Showing posts with label Politik PKR Nurul Izzah. Show all posts
Showing posts with label Politik PKR Nurul Izzah. Show all posts

Friday, 4 January 2013

NURUL IZZAH PULAK KANTOI! SERUPA MACAM BAPAKNYA JUGAK


Entah mengapa beberapa hari ini, asyik-asyik ada sahaja edisi kantoi Pakatan Rakyat. Ye la! semua orang tahu Pakatan Rakyat ni asyik menipu aje. Kalau tak menipu tu, bukanlah Pakatan Rakyat namanya. Ini kisah anak si Raja Penipu Anwar China Doll, Nurul Izzah yang kantoi di Lembah Pantai.

Cerita peribahasa "Lembu punya susu sapi dapat nama" yang sesuai diberikan kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah. Orang lain yang buat, dia pulak mengaku. Memang jenis muka tak malu macam bapak dia jugak..Kalau teman, hempas-hempas je kepala kat batu, pasal malu la sangat-sangat. Kan dah kantoi! Mana nak letak muka..

Lembah Pantai 4 Jan - "Lembu punya susu sapi dapat nama" inilah peribahasa yang amat sesuai untuk YB Lembah Pantai Nurul Izzah mengenai masalah diatas. Masalah diatas telah diselesaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik  Raja Zainal Abidin namun YB Lembah Pantai ini mengatakan bahawa dia yang telah membawa isu ini kepada pihak bertanggungjawab sedangkan penduduk telah berbincang dengan Raja Nong Chik mengenai masalah ini satu hari lebih awal pada 15 Dis 2012 bagi menyelesaikan masalah. 

Apartmen Putra Ria ini terletak di Jalan Bangsar dan mempunyai tiga blok bangunan yang memuatkan 660 unit kediaman dengan kepadatan penduduk lebih 3,000 orang. 


Masyarakat yang ditemui rata-ratanya melahirkan rasa kecewa dengan sikap Izzah kerana mencari publisiti murahan untuk dapatkan nama. Seorang masyarakat yang ditemui berkata "rata-rata penduduk kecewa dengan sikap Izzah yang disifatkan seperti lembu punya susu sapi dapat nama." - En. Ramli Pegawai Masyarakat Pusat Khidmat Masyarakat Lembah Pantai .

"Izzah tidak pernah ambil peduli mengenai persekitaran dan pembangunan kawasan perumahan ini mana mungkin dia yang membawa perkara ini kepada pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikannya" - Katanya lagi.

Sazmi Samat 55 merupakan salah seorang penduduk berkata, "penduduk disini mengenai antara satu sama lain kerana telah menetap selama 17 tahun disini dan ini memberikan imej buruk kepada Izzah sendiri dan tindakan Izzah ini adalah tidak wajar kerana untuk mendapatkan nama sahaja sedangkan penduduk sendiri berusaha menemui Datuk Raja Nong Chik untuk menyelesaikan masalah."

Rokiah Kasim yang merupakan seorang Ketua Penerangan UMNO cawangan Putra Ria berkata "tindakan Izzah ini jelas satu penipuan yang cuba menipu rakyat."

"Izzah memang hadir di kawasan ini pada 17 Dis 2012 untuk majlisnya dan ketika itu sampah agak banyak kerana ada sedikit masalah, namun kami telah menemui Datuk Raja Nong Chik untuk menyelesaikan ini pada 15 Dis 2012 iaitu 2 hari sebelum kedatangan Izzah," tambahnya lagi.

p/s - mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Bapa borek anak rintik, bagaimana Anwar kuat menipu begitulah Izzah. 

Kome nak tau lagi, kome bacalah kat SINI



-

Wednesday, 7 November 2012

PAS Bersetuju Kenyataan Nurul Izzah?



SHAH ALAM - Tindakan mengaitkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung “tiada paksaan dalam agama” seolah-olah menggalakkan gejala murtad adalah satu rumusan tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan  “tiada paksaan dalam agama” adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan.

"Mengaitkan prinsip ini dengan rela murtad menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman. Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara.

"Kenyataan ahli Parlimen Lembah Pantai itu dianggap seolah-olah menggalakkan kemurtadan adalah satu rumusan yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Mujahid merupakan antara panel yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata, Nurul Izzah dalam forum tersebut juga menyebut tentang perlunya pendidikan dan dakwah supaya agama Islam dipelihara.

"Tiada paksaan bukan bermakna orang Melayu sewenangnya memilih agama lain kerana Islam itu penghayatan. Itulah semangat ucapan Izzah apabila menjawab soalan dari peserta tentang 'no compulsion'," katanya.

Menurutnya, tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan prinsip mulia 'tiada paksaan' sebagai promurtad telah mencemarkan nama baik Islam.

"Itu bukan apa yang diperkatakan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai," katanya.

Teman Kutip di Sinar Harian

-

Tuesday, 6 November 2012

Nurul Izzah Kaki Saman



Deme ni dah tak ade keje lain.  Silap sikit, saman, silap sikit saman.  Semua main loyar sampai jadi loyar buruk.  Kalau dah silap, mengaku je la.  Tak payah susah-susah nak pusing balik.

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mahu mengambil tindakan perundangan ekoran laporan media beliau mengeluarkan kenyataan rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuk kepada orang Melayu.

"Peguam akan mengambil langkah seterusnya," ujar Nurul Izzah menerusi laman mikro Twitter milik beliau.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semalam memaklumkan mungkin akan memanggil Ahli Parlimen Lembah pantai itu untuk membantu siasatan.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, tindakan itu hanya boleh diambil sekiranya pihaknya menerima maklumat berhubung perkara tersebut.

“(Kenyataan itu) serupa juga dengan kenyataan semua agama adalah sama. Ia salah, mana boleh semua agama sama. Islam lain, Tuhan sudah kata Islam adalah sebaik-baik agama.

“Kalau ada rakaman itu minta dipanjangkan kepada kita. Tak semestinya ada laporan, maklumat (sudah) cukup, kita boleh bertindak. (Setakat ini), kita tak dengar maklumat itu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nurul Izzah yang didakwa membuat kenyataan itu sebagai menjawab soalan peserta sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama sama seperti orang bukan Melayu dalam satu forum di Subang Jaya, Sabtu lalu.

Terdahulu media melaporkan, Nurul Izzah dipetik sebagai berkata: “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan agama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Bagaimanapun, beliau dilaporkan tidak menyatakan orang Melayu sepatutnya diberikan hak dari segi undang-undang berkaitan kebebasan beragama.

Nurul Izzah menerusi blog beliau, www.nurulizzah.com berkata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas pertanyaan lanjut yang diterima beliau ekoran kenyataannya di dalam forum “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.

"Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu.

"Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

"Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan,"katanya.

Menurut pemimpin PKR itu lagi, beliau kesal terhadap percubaan memutarbelitkan kenyataannya yang kelihatan seolag-olah meremehkan soal aqidah "atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad."

"Saya cenderung mendukung program pendidikan dan dakwah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.

"Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama," tulis beliau lagi.

Ekoran kenyataannya Nurul Izzah turut dikecam oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pahang yang menganggap beliau sebagai menggadai agama.

Ketua Penerangannya, Muhammad Faiz Hashim berkata, kenyataan itu tidak wajar dikeluarkan seorang Islam seperti Nurul Izzah, sebaliknya beliau perlu mempertahankannya.

Teman Kutip di Sinar Harian
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...