Showing posts with label Politik BN Polis Diraja Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Politik BN Polis Diraja Malaysia. Show all posts

Thursday, 10 January 2013

Tu Dia! Polis Tembak Mati Dua Daripada Tujuh Suspek Loloskan Diri Daripada Tahanan



Polis menembak mati dua daripada tujuh penjenayah yang diburu setelah meloloskan diri daripada tahanan ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar yang mengetuai pasukan khas memburu tahanan terbabit berkata, kedua-dua penjenayah itu ditemui menaiki sebuah kereta jenis Proton Perdana di Kampung Pelet di sini dan cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis.

"Polis kemudian melepaskan tembakan pada tayar kereta itu yang menyebabkan pemandunya hilang kawalan sebelum kereta itu terhumban ke dalam sungai dan kemudian berlaku tembak menembak," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Polis masih belum dapat mengesahkan identiti penjenayah yang ditembak mati itu.

Katanya, bertindak atas malumat awam, polis juga menyerbu kawasan hutan di Kampung Pelet di situ dan ternampak kelibat beberapa lagi penjenayah terbabit tetapi mereka sempat melarikan diri.

Terdahulu itu, polis menerima maklumat awam mengenai seorang daripada penjenayah itu didapati membeli bekalan makanan di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Kulim-Butterworth dekat sini pada pukul 2 pagi.

Abdul Rahim berkata polis terus melancarkan operasi memburu lima lagi lelaki terbabit hingga ke sempadan Kedah tetapi percaya mereka masih berada di kawasan ladang kelapa sawit itu.

Dalam kejadian pukul 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.

Dua daripada tahanan berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor, manakala tujuh lagi melarikan diri ke sekitar kawasan ladang sawit di Ara Kuda. -BERNAMA
-

Thursday, 20 December 2012

Agenda Jahat Terbongkar


Henti fitnah dan khabar angin.  Ini satu lagi agenda jahat.  Dalangnya teman rasa semua orang dah tau walaupun tak dapat dilihat dengan nyata.  Ini lah orang kata, baling batu sembunyi tangan.  Eloknye tangan tu kena kerat, jahat sangat baling batu kat orang.  Insiden di Sungai Petani tempohari menjadi bukti begitu jahatnya dalang-dalang ini ingin memporak peranda negara supaya jadi satu rusuhan kaum. Padahal hanya khabar angin yang tak tau punca sebenar.  PDRM dah buat kenyataan rasmi, jadi harap ta ada lagi khabar angin yang tak tau punca ni.


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada Rabu mengingatkan masyarakat supaya tidak menyebar khabar angin di laman sosial yang boleh menimbulkan ancaman kepada negara.
Ismail berkata masyarakat harus lebih bertanggungjawab serta memikirkan kesan negatif yang mungkin berlaku dengan penyebaran khabar angin yang tidak betul.
"Masyarakat seharusnya merujuk kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan kesahihan sesuatu kejadian, bukan menyebar khabar angin di laman sosial seperti Facebook, Twitter atau blog," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas pelancaran Unit Rondaan Bermotosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini Rabu.
Ismail mengulas penyebaran khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah Kuala Muda, Kedah.
Sambil menegaskan apa yang disebarkan di laman sosial itu tidak benar, Ismail berkata: "(Pengisytiharan) darurat pun tidak benar, kalau betul (darurat) mesti saya dah dimaklumkan."
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab dilaporkan berkata hasil siasatan dan risikan polis mendapati insiden yang berlaku tiada kaitan dengan permusuhan atau kebencian.
Dalam pada itu, Ismail ketika berucap pada majlis hari ini berkata inisiatif rondaan bermotosikal itu menunjukkan PDRM tidak bersikap berpuas hati dalam aspek menjaga keselamatan awam.
Jelasnya, konsultansi berterusan dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan formulasi strategi dipacu Kementerian Dalam Negeri membolehkan pelbagai program digarap bagi memantapkan usaha mengurangkan jenayah. - BERNAMA
-

Wednesday, 19 December 2012

Pergaduhan Geng India dan Melayu di Sungai Petani, PDRM Minta Bertenang



Dari semalam lagi teman dah mendapat berita yang mengemparkan.  Gembar-gembur berlaku pergaduhan antara Geng India dan Melayu hingga melibatkan kecederaan.  Teman cuba menghubungi sumber teman di Sungai Petani dan khabarnya terlalu banyak versi cerita yang masih tak tahu hujung pangkalnya.  Apa yang teman diberitahu, PDRM meminta supaya semua pihak bertenang dan tidak mendapat sumber-sumber yang tidak sahih sehingga menggugat ketenteraman awam.

Disini teman nak berkongsi, teman sendiri pun telah menerima berbagai sms dengan banyak versi yang teman sendiri pun pening.  Yang mana satu betul dan yang mana salah.  Sumber rasmi yang teman dapat hanyalah salah faham dan hanya insiden kecil melibatkan kes curi motor. Difahamkan pihak PDRM dan SKMM sedang mengesan  menyebarkan maklumat palsu tersebut di internet.  Jangan kita bertindak terburu-buru.
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...