Sunday, 10 February 2013

Pakatan perlu contohi BN, Adess! Pedas


Pembangkang perlu terima peringatan awal Perdana Menteri supaya mereka tidak menimbulkan huru-hara sekiranya kalah pada PilihanRaya Umum ke-13 (PRU13), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Nazri berkata, pembangkang harus mencontohi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sedia menerima kekalahannya di lima negeri pada pilihan raya umum lepas.  

"Walaupun kita kalah di beberapa buah negeri kita tak ada masalah langsung untuk serah kerajaan itu kepada pembangkang," katanya selepas menyampaikan bantuan Azam Tani Fasa 1 kepada 20 penerima di sini hari ini.

Nazri mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang berharap pembangkang menerima keputusan PRU-13 dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya itu.

Katanya, peringatan awal adalah untuk mengelakkan perkara itu berlaku selepas keputusan PRU-13 diumumkan.

"Perdana Menteri menyebut perkara ini kerana kecenderungan mereka(pembangkang) melakukan aktiviti-aktiviti demonstrasi yang negatif dan
menghasut rakyat.

"Kecenderungan pembangkang seolah-olah mereka sahaja yang betul dan hari ini usaha untuk memburukkan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dilakukan begitu hebat sekali, saya rasa ada kecenderungan itu di pihak mereka sekiranya mereka tidak menang dalam pilihan raya nanti," katanya.

Beliau berkata, Perdana Menteri mahukan rakyat lebih berhati-hati dan tidak menyokong usaha pembangkang untuk memporak perandakan rakyat selepas pilihan raya nanti.

Demonstrasi pembangkang menghasut rakyat supaya membenci BN kerana (dituduh) zalim adalah tidak betul kerana kerajaan BN adalah kerajaan yang baik, katanya.

"Kita (kerajaan BN) sudah buat segala apa yang kita janji...pembangkang hanya janji macam-macam tapi tidak tunaikan," katanya.

"Dalam keadaan (negara) stabil, aman damai, dia (pembangkang) mungkin nak kalah itu ada, sebab itu mereka sedang berusaha cari jalan bagaimana nak mendatangkan perasaan marah rakyat terhadap BN," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...