Showing posts with label Azzumudie Kiram. Show all posts
Showing posts with label Azzumudie Kiram. Show all posts

Wednesday, 27 March 2013

Kiram Penipu! Azzimudie Masih Di Sabah? Boleh Percaya ke/


Ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram didakwa masih berada di Sabah, walaupun pihak media Malaysia melaporkan dia telah melarikan diri dan kembali ke negara ini, dakwa anak pemimpin pengganas Sulu, Jacel Kiram semalam.

"Kami bercakap dengannya (Azzimuddie) melalui telefon pagi tadi (semalam)," kata Jacel kepada akhbar dalam talian Rappler.com

Katanya, perbualan rutin selama 30 saat setiap hari itu membuktikan Azzimuddie masih berada di Sabah.

Pihak berkuasa Malaysia sebelum ini menyatakan bahawa Azzimuddie, 72, telah meninggalkan orang-orangnya di Lahad Datu dan kini sedang bersembunyi untuk mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa negara tersebut.

Jacel menegaskan, bapa saudaranya itu dan beberapa pengikutnya sedang menyembunyikan diri di Sabah.

Dia juga menafikan Datu Amirbahar Hushin Kiram, 40 yang ditahan pihak berkuasa Malaysia berpangkat jeneral dalam tentera Kesultanan Sulu.

Katanya, Amirbahar telah menjadi penduduk tetap Sabah sejak empat tahun lalu.

"Dengan penahanan Amirbahar, pihak berkuasa Malaysia memberitahu masyarakat antarabangsa yang mereka berjaya mengawal keadaan dan ia tidak benar," kata Jacel.

"Kami perlu berhati-hati. Dia bukan seorang jeneral," tambahnya.

Sebelum ini Jacel pernah menipu dengan menunjukkan sekeping gambar palsu yang didakwanya sebagai anggota keselamatan Malaysia yang mati selepas bertempur dengan pengikut bapanya.

Gambar itu merupakan askar-askar Thailand yang terkorban pada tahun 2007 yang disiarkan di internet.

Azzimuddie dan sejumlah pengikutnya memasuki Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu untuk menuntut tanah yang didakwa hak milik nenek moyang mereka. - Agensi
-

Tuesday, 26 March 2013

XCLUSIVE: Azumudie Dibunuh Pengikut Akibat Tangkal?


Tidak ramai yang tahu, Pengganas Azumudie yang menggunakan Tangkal bersaiz besar di lehernya dikelilingi oleh kira-kira 60 pengawal peribadinya yang lengkap berpakaian tentera dan bersenjata. Tiada siapa boleh mendekatinya.


Pengganas Azumudie Di Bunuh Pengawal Sendiri ?

Pengganas Azumudie Di Bunuh Pengawal Sendiri

Berita yang kami terima, Pengganas Azumudie yang mengepalai lebih kurang 250 pengganas Kiram dilaporkan telah terbunuh. Ianya sesuatu yang sukar dipercayai apabila kematiannya bukan disebabkan oleh tembakan pasukan Perajurit Negara kita, sebaliknya kematian Pengganas Azumudie kerana ditembak oleh salah seorang pengawalnya sendiri.

Sumber Admin amRF
-

Monday, 25 March 2013

UPDATED 6.00 PM: Azzimudie Kiram Akan Hadapi Perbicaraan Atas Kesalahan Jenayah


Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, Azzimudie Kiram yang mendakwa dirinya sebagai Raja Muda Kesultanan Sulu akan berhadapan dengan perbicaraan di Malaysia kerana mengetuai pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada Februari lepas.

“Saya tidak kisah sekiranya (dia) rakyat Malaysia atau tidak... dia melakukan kesalahan dan dia akan didakwa,” katanya pada sidang media di pejabat beliau di sini, Isnin.

