Showing posts with label Politik PAS Zizan Rajalawak Mega AES. Show all posts
Showing posts with label Politik PAS Zizan Rajalawak Mega AES. Show all posts

Wednesday, 26 December 2012

PANAS: ZIZAN RAJA LAWAK BUAT LAWAK LAGI!



Zizan oh Zizan.  Betul-betul mike buat lawak sungguh-sungguh.  Sebab persembahan di Maharaja Lawak (MLM) hambar, mike kata ada strategi le pulak.  Teman rasa mike sibuk nak demontrasi aje.  Ye la! Sejak-sejak berbaik-baik dengan PAS, sejak join kempen "Tolak AES", sejak sibuk dipentas ceramah PAS, jadi sibuk la mike.  Mana sempat nak fikir dan cari idea.   Sibuk cari idea nak fitnah kerajaan, ye tak!  Kesian teman tengok Johan, jadi mangsa kawan yang nak jadi Ustaz PAS.  Kalau Johan teringin join boleh jugak, manala tau dapat tempias Syurga PAS yang Zizan dapat dari Nik Aziz.heeee..

Persembahan lawak kumpulan Jozan yang kurang menyengat sejak kebelakangan ini dalam pertandingan Maharaja Lawak (MLM) adalah strategi semata-mata agar mereka tidak kering idea pada penghujung program nanti.

Salah seorang ahlinya, Zizan Razak berkata, berdasarkan pengalaman yang dilalui, idea membuat lawak semakin kurang memberi impak apabila mereka berada di peringkat akhir dalam sesebuah pertandingan dan ia sekaligus membuatkan penonton tidak berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan.

"Diakui, persembahan lawak kami agak kurang menyengat dalam MLM sejak kebelakangan ini, namun semua itu adalah strategi.

"Berdasarkan kajian yang kami buat, apabila terlalu banyak idea yang dikeluarkan pada awal pertandingan, kami terus kering idea untuk membuat lawak pada penghujung pertandingan.

"Jadi, kami belajar daripada kesilapan dengan mencuba strategi baru pula," katanya.

Tambah Zizan, walaupun tidak memberikan persembahan 100 peratus, dia bersama seorang lagi ahlinya iaitu Johan tetap akan memastikan agar penonton terutama peminat-peminat mereka tidak bosan dengan persembahan yang diberikan.

Sementara itu, Zizan kini mempunyai minat baru iaitu menunggang motosikal berkuasa tinggi sejak dia berlakon dalam filem Bikers Kental, terbitan Tayangan Unggul.

Katanya, sejak penggambaran filem itu, dia mula jatuh hati dengan motosikal tersebut dan berhasrat untuk membeli jenis Aprilia RSV4 tidak lama lagi.

"Sebenarnya saya agak takut untuk menunggang motosikal gara-gara pernah kemalangan dahulu.

"Bagaimanapun, selepas diberi peluang mencuba untuk hilangkan rasa takut, ia bertukar menjadi seronok.

"Tambah pula dalam filem tersebut, kebanyakan babak melibatkan saya menggunakan motosikal berkuasa tinggi dan perasaan takut dah tidak ada langsung. Rasa macam nak beli adalah," selorohnya.

Bikers Kental melibatkan sebanyak sembilan pelakon utama iaitu Zizan razak, Awie, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Amerul Affandi, Sufian Mohamed serta dua pelakon wanita Thailand iaitu Pornwipa Watcharakaroon dan Julangtip Sukkasem.

Filem berkonsepkan pengembaraan konvoi ke Thailand itu diarahkan oleh Helmi Yusof itu mengisahkan tentang seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa (Zizan), mempunyai minat yang mendalam dengan motor berkuasa tinggi.

Impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar itu dari Kuala Lumpur sehingga ke Thailand.

Walaupun merupakan seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi ramai, dan telah ditawarkan untuk berkonvoi bersama–sama dengan kumpulan motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil.

Sumber


-

Monday, 24 December 2012

GAMBAR HOT: SAH ZIZAN RAJALAWAK MASUK PAS


Teman agak terkejut apabila kelibat Zizan Maharaja Lawak Mega muncul bersama-sama demontrasi di "Ride Bantahan" di hadapan Pejabat TV3 kelmarin.  Zizan membuat kejutan apabila muncul ketika 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi berdemo di hadapan TV3 hari ini dan Zizan kelihatan memegang kertas 'Tolak AES'.  Para pendemontrasi yang didakwa seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi itu berkumpul di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka.  Alasannya menggelar penunggang motorsikal sebagai pelesit.

Difahamkan Mazidul telah memohon maaf terhadap kekhilafan yang dibuat di Majalah 3.    Teman tak nak komen mengenai isu Mazidul ini, cuma disebalik demontasi ada agenda politik tertentu bergerak seiring.  Teman pun pelik, disebalik demontrasi tersebut, ada pulak kempen "Tolak AES" yang Zizan terlibat memegang kertas "Tolak AES".  Secara umumnya, semua orang mengetahui siapa mengetuai "kempen Tolak AES atau "Kempen Anti Saman Ekor" (KASE), Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.  Harus diingat bahawa Slogan Kempen Anti Saman Ekor ini adalah 1 Saman AES, 1 Malaysia Tolak BN.Jadi, teman harap kome dapat meneka siapa dalang disebalik demontrasi ini.

Tidak dinafikan, Zizan sering muncul dipentas-pentas ceramah anjuran PAS bergandingan dengan Ustaz Pelawok PAS Azhar Idrus.  Jika dilihat kewajaran Zizan yang mencari makan dengan TV3 dan sama-sama menyertai demontrasi tersebut adalah memalukan.  Tetapi adalah tidak menghairan Zizan sebenarnya adalah senada dengan PAS hasil dari tindak tanduk Zizan kebelakangan ini.

Cuma Zizan dah terlupa untuk menjemput Ustazah Segera Abby Abadi untuk turut sama mengeluarkan fatwa-fatwa mengharamkan sumber rezeki daripada TV3 yang deme dapat sebelum ini.  Teman menjangkakan, Zizan akan menjadi Ustaz Segera PAS yang baru yang akan mengeluarkan beribu-ribu lagi fatwa dan akan diberi Syurga PAS oleh Nik Aziz.
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...