Sunday, 20 January 2013

Suara Uji Rashid Tak Sedap!


Apa cerita Uji Rashid ni. Tak habis-habis lagi la ni. Adeehhh!! Kenapa pulak. Tiba-tiba pulak Datuk Ramli MS cakap suara Uji Rashid tidak memenuhi kriteria membuat persembahan AJL 27. Suara Uji Rashid tak sedap ke? 


Perkara itu didedahkan oleh Datuk Ramli MS, kegagalan penyanyi Uji Rashid untuk memenuhi beberapa kriteria sebelum membuat persembahan dalam Anugerah Juara Lagu ke 27(AJL27) pada 6 Januari lalu bagi menggantikan Yuna menjadi faktor kenapa beliau terpaksa digugurkan dalam acara tersebut. Ketika mengadakan raptai persembahan, saya dapati Uji gagal untuk memenuhi beberapa peringkat “bunyi” yang ditentukan.

Bunyi apa pulak. Adehh!!!. Ada pulak main bunyi-bunyi ek! Entah la. Macam-macam la cerita kome ni kalau dah tak ada terima penyanyi yang berumur. Kesian Uji Rashid. Sabar aje la. Nak buat macamana. Begitulah dunia artis Malaysia.. Bila dah tua, tak ada siapa yang nak pun. Nak menyanyi pun deme tak bagi. Dunia muzik Malaysia, masih ditakuk yang lama..Yang lawa dan hadsome aje boleh diterima walaupun suara tak sedap boleh nak muntah didengar.wek!wek!wek!
-

Isu Bawani UUM : Kenyatan Penuh Sharifah Zohra Jabeen



Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegaskan, beliau sudah pun memaafkan KS Bawani, yang menjadi tumpuan ekoran kemunculan satu klip video kontroversi melibatkan mereka, yang dikatakan telah mengaibkan penuntut jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, baru-baru ini.

Dalam kenyataan terbuka yang pertama sejak munculnya isu itu awal minggu lalu, Sharifah Zohra berkata, selain Bawani, beliau turut memaafkan kenyataan pemimpin-pemimpin politik negara yang mengutuknya dengan pelbagai dakwaan, yang dibuat secara sengaja atau tidak sengaja.

"Saya amat kesal kenyataan-kenyataan yang mengkritik saya secara peribadi dibuat tanpa menyiasat dengan lebih lanjut.

“Bagi saya kenyataan-kenyataan seperti ini adalah amat tidak profesional, namun saya maafkan mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ekoran penyebaran klip video tersebut, ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan memutarbelitkan fakta tanpa mengambil gambaran yang lebih besar.

Katanya lagi, ekoran dari persepsi negatif ini, ramai tidak melihat video tersebut sepenuhnya, yang mempunyai empat bahagian, tetapi malangnya hanya bahagian terakhir yang menjadi ‘fenomena’.

“Isu ini telah diputar belit bagi mendapatkan sokongan emosi, oleh itu saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini demi masa depan SW1M.

“Video sensasi yang bermotif politik ini telah menyebabkan saya dan keluarga tertekan, terutamanya anak kecil saya.

"Saya bimbang dengan keselamatan keluarga saya kerana saya telah menerima ancaman SMS tidak bertanggungjawab dari individu, kumpulan dan parti politik,” katanya.

Kata Sharifah Zohra lagi, beliau turut mempersoalkan kenapa sumpah pelajar UUM seperti di dalam klip video itu tidak menjadi sensasi seperti ‘listen, listen, listen’.

“Sumpah itu berbunyi: Kami anak anak bangsa peneraju negara, dengan ini berikrar, menentang budaya songsang perosak bangsa, menentang demonstrasi jalanan penghancur keamanan, menentang anasir luar yang menjadi barah perosak anak-anak bangsa, kami menyokong keamanan, keharmonian dan kesejahteraan sesama rakyat Malaysia berbilang bangsa tanpa campur tangan pihak ketiga,” katanya.