Azzimudie, yang turut digelar Agbimuddin, dilaporkan telah meninggalkan negara dan pergi bersembunyi sejak 11 Mac apabila pasukan keselamatan Malaysia melancarkan operasi serangan ofensif untuk menyingkirkan 200 anggota pengganas bersenjata Sulu yang diketuainya dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Pembangkang kemudiannya mendakwa bahawa terdapat maklumat yang mendakwa Azzimudie pernah berkhidmat sebagai pembantu pegawai daerah di Sabah.

mStar
-

Sunday, 17 March 2013

PANAS! Agbimuddin Tak Pernah Sampai Pun Di Lahad Datu, Hanya Propaganda Sultan Sulu


PENULIS dah kata lama, Anwar bukan ikhlas sangat bila minta rakyat beri sokongan kepada pasukan keselamatan kita yang sedang bertaruh nyawa di Sabah.

Dia cakap begitu-begitu sajalah, tapi cuba periksa balik dimana kenyataan Anwar yang mengecam keganasan lanun Sulu itu.  Ada ke takde?  Penulis rasa macam tidak ada.  Anwar lebih berminat mencari kelemahan kerajaan Malaysia dan ATM saja, nama dia nak kecam lanun ini tidak sekali, walaupun ada kepala anggota polis kita yang dipisahkan dari badan.

Maka itu tidak hairan kenapa balacinya langsung tidak berminat dengan pengorbanan anggota tentera kita di Sabah, sebaliknya tidak ada hari dimana media dan pemimpin pro Pakatan yang tidak mempersoalkan keberkesanan strategi yang digunakan pasukan keselamatan,

Ada saja yang tidak kena, ada saja yang tidak betul dan ini berlaku dari hari pertama operasi Sulu lagi sebelum digantikan dengan Operasi Daulat bila tentera mula mengambil alih.  Asal dulu dia kata polis penakut sebab tak serang, bila dah serang dia kata terlalu kejam, dan sebagainyalah.

Sekarang ini media mereka sibuk pulak mempersoalkan bagaimana ketua penceroboh lanun, Azzumudie Kiram atau Agbimuddin Kiram boleh lolos balik semula ke Filipina?  Ini semua jalan dan alasan untuk merendahkan moral pasukan keselamatan secara tidak langsung.  Macamlah luas kawasan laut yang nak dikawal ini besar padang bola sepak.

Tapi yang perlu disebutkan disini, sehingga sekarang tidak ada bukti mengatakan Agimudin itu berada di Malaysia atau tidak.  Kesimpulan yang mengatakan Agimudin ada disini dan mengetuai serangan lanun Sulu itu adalah datang dari abangnya sendiri, Jamalul Kiram anak haram kepada media Filipina.

Kononnya Agimudin menyatakan sekian dan sekian, tapi betul atau tidak Agimudin berada di Sabah, masih belum dapat dipastikan.  Ada besar kemungkinan dia tak pernah sampai sini pun.

Penulis lihat keutamaan pasukan keselamatan sekarang ialah menghapuskan ancaman pengganas lanun ini, supaya rakyat kita di kawasan tersebut dapat terus hidup aman dan tenteram seperti dulu.

Agimudin ada atau tidak, lolos atau tidak bukan isu, isunya semua lanun ini perlu dihapuskan.

Selepas Operasi ini selesai, barulah kita bincang dan tentukan sama ada Agimudin memang ada disini dan mengetuai pencerobohan atau ia hanyalah propaganda Sultan lanun, Jamalul Kiram.

Mykmu.net
-

Saturday, 16 March 2013

UPDATED 4.00 PM : Pihak Berkuasa Ekstradisi Azzimudie


Pihak keselamatan negara akan mengumpulkan bukti yang cukup sebelum mencari kaedah mengekstradisi ketua pengganas dari Sulu Azzimudie Kiram atau Agbimuddin dari Filipina dan dibicarakan di negara ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata seperti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam, Azzimudie yang mengetuai pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dipercayai sudah berada di Filipina.

"Pada hemat saya, kalau dia berada di sana pun kita tidak menghadapi masalah sebab kita sudah menjalankan siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) ke atas mereka yang ditahan.

"Jadi, kita akan kumpulkan bukti, seterusnya menggunakan saluran perundangan untuk kita ekstradisi Azzimudie bagi menghadapi pertuduhan di negara kita," katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat, dekat sini Sabtu.

Ismail dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada sidang akhbar bersama di Kota Kinabalu semalam, berkata Azzimudie dipercayai telah melarikan diri ke Filipina. - BERNAMA
-

UPDATED : Lagi Ramai Pengganas Sulu Mati, Patut La Kiram Cabut Lari! Adeeh!!


