Showing posts with label Lisa Surihani. Show all posts
Showing posts with label Lisa Surihani. Show all posts

Thursday, 24 January 2013

Orang Curi Duit Lisa Surihani telah Ditangkap


Lega rasanya kot! Orang yang curi duit pelakon Lisa Surihani telah ditangkap. Bagus la. Elok disumbatkan dalam penjara orang yang sebegini. Main suka-suka mak bapak deme je ceroboh akaun orang lain. Dari laporan mStar Online, rahsia kehilangan wang simpanan pelakon itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati ia dilakukan kakitangan bank sebelum menahannya.

Adeehh!! Orang dalam la pulak! orang jenis pecah amanah ni tak boleh dibiarkan saje. Kakitangan bank wanita itu dikatakan membatalkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa sebelum membuat salinan baru dan melakukan pengeluaran RM50,000 yang direkodkan pengeluarannya di Kuantan, Pahang sejak awal bulan ini. Ini la nama cerdik buah pelior. Pandai bab mencuri, bab lain failed!

Teman harap-harap duit yang dicuri tu ada lagi la. Kalau tak ada melepas la jugak.kan.kan. Teman mengucapkan sekalung perhargaan kepada pihak polis dan bank yang telah berusaha bersungguh menyelesaikan kes ini dengan pantas. Banyak lagi kes yang sedemikian dilaporkan tapi tak tau la pulak apa ceritanya? Selesai ke entah!
-

Saturday, 12 January 2013

Pelakon Lisa Suriani Kena Tipu


Ini kenapa pulak! Macamana boleh kena tipu ni. Adoii! Kesian Lisa Surihani kena tipu. Siapa pulak yang menipu Pelakon kecil molek Lisa Surihani. Mengikut laporan mStar Online, Pelakon Lisa Surihani membuat laporan di Balai Polis Bangi dekat sini pada Jumaat selepas menyedari ditipu berhubung kait dengan wang. Lisa, 27, berkata, dia membuat laporan itu dengan ditemani suami Yusry Abdul Halim dan ibunya Amira Ahmad, kira-kira pukul 2 petang Jumaat.

Lisa Surihani tidak menyatakan butir-butir dan telah menyerahkan siasatan kepada Polis. Teman harap si penipu dapat dihadapkan ke muka pengadilan. Suka-suka mak bapak dia aje menipu orang. Rasanya semua orang nak tengok muka penipu ni. Kita tunggu dan lihat..
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...