Showing posts with label Kampung Tanduo. Show all posts
Showing posts with label Kampung Tanduo. Show all posts

Friday, 29 March 2013

TERKINI : Kampung Tanduo Hanya Tinggal Nama


Insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo di sini bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa, malah turut melenyapkan identiti kampung nelayan itu yang telah wujud sejak 50 tahun lalu.
Atas aspek keselamatan, kampung yang terletak dalam gugusan Tanjung Labian di Felda Sahabat itu bakal tinggal nama apabila 20 keluarga yang merupakan penghuni asal kampung tersebut akan dipindahkan ke Kampung Sungai Mira dekat sini.
Jarak antara Kampung Sungai Mira dengan Kampung Tanduo ialah kira-kira 20 kilometer.
Proses pemindahan penduduk yang kebanyakannya kini ditempatkan di pusat penempatan sementara akan dilakukan dalam masa terdekat.
Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Nasir ketika mengesahkan perkara itu memberitahu, cadangan pemindahan tersebut telah dipersetujui Majlis Keselamatan Negara dan pasukan keselamatan sebelum dikemukakan kepada kerajaan negeri.
-

Wednesday, 27 March 2013

TERKINI : Kampung Tanduo Ditutup, Penduduk Dipindah Ke Lokasi Baru

Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baru yang akan diputuskan kemudian.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Februari lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas.
"Setakat ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Rabu.
Beliau berkata penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat.
Hamza turut memaklumkan kawasan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihaknya akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing.
Proses penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan beliau yakin proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya, katanya.
Terdahulu, Hamza berkata pasukan keselamatan merampas sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang yang ditinggalkan militan selepas berlaku pertempuran di kawasan Sungai Bilis, Gugusan Labian pagi Rabu.
Beliau berkata kejadian pada 7.30 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi pembersihan di kawasan itu sebelum terserempak dengan tiga pengganas yang bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.
Pengganas kemudian melarikan diri apabila diserang balas dan tiada kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak, katanya. BERNAMA
-

Sunday, 24 March 2013

Ketua keluarga dibawa tinjau Kampung Tanduo Selasa ini


Setelah lebih sebulan terpaksa meninggalkan kampung dan rumah masing-masing, kira-kira 100 penduduk Kampung Tanduo di sini mendapat khabar gembira daripada pasukan keselamatan yang akan membawa setiap ketua keluarga untuk meninjau kampung berkenaan selewat-lewatnya pagi Selasa ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika mengumumkan khabar gembira itu hari ini berkata, kampung berkenaan telah diisytiharkan selamat daripada kumpulan pengganas Kiram selepas operasi penggeledahan dan pembersihan dilakukan oleh pasukan keselamatan.

"Kita sedang mengatur untuk membawa ketua-ketua keluarga ini bersama ketua kampung sekali memasuki rumah-rumah mereka bagi melihat kesan kerosakan.

Insya Allah...selewat-lewatnya pagi Selasa ini," katanya dalam sidang akhbar di sini.
Sejak pencerobohan kumpulan pengganas itu pada 12 Februari lalu, kesemua penduduk kampung berkenaan ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara iaitu di Dewan Embara Budi dan Dewan Cenderawasih.

Tambah Khalid, rombongan itu nanti akan diiringi oleh pegawai-pegawai Pejabat Daerah Lahad Datu dan pasukan keselamatan.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tarikh kesemua penduduk kampung berkenaan akan dibenarkan pulang terus ke rumah masing-masing.

Dalam pada itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, pasukan penilaian kerosakan yang terdiri daripada Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu, Polis Diraja Malaysia dan agensi-agensi lain telah memasuki kampung itu beberapa hari lalu.

Jelasnya, walaupun telah dibersihkan tetapi pihaknya tetap menempatkan sejumlah anggota pasukan keselamatan di kampung itu untuk tujuan keselamatan.

