Showing posts with label Mazlan Aliman. Show all posts
Showing posts with label Mazlan Aliman. Show all posts

Friday, 15 March 2013

PANAS! Mazlan Aliman Tak Nak Berceramah Kat Sini Ke?


Felda menyalurkan pelbagai bantuan berjumlah kira-kira RM120,000 kepada peneroka dan keluarga mereka termasuk penduduk kampung serta anggota keselamatan, di Felda Sahabat, berhampiran Kampung Tanduo berikutan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, sejak berlakunya insiden pencerobohan itu, Felda telah bertindak menyalurkan pelbagai bantuan kepada peneroka dan keluarga mereka serta penduduk kampung yang terlibat.

“Beberapa pegawai Felda telah dihantar ke sana bagi menguruskan bantuan makanan dan minuman serta bantuan lain kepada peneroka dan penduduk kampung berkenaan.

“Setiap bantuan yang disalurkan mengikut nasihat anggota keselamatan bagi memastikan keselamatan semua termasuk peneroka dan keluarga mereka terjamin,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Difahamkan, sumbangan makanan dan minuman disediakan oleh Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda, sebuah persatuan yang dianggotai oleh penerokawati di Felda.

Antara bentuk bantuan lain yang disalurkan Felda termasuklah kemudahan tandas bergerak, sistem perairan dan pengurusan bekalan yang berkaitan dengan tenaga elektrik.

Difahamkan, terdapat kira-kira 3,500 ahli keluarga peneroka termasuk 872 peneroka, yang tinggal di kawasan penempatan antara Felda Sahabat 1 dan 5.

Manakala kawasan Felda Sahabat 16 iaitu kawasan yang paling hampir dengan tempat pertempuran dan pencerobohan kumpulan Sulu, diuruskan oleh anak syarikat Felda iaitu Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang tidak melibatkan peneroka.

Mengenai bantuan atau kemudahan lain, Mohd Isa berkata, ia bergantung pada keadaan di sana dan nasihat daripada anggota keselamatan.

“Kita juga menunggu laporan daripada pegawai Felda di sana mengenai situasi yang dihadapi peneroka yang berada di Felda Sahabat,” katanya.

Ditanya mengenai sama ada terdapat penafsiran berbentuk bantuan lain atau pampasan untuk peneroka yang menerima kesan daripada insiden yang berlaku di Lahad Datu, Mohd Isa berkata, tiada perancangan mengenainya pada masa ini.

“Kita perlu tunggu dahulu laporan daripada pegawai-pegawai di sana. Setakat ini, belum ada maklumat yang memerlukan kita untuk mengadakan rancangan itu.

“Dalam keadaan sekarang di Lahad Datu, para pegawai sukar untuk membuat sebarang tafsiran. Ini bergantung pada keadaan dan keperluan sekiranya perlu. Jika ada perancangan yang lain, kita akan maklumkan kemudian,” katanya.

Difahamkan, FGV turut memberikan sumbangan kepada peneroka dan keluarga mereka serta penduduk kampung di sekitar gugusan Felda Sahabat.

Mohd Isa berkata, aktiviti peneroka di Felda Sahabat pada masa ini berjalan seperti biasa.

"Tengok tempat dan keadaan, kalau tempat itu pihak polis dan tentera kata boleh beroperasi kita akan jalankan tapi kalau kata tidak boleh, kita tak jalan," katanya.

mstar
-

Thursday, 7 February 2013

Cerita sebenar Kekecohan di Felda Sungai Tengi Didedah


Inilah sebenar yang berlaku. Mazlan Anak Beruk yang sengaja nak buat kecoh. Macam-macam la dia tuduh. UMNO jugak yang dia tuduh. Sedangkan kehadiran Mazlan Anak Beruk ni tak diterima oleh peneroka Felda Sg Tengi. Adeehh! Kantoi la mike Mazlan. Memang mike ni jenis beruk..

Mazlan Anak Beruk membawa beruk-beruk dari luar nak buat kecoh. Rupanya bukanlah anak-anak peneroka felda pun. Hanya anak-anak beruk yang diupah untuk bagi nampak ramai yang mendengar fitnah Mazlan Anak Beruk ni. Memang betul beruk..adess!!!
-

Tuesday, 5 February 2013

Mazlan Aliman Kutuk Polis Pulak!


