Showing posts with label Sidang Media. Show all posts
Showing posts with label Sidang Media. Show all posts

Wednesday, 13 March 2013

OPERASI DAULAT : SIDANG MEDIA PESURUHJAYA POLIS SABAH


Keadaan keselamatan di Bandar Lahad Datu telah pulih sepeti sedia kala. Walau bagaimanapun, kawasan-kawasan operasi masih di tutup untuk orang ramai.

Selain itu, kawasan operasi diteruskan di kawasan Tanjung Batu, Sungai Bilis dan Sungai Nyamuk untuk mengesan pengganas-pengganas yang masih bebas. Operasi mengeluarkan mayat-mayat pengganas masih diteruskan.

Pesuruhjaya Polis Sabah mengesahkan seorang anggota tentera telah terbunuh dalam kemalangan yang berlaku di KM 37, Jalan Lahad Datu pada 12 Mac 2013 jam 7.30 pagi.

Setakai ini, jumlah pengganas yang terbunuh seramai 56 orang, 25 mayat pengganas telah berjaya dibawa keluar dari kawasan operasi manakala 97 orang di tangkap dan disiasat di bawah SOSMA 2012.
-

Sunday, 10 March 2013

UPDATED OP DAULAT 7.30 PM : Sidang Media Ketua Polis Negara


Operasi di kawasan Kampung Tanduo dan juga Kampung Tanjung Batu telah diteruskan sejak petang semalam di mana pada jam 8 malam tadi telah berlaku kejadian berbalas tembak secara “sporadic” sehingga awal pagi.

Sewaktu kejadian berbalas tembakan yang bermula pada jam 3 pagi, dua anggota pasukan gerakan am, kedua-duanya berumur 25 tahun telah mendapat kecederaan. Seorang cedera di paha dan seorang lagi di sebelah kaki kirinya. Mereka yang cedera ini hanya dapat dikeluarkan dari kawasan operasi pada jam 8 pagi tadi dan terus dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan dengan menggunakan helikopter polis diiringi oleh seorang pegawai perubatan ATM.

Pada jam 9:45 pagi tadi, sewaktu pasukan keselamatan sedang bergerak menjejaki pengganas di kawasan sasaran di Kampung Sungai Bilis, tiba-tiba muncul satu kumpulan manusia dari kawasan belukar. Kumpulan ini terdiri daripada 2 lelaki dan 3 wanita dewasa. Tindakan menangkap mereka telah segera dijalankan. Ketika proses “frisking” dilakukan, tiba-tiba kedengaran bunyi pergerakan dari kawasan belukar yang berhampiran. Secara spontan, pasukan keselamatan telah melepaskan tembakan ke arah belukar tersebut. Pemeriksaan telah dilakukan serta merta dan di dapati dua orang telah terkena tembakan. Seorang berumur dalam lingkungan tiga puluhan tahun telah cedera di kaki dan seorang lagi budak lelaki dipercayai berumur dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun telah meninggal dunia. Selepas dimaklumkan, markas taktikal telah segera menghantar seorang doktor dan Timbalan Perubatan ATM dengan menggunakan kenderaan perisai ke kawasan tersebut.

Semua tangkapan, lelaki yang cedera dan mayat tersebut telah berjaya dibawa keluar. 

Kesemua tangkapan ini disiasat di bawah seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Security Offences (Special Measures) Act 2012.

Sementara itu di Semporna, pasukan polis terus menjalankan usaha untuk mengesan dan menangkap pengganas yang terlibat dalam insiden di Kampung Simunul. Pada jam 6:30 pagi ini pasukan polis telah menjalankan satu serbuan di Kampung Perigi, Semporna. Dalam serbuan ini seramai 4 lelaki dewasa telah ditangkap. 

Pada jam 8:50 pagi, satu pasukan polis yang lain telah membuat serbuan di kawasan lapang di Batu 1.5, Jalan Semporna – Tawau, Semporna. Di sini, dua orang lelaki dewasa telah berjaya ditangkap.

Kesemua enam orang tangkapan ini kini ditahan untuk disoal siasat di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Security Offences (Special Measures) Act 2012. Mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...