"Sekalipun Ops Daulat dilihat agak perlahan pergerakan ketika ini tetapi kita tetap meneruskan fokus utama dalam pembersihan di kawasan Tanjung Batu," katanya. - UTUSAN
-

Saturday, 23 March 2013

UPDATED 23 MAC : Kampung Tanduo Berjaya "Di Ambil" Kembali 100% #rempuh243 #jomsokongbn


Anggota tentera akan mendiami Kampung Tanduo sebagai jaminan bahawa kampung yang menjadi lokasi pendaratan penceroboh militan itu bebas daripada ancaman pengganas, kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memastikan penduduk yang mendiami 12 rumah di kampung itu kembali yakin dan bersedia untuk menjalani rutin harian mereka.

"Sebagai permulaan penempatan itu akan dilakukan dalam tempoh seminggu atau dua minggu dan tempoh itu sedia dipanjangkan bergantung kepada keadaan semasa.

"Ini bagi memastikan penduduk tidak berasa takut untuk menyambung semula rutin harian mereka selepas insiden pencerobohan itu," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Felda Sahabat di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kebimbangan sesetengah pihak kemungkinan "ada sesuatu yang disembunyikan dan belum diselesaikan" di kawasan itu selepas pasukan keselamatan enggan membenarkan penduduk kampung terbabit pulang ke rumah walaupun Kampung Tanduo diisytihar bersih dan bebas daripada ancaman kumpulan pengganas sejak 11 Mac lepas.

Sambil menafikan andaian itu, Zulkifeli berkata, tindakan itu dibuat kerana tentera dan polis terlalu komited dalam memastikan keselamatan penduduk benar-benar terjamin sebelum mereka dibenar pulang.

Beliau berkata, sebagai bukti kesungguhan pasukannya, beliau akan memastikan nelayan yang turun ke laut juga akan dikawal dan diringi pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia sepanjang tempoh itu.

Katanya, apa yang diharapkan adalah penduduk sama-sama menyalurkan maklumat bagi membolehkan pasukan keselamatan bertindak sekiranya terdapat individu atau berlaku insiden mencurigakan di kawasan mereka.

Pada sidang akhbar sebelum itu, Zulkifeli menjelaskan, penduduk Kampung Tanduo akan dibenar pulang selepas berakhirnya penilaian yang dilakukan Majlis Keselamatan Negara, Majlis Daerah Lahad Datu dan Ibu Pejabat Polis Lahad Datu di kampung itu yang akan bermula selewat-lewatnya esok.

Katanya, kelewatan membenarkan penduduk pulang ke rumah ialah bagi memastikan kewasan kampung itu yang di kelilingi paya, hutan dan semak samun, benar-benar selamat daripada ancaman selepas ia menjadi sasaran utama militan selain berlaku banyak pertempuran di situ sebelum ini.

-

Friday, 15 March 2013

UPDATED : 15 lagi mayat pengganas ditemui di Kampung Tanduo


Lebih ramai pengganas Sulu dipercayai terbunuh dalam serangan pertama oleh pasukan keselamatan pada 1 Mac di Kampung Tanduo apabila polis menemukan 15 lagi mayat pengganas di kampung berkenaan hari ini.

Penemuan 15 mayat tersebut menjadikan jumlah pengganas Sulu yang ditembak mati dalam serangan di Kampung Tanduo kini berjumlah 27 orang selepas 12 mayat ditemui dalam satu kubur besar sebelum ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kesemua mayat berkenaan ditemui dalam tiga kubur yang terletak berhampiran dengan kubur besar tersebut.

"Ini bermakna setakat sekarang, jumlah musuh yang berjaya ditembak mati oleh pasukan keselamatan dalam operasi berjumlah 61 orang," katanya dalam sidang akhbar Ops Daulat di sini hari ini.

Yang turut hadir, Panglima 1 Divisyen, Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar.

