Showing posts with label Politik BN Sistem Penguatkuasaan Automatik AES JPJ. Show all posts
Showing posts with label Politik BN Sistem Penguatkuasaan Automatik AES JPJ. Show all posts

Wednesday, 19 December 2012

Peguam Negara Beku Semua Prosiding Mahkamah Berkaitan AES



PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AG) memutuskan untuk membekukan semua prosiding mahkamah berkaitan dengan saman yang dikeluarkan di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ini bagi memberikan masa diambil untuk mengkaji kebimbangan undang-undang yang telah dibangkitkan dalam kes-kes ini.

"Ekoran perkara-perkara yang dibangkitkan oleh beberapa pihak berkenaan dengan undang-undang dan aspek teknikal, maka pihak Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk meneliti segala aspek berkenaan dan semua prosiding dibekukan sehingga kebimbangan ditangani.

"Satu keputusan akan dibuat dalam beberapa hari lagi berkenaan isu-isu yang telah dibangkitkan," kata kenyataan jabatan itu.

Kenyataan itu bagaimanapun, menambah bahawa saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan masih sah.

-

Friday, 14 December 2012

HOT!TIPS UNTUK MENGELAK DARI DIKESAN KAMERA AES



Pengguna jalan raya dan lebuh raya akan melakukan apa sahaja untuk mengelak daripada terkena perangkap Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Bagi yang mampu, mereka mungkin sanggup membayar sejumlah wang untuk memasang alat pengesan AES pada kenderaan mereka.

Bagi pengguna telefon pintar, mereka mungkin boleh dikatakan 'pintar' apabila mereka memuat turun aplikasi pengesan AES pada telefon masing-masing bagi mengelak daripada dikenakan saman.

Sejak AES diperkenalkan September lalu, aplikasi untuk mengesan kamera AES semakin mendapat perhatian ramai apabila ia sering berada pada kedudukan terbaik di antararibuan aplikasi lain yang ditawarkan sama ada kepada pengguna android atau iOS.

Aplikasi 'AES Detector' misalnya pernah berada pada kedudukan 30 teratas bersama aplikasi lain seperti Facebook, WhatsApp Messenger, Viber, Twitter yang menjadi aplikasiyang 'wajib' dimuat turun bagi kebanyakan pengguna telefon pintar dunia masa kini.

Aplikasi lain yang berkaitan termasuklah 'AES Location Detector', 'AES Alert', 'AES Detector With Map', 'AES Camera Detector', 'AES Camera Location' dan banyak lagi yang beradapada kedudukan yang tidak kurang hebat.

Kevin Chua, 34, yang membangunkan aplikasi 'AES Detector' berkata dia membangunkan aplikasi ini untuk membantu orang ramai daripada terkena perangkap AES.

Katanya, sejak aplikasi ini pertama kali dipasarkan melalui 'Google Play' untuk dimuat turun oleh pengguna android melalui 'Play Store' pada 14 Oktober 2012, rekodmenunjukkan seramai 313,769 pengguna telah melakukan muat turun.

Aplikasi ini kemudiannya ditawarkan kepada pengguna iOS pada 20 November 2012.

"Saya ingin membantu pengguna dan dalam masa yang sama saya juga boleh menggunakannya.

"Ia percuma dan saya belum terfikir untuk mengenakan bayaran untuk aplikasi ini. Aplikasi ini membantu orang ramai dengan mengingatkan mereka tentang adanya AES berhampiranmereka dan dengan itu mereka perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan," katanya kepada mStar Online.


Mempunyai ijazah dalam bidang Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia (USM), Kevin berkata dia tidak berniat menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang trafikdengan membangunkan aplikasi seumpama ini.

"Saya hanya ingin membantu dengan cara ringkas dan mudah. Bayangkan dengan adanya aplikasi ini mereka yang memandu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang mungkin bolehmenyelamatkan wang sehingga RM600 jika mereka terkena perangkap AES kerana memandu melebihi had laju ditetapkan," katanya yang membangunkan aplikasi ini secarapersendirian.

Bagi memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan AES, Kevin berkata dia akan membuat kajian dan dengan bantuan para pengguna yang memberikan maklumat berkaitan.