Teman rasa pengganas Sulu ini dah tak tahan dengan serangan bertubi-tubi anggota keselamatan negara. Menurut laporan, semakin lama pengganas berkubu di Kampung Tanduo di sini, makin ramai pula anggota mereka yang ditemui mati ekoran kecekapan dan ketepatan pasukan keselamatan menjalankan Operasi Daulat di kawasan bergolak tersebut.

Sebelum ini, ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram dipercayai telah melarikan diri ke selatan Filipina. Ketua pengganas ini pun cabut lari tinggalkan pengikut-pengikutnya. Semalam pasukan keselamatan menemui dua lagi kubur baharu pengganas Sulu tidak jauh dari sebuah lubang yang ditemui pada 6 Mac lalu. Di dalam lubang itu mengandungi sembilan mayat.


Dua kubur tersebut mengandungi enam lagi mayat pengganas Sulu yang sudah mereput dan berbau busuk menjadikan jumlah sebenar musuh yang mati ditembak dalam pertempuran pada 1 Mac lalu meningkat kepada 15 orang dan bukan 12 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Cara pengganas mahu menutup aib dengan menanam rakan-rakan mereka supaya tidak diketahui oleh anggota keselamatan negara. 
-

UPDATED : Kiram Dah Cabut! Tau Takut!


Pihak berkuasa keselamatan negara yakin telah melumpuhkan kumpulan penceroboh pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, dengan ketua kumpulan itu dipercayai melarikan diri ke Filipina.

Gerakan ofensif pasukan keselamatan negara terhadap kawasan kubu pengganas di Kampung Tanduo sejak 11 hari lepas menyebabkan ketua kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram, yang turut dikenali sebagai Agbimuddin Kiram, meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Kota Kinabalu, Sabah, malam ini.

Semalam seramai 11 lagi individu ditahan dalam operasi memburu dan mengesan penceroboh yang kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di beberapa
kampung berdekatan dengan Kampung Tanduo.

Seramai lapan lelaki rakyat asing berusia 17 dan 29 tahun yang menaiki bot laju dari Filipina ditahan pada 12.15 malam ketika memasuki Sungai Bilis, Lahad
Datu dan dua lagi lelaki rakyat asing yang dipercayai tali barut militan itu ditahan dalam operasi di Semporna.

Dalam tangkapan di Sungai Bilis, polis turut menemui wang tunai peso berjumlah PHP369,000 (RM28,375) dan satu tong kosong, kata Pesuruhjaya Polis
Sabah Datuk Hamza Taib.

Sehingga petang ini, pasukan keselamatan menahan 97 orang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan 233 orang lagi ditahan kerana memasuki zon larangan Op Daulat.

Seramai 61 musuh pula ditembak mati dan 27 daripada mayat penceroboh militan itu dibawa keluar dari kawasan operasi untuk bedah siasat.

"Kami percaya terdapat 10 lagi mayat pengganas belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu," katanya yang turut mengesahkan bahawa pasukan keselamatan menemui tiga kubur dan 15 mayat di Kampung Tanduo.

Malaysia memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat itu dan jika tiada jawapan dalam tempoh itu,
kesemua mayat berkenaan akan dikebumi mengikut cara yang sesuai.

Malaysia juga tidak bersendirian dalam menyelesaikan krisis di pantai timur Sabah itu apabila mendapat kerjasama erat dari Filipina.

Komitmen dan pendirian Filipina jelas apabila tentera laut Filipina menahan 35 pengganas Sulu yang cuba keluar dari Sabah dan kesemua mereka akan dihadapkan di mahkamah negara itu.

Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan militan dari Sulu pada 5 Mac selepas beberapa siri rundingan dengan kumpulan yang
menceroboh persisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas gagal.

Dua hari lepas, Panglima Angkatan Tentera mengumumkan penambahan aset ketenteraan dalam usaha menggempur habis-habisan bagi menamatkan krisis
pencerobohan militan Sulu itu.

Dalam tempoh pencerobohan itu, seramai 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua anggota tentera, manakala sembilan
anggota pasukan keselamatan cedera. - Bernama
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...