Tambah Hamza, pada masa ini pihak keselamatan masih berada di Kampung Tanduo dan meneruskan usaha mengesan jejak baki musuh yang masih bersembunyi di situ serta mayat musuh yang belum ditemui.

Selain itu, katanya, pihak polis juga sedang berusaha mengeluarkan mayat-mayat musuh yang terbunuh di Kampung Tanjung Batu.

"Kemungkinan besar terdapat 10 lagi mayat yang belum dikeluarkan di Tanjung Batu dan fokus kita kini di Sungai Bilis sahaja.

"Keseluruhannya, setakat ini jumlah musuh yang ditembak mati ialah 61 orang manakala mayat yang dikeluarkan 27 orang, tangkapan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) 97 orang dan lain-lain tangkapan seramai 233 orang," katanya.

Mengulas mengenai mayat-mayat yang dikeluarkan, Hamza berkata, pihak kerajaan akan menghubungi Filipina sama ada mereka akan mengambil mayat tersebut atau tidak.

Katanya, mayat pengganas yang ditemui akan dikebumikan di negara ini sekiranya pihak berkenaan di Filipina tidak memberi maklum balas dalam masa tiga hari.

Mengenai laporan yang mengatakan pemimpin penceroboh, Raja Muda Azzimudie telah terlepas dari kawasan kepungan, beliau berkata, pihak polis akan menyiasat perkara tersebut.

"Saya tidak dapat mengesahkan tetapi ada maklumat mengatakan dia ada di sini dan ada mengatakan dia telah terlepas. Kita akan menyiasat dan mengesahkan perkara ini," ujarnya. - UTUSAN
-

Tuesday, 12 March 2013

BREAKING NEWS 12.00 PM : 15 Lagi Mayat Pengganas Sulu Dijumpai Kampung Tanduo


Lebih banyak mayat pengganas Sulu mungkin ditanam di Kampung Tanduo berbanding hanya sembilan yang dijumpai sebelum ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, beliau mendapat maklumat terbaru bahawa kira-kira 15 mayat ditanam di lubang kubur tersebut.

"Kami percaya terdapat lebih banyak mayat ditanam di dalam lubang kubur yang sama dan kubur lain yang berdekatan.

"Pasukan keselamatan akan kembali semula ke sana untuk melakukan pemeriksaan," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, Selasa.

Kira-kira sembilan mayat dijumpai dalam satu lubung kubur oleh pasukan keselamatan ketika Op Daulat dilancarkan pada 6 Mac lalu.

Hamza turut mengesahkan bahawa mayat Haji Musa, jeneral kumpulan pengganas Sulu yang diketuai oleh Azzimudie Kiram ditemui di Kampung Tanjung Batu.

"Satu lagi mayat turut dijumpai dari Kampung Tanjung Batu pada Selasa menjadi jumlah mayat yang ditemui kepada 23 orang," katanya.

Angka kematian pengganas Sulu kekal 54 orang dan tiada insiden tembakan dilaporkan sejak Isnin.

mStar
-

Monday, 11 March 2013

Op Daulat: Kampung Tanduo Kini Bersih, 97 Penceroboh Militan Ditahan


Selepas seminggu Operasi Daulat, polis pada Isnin mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh militan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Ahad lalu, seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas militan yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Pada 8 Mac pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan itu yang diikuti dengan operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu mereka.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di sini, Hamza berkata 22 mayat pengganas militan telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Hamza turut membenarkan wartawan mengambil gambar mayat-mayat pengganas militan itu bagi menepis dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan jumlah pengganas yang terbunuh.

Ditanya mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris pada Isnin bahawa Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan itu, berjaya melarikan diri dalam operasi pasukan keselamatan di Semporna, Hamza dengan tegas menolak dakwaan berkenaan.

"Kalau saya tahu dia di Semporna sudah lama saya tangkap," katanya.

