Thursday, 29 November 2012

PAU 2012: WAJAH-WAJAH SEMANGAT WAJA


Teman sungguh teruja dan terharu bila tengok pemerhati-pemerhati di Perhimpunan Agong UMNO 2012 di PWTC hari ini tekun mendengar ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak.  Begitu bersemangat dan tekun mendengar melalui skrin besar di luar dewan.  Kadang-kdang kita terlupa bahawa deme ni menjadi faktor kemeriahan setiap kali Perhimpunan Agong UMNO.  Semangat dan kecekalan mereka harus diberi pujian.  Tanpa pangkat dan jawatan deme pun boleh pengikut yang setia pada parti. Harap-harap deme ni tak dilupakan kebajikan serta keperluan sepanjang perhimpunan.  Kome tengok la gambar-gambar yang teman ambik tadi..Selamat bersidang..heeee





-

NIK AZIZ KENA BACA NI!!!



Teman nak suruh Nik Aziz baca dan dengar apa yang PM katakan dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO baru tadi.  Cuba deme renung-renungkan dan cari le titik persamaan.  Kalau boleh muhasabah diri atau buat la sembahyang hajat..heee..peace..

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Datuk Seri Najib Razak bertegas bahawa UMNO tidak akan sekali-kali mencaci dan menista saudara seagama sepertimana yang dilakukan pembangkang, sebaliknya akan terus mempertahankan perpaduan umat.

Menurut Presiden UMNO, parti itu juga akan terus mempertahankan kesucian dan kemurnian akidah umat Islam di negara ini.

Justeru, kata Najib, UMNO menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendokong fahaman pluralisme dan liberalisme.

"Ingin ditegaskan di sini, tanpa ragu-ragu lagi bahawa UMNO komited untuk terus mempertinggikan Islam berteras maqasid syariah, demi memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. - UTUSAN

-

GUAN ENG MULA BUAT HAL! TEMAN DAH KATA DAH!


Kerajaan Negeri Pulau Pinang menuntut penjelasan tentang kadar kenaikan Tol Jambatan Pulau Pinang sekiranya Jambatan Kedua Pulau Pinang dibuka kelak.  Teman dah agak mesti Guan Eng akan buat hal!  Ada sahaja dia cari jalan nak ganggu projek-projek Kerajaan BN di Pulau Pinang.  Teman dah sebut DISINI bagaimana Guan Eng akan cari jalan untuk menimbulkan kebencian dan persepsi tidak baik rakyat kepada Kerajaan BN.

Teman pun heghan, apa punya busuk hati Ketua Menteri Pulau Pinang, hingga semuanye Kerajaan BN buat tak betul.  Agak-agak la.  Kemudahan untuk rakyat.  Jambatan Kedua Pulau Pinang lambat lagi nak siap.  Jangkaan pada bulan November 2013.  Maman la apek.  Tapi teman nak tanya jugak, pasal Sky Lounge dan Disko yang tertinggi di Asia Tenggara yang Guan Eng bagi pada kroni DAP Datuk Richard Koh tu di Tingkat 59, 60, 64 dan 65 Komtar.  Free je bagi kontrak selama 45 tahun dan boleh tambah lagi 15 tahun jika mahu.  Projek Mega bernilai 40 juta tu! Weh! Apek ni tak jawab sepatah pun.  Jawab la..kaya der..heeee...

Malaysian Insider : GEORGE TOWN, Nov 22 — Penang’s iconic Komtar will get a RM40 million facelift in a 30-month project.  The project, to be carried out by World Equipment Sdn Bhd, will see levels five, 59, 60, 64 and 65 being upgraded, refurbished and transformed within that period.

This exercise is one of the initiatives undertaken by the state government and
Penang Development Corporation (PDC) to bring shine and glory back to Komtar.

PDC signed an agreement with World Equipment after the latter won a bid in PDC’s Request For Proposal in 2010.

World Equipment is a subsidiary of Only World Group (OWG), a theme park consultancy and builder.

In the revitalisation project, the premises will be leased to OWG at a reasonable rate for a 45-year period with an option to renew for another 15 years.

The project will include four phases; The Boulevard which encompassed the whole of level five.

OWG chairman and group chief executive officer Datuk Richard Koh said level five will consist of 30,000 sq ft of retail and commercial space.

There will also be a banquet hall with a 1000 pax capacity.
”We will have themed restaurants on levels 59, 60 and 64,” he said after the signing ceremony at level 65 at Komtar today.

The rooftop of level 65 will be turned into a sky lounge.
There will also be a viewing deck at level 64, he said.

The highlight of the project will be the two bubble lifts linking level five to levels 59, 60, 64 and 65.