Katanya lagi, pihak yang mempunyai kepentingan tertentu telah berjaya menjadikan isu ini sebagai fenomena sehingga menyebabkan pelajar dan pihak-pihak lain membencinya tanpa sebarang alasan.

“Pada masa sama, fenomena video ini yang menyebabkan saya terkenal dalam satu hari sebenarnya bertujuan mengalihkan pandangan yang lebih penting terutamanya penyalahgunaan hak pelajar, kanak-kanak dan wanita dalam demonstrasi jalanan serta jenayah lain seperti dadah, masalah sosial, pembuangan bayi, HIV, Aids dan rogol.

“Jangan lupa juga, isu-isu politik semasa seperti isu keagamaan, hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan krisis air di Selangor yang turut melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak,” katanya.

Sumber
-

Karpal Singh Arah Majlis Syura PAS Tukar Keputusan, Bukti PAS JAdi Kuda DAP


Teman pun heran, siapa yang tak faham sebenarnya. Apa nak dicerita pada orang lain jika dalam Pakatan Rakyat sendiri pun tak sebulu. Kalau nak menuduh orang lain, tengok diri sendiri dulu. Kata orang satu jari kita menuding pada orang lain, sepuluh jari pulak akan menuding kepada kita. Serupa jugak la apa yang terjadi kepada Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menuduh Pak Lah tidak memahami peranan Majlis Syura PAS.


Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik, PAS mempertahankan keputusan Majlis Syura berhubung isu kalimah ALLAH Ahad lalu sambil menyangkal tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa badan tertinggi PAS itu bermain helah politik. Tuduhan Abdullah terhadap badan ulama itu tidak wajar dilakukan sebelum memahami peranannya dalam Pas.

Teman nak gelak aje. Bila Karpal Singh desak Hadi Awang supaya akur dengan keputusan sebelum ini membenarkan penggunaaan Kalimah Allah kepada agama Kristian, Tuan Ibrahim tak komen pun. Kecut telor ke apa? Tunduk kelu tak berkata. Berita Harian dipetik Karpal Singh mendesak PAS supaya tidak mengingkari kesepakatan yang dipersetujui pada Mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu yang membenarkan kalimah Allah digunakan bukan Islam. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu memastikan keputusan Majlis Syura PAS seiring dengan pendirian pakatan pembangkang yang sudah dipersetujui bersama. 

Ini lah bukti PAS jadi tunggangan DAP semata-mata. Apa yang DAP kata, ikut melulu macam kena santau badak dengan DAP..Ptuiii!!!
-

Gandingan Maliki dan Ghadafi Terajui Kepimpinan Majlis Belia Malaysia


Belia Bangkit : Berakhir sudah majlis MPAT MBM kali ke 61 yang menyaksikan pemilihan Jawatankuasa kerja serta kepimpinan Majlis Belia Malaysia bagi sesi 2012-2014. Pelbagai ragam anak muda khususnya pemimpin-pemimpin dan perwakilan persatuan belia dari seluruh negara telah berkumpul di Hotel Summit, USJ, Subang semenjak 18 Januari yang lalu.

Seperti tahun-tahun sebelum ini yang melibatkan pemilihan kepimpinan tertinggi pertubuhan belia ini, pelbagai ragam, cerita dan gelagat perwakilan mewarnai sepanjang 3 hari mesyuarat ini berlangsung.

Dipendekkan cerita, sekitar jam 2. 45 petang tadi Pengerusi Pilihanraya MBM yang dilantik Ketua Eksekutif Persekutuan Pengakap Malaysia, Encik Mohd Zaki Nuru-udin telah mengumumkan keputusan pemilihan itu buat menghilangkan debaran calon-calon yang bertanding.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) sedia ada, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee mengekalkan jawatan itu buat penggal 2012-2014 apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan hari ini.


Gandingan beliau iatu saudara  MUA’AMAR GHADAFI JAMAL daripada Gerakan Belia 4B (M) memenangi kerusi Timbalan Presiden, juga tanpa bertanding.