Beliau turut menafikan laporan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya. Sehingga kini tiada laporan polis diterima mengenai keganasan yang dilakukan pihak keselamatan," katanya.

Beliau berkata kejadian pada Ahad yang menyebabkan seorang lelaki cedera dan seorang remaja lelaki maut berlaku hampir dengan rumah yang menjadi sasaran pasukan keselamatan.

"Orang kampung biasa semuanya telah dipindahkan," katanya.

Sejak krisis pencerobohan lapan anggota polis terkorban dalam serangan pengganas iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna pada 2 Mac. BERNAMA
-

Sunday, 10 March 2013

UPDATED OP DAULAT 8.00 PM : Dua Trak Bawa Mayat Pengganas


Menurut sumber kelihatan dua trak polis yang membawa beg plastik hitam dipercayai mengandungi mayat lelaki bersenjata dilihat meninggalkan kampung Tanduo, petang Ahad.

Kg Tanduo adalah antara kawasan di mana pasukan keselamatan menjalankan operasi pembersihan saki baki lelaki bersenjata Sulu.

Dua kenderaan berperisai juga dilihat dipandu di hadapan trak.

Mereka tiba di kompleks Sahabat Felda di mana mayat diserahkan kepada pasukan forensik.
-

Wednesday, 6 March 2013

UPDATED 4.00 PM: Empat Suspek Pengganas Sulu Ditahan SEMPORNA

Anggota Polis dari Cawangan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK) membawa dua suspek yang berjaya ditahan ketika 'Ops Daulat' di sebuah ladang sawit di sini, Rabu. Dalam operasi itu polis berjaya menahan empat lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas untuk di soal siasat
Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.

Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.
Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna.
"Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai berkenaan.
Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari.
Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.
Dalam kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang hendap oleh kumpulan pengganas bersenjata. Kejadian pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam pengganas terbunuh. BERNAMA
-

KEMASKINI : Gambar-Gambar Suasana Di Semporna


Walaupun Ops Daulat yang digiat dilancarkan oleh pasukan keselamatan negara bagi mencari saki baki pengganas Sulu, namun aktiviti harian penduduk dilihat berjalan seperti biasa. Beberapa keping gambar terbaru di Jeti Umum Semporna menunjukkan penduduk menjalankan aktiviti harian seperti biasa. 




Credit Photo Malaysia Instinct
-

TERKINI Ops Daulat 1.30 PM : Kenyataan Media Ketua Polis Negara


Kenyataan Media Ketua Polis Negara mengenai Ops Daulat mencari saki baki pengganas Sulu. Sehingga kini, 'mopping up and searching' di kawasan operasi masih diteruskan oleh pihak PDRM dan ATM.

Kemungkinan pembersihan dan penggeledahan ini terpaksa diperluaskan dari sasaran asal, memandangkan terdapat tanda-tanda bahawa penceroboh telah bergerak ke satu lokasi yang lain.

Pasukan keselamatan sedang mengesan pergerakan mereka dan akan mengambil tindakan untuk respon kepada situasi.

Pada kira-kira jam 6.45 pagi tadi, seorang penceroboh telah ditembak mati selepas berbalas tembakan di kawasan operasi.

Dengan situasi semasa ini pasukan keselamatan telah memperluaskan kawasan operasi sehingga melebihi 4 kilometer persegi sepertimana yang telah dinyatakan semalam.

Orang ramai sekali lagi diminta supaya tidak cemas kerana pasukan keselamatan masih mengawal keadaan dan orang ramai serta pengamal media diingatkan supaya tidak menghampiri atau mendekati kawasan operasi.