”The RM6 million lifts will afford the guests a panoramic view of the city as they go up to the top floors of Komtar,” Koh said.

The four other existing lifts will also be refurbished and upgraded.

Penang chief minister Lim Guan Eng, who witnessed the signing ceremony, said this revitalisation project will complement the state government’s efforts to promote Komtar as a business hub and tourist destination.
-

Yuna Bersyukur Peminat Malaysia Masih Setia



Penyanyi Yuna bersyukur apabila peminat-peminat di Malaysia sentiasa menyokong dan setia dengannya walaupun dia kini menetap di Amerika Syarikat (AS) bagi tujuan mengembangkan karier nyanyian di negara itu.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai berkata, walaupun tidak pernah risau jika satu hari nanti peminat-peminatnya akan hilang gara-gara kesibukan diri di luar negara, namun dia harus akui, kehadiran penyanyi-penyanyi baru memberi saingan hebat buat dia untuk kekal menjadi pemuzik berkualiti.

"Jujurnya, saya tidak pernah risau jika peminat-peminat akan hilang. Bagi saya, perjuangan saya di AS juga adalah perjuangan mereka (peminat) yang sentiasa menyokong saya sejak bergelar penyanyi lagi.

"Bagaimanapun, dengan ketumbuhan penyanyi-penyanyi baru yang sangat ramai, saya perlu bersaing untuk mengekalkan kedudukan dan muzik agar sentiasa berkualiti. Ia satu persaingan yang sihat," katanya.

Tambah Yuna, kesetiaan para peminatnya itu terbukti apabila dia berjaya memenangi Popstar Award dan Wired Celebrity Award bagi Anugerah Shout Awards 2012 yang diadakan baru-baru ini dimana pencalon diundi menerusi peminat masing-masing.

Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan karier Yuna di AS, dia bersyukur apabila album pertama di negara itu iaitu Yuna, dibawah syarikat rakaman Fader Label mendapat respons yang sangat positif sepanjang enam bulan berada di pasaran.

Beritahu penyanyi berusia 26 tahun itu, dia juga telah membuat konsert jelajah selama tiga bulan dan gembira apabila dapat membina serta mengumpul peminat-peminat baru di negara itu.

"Alhamdulillah, saya gembira apabila album yang menampilkan sebanyak 13 buah lagu berjaya menarik perhatian penggemar muzik di sana.

"Jika di Malaysia kita digelar penyanyi terkenal, tetapi di AS, mereka menganggap saya seperti pemuzik profesional.

"Bagaimanapun, mereka tak adalah sampai menjadi peminat yang begitu fanatik. Sebaliknya mereka menghargai setiap muzik yang saya tonjolkan," ujarnya.

Teman Kutip Dari mStar Online

-

SEMUT HITAM : RAJA RUMAH URUT MEROYAN LAGI!!!


Weh! Rumah Urut pun ada raja.. Raja Rumah Urut mana yang tengah meroyan sakan tu! Ini mesti Geng Kepala Gangster yang tiba-tiba jadi wakil rakyat Selangor.  Kupasan Blogger Semut Hitam kome baca DISINI..heeee..lagi peace..


-

Budak Sri Kinta : MEMANG ANWAR IBRAHIM PENGKHIANAT BANGSA MELAYU !!!


Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta campur tangan daripada negara luar untuk memantau Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai perbuatan khianat kepada negara.

Weh! Ada akai ka!Kome nak tau ceghitenye, kome baca lagi DISINI
-

PANAS BERAPI! PARPUKARI : AMARAN KEPADA ANJING! JANGAN SAMPAI AKU MULA BALIK!

PARPUKARI : AMARAN KEPADA ANJING! JANGAN SAMPAI AKU MULA BALIK!


Teman tertarik bila terbaca Blogger Tersohor Parpukari atau dikenali sebagai House PK menyebut beberapa perkara deme yang menjadi panas.  Teman tak pasti pada siapa Blogger Parpukari maksudkan.  Tapi ada beberapa nama yang deme sebut.  Harap-harap benda-benda yang disebut tu tak menjejaskan PAU 2012 yang berlangsung ni..

Jadi kalau kome nak tau lanjut kome boleh klik SINI..heeee..peace.
-

Wednesday, 28 November 2012

PAU 2012 : KAMI MAHU UNIVERSITI UMNO!


Teman tertarik dengan cadangan Perwakilan Wanita Perak agar sebuah universiti Umno ditubuhkan bagi melahirkan lebih ramai pemimpin negara pada masa depan.  Teman ghase pun perlu jugak sebab parti-parti komponen yang lain dah ada universiti sendiri seperti MCA dan MIC.  Apa salahnya jika UMNO pun menuntut benda yang sama.  Sepatutnya dari dulu lagi.  UMNO adalah parti dominan dan sepatutnya UMNO yang boleh buat keputusan sendiri.

