Showing posts with label Hiburan Khairul Fahmi Che Mat Bolasepak AFF Suzuki. Show all posts
Showing posts with label Hiburan Khairul Fahmi Che Mat Bolasepak AFF Suzuki. Show all posts

Friday, 28 December 2012

AKHIRNYA APEK TAK DAPAT JUGAK SYURGA PAS



Kesian tengok Apek.  Ingatkan nak dapat Syurga PAS, tapi Nik Aziz tak nak beri la tu.  Sabar aje la.  Mike banyak amal ibadat dan mohon berdoa untuk mendapat keberkatan Syurga yang kekal dari Allah S.W.T.  Mintak syurga sesat Nik Aziz tu buat ape?  kan deme ni janji aje tapi tak tunai pun.

Dengan sekali lafaz, penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib di kediaman keluarga Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, di sini, kira-kira pukul 10 pagi Jumaat.

Apek yang mengenakan persalinan baju Melayu berona putih krim itu berkata, dia bersyukur apabila segala perancangan majlis mereka berjalan dengan lancar dan menganggap perkahwinan itu sebagai tanda berakhirnya kontroversi yang membabitkannya dengan Leuniey.

"Alhamdulillah syukur apabila majlis ini berjalan dengan lancar.

"Perkahwinan ini juga menandakan pelbagai isu kontroversi yang membabitkan saya dan Leuniey sudah tamat, " katanya kepada mStar Online selepas majlis pernikahan berlangsung.

Tambah Apek, sebelum ini, pergerakan dia dan Leuniey untuk bertemu agak terbatas lebih-lebih lagi ketika kontroversi panas membabitkan Leuniey kononnya telah menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta Apek yang terdahulu.

"Oleh kerana itu, kami hanya dating di rumah sahaja dan rumah keluarga kami merupakan tempat rahsia kami untuk bertemu," ujarnya.

Leuniey telah menerima wang hantaran yang juga dijadikan sebagai mas kahwin sebanyak RM19,000 berserta tujuh dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki.

Sebelum majlis pernikahan itu, rombongan pihak lelaki tiba dengan diiringi sepasukan polis trafik sepanjang perjalanan mereka ke kediaman keluarga Leuniey.

Sementara itu, Apek memberitahu, dia dan isterinya itu belum merancang untuk berbulan madu dalam masa terdekat ini, namun masih lagi menganggap perkara itu amat penting sebagai permulaan baru melalui alam berumah tangga.

Rombongan pihak lelaki yang hadir pada majlis tersebut ialah ibu bapa Apek iaitu Che Mat Hussein 58, dan Bidah Ibrahim, 57, serta lima adik-beradiknya.

Turut hadir ibu bapa Leuniey iaitu Nazri Adnan, 44, dan Norlaila Abu Bakar,45, serta empat adik-beradiknya yang lain.

Majlis pernikahan itu turut dihadiri Timbalan Mufti negeri Kelantan, Datuk Nik Abd Kadir.

Sumber


-

Thursday, 27 December 2012

Leuniey Bakal Isteri Apek Buang Bapa Kandung?


Teman baca pun sakit hati. Baru nak bernikah dengan Personaliti Bolasepak Harimau Malaya Apek dah lupa dengan bapa kandung sendiri.  Apa yang teman baca dan teman amati mStar Online, bapa kandung telah meluahkan rasa terkilan tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan anak sulungnya itu.  Leuniey macam nak mengelak daripada menjemput bapa kandungnya.  