UTUSAN
-

TERKINI Ops Daulat 6 Mac 1.00 PM : Jumlah Pengganas Sulu Maut Diumum Selepas Ops Daulat Selesai

Anggota tentera menaiki kereta perisai Condor menuju ke Kampung Tanduo mencari saki baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang bersembunyi di kampung itu

Pasukan keselamatan akan mengumumkan jumlah kematian dan kecederaan pengganas Sulu yang diserang dalam operasi besar-besaran semalam apabila Ops Daulat selesai sepenuhnya.
Kelihatan anggota tentera berkawal di jalan Kampung Tanjung Labian di sini, Rabu. 
Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu kini turut menjadi zon merah dan semua penduduk kampung itu telah dipindah keluar bagi mengelak sebarang ancaman penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang dikhuatiri telah menyusup masuk ke kampung itu

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media di sini, pagi Rabu bagaimanapun enggan menjelaskan bila operasi tersebut akan berakhir.

Menurutnya sehingga kini operasi mencari dan menggeledah baki pengganas Sulu masih diteruskan.
-

TERKINI 12.15 PM : AWAS, Pengganas Sulu menyamar sebagai penduduk


Pihak keselamatan percaya terdapat dalam kalangan pengganas Sulu bertindak menyamar sebagai penduduk kampung bagi mengaburi pihak berkuasa.

Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meminta semua pihak agar berhati-hati bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN
-

UPDATED: Seorang Pengganas Sulu Ditembak Mati Pagi Rabu


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang pengganas Sulu ditembak mati dalam operasi menggeledah di Kampung Tanduo kira-kira pukul 6.45 pagi Rabu.
Ismail turut menasihatkan agar orang awam berhati-hati kerana beliau tidak menolak kemungkinan kumpulan pengganas kini menyamar sebagai penduduk kampung.
Bagaimanapun Ismail enggan mendedahkan butiran lanjut Ops Daulat termasuk jumlah mayat pengganas yang ditembak mati.
Sementara itu menerusi kenyataan media yang dimuatkan di laman Facebook PDRM, pasukan keselamatan itu menyatakan kemungkinan operasi pembersihan dan penggeledahan terpaksa diperluaskan daripada sasaran asal kerana terdapat tanda-tanda kumpulan pengganas bergerak ke satu lokasi lain.
"Pasukan keselamatan sedang mengesan pergerakan mereka dan akan mengambil tindakan untuk respon kepada situasi.
"Orang ramai sekali lagi diminta supaya tidak cemas kerana pasukan keselamatan masih mengawal keadaan dan orang ramai serta pengamal media diingatkan supaya tidak menghampiri atau mendekati kawasan operasi," kata kenyataan itu.
mStar
-

Krisis Lahad Datu: Anwar Ibrahim Dakwa Berkompromi Dengan Philippines Daily nquirer


Buat la! Asal bahagia. Rasanya rakyat Malaysia nak tau jugak sejauhmana penglibatan Anwar dalam krisis Lahad Datu. Kalau setakat bercakap kosong baik tak payah. Jangan tangguh-tangguh. Peluang dah ada..
Anwar mendakwa beliau ditawarkan oleh media Filipina,Philippines Daily Inquirer bagi membersihkan namanya berhubung dakwaan dikaitkan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu. Bagaimanapun Anwar berkata beliau tidak dapat menerima tawaran itu dengan segera kerana sibuk namun mengakui akan berbuat demikian kemudian.

Apa pulak ni! Buat la sekarang. Semua orang nak dengar macamana Anwar nak spin hasil sumber risikan Kerajaan Filipina tuh. Gambar pun dah ada menunjukkan Anwar membuat pertemuan sulit dengan MNLF Nur Misuari. Teman nak tengok Anwar spin pasal gambar tu. Seperkara lagi tentang kunjungan Tian Chua ke Manila sebelum ini. Spin la..syok jugak kan.kan..dengar penglipur lara moden bercerita...mesti gempak giler!
Sengaja nak bagi alasan kesibukan bukanlah jawapan rakyat mahu dengar. Teman hairan ada pulak masa nak tabur fitnah merata-rata tapi nak bagi jawapan isu diri sendiri boleh pulak main tangguh-tangguh. Alasan bodoh daripada Raja Segala Alasan Sekelian Alam..ptuiii!!!
-

KEMASKINI : Kronologi Penceroboh Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu


Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu:

12 Feb - Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjatayang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu.

