Showing posts with label Politik BN Lynas Corporation Gebeng Pahang. Show all posts
Showing posts with label Politik BN Lynas Corporation Gebeng Pahang. Show all posts

Tuesday, 18 December 2012

PANAS: ANTI LYNAS KENA SEBIJI DENGAN TUN MAHATHIR



KUALA LUMPUR 17 Dis. - Dakwaan sesetengah pihak mengatakan kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) di Gebeng, Pahang tidak selamat adalah tidak benar sama sekali, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sebaliknya kata beliau, operasi itu selamat dan tidak memudaratkan penduduk serta persekitaran setempat.

Menurut beliau, unsur nadir bumi yang digunakan perlu dikendalikan dengan cermat dan bertanggungjawab serta mengikut prosedur betul.

"Unsur nadir bumi tidak berbahaya dan menyebabkan penyakit termasuk di Lynas. Sesetengah orang hanya mempolitikkan isu ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah Responsible Care anjuran Majlis Industri Kimia Malaysia (CICM) di sini malam ini.

Yang turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Pada majlis tersebut, sebanyak 25 syarikat petrokimia, kimia organik, kimia pertanian, sub sektor kimia dan SME kimia diumumkan sebagai pemenang bagi pelbagai kategori sempena Anugerah Resposible Care CICM 2011/2012.

Dr. Mahathir berkata, tahap radiasi radioaktif di Lynas tidak berbahaya berbanding kuasa nuklear.

Katanya, kilang pemproses nadir bumi Lynas bukan seperti operasi kuasa nuklear yang mengancam keselamatan.

"Sebagai contoh, sesetengah pihak ada mendakwa penggunaan telefon bimbit akan menyebabkan kanser otak tetapi sehingga hari ini tiada kes seumpama itu dilaporkan," katanya.

Sumber
-

Saturday, 15 December 2012

SAH: PAKATAN RAKYAT FITNAH


Rasanya Pakatan Rakyat tak akan puashati walaupun dan kantoi menipu.  Isu pembuangan sisa Kilang Lynas diwar-war oleh deme ni akan buang kat merata tempat di Malaysia.  Weh! Berapa kali nak cakap weh!  Keputusan dah dibuat semua sisa akan dibawa keluar dari Malaysia.  Kerajaan dah kenakan syarat-syarat ketat kepada Kilang Lynas ni. Kome ni kalau nak menipu pun bior le bertempat weh!  Kan dah kantoi!  Apa lagi kome nak spin!

KUALA LUMPUR: Kerajaan bertegas dengan pendiriannya tidak membenarkan sisa daripada kilang Lynas Advanced Materials Plant di Taman Perindustrian Gebeng, dekat Kuantan, ditinggalkan dalam negara ini.

"Itu adalah keputusan Kabinet. Keputusan Kabinet adalah semua sisa perlu dibawa keluar dari negara," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. 

Beliau berkata tiada perubahan dalam pendirian kerajaan meskipun terdapat beberapa laporan berita yang mendakwa pengeksportan sisa toksik tidak diperuntukkan dalam lesen operasi sementara yang diberikan kepada syarikat perlombongan Australia itu. 

Laporan-laporan tersebut mendakwa Lynas tidak disyaratkan untuk menukar sisa buangan menjadi produk komersil dan ia adalah secara sukarela.

"Kami ingin menekankan bahawa apa juga syarat-syarat dalam lesen itu, sisa buangan memang tidak dibenarkan ditinggalkan dalam negara ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pertukaran dokumen bagi perkongsian bioperubatan antara Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd dan pelbagai pihak.

Liow berkata sekiranya Lynas gagal mematuhi keputusan itu lesen yang diberikan kepada mereka akan ditarik balik. 

Beliau juga berkata lesen operasi sementara bagi Lynas disiarkan di laman web Lembaga Perlesenan Tenaga Atom pada 8 Sept untuk dilihat oleh orang ramai. - Bernama
-

Thursday, 13 December 2012

JANGAN DILAYAN PEROSAK NEGARA NI!PENGHALANG KEMAJUAN NEGARA



Teman naik heran.  Pembangkang memang tak suka kepada kemajuan dan kemakmuran yang dilaksanakan Kerajaan BN.  Penerimaan rakyat kepada program dan projek Kerajaan BN akan membuat pembangkang tak senang duduk.  Sudah pastinya undi deme ni akan hilang sedikit demi sedikit dan akhirnya rancangan untuk menawan Putrajaya akan gagal.  Bantahan dan fitnah terhadap Lynas sebagai contoh ketara bagaimana pembangkang cuba bermain dengan isu kesan-kesan radioaktif walaupun telah diakui selamat oleh pihak-pihak berwajib.  

