Showing posts with label Hiburan Artis Siti Fazurina. Show all posts
Showing posts with label Hiburan Artis Siti Fazurina. Show all posts

Friday, 28 December 2012

KANTOI: FAZURINA MENGAKU TAK DAPAT RESTU KELUARGA


Teman dah cakap.  Ada yang tak kena perkahwinan Fazurina ni.  Kecoh-kecoh kata Fazurina kahwin lari dengan Haikal ni dah terbukti.  Teman nak gelak bila Fazurina buat satu sidang akhbar. Beriya-iya la panggil semua ahli keluarga termasuk ibu Fazurina sendiri. Cadangnya nak tunjuk pada masyarakat dia tak kahwin lari, tak dapat restu keluarga. Tapi akhirnya, lain pulak jadinya.  Jadi drama sedih le pulak.

Menurut laporan Kosmo, Fazurina atau nama ringkasnya Nina mengadakan sidang akhbar di salah sebuah hotel di Bayan Baru, Pulau Pinang baru-baru ini dengan turut menjemput ibunya, Zubaidah Abu Bakar, 60, serta beberapa ahli keluarganya yang lain termasuklah abang tiri Fazurina, Shahzuri Shaharudin, 36, serta adik-beradiknya, Mohd. Fauzi, 24, dan Mohd. Firdaus, 22.

Sidang akhbar tersebut bagaimanapun bertukar menjadi seolah-olah penggambaran sebuah drama Melayu apabila Zubaidah dan ahli keluarga Fazurina yang hadir hanya mendiamkan diri.


‘Drama’ air mata mula tercetus apabila Fazurina tiba-tiba bergegas mengejar Zubaidah sehingga ke tangga selepas ibunya itu dibawa oleh salah seorang daripada adik lelakinya itu untuk beredar dari sidang akhbar tersebut.

Hanya sempat memeluk ibunya selama beberapa saat sambil meminta ampun, Fazurina dilihat amat sebak.

Sementelah, Zubaidah kedengaran telah meluahkan kekesalannya dengan tindakan Fazurina (berkahwin secara senyap-senyap) sebelum dia ditarik adiknya itu meninggalkan lokasi sidang akhbar tersebut.

Kan ke dah kantoi!  Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.  Tapi teman paling tak suka bila Fazurina cuba menyalahkan orang lain dalam isu ini.  Eh!Eh!  Siapa yang kahwin ni?  Bukan ke mike yang gatal nak kahwin, apasal pulak orang lain yang salah.  Jangan derhaka pada ibu.  Syurga ditapak kaki ibu tau tak? Bukannye kat Nik Aziz..oppss..
-

Tuesday, 25 December 2012

GEMPAR: FAZURINA TAK RETI NAK JAWAB SEBAB KAHWIN LARI


Teman pening la dengan artis ni. Sebab itulah artis Malaysia selalu dipandang serong oleh masyarakat.  Ada cara elok, pergi kahwin lari pulak.  Banyak sangat buruk dari baik. Dakwaan betul atau tidak, pandangan masyarakat akan melihat sesuatu yang tidak baik kepada artis.  Menurut laporan Kosmo, Pelakon drama, Siti Fazurina Mohd. Famir yang lebih dikenali sebagai Nina menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan dia 'kahwin lari' di Thailand dengan Muhammad Hykal Zulkifli setelah tidak mendapat restu keluarga.


Menurut Nina, 30, dia dan suaminya, Muhammad Hykal, 31, sebenarnya selamat melangsungkan majlis pernikahan di Masjid Jamek Sungai Pinang di sini pada 20 Disember lalu dan bukannya di negara jiran seperti yang digembar-gemburkan.

"Majlis pernikahan saya berlangsung secara sah dan saya tak sangka perkara ini boleh timbul apatah lagi membabitkan ahli keluarga saya sendiri.

Teman yakin pernikahan itu sah, Cuma, teman nak bertanya, adakah benar-benar mendapat restu keluarga? Pandangan kasar, jika tidak melibatkan kelurga dalam sesuatu yang penting dalam hidup seperti contohnya nikah kahwin ni, pastinya masyarakat menganggap sebagai kahwin lari...betul kan?
-

Monday, 24 December 2012

PANAS: FAZURINA NAFI KAHWIN LARI, HABIS APA?



Jumaat lepas, kecoh sebentar apabila sebuah akhbar online telah melaporkan pelakon yang pernah popular dengan drama ‘Dunia Anita’ iaitu Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, telah bernikah bersama teman lelakinya, Hykal Zulkifli.