Berikut adalah senarai pemenang bagi jawatan-jawatan yang dipertandingkan kali ini.

Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Kerja MBM sesi 2012-2014

1. Pengerusi Tetap
    Khairul Anuar El-Shazali Musa
    MBN Perak

2. Timb. Pengerusi Tetap
    K. Murali 
    KBBT

3. Presiden
    Mohd Maliki Mohd Rapiee (Mng Tanpa Btanding - MTB)
    MBN P. Pinang

4. Timb Presiden
    Mua'amar Ghadafi (MTB)
    Gerakan 4B (M)

5. Setiausaha Agung
    Zaidi Aziz (MTB)

 6. Naib Presiden
    - Low Eng Teck
      GBBM

    - Mandzri bin Nasib
      Felda (MBFM)
    
    - Nasrul Ahmad
      (MGB Melaka)

    - 2 Lantikan Presiden
         (Wanita - akan diumumkan kemudian)
         (Borneo - akan diumumkan kemudian)
7. JK Kerja (Exco)
    - 12 kerusi

8. 3 Lantikan Presiden

    - Ketua Penerangan (akan diumumkan kemudian)
    - Pen. SU (akan diumumkan kemudian)
    - Pen. Bendahari (akan diumumkan kemudian)

Tahniah kepada pemenang. Jaga dan hargailah kepercayaan serta amanah yang diberikan oleh para perwakilan kepada anda semua. Kepada yang tewas, teruskanlah perjuangan saudara-saudara semua dalam mengangkat martabat pembangunan belia di negara kita.


BELIA PENGGERAK TRANSFORMASI!!!

-

Isu Bawani UUM : Kenyataan Rasmi Sharifah Zohra Jabeen


Teman nak siarkan satu kenyataan rasmi Sharifah Zohra Jabeen mengenai insiden isu budak hingus Bawani agen PASM dan DAP di Forum UUM tempohari. Di akhir kenyataan Sharifah ini menyatakan kekesalan di atas serangan bertubi-tubi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ke atas beliau sejak kebelakangan ini. Teman yakin selepas kenyataan rasmi Sharifah Zohrah ini, Pakatan Rakyat akan terus memainkan isu ini kerana Pakatan Rakyat sudah mahu berkubur dan kekeringan isu gara-gara kegagalan Himpunan Beruk-Beruk di Stadium Merdeka KL112 tempohari..





-

Malang Sungguh Melayu Singapura


SEMINAR Nusantara Islam di Asia Tenggara yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekarang ini, membuka mata penulis terhadap banyak  perkembangan Melayu dan Islam di negara lain sekitar negara kita.

Selain mendapat maklumat lebih jelas tentang keadaan sebenar yang berlaku di Myanmar membabitkan orang Islam Rohingya, penulis juga kagum dengan ‘kejayaan’ orang Melayu dan Islam Singapura dibawah kepimpinan parti PAP, yang punya cawangan di Malaysia, iaitu DAP.

Penulis tidak salahkan pembentang kertas kerja itu, seorang Profesor dari National University Singapore kerana memuja dan memuji melambung kerajaan PAP Singapura dalam ‘memajukan’ orang Melayu di negara tersebut.

Penulis juga tidak salahkan beliau kerana memuji kerajaan PAP yang memberikan hanya 4% dari keseluruhan pelajar yang menerima biasiswa di negara tersebut kepada orang Melayu.  4% atau 4 orang bagi setiap 100 orang itu, memang satu pencapaian yang membanggakan!!!

Dan paling membanggakan Profesor ini, bila baru-baru ini kerajaan Singapura menganugerahkan Biasiswa Presiden kepada seorang anak melayu (dari 5 orang), pertama seumpama dengannya setelah 44 tahun!!

Maklum sahajalah, Profesor ini bekerja dengan Universiti milik kerajaan Singapura.  Lumatlah dia kalau didapati mengutuk kerajaannya sendiri di negara ini.

