Showing posts with label TUDM. Show all posts
Showing posts with label TUDM. Show all posts

Friday, 15 March 2013

APA YANG TIDAK DIKETAHUI : Pesawat Tanpa Juruterbang Digunakan Di Ops Daulat


RAMAI tidak menyedari bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebenarnya telah giat membangunkan skuadron Unmanned Aerial Vehicle atau UAV untuk tujuan ketenteraan sejak tahun 2002 lagi.

Bermula dengan pesawat dwi fungsi Eagle ARV (Air Reconnaissance Vehicle) buatan syarikat tempatan CTRM Composite, sehinggalah terbaru dari jenis ALUDRA MK1 (Alliance Unmanned Developmental Research Aircraft) yang penulis percaya digunakan secara meluas dalam Ops Daulat sekarang.

Penulis tidak pasti dengan nasib 3 pesawat Eagle ARV yang dioperasikan oleh TUDM sekarang.  Tapi khabarnya kesemua pesawat tersebut tidak lagi digunakan setelah platform UAV yang lebih stabil seperti ALUDRA dihasilkan.

ALUDRA dikeluarkan oleh konsortium UST yang ditubuhkan kerajaan Malaysia pada 2007 khusus untuk membangunkan UAV nasional yang pertama dengan menggunakan teknologi tempatan sepenuhnya.

UST menggabungkan kepakaran 3 syarikat tempatan yang giat membangunkan teknologi UAV di negara ini seperti CTRM, SCS dan Ikramatic – untuk sistem panduan dan kawalan.

Sebuah lagi syarikat yang terlibat dalam pembangunan UAV di negara kita ialah Sapura Technologies.  Tapi pembangunan UAV oleh syarikat ini khabarnya dikhususkan untuk pasukan Polis Diraja Malaysia sahaja.  Ada laporan mengatakan beberapa pesawat UAV keluaran Sapura, digunakan untuk mengawal peserta rusuhan Bersih 3.0 yang lepas.

Walaupun masih banyak yang perlu dilakukan ke atas sistem ALUDRA Mk1 ini terutama enjin yang mampu bertahan dalam persekitaran mudah karat di kawasan perairan, kamera yang lebih baik, sensor serta lain-lain, tapi sekurang-kurangnya ATM sudah mempunyai platform UAV di tahap operasi yang boleh digunakan pada bila-bila masa diperlukan.

Selain ALUDRA Mk1, negara juga mempunyai beberapa jenis pesawat UAV yang lain seperti Nyamuk, Intisar 100 & 300, Aludra SR-08, Agas dan lain-lain lagi. Tahap operasi kesemua UAV ini dan skuadron mana yang mengoperasikannya, masih tidak dapat dipastikan.

Kerjasama dalam pembangunan UAV tempatan ini, dijangka akan membantu negara dalam penghasilan Tactical Unmanned Arial Vehicle (TUAV) pula.  Berbeza dengan pesawat UAV, pesawat dalam kategori TUAV, mampu membawa peluru berpandu udara ke permukaan seperti Hellfire, bom pintar dan sebagainya.

Pembangunan TUAV ini penting setelah penulis melihat kejayaan sistem ALUDRA mengenalpasti lokasi musuh di kubu pertahanan mereka sepanjang Ops Daulat berlangsung.

Penulis membayangkan keadaan berbeza kalau lokasi yang telah dikenal pasti tersebut dapat diserang terlebih dahulu menggunakan pesawat TUAV.

Disamping mengkucar kacirkan pertahanan musuh (atau membunuh mereka), serangan awal oleh pesawat TUAV ini juga mampu meminimakan risiko kematian atau kecederaan di pihak pasukan keselamatan negara.

Penulis berharap ATM dan kerajaan dapat memberi tumpuan lebih besar kepada pembangunan pesawat UAV mahupun TUAV selepas ini, dalam memantapkan lagi pasukan keselamatan negara kita untuk menghadapi krisis serupa di masa hadapan.

Suara Generasi Baru
-

Monday, 11 March 2013

Soalan? Mejar Khalid Dapat Duit Dari Mana?? Dari Langit Kah? Atau Dari PKR kah?


Memetik Siaran Media yang dikeluarkan oleh Perhubungan Awam TUDM hari ini, berkata, pihak Tentera Udara Diraja Malaysia amat kesal dengan catatan negatif yang telah dibuat oleh Mejar Khalid terhadap anggota polis yang terkorban di Lahad Datu, baru-baru ini.

TUDM dengan itu juga mengatakan bahawa komen Mejar berkenaan adalah bersifat peribadi dan tidak mencerminkan etika sewajarnya sebagai tentera ATM dan TUDM khasnya. Pihak TUDM juga telah menegaskan bahawa sebelum ini, arahan dan panduan penggunaan laman sosial telah dikeluarkan kepada seluruh warga TUDM.

TUDM kini sedang menyiasat secara terperinci dan akan mengambil tindakan susulan berpandukan peruntukan undang-undang dan peraturan sedia ada.Pihak TUDM juga yakin bahawa insiden ini tidak akan menjejaskan hubungan kerjasama yang erat terjalin di antara dua badan keselamatan itu. Pihak TUDM juga berharap insiden ini tidak akan menjejaskan moral dan semangat kesemua anggota keselamatan yang sedang bertugas di kawasan itu.

Pihak TUDM telah meminta mana-mana pengguna maya berwaspada dan tidak terpengaruh dengan komen negatif yang disebarkan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab melalui sebarang laman sosial
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...