Monday 11 March 2013

TERBARU! FILIPINA DEDAHKAN DALANG YANG BAYAR PENCEROBOH US600!


Satu siasatan tentang sudut konspirasi dalam penghantaran kumpulan bersenjata kesultanan Sulu ke Sabah adalah wajar dan konsisten dengan usaha untuk menamatkan keganasan di wilayah serta-merta, Malacañang berkata semalam.

The Palace membuat penjelasan itu sehari selepas Biro-Negara Siasatan (NBI) memerintahkan penasihat 'kesultanan' Kirams, Pastor "Boy" Saycon untuk disoal siasat pada Selasa lepas kerana beliau disyaki terlibat dalam konspirasi untuk mewujudkan kekacauan di Sabah yang melibatkan pengikut-pengikut Sultan 'syok sendiri'  Jamalul Kiram III.

Saycon adalah Setiausaha Agung Majlis Hal Ehwal Filipina atau COPA.

Timbalan jurucakap presiden Abigail Valte semasa temubual dengan Radio dzRB berkata adalah penting untuk menentukan motif sebenar sehingga meletusnya keganasan di Sabah yang menyebabkan kematian lebih daripada 60 orang. Beliau berkata kerajaan telah mengusahakan pelbagai saluran untuk menamatkan pencerobohan tersebut.

Saycon pula telah mengaku bertindak sebagai penasihat kepada Kiram tentang tuntutan tidak masuk akal Jamalul Kiram III ke atas Sabah kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata beliau adalah jurunasihat Kiram III mengenai hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan sejak 12 tahun yang lalu.

Beliau sebelum ini telah menafikan menghasut tentera kesultanan untuk pergi ke kampung pantai Lahad Datu di Sabah bulan lepas. Beliau juga mendakwa bekerja sendiri dengan Kiram tentang tuntutan Sabah.

Valte berkata ia adalah hasrat Presiden Aquino untuk membuat penyiasatan selari dengan usaha untuk mencari penyelesaian secara aman kepada krisis di Sabah.

Beliau berkata langkah kerajaan itu juga konsisten dengan saranan Ban Ki-moon, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa Malaysia dan pengganas penceroboh segera menamatkan  konflik di Sabah.

Malacañang sebelum ini berkata Presiden Aquino akan memaklumkan kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai konspirasi di sebalik serangan Sabah serta identiti "ringleaders."

Beliau juga berkata bahawa dari awal-awal lagi, kerajaan Filipina telah berusaha untuk menghindari pertumpahan darah di Sabah dan meminta Kirams dan pengikut mereka kembali dan membincangkan tuntutan mereka secara aman.

Presiden Filipina juga mempersoalkan keupayaan kewangan Kirams dan pengikut mereka untuk pergi ke Lahad Datu dengan senjata api dan peruntukan.

Baca lagi DISINI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...