Tuesday, 12 February 2013

PANAS! Sabah Tolak Anwar



Seperti yang dijangka, campurtangan PR khususnya Anwar Ibrahim dalam mencatur calon pada PRU 13 di Sabah ditolak mentah-mentah oleh SAPP. 

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata perkara itu menunjukkan kumpulan pembangkang tidak boleh dipercayai untuk memegang tampuk pemerintahan negara.

Bercakap kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) di sini hari ini, beliau berkata ini berbeza dengan kerajaan BN yang lebih menumpu perhatian terhadap keperluan untuk berkhidmat dan memberi yang terbaik kepada rakyat.

Pairin, yang juga Presiden PBS, berkata rakyat terutama golongan atas pagar perlu membuat penilaian yang betul terhadap segala usaha dan pendekatan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya hanya kerajaan BN yang mampu membela dan meningkatkan taraf ekonomi mereka berdasarkan pengalaman melaksanakan pelbagai program tranfsformasi.

Mengenai kesudian SAPP untuk kembali ke pangkuan BN, beliau berkata: “Sekarang ini mereka sudah keluar…kalau mereka mahu masuk mereka fikir-fikir sendirilah.”

Mengenai sambutan Tahun Baharu Cina, Pairin berkata tradisi rumah terbuka menjadi elemen penting sebagai sebuah keluarga yang mewujudkan semangat kerjasama dan patriotisme.

“Kita perlu memahami keperluan yang kuat dan usaha untuk mewujudkan satu keadaan nasionalisme yang penuh perasaan cinta kasih sayang antara satu sama lain melalui perayaan,” katanya.

Turut hadir pada majlis rumah terbuka itu ialah Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili.

Turut mengadakan rumah terbuka ialah Gerakan di Kompleks Sukan Likas, MCA di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu dan SAPP di Sekolah Menengah Kian Kok, Likas. –MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...