Showing posts with label Adnan. Show all posts
Showing posts with label Adnan. Show all posts

Thursday, 21 March 2013

FOTO (11) : Sekitar Gambar Kereta Kebal Adnan Beraksi Di Lahad Datu

Pasukan keselamatan menggunakan kereta perisai jenis Adnan dalam Ops Daulat untuk mengempur saki-baki pengganas bersenjata Sulu di Kampung Tanjung Batu. Kereta Perisai Adnan telah beroperasi menggeledah pengganas sejak beberapa hari yang lalu. Teman nak berkongsi beberapa keping foto kereta Perisai kebanggaan ini yang dikutip daripada beberapa sumber.








-

Wednesday, 20 March 2013

UPDATED : Kereta Perisai Adnan Mula Menggempur Pengganas


Kereta perisai berantai Adnan yang tiba semalam, mula memasuki kawasan operasi di Kampung Tanjung Batu hari ini, bagi membantu usaha mengesan saki baki kumpulan pengganas Kiram di kawasan berkenaan.

Panglima 1 Divisyen Infantri, Datuk Mohd. Zaki Mokhtar berkata, dengan bantuan kereta perisai berkenaan, pihaknya percaya operasi membersih dan menggeladah Kampung Tanjung Batu akan dapat diselesaikan hari ini.

"Penggunaan kereta perisai berkenaan amat signifikan kerana ia bukan sahaja mempunyai daya perlindungan dan persenjataan yang baik tetapi mampu bergerak di kawasan yang sukar.

"Kalau sebelum ini, operasi banyak terbatas kepada jalan dan kawasan tertentu tetapi dengan kereta perisai berantai ini kita mampu meredah kawasan luar daripada jalan-jalan biasa," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

UTUSAN
-

Tuesday, 19 March 2013

UPDATED 4.00 PM : Kereta Kebal Adnan Dalam Operasi Geledah Pengganas


Pasukan keselamatan menggunakan kereta perisai jenis Adnan dalam Ops Daulat untuk mengempur saki-baki pengganas bersenjata Sulu di Kampung Tanjung Batu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kereta tersebut mempunyai mobiliti lebih baik dan mudah digunakan.

"Kita lebih bersedia sekarang dan operasi menggeledah di kawasan Tanjung Batu akan diselesaikan sepenuhnya hari ini," kata Hamza pada sidang media di sini pada Selasa.

Hamza berkata tiga lagi suspek bersenjata berjaya ditahan pada Isnin menjadi jumlah tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kini 107 orang.

"Mereka ditahan di Kampung Sim Sim, Sandakan," katanya.

mStar
-

UPDATED 19 MAC 10.30 Pagi : Perisai Berantai Sertai Ops Daulat


Pasukan keselamatan yang masih meneruskan misi Ops Daulat di sini menerima tambahan kekuatan dengan kehadiran kereta perisai berantai dalam usaha membantu dan memperkukuhkan penguasaan di gugusan Kampung Tanjung Labian di sini.

Kereta perisai berantai jenis ACV-300S Adnan itu dilihat memasuki kawasan Felda Sahabat pada pukul 4.20 petang selepas mengharungi perjalanan jauh kira-kira 300 kilometer dari Tawau.

Sebanyak 17 buah kereta perisai berantai termasuk sebuah untuk tujuan perubatan memasuki kawasan Felda Sahabat dengan diiringi 17 buah trak tentera berkekuatan 200 anggota.

Difahamkan, kesemua kenderaan yang tiba di Tawau pada pukul 9 pagi semalam merupakan kenderaan yang berpengkalan di Pangkalan Tentera Gemas, Negeri Sembilan.

Panglima I Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Moktar berkata, kereta perisai berantai itu dibawa dari Semenanjung bagi membantu pasukan keselamatan dalam Ops Daulat.

“Kereta perisai berantai juga bertujuan untuk mengawasi gugusan Kampung Tanjung Labian selepas operasi tamat kelak,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Petikan Kosmo
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...