Showing posts with label Komunis. Show all posts
Showing posts with label Komunis. Show all posts

Wednesday, 27 February 2013

PANAS! Mat Sabu Meroyan Dengan Macai Sendiri


Adehhh! Mat Sabun ni dah jelas sokong komunis hingga mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Padahal ramai anggota-anggota Polis dan orang awam yang rata-rata adalah orang Melayu dibunuh.

Namun, macai-macai PR ni meroyan tak tentu pasal. Tak berani jawab dengan hujah dan fakta dan cuba lari topik sebenar. Sikap macai-macai ni dah diketahui tidak boleh menjawab secara jelas topik yang diutarakan. Cuba mencari kesilapan dan membuat tuduhan palsu..kesian...
-

Thursday, 21 February 2013

Saya Datang Sini Untuk Menghasut! Piirahhh!!


Semenjak kepulangannya ke Malaysia, hanya dalam tempoh setahun sahaja Hishamuddin Rais tutup mulut. Namun dasar agen subversif sepertinya, tidak akan berdiam diri selama-lamanya. Apatah lagi, kerap kali dia dilihat menerima panggilan telefon misteri dan dia sentiasa cuba bersembunyi apabila panggilan telefon itu dijawab. Apabila Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan kerana kesalahan meliwat serta rasuah salahguna kuasa, Hishamuddin Rais mulai tunjuk belang.

Bergabung dengan Tian Chua, Ezam Mohd Nor dan kepala-kepala bengkeng yang lain, Hishamuddin Rais merencanakan pelbagai rusuhan dan demonstrasi liar. Walaupun kelihatan seperti ingin mendesak Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Dr. Mahathir agar membebaskan Anwar Ibrahim, tetapi motif sebenar ialah menimbulkan kekacauan dan campurtangan dari Amerika Syarikat ke atas negara ini menjadi realiti.

Dalam apa juga keadaan, Hishamuddin Rais cuba menunjukkan dan membuktikan dia adalah seorang ilmuwan walaupun hakikatnya dia tidak banyak tahu tentang sejarah negara ini. Kepetahan dan kelicikannya selain persepsi ramai bahawa sepanjang dia menjadi pelarian di negara asing, banyak ilmu yang telah ditimbanya, menjadikan Hishamuddin Rais seperti Sang Dewa yang dipercayai memberi kehidupan baru kepada generasi muda.

Hishamuddin Rais dan kepercayaannya terhadap Sosialisme dan Marxisme tidak pernah surut meskipun, usianya semakin menghampirkannya dengan liang lahad. Hishamuddin Rais masih lagi percaya tentang teori golongan pekerja adalah penguasa dan kapitalis adalah musuh kemanusiaan.

Budaya samseng dan rukun hidup komunis yang mahu bertapak seperti demonstrasi liar, telah disuburkan oleh Hishamuddin Rais yang memberikan bantuan sepenuhnya kepada Anwar Ibrahim. Cakap sahaja, apa demonstrasi di Kuala Lumpur yang tidak disertai oleh Hishamuddin Rais. Bahkan, apa demonstrasi besar Pakatan Rakyat di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak dirancang oleh Hishamuddin Rais.

Malah sewaktu Himpunan Sejuta Rakyat kononnya di Kelana Jaya, budaya tunjuk punggung mula diperkenalkan oleh Hishamuddin Rais. Biarpun selepas itu, dia menangis-nangis dan merayu-rayu meminta maaf, ia sebenarnya hanyalah lakonan si sosialis tua untuk menagih simpati. Keinginannya untuk mengembangkan budaya kurang ajar dan biadap yang diimport dari golongan punk dan skinhead serta anggota komunis Eropah, terlalu menebal.

Anwar tahu keupayaan Hishamuddin Rais setelah lebih dua dekad berada di Eropah. Hubungan Hishamuddin Rais dengan pihak-pihak tertentu semenjak dari tahun 1974 tidak pernah terputus. Hishamuddin Rais suatu ketika pernah berlakon dan berbohong, kononnya dia pernah berada di Palestin menentang Zionis, walhal fahaman yang dianutinya dengan Zionis tiada jauh bezanya. Bahkan dia banyak menerima bantuan daripada Zionis dan hanya menunggu-nunggu masa untuk pulang ke Malaysia.

Hanya apabila Anwar Ibrahim memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan selepas Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Mahathir Mohamad bercuti dan mempersiapkan Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia serta melepaskan jawatan Presiden UMNO kepadanya, barulah Hishamuddin Rais pulang. Itu pun puas dikempen oleh media-media massa yang dikuasai oleh kroni-kroni Anwar Ibrahim pada waktu itu sehinggakan ada pula drama dan cerekarama yang digarap untuk ditayangkan di kaca televisyen bagi membenarkan Hishamuddin pulang.

Walaupun beberapa kali Hishamuddin Rais yang dipercayai sehingga kini masih perlu melaporkan diri ke Balai Polis Brickfield, telah ditahan namun kebijaksanaan peguam-peguam Pakatan Rakyat, berjaya membebaskannya. Hishamuddin Rais telah mempergunakan kemahiran yang diasahnya di luar negara untuk melepaskan diri, ditambah pula dengan bantuan peguam-peguam Pakatan Rakyat yang diketahui amat bijak memanipulasikan undang-undang di negara ini.

Bahkan, ditambah-tambah pula dengan kelemahan Pejabat Peguam Negara yang nampaknya lebih banyak memihak kepadanya, menjadikan Hishamuddin Rais seperti babi hutan yang gila hendak mengawan.

Petaka pijak gambar pemimpin dan tunjuk punggung seperti yang berlaku pada malam Ambang Merdeka tajaan Pakatan Rakyat di Dataran Merdeka, sebenarnya akan terus berlaku bahkan akan bertambah teruk selagi manusia bernama Hishamuddin Rais terus dibiarkan bebas.

