUT; TETAPI SEKARANG MAHKAMAH SYARIAH ITU SUDAH DIIKTIRAF MAHKAMAH ISLAM:

Ucapan Haji Hadi di Wakaf Cagak, Batu Rakit, Terengganu pada 21 Februari 1981 menyebut ?Tak apalah dia buat, dia buatlah mahkamah. Dia bicaralah di mahkamah. Mahkamah Thoghut, Mahkamah Iblis, bukannya mahkamah Islam. Saya tegaskan malam ini mahkamah itu bukannya mahkamah Islam, hatta mahkamah Firaun?. Sekarang setelah Haji Hadi menjadi MB mahkamah syariah sudah diiktirafnya. Warta Darul Iman ke 5 pada 08 Ogos 2000 memberitahu, ?Menteri Besar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa siapnya bangunan Mahkamah Syariah yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu itu adalah titik mula ke arah pelaksanaan Islam sepenuhnya di negeri Terengganu?. Hukum apakah ini? Dulu lain sekarang lain.

Dengan nyatalah semua hukum yang PAS bawa bukan hukum Allah tetapi adalah hukum politik cari makan ?Waharamun kalau makan sorang wahalalun kalau bagi duwa?.

12. HUDUD ALLAH DIPERMAINKAN PAS:

Utusan Malaysia 23 Januari 2002 menyiarkan kenyataan YB. Haji Harun Taib dengan tajuk ?Draf hukum hudud di peringkat akhir?. Menerusi kenyataan ini terbuktilah bahawa PAS mempermainkan hudud Allah. Pada 25 November 1993 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan diluluskan. EKJS(II) ini dipanggil oleh PAS sebagai HUDUD. Oleh sebab banyak bercanggah dengan hudud Allah yang sebenar maka saya namakan EKJS(II) itu HUDUD PAS. Namun apa pun panggilan, PAS tetap memfitnah UMNO dan PM menghalang pelaksanaannya. Walaupun kerajaan PAS Kelantan masih tidak mewartakannya dan janji Harakah (Bil. 851 Jumaat 20 Syawal 1417 bersamaan 28 Februari 1997) akan dibawa ke parlimen tidak menjadi kenyataan hingga sekarang; namun Kelantan tetap mengadakan sambutan HARI HUDUD setiap tahun. Apa yang perlu dipersoalkan ialah sekiranya EKJS(II) Kelantan itu benar-benar hudud Allah mengapakah YAB Dato? Seri Haji Abdul Hadi Awang (Menteri Besar Terengganu) tidak bersedia mengambilnya untuk digunakan di Terengganu? Apa pasal bersusah payah menggubal hudud PAS Terengganu sendiri pula? Berapa perkara hudud yang akan diperkenalkan oleh PAS ini? Hudud Allah hanya satu sahaja. Ini tentulah hudud PAS yang berbeza-beza antara negeri. Perlu diminta penjelasan apakah beza hudud Kelantan tahun 1993 itu dengan Terengganu 2002 ini. 

Teman Kutip Dari Facebook
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...