Showing posts with label Bolasepak. Show all posts
Showing posts with label Bolasepak. Show all posts

Wednesday, 13 March 2013

Match For Hope : Bolasepak Malaysia-Palestin Untuk Tabung Palestin @shaberyc


Pasukan bola sepak negara akan berentap dengan pasukan Palestin di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 26 Mac ini dalam satu perlawanan amal bola sepak antarabangsa bagi mengutip dana untuk Tabung Bantuan Rakyat Palestin dan Tabung Wira Negara Lahad Datu. 

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata hasil kutipan tiket dan derma, termasuk sumbangan badan swasta bagi menjayakan acara itu, akan dibahagi untuk dua tabung berkenaan. 

Beliau meminta orang ramai datang beramai-ramai memeriahkan acara itu sebagai simbolik dalam memapar semangat patriotik di samping menzahirkan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin. 

Katanya, kejayaan penganjuran perlawanan amal itu akan menyerlahkan lagi keprihatinan seluruh rakyat Malaysia berbekal semangat 1Malaysia, yang berdiri teguh menyokong perjuangan rakyat Palestin. 

Ahmad Shabery berkata ia juga akan menyerlah penghargaan seluruh rakyat kepada anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam mempertahan negara tercinta di Lahad Datu, Sabah sekali gus mengajak semua masyarakat menghayati nilai kedaulatan negara untuk sama-sama dipertahan. 

"Ini julung kali Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan perlawanan amal antarabangsa seumpama ini, ia diharap dapat menjadi satu usaha berterusan dalam membantu inisiatif keamanan, bukan sahaja untuk negara tapi juga buat keamanan di peringkat antarabangsa," katanya. 

Ahmad Shabery berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan logo acara perlawanan itu yang bertema "Voices of Malaysia, Match For Hope" di bilik mesyuarat bangunan Kementerian Belia dan Sukan di sini. 

Acara anjuran kementerian dengan kerjasama Majlis Sukan Negara, yang ditauliah Persatuan Bola Sepak Malaysia itu, bermula pada 8.45 malam dan jualan tiket grandstand RM150, terrace RM20 dan kanak-kanak RM10 diurus Ticket Hotline, Wisma FAM Kelana Jaya. 

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia, di ranking 159, bertemu Palestin, di ranking 153, ialah pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2011, yang berakhir dengan keputusan Palestin menewaskan Malaysia 4-3. -- BERNAMA
-

Saturday, 9 February 2013

PANAS! Nazmi Faiz Hanya Makan Maggi di Portugal


Kepulangan Nazmi Faiz dari Portugal untuk beraksi di Malaysia sememangnya menjadi bualan mulut peminat bolasepak tempatan. Ramai yang mengkritik tindakan pemain muda ini yang dilihat sebagai satu langkah ke belakang untuk kariernya. Nazmi juga lebih banyak berdiam diri dari meluahkan faktor sebenar dirinya menamatkan kontrak bersama SC Beira-Mar.
Namun, tidak ramai mengetahui hal sebenar mengenai kesengsaraan Nazmi dalam meneruskan kehidupan di Portugal. Krisis kewangan yang dihadapi kelab Portugal itu menyaksikan gajinya sebanyak 2500 Euro sebulan dipotong hingga akhirnya tinggal 500 Euro sebulan.
Sumber rapat memberitahu, keadaan ini seterusnya mengakibatkan Nazmi sendiri mempunyai masalah untuk mendapatkan makanan hingga terpaksa makan maggi untuk mengalas perut. Dengan sumber kewangan yang terhad ini, Nazmi juga bermasalah dalam membayar sewa rumahnya sehingga akhirnya terpaksa merempat di rumah kawan.
Boleh dikatakan, kebajikan Nazmi disana terabai dan harus diingat, usia Nazmi masih terlalu muda berbanding beberapa pemain negara yang berkelana di Eropah sebelum ini. Kakak beliau yang menemani beliau pula hanya bertahan 3 bulan sebelum dihantar pulang ke Malaysia.
Kesusahan Nazmi ini telah dirujuk ibu bapa beliau kepada beberapa pihak yang berkenaan namun tiada tindakan yang diambil namun Nazmi tetap bertahan hampir enam bulan lamanya bagi merealisasikan impian dan harapan seluruh rakyat Malaysia.
Diberitakan lagi ketika cuti Krismas lalu dimana Nazmi dibenarkan bercuti, kebetulan seorang individu yang rapat dengan Nazmi sendiri iaitu datuknya telah meninggal dunia tetapi Nazmi tidak dibenarkan pulang ke Kuala Lumpur oleh Beira Mar pada waktu itu walaupun sudah mempunyai tiket penerbangan pulang.
Selepas episod sedih ini berlaku, Nazmi diminta pula untuk menandatangani satu kontrak baru dalam bahasa Portugal yang mana meragukan beliau. Selain itu Nazmi mahu dijual Beira Mar ke kelab Divisyen 4 Jerman. Setelah berbincang dengan ejen dan keluarga, pemain muda ini memilih pulang ke Malaysia buat masa ini untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.
Situasi ini akhirnya diselamatkan PKNS FC yang menerima tawaran dari ejen Nazmi, Marco Guimaraes untuk membawa pulang Nazmi ke Malaysia dengan membayar wang perpindahan kepada Beira Mar.

Sumber : duniasukan.com
-

Thursday, 10 January 2013

HANGAT :Mat Yo Kena Bayar RM299,000 pada KAFA


Apa lagi kisah Mat Yo ni? Tak habis-habis la. Semua pasal duit. FAM arah Mat Yo bayar RM299,000 sahaja sedangkan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) minta RM1 Juta. Adoii!! mana satu betul ni? Kesian Mat Yo. Sebab perpindahan, kena bayar la pulak. Apa nak buat Mat Yoo. Sabar je la..

NORSHAHRUL Idlan Talaha, yang turut dikenali sebagai Mat Yo, hanya perlu membayar RM299,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), bukannya RM1 juta seperti yang dituntut oleh badan itu baru-baru ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan.

"Apabila seorang pemain menamatkan kontrak sebelah pihak dengan pasukannya, pemain tersebut hanya perlu membayar bayaran tebus kontrak sahaja.

"Pasukan asal tidak berhak menuntut bayaran perpindahan, jadi Kelantan hanya berhak menuntut tebusan (nilai)kontrak kepada Mat Yo (yang berbaki) selama 13 bulan sahaja.

"Maka jawatankuasa yang bersidang hari ini memutuskan bahawa bayaran yang dituntut Kafa  tidak dapat dibenarkan kerana ia bukan melibatkan perpindahan pemain, ia cuma tamat kontrak ," katanya ketika pemberita di Wisma FAM, hari ini. (Sinar Harian)
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...