Showing posts with label DUN. Show all posts
Showing posts with label DUN. Show all posts

Wednesday, 27 March 2013

HOT ! Selangor Bubar DUN 22 April!


Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 April ini jika Parlimen masih belum dibubarkan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, perbincangan sedang diadakan dengan kerajaan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah untuk turut mengambil tindakan serupa seperti Selangor.

“Buat masa ini, kita bincang dahulu dengan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Jika mereka setuju, kita akan bubar serentak,” kata Abdul Khalid pada sidang akhbar di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Kelantan pimpinan Pas dilaporkan bersetuju membubarkan DUN bersama-sama dengan kerajaan Pusat. - Bernama
-

Tuesday, 26 March 2013

HOT NEWS: DUN Negeri Sembilan Bubar


Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor akan memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendiri DUN negeri ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu.
Beliau berkata pemakluman itu bagi membolehkan badan pengendali pilihan raya mengadakan pilihan raya bagi negeri ini dalam tempoh 60 hari selepas DU Nterbubar secara sendiri pada Khamis.
"Itupun jika Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tidak membubarkan DUN esok di mana baginda masih boleh berbuat demikian di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
"Tapi jika tidak ada pembubaran pada Rabu, mungkin pada sebelah petang saya akan menghantar makluman kepada SPR kerana pada tengah malamnya DUN sudah terbubar," katanya.
Sementara itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya mempunyai tempoh selama 60 hari selepas Khamis ini untuk menentukan tarikh bagi penamaan calon dan pilihan raya bagi negeri ini.
Bagaimanapun katanya, SPR mempunyai masa yang cukup untuk menunggu sehingga semua DUN di negeri lain dan Dewan Rakyat terbubar dengan sendirinya sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengadakan pilihan raya.
"SPR juga akan mengadakan mesyuarat khas mengenai perkara ini pada masa yang sesuai yang akan ditentukan kelak," katanya.
Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi DUN adalah negeri pertama yang terbubar secara automatik pada Khamis ini selepas cukup tempoh lima tahun.
Tempoh lima tahun Dewan Rakyat pula berakhir 28 April depan.
Pada pilihan raya umum lalu, Barisan Nasional membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas memenangi 21 kerusi sementara selebihnya dimenangi DAP (10), Parti Keadilan Rakyat (4) dan PAS satu kerusi.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pimpinan parti-parti pakatan pembangkang membincangkan pada mesyuarat pada Selasa mengenai tarikh pembubaran dewan undangan negeri yang ditadbir oleh pembangkang iaitu Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.
Sebelum itu, penasihat DAP Lim Kit Siang mencadangkan dewan undangan di empat negeri itu dibubar serentak dengan pembubaran Parlimen untuk memudahkan pengundi menunaikan tanggungjawab. BERNAMA
-

Wednesday, 20 February 2013

TERKINI: Selangor Bubar DUN Hari Ini?



Teka teki pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bakal terjawab apabila Menteri Besar, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bagi mendapatkan perkenan berhubung perkara itu.

Perkara ini disahkan beberapa pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) Selangor dan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berhubung pertemuan antara Menteri Besar dan Sultan hari ini mengenai pembubaran DUN Selangor.

Desas desus ini disahkan, Timbalan Speaker Selangor merangkap Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

“Memang setiap Rabu, Menteri  Besar akan menghadap Sultan sebelum mesyuarat exco. Tetapi mungkin pertemuan esok (hari ini) bakal menjawab segala ‘ribut spekulasi’ yang melanda Selangor belakangan ini.

“Petang ini (semalam) Menteri Besar mengadakan mesyuarat dengan barisan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), ini memang mesyuarat berkala tetapi mungkin agendanya bakal menjawab teka-teki pembubaran Dun Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman turut memaklumkan perkara sama.

“Betul, betul, Tan Sri Abdul Khalid akan menghadap Sultan esok,” katanya.

Ribut spekulasi ini turut mendapat reaksi positif daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani, mengiakan perkara tersebut walau bagaimanapun beliau enggan mengulas tujuan pertemuan tersebut.

“Setiap Rabu, memang Menteri Besar akan menghadap Sultan pada jam 8.30 pagi tapi saya tidak pasti tujuan pertemuan esok (hari ini),” katanya.

Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan pembubaran DUN akan dilakukan selepas sambutan Cap Goh Meh, yang jatuh Ahad ini, dan dijangkakan perkara ini akan disahkan Menteri Besar sendiri pada mesyuarat Exco hari ini.

Semalam, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri hanya mengumumkan pembubaran Dun selanjutnya adalah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk merancang dan melaksanakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari. (Sinar)
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...