Tiada sebarang kerugian sekiranya, Hishamuddin Rais yang sedang mengembangkan pembohongannya tentang sejarah bendera Malaysia dan sejarah kemerdekaan negara ini, disimpan atau didiamkan. Dia tidak pernah membawa sebarang jasa kepada negara ini. Sebelum keburukan yang lebih besar berlaku di Malaysia, pengajaran yang seharusnya diterima pada tahun 1974 lagi, perlu diberikan kepada Hishamuddin Rais.

Dia perlu disedarkan bahawa tangan yang mencincang, maka bahunya jugalah yang perlu menanggung.

-

Wednesday, 20 February 2013

PANAS! Bukti PR Mahu Tukar Bendera Malaysia Kepada Bendera Komunis


Adeeh! Rasanya semua orang dah tau jenis Pakatan Rakyat ni. Niat sebenar deme apabila dah dapat menawan Putrajaya. Deme nak tukar semua. Teman yakin Pakatan Rakyat nak jadikan Malaysia sebuah negara Republik seperti Singapura. Maknanya tak ada Raja-Raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu. Melayu confirm merempat.

Ini pulak nak tukar bendera. Macam bendera komunis. Tak ke gila namanya. Gambar kat atas tu teman dapat dari facebook. Teman rasa lokasi gambar ini diambil terletak di sebuah perkampungan di negara Siam. Tapi hampir kesemuanya adalah rakyat Malaysia. Kome nilailah sendiri...
-

Saturday, 16 February 2013

PANAS! Bukti DAP Penyokong Komunis


Teman tak tau la apakah sebenarnya DAP ni. Cuma teman bagi la sikit-sikit hint untuk kome baca ek! Gambar diatas dan dibawah ini menceritakan segala-galanya.kan.kan..Jadi fikir-fikir lah..heeee


-

Tuesday, 12 February 2013

VIDEO GEMPAR! Mat Sabu Kantoi!



Apa yang didedahkan oleh Pas sebelum ini adalah palsu. Pendedahan itu menyebabkan kubur Mat Indera menjadai tumpuan ahli Pas serata pelusuk negeri termasuk kaum keluarga Mat Indera sendiri. 

Pas mungkin malu untuk menunjukkan kubur asal Mat Indera kerana ia tidak menyerupai kubur orang Islam. 

Kubur Mat Indera telah dibina oleh komunis secara rahsia dan senibina mempunyai ciri-ciri jirat cina dengan menggunakan batu bata merah. Bahagian kaki adalah menyerupai tempat membakar colok. Bahagian kepala mempunyai lambang segi tiga parti PKM. 

Apa yang didedahkan oleh Pas sebelum ini adalah palsu. Pendedahan itu menyebabkan kubur Mat Indera menjadai tumpuan ahli Pas serata pelusuk negeri termasuk kaum keluarga Mat Indera sendiri. 

Pas mungkin malu untuk menunjukkan kubur asal Mat Indera kerana ia tidak menyerupai kubur orang Islam. 

Kubur Mat Indera telah dibina oleh komunis secara rahsia dan senibina mempunyai ciri-ciri jirat cina dengan menggunakan batu bata merah. Bahagian kaki adalah menyerupai tempat membakar colok. Bahagian kepala mempunyai lambang segi tiga parti PKM. 

Pendedahan Lanjut DISINI


-

Monday, 11 February 2013

XCLUSIVE VIDEO: Pendedahan Kubur Mat Indera


Ini satu pendedahan isu kubur Mat Indera yang dikecoh-kecoh Mat Sabun sebagai pejuang kemerdekaan. Hingga ada yang mahu menyambut hari kematiannya..Mengikut penduduk Kampung Jambu Taiping, kubur Mat Indera yang sebenar adalah menyerupai Jirat Cina. Adehh! Biar betul! Melayu ke Cina Mat Indera ni? 

Ikuti video pendedahan ini 


-

Tuesday, 8 January 2013

BREAKING NEWS: Nga Kor Ming Tak Mengaku Komunis


Teman tak kisah la pa pun penafian yang dibuat oleh Nga Kor Ming. Tapi teman yakin Blogger Unspinners dan Blogger Kulaan Niring mempunyai asas yang tentu untuk mengaitkan Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming dan Nizar Jamaluddin dengan Bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya, Chin Peng. 

Menurut Portal The Mole, Nga Kor Ming menafikan beliau mempunyai kaitan dengan Chin Peng dan mencadangkan blogger yang menuduh beliau mendapatkan rawatan di Hospital dan dimasukkan ke Tanjung Rambutan.

Marah sangat-sangat Nga ni. Sampai suruh blogger masuk Hospital Tanjung Rambutan. Apa la! Jawab la dengan fakta. Mungkin kemarahan Cina DAP berasaskan petikan   entry blogger tersebut dibawah,

 “Tahukah korang semua apa kaitan Chin Peng ni dengan Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming? Dia adalah bapa saudara kepada Pengerusi DAP Perak tu.

“Dan tahukah anda apa hubungan Nizar Jamaluddin, bekas MB Perak tu? Ibu Nizar Jamaluddin adalah ibu saudara kepada Ngeh Koo Ham and Nga Kor Ming .

Bara la beb!heee..Teman rasa akan ada lagi satu saman akan dikemukakan oleh Nga terhadap blogger-blogger ni. Dah tak boleh nak jawab, terus je nak saman blogger. Ngeh pun nak saman blogger. elok la tu. Saman menyaman ni memang la kerja kome je memanjang. Dah tau nak jawab, jalan terakhir untuk menutup kesalahan adalah saman. Tak gitu!
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...