"Sehingga kini kamera AES dikenal pasti di 14 buah lokasi di seluruh negara," katanya.

Kevin berkata aplikasi boleh terus digunakan sebaik sahaja pengguna melakukan muat turun yang mengambil masa beberapa minit.

Sebelum memulakan perjalanan, pengguna perlu mengaktifkan telefon atau 'tablet' mereka kepada mod bunyi dan memandu meneruskan perjalanan seperti biasa.

"Peranti akan berbunyi, isyarat terdapat AES perangkap kelajuan di hadapan 2,000 meter dari kenderaan sedang dipandu.

"Isyarat akan berbunyi sebanyak lima peringkat mengikut jarak tertentu sehingga kenderaan tiba di lokasi sebenar AES," katanya.

Bagi AES perangkap kesalahan melanggar lampu isyarat, peranti akan berbunyi dari jarak sejauh 800 meter dari lokasi kamera.

Kevin berkata walaupun aplikasi ini hanya boleh digunakan di Malaysia, rekod menunjukkan terdapat juga rakyat Singapura dan Indonesia yang memuat turun aplikasi ini untuk digunakan dalam pemanduan mereka di sini.

Mengenai pelaksanaan AES di Malaysia Kevin bersetuju ia dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya tetapi berpendapat ia harus dipasang di tempat yang sesuai dan kadar saman dikaji semula.

"Saya bersetuju jika ia diletakkan di kawasan kemalangan dan usaha ini memerlukan penjelasan berterusan kepada rakyat.

"Bayangkan anda memandu dari Johor ke Utara yang mana anda mungkin menerima lebih dari satu saman. RM300 untuk satu saman agak mahal untuk rakyat biasa," katanya.

Sementara itu ramai pengguna telah membuat penilaian terhadap aplikasi ini.

Daripada 2,140 yang membuat penilaian, seramai 1,321 pengguna memberikan lima bintang, 477- empat bintang, 193- tiga bintang, 47- dua bintang dan 102- satu bintang.

Azriena FerousZ memberikan komen: Baru sahaja mengemas kini aplikasi tetapi tiada isyarat bunyi? Atau adakah telefon saya yang mempunyai masalah? Bagimanapun aplikasiini sangat bagus. Cara yang baik untuk menjimatkan wang.

Seorang pengguna telefon bimbit model HTC Nexus One memberi komen: Aplikasi yang bagus, dan menjadi kemestian untuk mereka yang sering memandu. Anda akan menjadi kaya nanti (bergurau).

Pengguna android memberi komen: Terbaik...5 bintang bro...aplikasi sangat-sangat membantu.

Seorang pengguna memberi komen agak negatif: Saya benci bunyi isyarat GPS. Bolehkah anda memberi pilihan untuk mengalihkannya?

Wagner Sahui memberi komen: Khidmat terbaik untuk masyarakat

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata aplikasi ini mungkin boleh membantu pengguna daripada melakukan kesalahan berkaitan had laju atau melanggar lampu isyarat.

Sumber

-

Thursday, 13 December 2012

SIAPA PUNYA KERJA NI?



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri mengesan empat kejadian vandalisme ke atas kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada tujuh yang dipasang di beberapa lokasi, antara Oktober dan November lalu.

Pengarah JPJ Perak, Ramli Awg Seberang berkata, ia melibatkan kamera yang dipasang di Km205.6 berhampiran Kamunting dan Km373.2 di Slim River, kedua-duanya di Lebuh Raya Utara-Selatan yang disembur cat merah dan dipercayai ditumbangkan.

Beliau berkata, sebuah lagi kamera di Jalan Pasir Putih di sini juga dipercayai ditumbangkan dan sebuah lagi di Sungkai disembur cat hitam.

"Kita kategorikan semua kes ini sebagai kes vandalisme berat," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai AES kepada jabatan dan agensi kerajaan, pihak media dan badan bukan kerajaan di sini hari ini.