Seperti biasa pembangkang akan mencipta isu, mengadakan demontrasi, atas alasan-alasan yang kolot bagi menghalang kemajuan negara dibawah Kerajaan BN.  Tanpa sedar, deme sendiri menggunakan gadjet dan peralatan yang berasaskan nadir bumi.  Seperti baling batu, sembunyi tangan.eh! betul ke ni..heee

Tidak akan ada perubahan kepada pendirian kerajaan dalam meminta firma perlombongan Australia, Lynas Corporation, menghantar residu yang dijana oleh Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) miliknya di Kuantan keluar dari Malaysia, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh empat menteri. 

Menteri berkenaan adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Unggah Embas dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Mereka berkata Kabinet pada hari ini mengesahkan kenyataan bersama empat menteri yang telah disiarkan pada 10 Disember berkaitan penghantaran keluar residu itu dari negara ini. 

"Kerajaan menegaskan semula bahawa kesihatan dan keselamatan rakyat diberi keutamaan yang tinggi. Kerajaan akan memastikan semua agensi yang berkaitan memantau secara dekat operasi LAMP, terutamanya dalam pengendalian pengurusan residu yang dihasilkan oleh LAMP," kata mereka dalam kenyataan itu. 

Ini adalah konsisten dengan syarat-syarat yang dinyatakan dalam Lesen Pengendalian Sementara (TOL). 

Dalam kenyataan mereka sebelum ini, menteri berkenaan berkata syarat yang dikenakan terhadap Lynas dalam perkara ini adalah amat jelas, bahawa kerajaan tidak akan berkompromi tentang kesihatan dan keselamatan orang ramai dan persekitaran dalam menangani isu Lynas. - BERNAMA
-

Thursday, 29 November 2012

PENTING UNTUK RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA ORANG MELAYU



Teman nak ceghite sikit tentang Lynas yang deme puak Pakatan Rakyat bantah gila-gila.  Teman dapat daripada rakan-rakan facebook supaya kome faham apa sebenornye Lynas tu.  Kalau yang dah faham nak bagi faham lagi le.  Apa yang deme puak Pakatan Rakyat spin mcam naik ghak.  Banyak bende yang Pakatan Rakyat ni tak ceghite betui..Nak menipu je keghoje nye..Ceghordek buah pelio betui..heee...Baca..Baca..Baca..Baru boleh faham.

Penting untuk rakyat Malaysia terutama orang MELAYU. 

Fakta Lynas

1.  Lynas Malaysia Sdn Bhd sebuah syarikat milik Australia, membina sebuah kilang di Gebeng, Pahang untuk memproses bijih nadir bumi (rare earth) yang dimport dari Mount Weld, Australia Barat.

2.  Lynas dikendalikan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan dibantu oleh lima orang penasihat pakar nadir bumi dari China dan India

3.  Kilang Lynas adalah kilang kimia dan bukan kilang nuclear seperti Chernobyl (Rusia), Bhopal (India) dan Fukushima (Jepun)Nadir bumi adalah sejenis galian atau bijih yang terbentuk semula jadi biasanya ditemui didalam kerak bumi dan sukar dikeluarkan.Produk yang dihasilkan oleh Lynas digunakan dalam pengeluaran TV, TV LED, computer bimbit, panel solar untuk bekalan elektrik, kincir angin, komponen elektrik untuk pengeluaran kereta hybrid, bateri kereta dan aditif dalam diesel.Isu.Dikatakan oleh pihak yang membangkang bahawa ianya mempunyai kaitan dengan isu kesihatan dan keselamatan orang awam. Bijih nadir bumi ini mengandungi sejumlah kecil bahan radioaktif dan dikatakan produk dari kilang Lynas boleh mendatangkan kemudaratan dan kerosakan kepada alam sekitar.

