Showing posts with label Politik DAP Lim Guan Eng Pasukan Peronda Sukarela. Show all posts
Showing posts with label Politik DAP Lim Guan Eng Pasukan Peronda Sukarela. Show all posts

Friday, 4 January 2013

PANAS: Bukti DAP Lindungi Samseng


Bangga sungguh la samseng ni pukul orang. Ini lah ahli Pasukan Peronda Sukarela Guan Eng yang memukul wartawan tempohari. Guan Eng siap hantar peguam untuk membela samseng ni. Sombong nya deme suka mak bapak deme pukul-pukul orang. Itu baru wartawan, kalau la orang-orang biasa ni, tak tau la nak kata apa? Lagi dasyat rasanya.. 

Anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS), Lim Ah Chye, 52, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah memukul wartawan akhbar Cina.

Majistret Norhayati Ibrahim memerintahkan tertuduh didenda RM1,000 atau penjara satu bulan untuk tuduhan pertama kerana menyebabkan kecederaan Ang Kean Siang, 32, pada 30 Disember lepas pada 1.40 pagi.

Tertuduh juga didenda RM2,000 atau penjara dua bulan untuk tuduhan kedua kerana dengan niat telah memyebabkan kerugian mangsa sebanyak RM1,200.

Ah Chye didakwa melakukan kedua-dua tuduhan itu di hadapan kontena PPS di Lorong Perak ketika mangsa membuat liputan mengenai kejadian seorang wanita ditemui mati di pangsapuri di Jalan Perak di sini.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Raya Mohd Khairul Fairoz manakala Ah Chye diwakili peguam Sukhindarpal Singh. - Bernama


-

Monday, 31 December 2012

DEDAH: PASUKAN SUKARELA GUAN ENG ADALAH BEKAS BANDUAN


Teman terfikir pulak, bila Guan Eng tubuhkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) untuk tujuan apa? Sedangkan sudah ada pasukan sukarela yang telah wujud seperti RELA dan Rukun Tetangga. PPS ini seperti tidak ditapis hanya dengan mengrekrut mengikut sesuka hati. Latar belakang ahli-ahli tidak ditapis langsung yang penting ahli-ahli tersebut penyokong kuat DAP. Itu sahaja.

Tindakan PPS memukul seorang wartawan baru-baru ini, jelas menunjukkan ahli-ahli PPS direkrut dari kalangan samseng-samseng dan bekas-bekas banduan. Teman nak mengutip dari kenyataan The Star,

"Perak Lane PPS squad leader Khoo Eng Chong said one of the attackers was confirmed to be a member while another was a former prison inmate."

Teman melihat tujuan PPS ini hanyalah untuk kepentingan DAP semata-mata dan khusus untuk tujuan PRU 13. Cuba bayangkan PPS akan menguasai keseluruhan sudut keselamatan kempen-kempen DAP dan mungkin akan menimbulkan kekecohan yang mengakibatkan berlaku suasana tegang. teman lihat niat yang tak baik yang cuba diwujudkan oleh Guan Eng. Fikir-fikirkanlah..
-

Sunday, 30 December 2012

GEMPAR: PASUKAN SUKARELA GUAN ENG SERANG WARTAWAN


Inilah tujuannya Guan Eng tubuhkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang. Dah banyak badan-badan sukarela yang telah ditubuhkan kerajaan BN untuk mengawal dan membantu komunit setempat. Tapi Guan Eng tubuhkan PPS ni untuk tujuan apa? Banyak cerita yang tak elok mengenai PPS ni. Terbaru seorang wartawan telah dipukul oleh anggota PPS. Macam samseng je PPS ni.



GEORGETOWN - Seorang wartawan akhbar berbahasa Cina terpaksa menghadapi detik mencemaskan apabila dia dibelasah empat lelaki, dipercayai anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ketika membuat liputan di sebuah pangsapuri di Jalan Perak di sini, awal pagi tadi.

Ang Kean Siang, 32 dari Guan Ming Daily juga mendakwa dia diugut dan kameranya dirosakkan oleh lelaki berkenaan yang tidak berpuas hati kerana mengambil gambar kejadian seorang wanita ditemui mati, dipercayai terjatuh dari tingkat 19 pangsapuri berkenaan.

Kean Siang berkata, dia bergegas ke pangsapuri berkenaan selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu  kira-kira jam 1.20 pagi.

Menurutnya, ketika dia mengambil gambar mangsa di tempat kejadian, tiba-tiba datang seorang lelaki memarahinya dan mengarahkan dia beredar dari tempat kejadian.

Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Kean Siang berkata, dia meninggalkan tempat berkenaan namun seorang lagi lelaki bermotosikal meghampirinya dan menawarkan untuk membawanya keluar dari kawasan berkenaan.

Beliau bersetuju dan membonceng motosikal berkenaan.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan membawanya ke kawasan kontena yang dijadikan pos kawalan PPS bagi kawasan Lorong Perak dan meninggalkanya di situ.

“Selepas ditinggalkan di depan pos kawalan PPS berkenaan, datang lelaki yang memarahi saya tadi yang dikenali sebagai Ah Chai bersama tiga lagi lelaki lain. Mereka terus  memukul dan mengugut saya.

“Mereka juga merampas kamera dan menghempas ke lantai sehingga menyebabkan kamera saya rosak,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini pagi tadi.

Kean Siang berkata, empat lelaki berkenaan bertindak memukulnya bertubi-tubi di bahagian muka, badan dan salah seorang daripadanya bertindak menendang kemaluanya.

Akibat kejadian itu, Kean Siang mengalami kecederaan di bahagian bibir dan badan.

Menurutnya, kejadian berkenaan adalah pengalaman pertamanya selepas hampir 10 tahun menceburi bidang kewartawanan.

Bagaimanapun, katanya, kejadian itu tidak mematahkan semangatnya utuk terus bekerja bagi menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

“Saya kesal kerana mereka (anggota PPS) sepatutnya mengawal ketenteraman dan keselamatan namun tindakan mereka terhadap saya menunjukkan mereka seolah-olah samseng.

“Saya cuma menjalankan tugas dan sekiranya mereka tidak berpuas hati, bukan dengan cara ini jalan penyelesaianya ” katanya.

Sumber
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...