Showing posts with label Politik PKR Selangor Khalid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Politik PKR Selangor Khalid Ibrahim. Show all posts

Thursday, 10 January 2013

Khalid Gagap Terus Gagap Dengan Sultan Selangor


Khalid Gagap terus terkedu. Terus tergagap la lagi. Mungkin tengah berfikir macam mana la nak cakap kat Anwar China Doll. Tengah cari idea bagaimana nak konar Anwar China Doll pulak.  Tapi pelik kan, Majlis Pimpinan Pakatan Rakatan setuju untuk penggunaan Kalimah Allah digunakan oleh agama Kristian, alih-alih Pakatan Rakyat Negeri Selangor pusing balik kata mengikut kepada tetapan yang telah difatwakan dan diwartakan oleh kerajaan negeri pada 18 Februari 2010. ish.ish.pening teman..

Sultan Selangor dah bertitah melalui Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohd Misri Idris mengeluarkan satu kenyataan pada Selasa dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam lain sebagaimana yang telah diwartakan.

Sultan Selangor turut menitahkan Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak sama ada orang bukan Islam atau di kalangan orang Islam sekalipun yang masih mempersoal atau memperlekeh fatwa yang telah dikeluarkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada di Selangor.

Khalid oh Khalid. lagi gagap la mike ek! Macamana la nak "counter back" bos mike balik. Anwar China Doll mesti marah giler kat Khalid Gagap ni. Paling kuat tak dicalonkan semula bertanding Pilihanraya sebab dah terlebih gagap.heeee..
-

Thursday, 13 December 2012

BUSUK HATI PUNYA KHALID IBRAHIM, ORANG MACAM NI KOME PILIH?


Kome pun dah tau perangai puak-puak Pakatan Rakyat yang jenis busuk hati, yang jenis bangkang dalam longkang.  Sanggup apa sahaja demi kepentingan politik deme ni terjamin.  Kalau nak kira ceramah deme ni berdegar-degar nak bela rakyat, nak bela pembayar cukai, tapi hampagas berselindung disebalik kuasa dan undang-undang.

Terbaru, Kerajaan negeri Selangor secara terbuka membuat kenyataan akan melengah-lengahkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 selama yang dikehendaki sehingga pelan penyusunan semula air dimulakan.  Tambah Kahlid Ibrahim biarpun 100 tahun sekali pun.  Kome tengok le perangai dem ni.  Hodoh dan tak beretika.  Kata nak bela rakyat tapi deme sendiri menginaya rakyat.  Deme sanggup rakyat Selangor menderita tanpa bekalan air secukupnya sehingga cita-cita deme tercapai.  Orang macam deme ni ke kome nak pilih?  NO WAY! Selamatkan Selangor daripada pengkhianat rakyat ini!...
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...