Beliau datang ke Malaysia ini hanya sekali-sekali, lepas ini nak balik ke Singapura semula.  Tak pasal-pasal nanti, kerana nak menyedapkan hati dan telinga peserta seminar, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih diamalkan di negara asalnya, menanti sebaik menyeberang tambak.

Untuk berlaku adil kepada beliau, tidak salah kalau penulis katakan, pendapat Profesor itu betul dari konteks pemahamannya tentang kedudukan bangsa Melayu sebagai kaum minoriti di Singapura.  Tak adillah beliau untuk membandingkan kedudukan Melayu negara tersebut dengan negara ini.

Tapi pendedahan ini baik untuk dijadikan pengajaran oleh sebilangan orang Melayu di Malaysia ini yang sentiasa tak tahu nak bersyukur dengan kemajuan yang dicapai bangsa tersebut sepanjang berada dibawah kepimpinan UMNO.

Golongan ini nak juga percaya DAP, adik PAP tu mampu mengekalkan hak keistimewaan dan kemajuan orang Melayu seperti dibawah UMNO sekarang.

Ikuti Selanjutnya di Suara Generasi Baru

-

Tanda-Tanda Kiamat Untuk Pakatan Rakyat

Teman nak mengulaskan sikit lagi tentang Himpunan Beruk-Beruk di Stadium Merdeka pada 12 januari 2012 tempohari. Himpunan Beruk-Beruk yang dijudul oleh Kepala Beruk Mat Sabun dan pencacai-pencacai beruk dengan KL112 dan HKR112. Jelas sekali kegagalan perhimpunan tersebut telah menjadi impak besar kepada kekuatan Pakatan Rakyat.kuikui...

Teman kira asas untuk mengadakan Himpunan Beruk-Beruk untuk menunjukkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat telah gagal walaupun cuba dinafikan. Kegagalan sasaran Himpunan Berul-Beruk mengumpulkan 1 juta yang Mat Sabun mula merawan dan meroyan. Macam-macam kaedah matematik bagi mengira jumlah kehadiran bagi menutup kegagalan yang amat sangat. Anwar China Doll lagi pening kepala bila Kepala Beruk Mat Sabun gagal dalam misi untuk mencapai target himpunan. Angka-angka dari Polis dan Al-Jazeera jelas menunjuk kehadiran beruk-beruk sekitar 45,000.  Kelam kabut Mat Sabun cuba ubah persepsi dengan membuat matematik bodoh menyifatkan 500,000 menyertai himpunan di Stadium Merdeka dengan jumlah kutipan dermanya adalah RM268,802.10.

Manakala Firma penyelidikan trend Twitter Politweet sedar dengan kesilapan kiraan statistik awal dan menurunkan angka kepada 63,976 dan 78,193 mengikut asas-asas kepada gambar dan video himpunan tersebut. Tembelang kegagalan Himpunan Beruk-Beruk lagi terbongkar bila pendedahan dokumen post mortem PKR mengenai himpunan ini menunjukkan sokongan rakyat telah menurun dengan ketara.

Jelas sekali, sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat telah menurun dan harap melakukan tsunami politik sekali lagi tidak menjadi. Isu Bawani di Forum UUM tempohari yang digembar gemburkan oleh Pakatan Rakyat membuktikan lagi keadaan lebih terdesak Pakatan Rakyat untuk mendapat sokongan hingga menggunakan budak berhingus mencari publisiti murahan. Punya meroyannya Pakatan Rakyat. Secara mudah, apalah sokongan dan jumlah beruk-beruk KL112 seramai 45,000 itu dengan jumlah pengundi lebih kurang 13 juta di Malaysia. Fikir-fikirkan lah..
-

PM Umum Tujuh Projek Dalam Manifesto Kelantan



Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan tujuh projek yang memerlukan ia memenangi Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang sebagai sebahagian daripada manifesto negeri itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek-projek itu akan meningkatkan lagi keadaan dan potensi rakyat.

Projek tersebut termasuk pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, sebuah stadium baru dan menyelesaikan masalah air.