Omak Kau! Kena ketuk! Adeehh! Teman pun pening. Semuanya salah.Tolong pun salah, tak tolong pun salah. Mazlan Anak Beruk ni kecoh-kecoh sebab Polis tak hiraukan kekacauan masa ceramah fitnah anjuran dia ni. Kome ni semuanya salah polis. Tapi nak mengadu pun kat polis jugak. Apa punya bingung! Ceramah fitnah merata, tak ingat dunia..


Haramkah Daily melaporkan, Mazlan Anak Beruk kecewa terhadap pihak polis yang tidak menghalang gangguan sekumpulan samseng dalam program ceramah malam tadi. Pihak polis hanya memerhati tanpa melakukan apa-apa sewaktu kira-kira 100 orang dipercayai ahli Umno dan Perkasa mengganggu ceramahnya di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor malam tadi.

haha..Masuk kampung orang tak bagi salam, macam tu la. Jadi kurang ajar, teman pun lesing kat Mazlan Anak Beruk ni.Nak tuduh-tuduh UMNO la pulak. Orang kampung sendiri yang marah, pandai la kome.. heee..
-

Tuesday, 29 January 2013

Peneroka FELDA Bukan Bodoh Apabila Menolak Pakatan Rakyat!


Rasa hendak ketawa pun ada, hendak menangis pun ada dengan kedangkalan pemikiran segelintir penyokong Pakatan Pembangkang yang masih tidak mahu mengakui bahawa masyarakat FELDA secara terang dan jelas menolak parti tersebut.

Entah apa lah yang menyebabkan golongan pencacai Pakatan Pembangkang ini berasa iri hati dengan kemewahan yang diperolehi oleh masyarakat Felda selama ini. Adakah kerana sebelum ini ANAK yang merupakan salah satu kumpulan ‘anjing sabung’ Pakatan Pembangkang tidak dibenarkan menyebarkan dakyah mereka di dalam kawasan FELDA menjadi penyebab utamanya?

Memang diakui masalah air seringkali melanda kawasan FELDA terutamanya pada musim perayaan. Kenyataan itu memang tidak dapat disangkal. Namun itu bukan bermakna, masyarakat FELDA harus menolak Barisan Nasional dan memberikan sokongan mereka kepada Pakatan Pembangkang.

Masyarakat FELDA bukanlah sebuah masyarakat yang bodoh dan tidak berpendirian. Bermula dengan tiada apa-apa harta yang dibawa ketika mula-mula menjejakkan kaki ke tanah rancangan FELDA, sehinggalah kini mereka mampu hidup dengan berpuluh kali ganda lebih baik daripada dahulu.

Jika dahulu ada di antara mereka yang berpindah masuk ke tanah rancangan FELDA dengan hanya menaiki teksi bersama sehelai tikar mengkuang dan dua buah bantal, kini mereka sudah boleh tersenyum dengan kenderaan yang mampu mereka miliki hasil usaha mereka mengerjakan tanah rancangan.

Masalah air yang melanda bukanlah penanda aras kerajaan Barisan Nasional mengabaikan masyarakat FELDA. Ia juga tidak boleh dijadikan alasan untuk masyarakat beralih sokongan kepada Pakatan Pembangkang yang ternyata banyak menunjukkan kepincangan dalam pentadbiran mereka.

Masyarakat FELDA selama ini mewah dengan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Bukan hanya peneroka FELDA sahaja yang mendapat manfaat, malahan generasi kedua dan seterusnya juga turut sama mendapat tempiasnya.

Kerajaan Barisan Nasional telah menyediakan pelbagai program untuk generasi kedua dan seterusnya untuk mereka menaikkan taraf hidup mereka. Program rumah mampu milik untuk generasi kedua member peluang kepada anak-anak peneroka FELDA untuk memiliki rumah sendiri mengikut kemampuan mereka.