Ramli Awg berkata, pihak syarikat penyedia AES telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Setakat ini katanya, tiada tangkapan dibuat terhadap pihak yang dipercayai sengaja melakukan perbuatan berkenaan. - BERNAMA

-

Sunday, 9 December 2012

HABIS LA MACAM NI! RAMAI LA YANG AKAN TERKORBAN


Persoalan, bagaimana kome nak terima dasar-dasar kerajaan yang dilihat secara mata kasar membebankan pengguna?  Tak ada dalam dunia ni orang menerima sesuatu dasar dan pelaksanaannya dengan hati terbuka, dan bulat-bulat. Tak ada pun.  Ianya memakan masa yang agak lama bagi sesetengah dasar kerajaan itu diterima kecuali mengenai habuan-habuan berbentuk "monetary", "royalty" atau "hononorium".  Itu pun ada jugak yang sukar nak terima kerana mainan pembangkang yang suka membangkang apa sahaja dasar kerajaan.  Perkataan yang sesuai kepada pembangkang ini adalah "BANGKANG DALAM LONGKANG".  Sentiasa busuk walaupun selepas dicuci, malah akan bertambah busuk bila orang didalamnya pun kotor dan jijik serta sebusuk-busuknya.

Tetapi sesetengah orang menganggap ianya sebagai satu bebanan kepada rakyat.  Jika tidak dipandang secara rasional, apa pun akan membebankan rakyat.  Sebagai contoh isu  Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara.  Ianya sesuatu yang baik jika difikir secara rasional.  Kebanyakan negara-negara maju telah mempraktikkan pengguna AES ini dan terbukti boleh mengurangkan kemalangan dan kehilangan nyawa di jalanraya.  Sejak pelaksanaan AES 23 September kadar kesalahan trafik di beberapa lokasi strategik berjaya dikurangkan 75 peratus.  Pada teman, sesuatu yang keputusan yang baik bagi sesuatu dasar kerajaan yang baru sahaja dilaksanakan.

Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ kini dalam rangka jelajah ke seluruh negara untuk berjumpa dengan jabatan kerajaan persekutuan dan negeri serta badan bukan kerajaan (NGO) bagi menerangkan fungsi sebenar AES dan faedahnya kepada pengguna jalan raya.  Cuba kome jadi pendengar baik kemudian baru komen..heee..peace..

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan pemasangan 831 Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara tetap diteruskan demi keselamatan pengguna jalan raya. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, walaupun usaha itu ditentang sesetengah pihak termasuk dijadikan isu politik, JPJ kekal dengan keputusan untuk melaksana sistem tersebut yang turut diguna di negara maju. 

"Rancangan pelaksanaan AES tidak akan ditangguh dan ia akan diteruskan kerana ia adalah satu usaha murni dan bukan untuk menghukum pengguna jalan raya," katanya kepada pemberita sebelum mesyuarat tertutup bersama pegawai JPJ Terengganu, di sini, hari ini. 

Beliau berkata, buat masa ini, 14 unit AES dipasang iaitu tujuh di Perak, dua di Selangor dan lima di Kuala Lumpur dan Putrajaya termasuk empat unit bergerak AES. 

Menurutnya, sejak pelaksanaan AES 23 September lalu pihaknya mendapati kadar kesalahan trafik di beberapa lokasi strategik berjaya dikurangkan 75 peratus. 

Dalam pada itu, Solah berkata, pihaknya bersedia untuk berjumpa wakil parti politik bagi menjelaskan matlamat sebenar pelaksanaan AES. 

"Kalau hendak jumpa boleh, JPJ tidak ada masalah," katanya ketika diminta mengulas dakwaan sistem itu menjadi isu politik dan akan mempengaruhi keputusan rakyat pada pilihan raya umum ke-13. 

Katanya, JPJ kini dalam rangka jelajah ke seluruh negara untuk berjumpa dengan jabatan kerajaan persekutuan dan negeri serta badan bukan kerajaan (NGO) bagi menerangkan fungsi sebenar AES dan faedahnya kepada pengguna jalan raya. 

Mengulas mengenai unit AES yang menjadi mangsa vandalisme di dua lokasi di Selangor, beliau berkata pihaknya sudah menjangka perkara itu akan berlaku sebagaimana kerosakan kepada harta benda awam lain di negara ini. 

"Ada yang puas hati dan ada yang tidak puas hati itu sudah kita jangka dan ini juga berlaku di negara lain," katanya. 

- BERNAMA
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...