Najib, yang juga pengerusi BN, berkata BN juga akan membina 3,000 unit rumah, menubuhkan kampus UiTM di sini, memulakan perkhidmatan bas Rapid Kota Bharu dan membina masjid terbesar di negeri ini berharga kira-kira RM50 juta.

"Ini adalah hanya sebahagian manifesto kami. Ia belum lagi lengkap. Akan ada perkara-perkara lain yang akan diumumkan kemudian. Ini adalah janji Barisan Nasional," beliau berkata pada program Janji Ditepati semasa lawatan beliau sehari ke negeri itu pada Ahad.

Sumber
-

TAHNIAH : Saudara Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM


TAHNIAH!!! TAHNIAH!TAHNIAH! Kepada Saudara Maliki Mohamed Rapiee kerana dapat mempertahankan jawatan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan menang tanpa bertanding dalam Pemilihan Kepimpinan Majlis Belia Malaysia bagi sesi 2012 - 2014. Pencabar utama beliau Jais Abdul Karim telah menarik diri di saat akhir malam tadi.  Bagi kerusi Timbalan Presiden, Saudara Mua'amar Ghadafi Jamal bin Datuk Wira Haji Jamaluddin juga telah  menang tanpa bertanding manakala jawatan Setiausaha Agung kekal kepada Saudara Mohd Zaidi Aziz yang juga menang tanpa bertanding.

Bagi jawatan-jawatan lain dijadualkan akan dibuat pengudian pada hari ini. Teman ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Saudara Maliki, Saudara Mua'amar Ghadafi dan juga Saudara Mohd Zaidi yang memegaang tampuk tetinggi barisan kepimpinan yang baru. Teman harap agenda pembangunan belia akan dirancangkan serta mencorakkan pembangunan belia yang lebih mapan seiring dengan agenda transformasi negara.
-

Izreen Azminda Mudah Melenting Gara-Gara Hamil



Pelakon Izreen Azminda berasa pelik kerana mempunyai tabiat luar biasa iaitu mudah melenting tanpa sebab pada peringkat awal kehamilannya.

Pemilik nama penuh Izreen Azminda Aznam, 28, ini berkata, bagaimanapun sikap buruk itu berjaya dikawal dan beransur hilang selepas tiga bulan hamil.

“Saya tidak tahu kenapa selalu naik hantu ketika awal kehamilan dulu? Ada sahaja yang tidak kena di mata dan saya cepat marah.

“Mungkin faktor hormon tidak stabil tetapi alhamdulillah sikap buruk itu semakin hilang kerana saya dapat kawal (kemarahan) kebelakangan ini,” katanya kepada mStar Online.

Izreen kini hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan jurukamera Muhd Riza Baharudin, 30, pada 30 Ogos tahun lalu.

Ditanya mengenai pengalaman hamil buat kali pertama, Izreen berkata, dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan atau mengidam yang teruk.


“Alhamdulillah saya dan suami sangat gembira dengan kandungan ini. Kini memasuki bulan keempat, saya berasa selesa dan tidak alami alahan atau mengidam yang teruk.

“Saya masih aktif bekerja di dua set penggambaran sekarang iaitu drama Sehangat Asmara dan Tanggang Ayu,” katanya.

Tambah Izreen, dia terpaksa bekerja keras ketika ini selagi terdaya sebelum berehat panjang bermula awal Mac depan.

“Sementara masih larat biar saya kerja untuk kumpul duit. Nanti bermula awal Mac saya akan berehat terus sehingga tarikh bersalin yang dijangka pada Julai depan.

“Namun, saya selalu berhati-hati dan tidak lasak sangat di lokasi. Saya mesti habiskan penggambaran sebelum pukul 12 tengah malam sebab badan mudah letih akhir-akhir ini,” katanya.

Izreen berkata, dia juga terpaksa menolak banyak tawaran lakonan ekoran perubahan ketara pada fizikalnya kerana memiliki kandungan bersaiz besar.

Terbaharu, drama lakonannya Sehangat Asmara akan mula ditayangkan pada 21 Januari ini, setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134).


-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...