Showing posts with label Politik BN Jelajah janji Ditepati KBS Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Politik BN Jelajah janji Ditepati KBS Pulau Pinang. Show all posts

Saturday, 8 December 2012

WOW! LAGU IM4U BERKUMANDANG DI PULAU PINANG (4 Gambar)


Lagu 1M4U berkumandang di Jelajah Janji Ditetapi Peringkat Negeri Pulau Pinang di Booth IM4U.  Booth IM4U dipenuhi dengan anak-anak muda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang IM4U.  banyak maklumat yang dipaparkan di situ.   Anak-anak muda berpeluang untuk mendapat hadiah dengan Facebook Online IM4U Page Like. Laptop disediakan dan mendapat sambutan luarbiasa anak-anak-anak muda.  Ramai sangat daftar sampai havock Booth IM4U bila anak-anak muda menyanyikan lagu IM4U.  Deme ni sampai hafal lagu IM4U ni.  Tahniah KBS!..
Mari kita Nyanyi Lagu IM4U..Nak suruh dia nyanyi dulu..heee
Facebook Online IM4U Page Like
Daftar lu le..
Mari nyanyi..IM4U..oooo..IM4U....


-

GEMPAR YOP! BOOTH SHOWCASE KBS HAVOCK GILER (6 Gambar)


Teman berserabut betui tadi.  Teman nak tangkap gambo pun susah.  Pengunjung berpusu-pusu di Booth Showcase KBS Gelanggang Futsal 1Malaysia (GF1M).  Banyak acara-acara yang dijalankan dan mendapat sambut hangat pengunjung  Teka Bola dalam balang (eh! ade ek), cari perkataan tersembunyi, lukis dan teka aktiviti futsal, kuiz sukan, sepak bola dan Wii/Xbox360 Penalty Kick.  Berebut-rebut tunggu turn masing-masing.  Kome tengok le gambo-gambo ni.  Macam-macam ade..heeee..

Gol!  Aku menang..
Ah! Miss pulak!
Tunggu dik. sorang-sorang!...
Apa nak pikio lagi dik, teka je..MC sorang ni tak berenti bercakap pulak tu!heee..peace..
Mana aci ada coach pulak!


-

GELEK WEH! TERGELAK TENGOK ADIK NI! (7 Gambar)

Posing sikit  dik..peace..
Teman nak tergelak tengok adik kecik ni bersemangat sungguh buat senamrobik.  Adik ni pun join Senamrobik Perdana Anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang sempena Jelajah Janji Ditepati Peringkat Pulau Pinang yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri hari ini.  Teman teruja jugak acara kecergasan dan gaya hidup sihat  ini mendapat sambutan yang hangat daripada rakyat Pulau Pinang.
Tepuk tangan sama-sama
Hampir seribu orang peserta telah sama-sama menyertai Senamrobik Perdana tersebut.  Seronok betul tengok adik-adik yang turut sama join.  Chaiyok!!!...Hadiah cabutan bertuah juga turut memeriahkan acara pada awal pagi itu.  Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan  Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, En. Rosli Ismail yang turut sama dalam Senamrobik Perdana tersebut.
Bersemangat Timbalan Pengarah ni!..heee

Kanan, Kiri cergaskan badan
Antara peserta yang join..
Goyang dik, jangan tak goyang..heee
En Rosli Ismail Menyampaikan Hadiah Cabutan Bertuah


-

Friday, 7 December 2012

MOH ESOK! Showcase Kementerian Belia dan Sukan Di Jelajah Janji Ditepati Pulau Pinang


Moh kome! Esok, 8 Disember 2012 ada Program Jelajah Janji Ditepati Pulau Pinang bermula dari pagi sampai ke malam.  YAB Perdana Menteri Malaysia akan merasmikan program ini pada sebelah pagi di Padang Kawad USM Pulau Pinang.  Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut sama mengadakan Showcase Gelanggang Futsal 1Malaysia.  Showcase tersebut bertujuan memperkenalkan da mempromosikan Gelanggang Futsal 1Malaysia (GF1M) kepada masyarakat disamping mempromosikan sukan futsal itu sendiri.
Booth Showcase KBS
Pelbagai aktiviti menarik di Booth Showcase KBS akan menanti pengunjung esok.  Hadiah dan Goodies disediakan kepada yang bertuah.  Antaranya aktiviti di Booth KBS esok,
1. Cari 25 perkataan tersembunyi
2. Teka Bola dalam balang
3. Lukis dan teka Aktiviti Futsal/Sukan
4. Kuiz Sukan
5. Sepak Bola
6. Wii/Xbox360 Pealty Kick dan berbagai lagi acara menarik

Teman sempat menjengok sekitar persiapan KBS di Booth Showcase tersebut.  Beberapa gambo yang sempat tempat tangkap..heee..Jom weh esok datang ramai-ramai ye....

Sudah siap sedia weh!

Antara aktiviti yang menanti pengunjung

Masuk bola dalam lubang.  Cuba try tengok

Ini pun ade ek!heee

Tu dia! Apa lagi ditunggu

Dah hampir siap!


-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...