Sebenarnya, radioaktif ada di mana mana di sekitar kita yang berpunca daripada proses semulajadi, tetapi tidak mendatangkan kesan kepada orang awam.Tiga jenis bahan sisa iaitu Gypsum SIntetik (FGD), Gypsum Magnesium (NUF) yang kaya dengan magnesium, dan FosfogypsumBesi (WLP).FGD dan NUF adalah bahan sisa bukan radioaktif dan diprogramkan untuk menjadikannya sebagai bahan komersial.WLP pula mengandungi kadar radioaktif pada tahap 0.165 % dan kadar yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa bagi mengukur sesuatu bahan bukan radioaktif adalah 0.05 %.Lynas telah mengenal pasti kaedah bagi menstabil dan menurunkan lagi kadar radioaktif didalam WLP dari 0.165 % ke paras 0.03 %, iaitu lebih rendah dari paras yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa. Dengan penurunan tersebut, sisa Fosfogypsum Besi (WLP) yang diuruskan Lynas dikategorikan sebagai BAHAN BUKAN RADIOAKTIF dan BUKAN TOKSIK.Setelah distabilkan, WLP boleh digunakan sebagai asas penting kepada pembinaan jalanraya dan tempat meletak kereta.Jadi, kenapa Lynas datang ke Malaysia..dan terpaksa mengangkut bahan bijih nadir bumi di Australia ke Malaysia untuk diproses. - Lynas tidak perlu mengelak kawalan undang undang yang ketat di Australia kerana undang undang sediada di Malaysia jauh lebih ketat daripada undang undang di Australia. Ianya dalah kerana :-

1. Iklim pelaburan yang kondusif dan berdaya saing

2. Mempunyai sumber yang optimum termasuk infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong operasi kilang

3. Gebeng khususnya mempunyai kemudahan pelaburan yang diperlukan, kemudahan sokongan yang boleh dipercayai, pekerja yang kompetetif dari segi teknikal dan kemudahan utility yang berdaya saing.

4.  Keperluan undang undang yang jelas di mana ianya penting dalam membuat keputusan untuk melabur.

Sebab dibangkang oleh DAP dan kuncu kuncunya :

1.  Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi Kilang Lynas di Kuantan adalah salah satu daripada dua kilang yang dibangunkan untuk memastikan China tidak memiliki monopoli penuh terhadap nadir bumi.

2.  Sebuah lagi kilang yang sama dibangunkan di gurun California berhampiran Death Valley.

3.  Faedah terbesar China selain mengeksport bahan berkenaan, ialah membawa masuk syarikat-syarikat besar dunia untuk melabur berhampiran dengan lombong bahan berkenaan di negara itu.Seperti baris ayat dalam akhbar New York Times keluaran 13 Mac lalu:Even if the West and Japan overcome the stiff challenges of winning their case at the World Trade Organization, it could still take several years before Beijing changes its policies — by which time companies in the West and Japan could have moved even more of their factories that use rare earth metals to China.

4.  Secara tidak langsung, monopoli China ke atas nadir bumi membolehkan ia menikmati pelaburan asing yang tinggi daripada pelbagai syarikat berdaya maju dunia.Malaysia juga sepatutnya akan mendapat faedah yang sama dengan pembinaan kilang Lynas. Di kala banyak syarikat gergasi beralih ke China, kilang Lynas akan membuka ruang untuk Malaysia pula meraih faedah pelaburan langsung asing yang tinggi.Kegagalan kilang Lynas di Malaysia akan merugikan negara ini dan keuntungan yang sangat banyak kepada China. Kilang di Gebeng adalah yang terbesar di dunia dan akan membantu menghasilkan satu perlima nadir bumi global. Bayangkan keuntungan dan jumlah syarikat besar dunia terutama dari Jepun yang akan melabur di Malaysia?Tindakan China mengenakan sekatan penjualan nadir bumi ke atas Jepun akibat pertikaian wilayah pada 2010 menjadi petanda jelas negara matahari terbit itu akan membawa masuk pelaburan yang tinggi ke negara ini dan tidak lagi bergantung kepada China.Sektor pembuatan dan perkilangan Jepun dan Barat berada dalam kedudukan paling tidak selesa dengan monopoli nadir bumi oleh China.Kajian IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa dan Ahli Parlimen PAS yang juga seorang ahli sains nuklear menolak kilang Lynas merbahaya. IAEA bagaimanapun ada memberikan kenyataan agar Lynas dan kerajaan berkomunikasi dengan lebih kerap dengan anggota masyarakat dan pelan pembuangan jangka panjang bahan tapisan nadir bumi diperkenalkan.

Jadi….kenapa puak DAP bermati matian ingin menghalang kilang tersebut daripada terus beroperasi di Malaysia. Sanggup berjalan kaki dan menhasut rakyat…kenapa..apakah kerana tiada semangat nasional dan cintakan Negara…atau…mempunyai agenda yang lain…Anda berhak menilainya dengan ilmu dan akal
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...