Dalam laporan tersebut, Fazurina juga dikatakan telah melangsungkan perkahwinan bersama Hykal berwalikan bapa saudaranya tanpa pengetahuan keluarga. Laporan yang sama turut menyebut keluarga Fazurina tidak mengenali keluarga pihak lelaki dan mereka berdua dikatakan ‘kahwin lari’.

Namun, satu sumber yang rapat dengan Fazurina telah menghubungi OHBULAN! dan mendedahkan bahawa keluarga Fazurina sememangnya mengenali Hykal.

“Sebenarnya keluarga Fazurina dan keluarga Hykal menetap di kondominium yang sama, cuma tingkat saja berlainan.”

Sumber turut memberitahu bahawa adik Fazurina iaitu Siti Fazurita Mohd Famir sebelum ini pernah terlibat sebagai pelakon drama terbitan produksi Tripix Studio, yang juga dimiliki oleh Fazurina dan Hykal sebagai rakan kongsi.

“Hykal ada buat drama untuk Tripix Studio dan Fazurita (adik Fazurina) adalah salah seorang yang terlibat sebagai pelakon.”

Dalam pada itu, Fazurina yang membahasakan dirinya Nina ketika dihubungi OHBULAN! mengaku bahawa keluarga mereka saling mengenali dan turut menafikan bahawa dia dan Hykal kahwin lari.

“Ya, memang keluarga Nina saling mengenali dan keluarga Hykal tinggal di tingkat 16 manakala Nina dan keluarga di tingkat 14 di sebuah kondominium yang sama di Hartamas,” jelas pelakon ini.
Sebelum ini juga, Fazurina memberitahu bahawa keluarga Hykal pernah datang merisik, namun telah ditolak oleh ibunya. Selain itu, Fazurina turut meluahkan rasa terkilan kerana sikap adiknya yang sengaja membesar-besarkan cerita tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Nina dan Hykal bukan kahwin lari. Majlis pernikahan kami dihadiri oleh semua ahli keluarga besar termasuklah ibu-ibu dan bapa-bapa saudara kami semua. Mereka semua menyukai Hykal dan bersetuju dengan pilihan Nina. Cuma ibu dan adik-beradik Nina yang tidak hadir.
“Sebelum bernikah pun, Nina sudah pergi merujuk pada ustaz-ustaz untuk bertanya serta mendapatkan kepastian tentang situasi kami. Nina juga ada buat solat Istikharah,” tambahnya lagi.

Fazurina walau bagaimanapun tetap berharap agar hati ibunya akan terbuka untuk menerima kehadiran Hykal suatu hari nanti.

“Walaupun ibu Nina tak bagi, tapi Nina tahu satu hari nanti pintu hatinya akan terbuka. Nina percaya, antara ibu dan anak takkan terpisah,” luah pelakon berusia 30 tahun ini.

Sementara itu, sebuah sidang akhbar akan diadakan Fazurina pada hari esok (24 Disember), jam 2 petang bertempat di Hotel Seri Malaysia, Pulau Pinang. Majlis resepsi Fazurina & Hykal Zulkifli pula akan diadakan pada 9 Februari 2013 di Pulau Pinang.

Sumber
-

Friday, 21 December 2012

GEMPAR: Artis Kahwin Lari , Apa Punya Perangai la



Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta, Siti Fazurina dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Haikal, 30-an tanpa pengetahuan keluarganya.

Sumber terdekat keluarganya mendedahkan, Fazurina atau nama sebenarnya Siti Fazurina Mohd Famir, 30, pernikahan tersebut berlangsung di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 3.30 petang Khamis berwalikan bapa saudaranya.

"Fazurina langsung tidak memaklumkan mengenai perkahwinan tersebut kepada keluarganya malah telah menghilangkan diri selama sebulan tanpa khabar berita.

"Kami sangat terkejut dan kecewa dengan tindakannya yang membelakangkan keluarga terutama ibunya," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Dalam pada itu, sumber memberitahu, pihak keluarga perempuan ada menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu yang menjadi saksi pernikahan bagi memaklumkan majlis berkenaan.

Malah dalam SMS tersebut, individu itu meminta supaya ibu Fazurina bersabar dan reda dengan perkahwinan yang dilakukan secara sembunyi tanpa pengetahuan keluarga itu.

"Jika benar mereka ingin berkahwin mengapa tidak berjumpa dengan ibunya untuk meminta restu.

"Ibunya sangat kecewa dengan tindakan Fazurina bernikah tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

"Malah pihak kami tidak mengenali dan berjumpa keluarga pihak lelaki," ujarnya.

Sementara itu, usaha mStar Online untuk menghubungi Fazurina bagi mendapatkan penjelasan gagal kerana dia mungkin masih mahu merahsiakan majlis itu.

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...