Ketua Wanita Bahagian Kampar, Datin Normah Hanum Ibrahim berkata, Umno perlu mengambil peluang ini bagi membentuk siswa-siswi berjiwa patriotik yang benar-benar sayangkan negara. (mStar Online).  Mengapa tidak!  Inilah masa UMNO mengambil peluang memastikan anak-anak Melayu tidak tercicir untuk menara gading.  Susah sangat ke?  Itu kome pikio la dan bahas dalam dewan le..heeee....
-

GUAN ENG MESTI TERKEDU BILA BACA BERITA NI



Guan Eng lepaih ni mesti terkedu tak pun tercekik.  Hajat nak buat terowong bawah laut tak kesampaian.  Maknanya, tiada projek mega yang boleh bagi pada kroni DAP macam projek Sky Lounge dan Disko tingkat 60 Komtar.(KLIK SINI).  Berputih mata.  Lepaih ni apa pulak Guan Eng dan DAP nak spin pasal Jambatan Kedua Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR: Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang berjalan lancar dan dijangka siap pada September tahun depan, kata Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Datuk Dr Ismail Mohamed Taib.

Beliau berkata, kerja-kerja fizikal untuk jambatan itu kini 88.5 peratus siap dan disasarkan untuk mencapai 90 peratus pada akhir tahun ini.

"Kami berada pada kedudukan yang betul untuk menyiapkan jambatan ini tahun depan, dua bulan lebih awal daripada jadual, pada September tahun depan," kata beliau pada sidang media pada Seminar Antarabangsa Kedua mnegenai Reka bentuk dan Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, di sini Rabu.

Ismail berkata, kos pembangunan untuk pembinaan jambatan baru itu ialah RM4.45 bilion.

Unjuran trafik bagi jambatan tersebut adalah sebanyak 25,000 pengguna setiap hari, katanya.

"Ia akan mengambil masa yang lama (untuk mendapatkan kembali kos pembinaan). Sekurang-kurangnya 20 tahun. Tetapi kami cuba untuk menjimatkan wang dalam kospembinaan dan kewangan.

"Kami tidak mahu menyusahkan kerajaan. Seboleh-bolehnya kami cuba berdikari," kata beliau.

Jambatan Kedua Pulau Pinang akan menjadi jambatan tahan seismik apabila siap kelak.

Ia boleh menahan gegaran gempa bumi 8.2 Richter dengan pusat pada kira-kira 300 kilometer.

Seminar berkenaan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Himmat Singh.

Jambatan sepanjang 24 kilometer keseluruhan, dengan 16.9 kilometer di atas permukaan air, akan menjadi jambatan terpanjang di Asia Tenggara apabila siapkelak.

Jambatan itu juga akan menjadi jambatan terpanjang di dunia yang mengaplikasikan penggunaan Bearing Getah Redaman Tinggi (HRDB) dalam pembinaannya.

Seminar antarabangsa selama dua hari itu bermula hari ini, dianjurkan bersama oleh JKSB dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Seminar tersebut melibatkan 13 kertas kerja teknikal mengenai reka bentuk dan pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang. - BERNAMA
-

PANAS! GUAN ENG JADIKAN KOMTAR SKYBAR DAN DISKO


Guan Eng jadikan Tingkat 60 Komtar Pulau Pinang sebagai Skybar dan Disko.  Teman sebenornye terkejut jugak bila teman baca pendedahan blogger pisau.net.  Tokoh kesayangan PAS ni jadi khalifah PAS yang agung dan PAS tak berani bantah sebab takut berdosa, boleh jatuh hukum murtad kata Nik Aziz.heeeee...

Kalau ikutkan blogger hebat penang ni, rejim DAP Pulau Pinang melancarkan disko dan pub yang tertinggi di Asia Tenggara.  Kontrak pemilikan selama 45 tahun kepada satu syarikat kroni rejim DAP untuk membangunkan sky louge dan diberi pilihan menyambung selama 15 tahun lagi.  Syarikat kroni DAP ini yang kononnya memperolehi secara tender dikatakan mendapat tingkat 59,60,64 dan 65 secara percuma untuk 45 tahun dengan hanya bermodalkan kertas cadangan.  Weh!!! biar betul! Agak-agak la..

Ghasenye kome dah tau siapa yang akan mengaut keuntungan.  Itu le teman kata, deme tak apa, kalau kerajaan BN yang buat, meletup satu dunia..heeeeee..

Kome boleh baca pendedahan selanjutnya di pisau.net


-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...