Ye la. Sebagai bapa dan wali kepada Leiuney berhak dan ada hak untuk dijemput majlis akad nikah.  Sesiapa pun tak boleh menghalang.  Jika Leuniey sendiri berniat untuk mengelak dari menjemput bapa kandung, itu adalah satu tindakan kurang ajar. Jika setakat berjumpa untuk mendapatkan tandatangan borang pernikahan, baik tak payah la beb! Kerana ingin bernikah dengan personaliti bolasepak, sanggup dibuang bapa kandung, sendiri mau ingat la! Belum apa-apa dah lupa diri! cissss...
-

Tuesday, 25 December 2012

PANAS: APEK MELEPAS SYURGA PAS


Kesian tengok Apek, melepaslah Syurga PAS.  Nik Aziz tak jadi pulak nak nikahkan Apek le pulak.  Apakan daya ye Apek, dah nasib badan.  Lepaih ni boleh jugak dapat Syurga PAS tu.  Buat baiah dengan Nik Aziz, confirm Nik Aziz kurniakan Syurga tu kot.  Silap haribulan, dapat jadi Ustaz Segera PAS. Boleh keluarkan fatwa la Apek! mike tak nak ke?heeee..


SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat menikahkan penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri pada Jumaat ini ekoran urusan rasmi yang perlu hadiri.

Menerusi Facebook, Nik Aziz berkata, jemputan majlis nikah Apex-Nur Eilunie bertembung dengan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri bersama Sultan Kelantan pada hari yang sama.

"Susulan pertanyaan banyak pihak berkenaan dengan kesediaan Tuan Guru menjadi jurunikah perkahwinan penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat Jumaat ini, adalah dimaklumkan bagi pihak Tuan Guru bahawa beliau tidak berkesempatan untuk memenuhi undangan keluarga pengantin kerana bertembung dengan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri 1/2012 bersama Sultan Kelantan pada hari yang sama," kata mesej dipetik daripada Facebook Nik Aziz.

Laman itu menambah, Nik Aziz  merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian pihak pengantin menjemput beliau untuk menjadi jurunikah.

"... bagaimanapun di dalam masa yang sama beliau memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi undangan kerana pertembungan ini.

"Justeru, beliau terpaksa membatalkan kesudiannya yang telah dinyatakan di peringkat awal.

"Pihak Tuan Guru mendoakan agar saudara Khairul Fahmi Che Mat sentiasa diberkati perkahwinannya oleh ALLAH SWT dunia dan akhirat, Insya-ALLAH," katanya.

Laporan media 11 Disember menyebut bahawa Nik Aziz bersetuju menikahkan Apex dengan Nur Eilunie Jumaat ini.

Majlis akad nikah akan berlangsung di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan, kira-kira jam 10 pagi.

Majlis persandingan sebelah perempuan pula bakal diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember jam 8 malam yang berkonsepkan Melayu Kotemporari.

Persandingan sebelah lelaki pula akan berlangsung di kediaman Apex di Kampung Cherang, di sini bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala-kampung.

Sementara itu, pada 13 Januari depan majlis resepsi bagi meraikan rakan-rakan Apex  pula akan diadakan di Hotel Royale Bintang, Damansara dengan memilih konsep English Style.

Dekorasi dan pelamin di Hotel Royale Bintang itu mendapat sentuhan magis dari Ari Wedding Couture, Kuala Lumpur.

Sumber
-

Tuesday, 11 December 2012

BERITA TERGEMPAR: APEK MASUK PARTI PAS



Biar betul la Apek!  Mike jangan keje giler.  Kalau nak kahwin, kahwin je le.  Ni dah masuk citer politik pulak.  Jaga je gawang Malaysia elok-elok.  Jangan bolos lagi.  Tak kan sampai nak nikah pun nak minta Nik Aziz akad kan..eh.eh!  Menurut Haramkah Daily Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju menikahkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dengan pasangannya, Leuniey  Natasha Nazri pada 28 Disember ini.  Menurut surat bertarikh 10 Disember yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rushdee Abdullah itu, majlis akad nikah akan diadakan di rumah keluarga Leuniey jam 10.00 pagi.

Teman pun tak tau nak kata apa, tapi teman doakan semoga mike berbahagia hingga anak cucu dan moga-moga NIK AZIZ KURNIAKAN SYURGA pada mike..heee..
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...