Program kemahiran yang diberikan kepada anak-anak peneroka telah membuka peluang mereka untuk bersaing dengan golongan yang bukan daripada FELDA di dalam bidang yang diceburi. Selain itu anak-anak peneroka FELDA juga tidak terus dibiarkan ketinggalan dalam menuntut ilmu dengan pelbagai kemudahan disediakan oleh kerajaan.

Adakah masyarakat FELDA masih dilabel bodoh dan buta tuli juga lagi apabila mereka mensyukuri segala kemudahan dan kesenangan yang mereka perolehi kini berbanding kehidupan susah satu ketika dahulu dengan memberikan sepenuh sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional?

Benar rezeki itu datangnya daripada Allah dan bukan daripada kerajaan Barisan Nasional. Malahan benar juga manusia wajib memanjatkan kesyukuran kepada Allah yang mengizinkan hasil kekayaan bumi dinikmati oleh manusia. Namun, jika bukan dengan izin Allah, maka tidak mungkin kerajaan Barisan Nasional berjaya memegang mandat mentadbir negara selama lebih 56 tahun.

Justeru, pada pendapat Wan Kuntum, pencacai Pakatan Pembangkanglah yang boleh dianggap bodoh dan buta tuli dengan tidak mensyukuri segala pembangunan yang telah dinikmati selama ini di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Maka, nasihat Wan Kuntum kepada pencacai Pakatan Pembangkang, berhentilah menuduh masyarakat FELDA sebagai ayam tambatan Barisan Nasional yang bodoh dan buta tuli apabila mereka memberi sepenuh sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional setiap kali pilihanraya umum diadakan.

-

Sunday, 27 January 2013

Penipuan Mazlan Aliman Didedah


Teman memang dah agak, Isu peneroka felda yang diwar-warkan oleh Mazlan Anak Beruk memang hanya mainan politik. Banyak tuntutan Mazlan Anak Beruk tak masuk akal langsung. Pengakuan peneroka felda sendiri menganggap Mazlan Anak Beruk ni seperti api dalam sekam dan seperti duri dalam dalam daging yang cuba merosakkan apa yang sedang dinikmati peneroka selama ini . Peneroka perlu bermuhasabah diri dengan kehidupan yang mereka miliki berbanding sebelum mereka menyertai Felda. Mazlan Anak Beruk ni hanya bermain politik demi kepentingan peribadi.

Ikuti pengakuan peneroka felda yang menceritakan segala-galanya.


KUANTAN - "Bagai menatang minyak yang penuh". Itulah ibaratnya kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dalam melaksanakan tanggungjawab dan menjaga kebajikan peneroka di seluruh negara.

Bagi peneroka, pelbagai kemajuan yang dikecapi mereka selama ini daripada pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bukanlah omongan kosong.

Hasilnya, peneroka kini hidup dengan selesa dengan memperoleh pendapatan lebih RM3,000 sebulan berbanding keadaan ketika mula menyertai program Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang dicengkam kemiskinan.

Bagi mereka, segelintir peneroka yang menentang kerajaan, ianya tidak ubah seperti "melepaskan anjing yang tersepit" yang tidak tahu menghargai bantuan yang telah diberikan kerajaan dengan bersikap "kacang lupakan kulit'.

Sejak Felda diasaskan pada 1 Julai 1956, bertujuan menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baharu dibangunkan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka, sehingga kini terdapat lebih 112,635 peneroka di seluruh negara.

Di Pahang sahaja, terdapat 43,124 orang peneroka, dan daripada jumlah itu 40,901 peneroka terlibat dengan penanaman sawit manakala selebihnya terlibat dengan penanaman getah.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Unit Korporat Felda, Aman Shah Alladin, keluasan penempatan dan ladang di tiga wilayah Felda di Pahang melebihi 185,000 hektar.

Beliau berkata sehingga akhir 2011, seramai 34,000 peneroka telah diberikan hak milik tanah, manakala selebihnya masih dalam proses pemberian hak milik tanah itu.

Mat Zahari Derahman, 55, Ketua Kampung Felda Bukit Goh, dekat sini, berkata para peneroka dilihat tidak mempunyai sebarang sebab untuk menentang kerajaan yang banyak berjasa kepada golongan itu.

