Showing posts with label Hiburan Artis Yuna. Show all posts
Showing posts with label Hiburan Artis Yuna. Show all posts

Friday, 28 December 2012

HANGAT: YUNA BERCINTA DENGAN LELAKI US


Teman pun heran lah artis ni.  Asyik-asyik nak kahwin dengan orang Eropah. Sekejap US dan entah apa lagi. Macam la tak ada lelaki negara sendiri untuk dijadikan suami.  Mudah la sikit nak cari suami yang boleh membimbing ke jalan yang benar.  Ini orang putih jugak dicari, agama dia pun tak pasti lagi.  Lepas tu kena cerai le pulak.  Tak ke kesian.  Ini kisah Yuna dikatakan hangat bercinta dengan jurugambar peribadinya di US. Ye le. Hak masing-masing nak kahwin dengan sesiapa pun.  Tapi esok bila dah bercerai, mula la nak menyemak kat dada-dada media hiburan macam mintak simpati je.  Silap haribulan ada masalah pulak dengan hak penjagaan anak. berlarutan la ceritanya kat media.  Malu la!

PATAH tumbuh hilang berganti, begitulah cinta SS ibaratkan. Situasi sama SS melihat diri penyanyi tempatan antarabangsa, Yunalis Zarai atau Yuna yang kini khabarnya sudah menemui pengganti baru selepas hubungan cintanya dengan pengacara kacak Qi terputus di tengah jalan tahun ini.

SS lihat jejaka baru yang bertuah itu sama kacak dengan Qi. Pun begitu, dia bukan orang tempatan sebaliknya dari Amerika Syarikat (AS). Namanya, Jules Schratter dan difahamkan bertugas sebagai jurugambar peribadi Yuna di AS. 

Pada saat cinta Qi dan Yuna berantakan, barang kali Jules muncul dan memberikan secebis semangat untuk Yuna terus berkarya apatah lagi di AS, Yuna duduk sebatang kara. 

SS difahamkan, hubungan cinta antara mereka bukan lagi rahsia malah Jules sendiri sering meluahkan perasaannya terhadap Yuna menerusi rakaman foto yang muat naik di akaun Instagramnya, Throughjules.

Dalam banyak himpunan gambar yang dipaparkan Jules malah SS seronok melihat gambar Jules berbaju Melayu dan bersongkok. Menurut makluman sumber SS, gambar itu diambil sewaktu Jules mengunjungi kampung halaman Yuna, baru-baru ini Amboi-amboi, dah bawa balik tunjuk mak bapak ke Yuna?

Bukan itu saja, ada sekeping gambar memaparkan koleksi buku di mana susunan paling atas itu adalah senaskah al-Quran. Jules melalui satu catatannya mengakui belum sempat meneliti isi al-Quran namun tertarik untuk mendalaminya. 

Terharu pula SS mendengar pengakuan Jules dan pada yang sama SS tidak menyangka hebatnya kuasa cinta Yuna sehingga mampu ‘menjinakkan’ seorang lelaki berbeza agama dan nun jauh di benua lain. 

Namun mengenali Yuna siapa yang tidak mengagumi keperibadian dan muziknya yang cukup unik. Kalau Yuna mampu menawan dunia dengan karyanya, apalah sangat hati seorang lelaki daripada beribu-ribu yang berderet menunggu Yuna. 

SS: Khabarnya sepasang selebriti sensasi akan sah berkahwin awal 2013. Hai, makan hati nanti pada siapa-siapa yang beriya-iya hendak lihat mereka tak jadi nikah sebab cemburu.

Sumber
-

Thursday, 29 November 2012

Yuna Bersyukur Peminat Malaysia Masih Setia



Penyanyi Yuna bersyukur apabila peminat-peminat di Malaysia sentiasa menyokong dan setia dengannya walaupun dia kini menetap di Amerika Syarikat (AS) bagi tujuan mengembangkan karier nyanyian di negara itu.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai berkata, walaupun tidak pernah risau jika satu hari nanti peminat-peminatnya akan hilang gara-gara kesibukan diri di luar negara, namun dia harus akui, kehadiran penyanyi-penyanyi baru memberi saingan hebat buat dia untuk kekal menjadi pemuzik berkualiti.

"Jujurnya, saya tidak pernah risau jika peminat-peminat akan hilang. Bagi saya, perjuangan saya di AS juga adalah perjuangan mereka (peminat) yang sentiasa menyokong saya sejak bergelar penyanyi lagi.

"Bagaimanapun, dengan ketumbuhan penyanyi-penyanyi baru yang sangat ramai, saya perlu bersaing untuk mengekalkan kedudukan dan muzik agar sentiasa berkualiti. Ia satu persaingan yang sihat," katanya.

Tambah Yuna, kesetiaan para peminatnya itu terbukti apabila dia berjaya memenangi Popstar Award dan Wired Celebrity Award bagi Anugerah Shout Awards 2012 yang diadakan baru-baru ini dimana pencalon diundi menerusi peminat masing-masing.

Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan karier Yuna di AS, dia bersyukur apabila album pertama di negara itu iaitu Yuna, dibawah syarikat rakaman Fader Label mendapat respons yang sangat positif sepanjang enam bulan berada di pasaran.

Beritahu penyanyi berusia 26 tahun itu, dia juga telah membuat konsert jelajah selama tiga bulan dan gembira apabila dapat membina serta mengumpul peminat-peminat baru di negara itu.

"Alhamdulillah, saya gembira apabila album yang menampilkan sebanyak 13 buah lagu berjaya menarik perhatian penggemar muzik di sana.

"Jika di Malaysia kita digelar penyanyi terkenal, tetapi di AS, mereka menganggap saya seperti pemuzik profesional.

"Bagaimanapun, mereka tak adalah sampai menjadi peminat yang begitu fanatik. Sebaliknya mereka menghargai setiap muzik yang saya tonjolkan," ujarnya.

Teman Kutip Dari mStar Online

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...