Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts

Monday, 1 April 2013

BREAKING NEWS! Mahasiswa Yang Dibontot Anwar Ibrahim Kena Tahan Depan Rumah PM


Polis menahan tiga mahasiswa berusia 20-an di depan kediaman rasmi Perdana Menteri di sini lewat petang tadi selepas didapati sengaja menimbulkan masalah dan mengganggu ketenteraman awam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Superintenden Mak Pak Chuai berkata mahasiswa berkenaan, yang mengetuai kira-kira 100 pelajar lain, cuba menghantar memorandum berhubung isu pendidikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Mereka semua datang kira-kira jam 6 petang, kononnya untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri mengenai isu pendidikan. Kita beri peluang mahasiswa terbabit berucap selama 10 minit tanpa menggunakan mikrofon, tetapi mereka berdegil dan tetap meneruskan ucapan menggunakan mikrofon.

"Suasana itu mengganggu ketenteraman awam menyebabkan kita terpaksa mengambil tindakan menahan tiga mahasiswa berkenaan kira-kira sejam kemudian bagi tujuan soal siasat,” katanya sambil menambah kumpulan pelajar itu bersurai pada kira-kira 7.30 malam selepas diarah polis.

Beliau berkata kumpulan itu juga melaung pelbagai tuntutan, termasuk penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma di depan kediaman rasmi Perdana Menteri.

Kesal dengan kejadian itu, Mak berkata ia tidak seharusnya berlaku terutama pada cuti hujung minggu kerana semua memorandum boleh dihantar terus ke pejabat Perdana Menteri pada hari bekerja. - Bernama 
-

Saturday, 23 March 2013

Mahasewel Ditangkap Ketika Cuba Tawan RTM

Tiga aktivis mahasiswa hari ini ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Tatkala seluruh rakyat Malaysia begitu menyanjung perjuangan dan pengorbanan anggota keselamatan kita ketika ini, budak-budak mahasiswa (bagi gua, mahasewel) ni menyumpah seranah pihak PDRM yang menjalankan tugas menjaga ketenteraman awam.

Kira-kira pukul 4 petang tadi, tiga orang mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) ditahan polis kerana berdemonstrasi berkhemah di pintu masuk bangunan Angkasapuri yang menempatkan stesen televisyen dan radio RTM. 

Antara mahasiswa yang ditahan termasuklah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang, rakannya Muqit dan Akram Ahmar manakala tiada mahasiswi yang dikenakan tindakan sama.

Mereka berhimpun di hadapan Angkasapuri sebagai menuntut agar pihak mereka dibenarkan mengadakan debat terbuka dengan perdana menteri.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, mahasiswa yang berdemonstrasi memacakkan khemah di tepi pejalan kaki sebagai tanda akan terus berada di pintu masuk bangunan berkenaan.

Wakil ketua pengarah penyiaran, Norhyati Ismail telah turun menerima memorandum dan berbincang dengan kumpulan mahasiswa terbabit.



-

Friday, 22 March 2013

BANGANG! Gara-Gara Tak Laku, Safwan Anang Sanggup Kena Gari

Muka tak malu! Muka dah tak laku, mula lah cari jalan nak popularkan diri. Cara yang paling mudah buat perangai buruk dan ditangkap Polis masuk lokap. Lepas tu sebarkan kat media sosial. Adeeh! Mahasiswa bangang Safwan Anang muka tak malu..ptuii!!!

Kome baca lah kat SINI apa cerita Mahasiswa Bangang ni buat..
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...