Beliau yang menyertai Felda sejak 1970 berkata pelbagai bantuan dan program meningkatkan taraf hidup peneroka yang dilaksanakan kerajaan dan ianya tidak boleh dinafikan sama sekali.  

"Pelbagai inisiatif seperti pembiayaan pembesaran rumah tanpa faedah, pembinaan rumah untuk generasi kedua, program pendidikan untuk anak peneroka, program agropolitan, Tabung Kebajikan Peneroka, Skim Pinjaman Komputer tanpa faedah, skim insentif usahawan Felda, bantuan sara hidup tanama semula, bonus insentif produktiviti, dan terbaharu "durian runtuh", semuanya memberi manafaat besar kepada kami.

"Hidup perneroka kini ibarat "tikus jatuh dalam beras"," katanya.

Beliau berkata para peneroka perlu bermuhasabah diri dengan kehidupan yang mereka miliki berbanding sebelum mereka menyertai Felda.

"Apabila terdapat yang menentang seperti Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), ianya tidak ubah seperti "api dalam sekam", seperti "duri dalam daging", yang cuba merosakkan apa yang sedang dinikmati peneroka selama ini," katanya.

Generasi kedua Felda turut melahirkan rasa syukur berikutan kehidupan yang mereka nikmati sebenarnya lebih baik berbanding mereka yang menetap di kampung-kampung tradisional.

Beliawanis Felda Bukit Kuantan, Norehan Saleh, 28, berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan pemberian durian runtuh semasa menghadiri perhimpunan bersama lebih 20,000 warga peneroka pada 31 Mac 2012 turut menyenaraikan generasi kedua sebagai penerima itu.

"Hari ini, kita berada di ambang satu lagi pembaharuan yang bersifat lonjakan berganda, bukan pembaharuan yang sedikit, bukan bantuan yang dikatakan sedikit peningkatan tetapi ianya satu lonjakan berganda yang dicetuskan oleh Perdana Menteri untuk faedah besar warga peneroka," katanya.

Beliau berkata usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad baru-baru ini merupakan satu lonjakan berganda untuk warga peneroka dalam menghadapi persaingan di peringkat global.

"Generasi kedua Felda bukanlah seperti "katak di bawah tempurung", kami juga bersedia untuk bersama-sama melaksanakan transformasi nasional negara," katanya.

Jasmi Faisal Muda, 31, dari Felda Kota Gelanggi 3 berkata setiap kemudahan diberikan Felda secara tidak langsung membantu golongan muda termasuk generasi kedua untuk berjaya dalam pelbagai bidang.

"Setiap peluang yang disediakan harus dimanfaatkan sebaik mungkin agar tidak disia-siakan. Peluang yang datang mungkin tidak dapat dikecapi oleh belia di bandar atau luar bandar yang lain.

"Saya rasa mereka yang menentang apa yang dilakukan kerajaan dalam meningkat taraf hidup kami sebagai anak peneroka ini, ianya tidak ubah seperti "tikus mahu membaiki labu," katanya.- Bernama
-

Monday, 21 January 2013

Mazlan Aliman Akan Saman Peneroka Felda


Saman lagi weh! Itu la saje modal yang ada bila dah terkantoi. Buh jangan tak buh! Rasanya dah beratus-ratus kes saman dari puak-puak Pakatan Rakyat. Terbaru, Mazlan Aliman, Presiden Anak Haram Felda akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menuduh beliau melarikan wang pampasan yang dimenangi peneroka Felda Kemahang 3 selepas menang saman ke atas Felda.  Beliau akan memfailkan saman tersebut minggu depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Saman itu akan difailkan ke atas Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Manap, Ketua Penerangan Majlis Belia Felda Kelantan, Wan Zawawi Wan Zain, seorang peneroka dan beberapa blogger yang menyiarkan ucapan mereka mengenai Mazlan.

Elok la tu. Buat la selalu. Kalau duit dah kontang dalam poket, buat la saman. Ada la duit sikit..heee..Silap haribulan boleh jadi jutawan wooo!!!
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...