Showing posts with label Irwanshah. Show all posts
Showing posts with label Irwanshah. Show all posts

Monday, 28 January 2013

Irwansyah dan Isteri Mungkin Bebas Dadah



JAKARTA: Penyanyi dan pelakon Irwansyah serta isterinya Zaskia Sungkar mungkin bernasib baik apabila ujian urin yang dilakukan ke atas mereka didapati bebas daripada sebarang pengambilan dadah.

Perkara itu disahkan oleh ibu kepada Zaskia iaitu Fanny Bauty yang telah diberitahu oleh pihak Badan Narkotik Nasional (BNN) kepadanya berhubung perkara itu.

"Alhamdulillahlah... pihak BNN telah mengumumkan hasil urin tidak ada nama anak-anak saya. Kerana saya yakin anak dan menantu saya tidak mengambil dadah," katanya seperti dipetik portal inilah.com.

Dalam kejadian pada malam Ahad, seramai 17 orang telah ditangkap selepas BNN membuat serbuan di rumah pengacara rancangan Dahsyat iaitu Raffi Ahmad yang menganjurkan majlis keramaian.

Selain ketiga-tiga selebriti tersebut, turut ditahan ialah pelakon Wanda Hamidah serta rakan-rakan mereka.

Pemeriksaan awal polis menemui sejumlah dadah jenis ekstasi dan juga ganja di kediaman berkenaan yang terletak di Lebak Bulus, Jakarta Selatan dekat sini.

Sementara itu Fanny berkata, kedatangan anak dan menantunya ke kediaman Raffi adalah atas urusan pekerjaan tetapi sayang sekali ketika kehadiran mereka, kediaman itu diserbu pihak berkuasa. – inilah.com
-

Irwansyah Dan Isteri Ditangkap Sedang Pesta Dadah



Adeehh! Apa cerita artis ni. Kalau tak berkait dengan dadah, bukan artis la namanya. Buruk sangat la bila ada cerita-cerita tak elok teman dengar. Ini pulak kisah artis Indonesia, Irwansyah dan isteri ditangkap sedang berpesta dadah. Apa la kome buat nih!

JAKARTA: Artis popular Indonesia Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi Ahad.

Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat orang ramai.

Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang ini.

Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian.

Raffi yang juga bekas kekasih penyanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti, sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat Nasional, pada pilihan raya umum Parlimen 2014 nanti.

Media tempatan memetik Timbalan Ketua Umum PAN Dradjad Wibowo pada Ahad,sebagai berkata parti itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama Raffidaripada senarai bakal calon PAN jika beliau disahkan terlibat dengan dadah. BERNAMA
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...