14 Feb - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis mengenal pastikumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabahsebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari selatan Filipina.

14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaanMalaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka keluar dari kawasanberkenaan.

16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Husseinmengesahkan kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknyapenyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalahterkawal.

18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukansecara diplomasi tanpa pertumpahan darah.

24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaanuntuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yangbertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Feb lepas.

26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankanterhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus denganSultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan diLahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

1 Mac - Dua anggota polis, ASP Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin Daudterkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuranantara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.

2 Mac - Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap di perkampunganair Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Kejadian pada pukul 8 malam itumenyebabkan enam anggota kumpulan penceroboh terbunuh.

3 Mac - Mayat enam anggota polis dikeluarkan dari kawasan perkampungan airitu dan polis turut mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari kampungitu.

4 Mac - Setiausaha Rendah Luar Filipina Jose Brillantes dan Duta BesarFilipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya dilapor bertemu Menteri Pertahanan DatukSeri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin TunHussein untuk mencari resolusi damai.

4 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan keadaankeselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna di Sabah adalah terkawal.

4 Mac - Polis mengeluarkan senarai nama enam pegawai dan anggota yangterkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah.

5 Mac (7 pagi) - Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jetpejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo,Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukantentera dan polis di kawasan kampung itu.

5 Mac (8 pagi) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaanmesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatannegara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkanpertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

5 Mac (11 pagi) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang mediabersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan OpsDaulat itu mencapai objektif yang ditetapkan.

5 Mac (1.30 tengah hari) - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin TunHussein dalam sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad ZahidHamidi mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan.

5 Mac (4 petang) - Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakanoperasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masihada musuh di kawasan itu.

5 Mac - Sehingga pukul 7 petang, polis belum mengesahkan jumlah kematian,kecederaan atau tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu.-BERNAMA
-

TERKINI : 10,000 kaum Tausug didakwa menuju Sabah


Beribu-ribu rakyat Filipina berketurunan Tausug dari pulau Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi didakwa sedang belayar menuju ke Sabah bagi membantu pengganas Sulu, yang menceroboh Sabah.

Akhbar Filipina, Inquirer melaporkan Pengerusi Majlis Pemerintahan Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Habib Hashim Mudjahab berkata, pihaknya tidak boleh lagi menghalang rakyatnya daripada mengambil tindakan.

"Kami bersedih dan kebanyakan rakyat kami walaupun bukan askar, sedang menuju ke Sabah bagi membantu pengikut Kesultanan Sulu," katanya.

Menurut beliau, kira-kira 10,000 kaum Sulu dari Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga sedang belayar menuju ke Sabah sejak malam tadi bagi membantu pengikut Sultan Jamalul Kiram III di Lahad Datu, Sabah.

Sementara itu, seperti yang dipetik dalam laman web Astro Awani, Gabenor Wilayah Pentadbiran Autonomi Islam Mindanao (ARMM), Mujiv Hataman menafikan dakwaan MNLF bahawa ribuan etnik Tausug sedang menuju ke Sabah.

Mujiv berkata, kenyataan MNLF pimpinan Nur Misuari itu disifatkan sebagai strategi untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah.

"Itu tidak benar. Tiada sesiapa pun dari selatan Mindanao sedang bergerak ke Sabah," jelas Mujiv dalam satu kiriman mesej terbaharu kepada Astro Awani.

Menurut Mujiv, ARMM akan meneruskan usaha memujuk kumpulan penceroboh itu supaya berundur dan mengingatkan mereka mempertahankan persaudaraan atas nama Islam.

"Semua orang Islam bersaudara. Saya sekali lagi menggesa mereka (penceroboh) menamatkan pencerobohan di sana," ujarnya. - UTUSAN
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...