Showing posts with label Rumah Mampu Milik. Show all posts
Showing posts with label Rumah Mampu Milik. Show all posts

Saturday, 9 March 2013

5 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat – Jumlah Rumah Kos Rendah Terlalu Rendah


Ramai yang bertanya, selama 5 tahun PKR memerintah Selangor, berapa banyakkah rumah kos rendah yang telah dibina, dan di mana? Serta berapa harganya? Ini kerana maklumat mengenainya adalah berbeza-beza dan meragukan.

Antara laporan kerajaan Selangor menyatakan bahawa sebanyak 5,612 projek rumah kos rendah telah dirangka. Dari jumlah itu hanya 287 yang telah disiapkan pada tahun lepas.

Kemudian terdapat pula kenyataan daripada kerajaan negeri Selangor pada 30 Oktober 2012 yang menyatakan bahawa 6,470 rumah kos rendah telah dibina sejak 2008.

Di celah-celah itu, kita juga dikejutkan dengan kenyataan Menteri Besar Selangor yang mencadangkan golongan berpendapatan tinggi untuk membeli rumah kos rendah tanpa sebarang syarat bagi mengatasi masalah rumah kategori itu yang masih tidak terjual.

Kenapakah satu isu yang mudah ini menjadi begitu sukar dan berbelit-belit walaupun ia hanya berkisar mengenai angka? Sedangkan ‘angka’ tidak boleh ditipu atau diubah-ubah. Jika 1000 rumah kos rendah yang terbina, ia tidak mungkin boleh menjadi 2,000 atau 500 walau bagaimana sekali pun kita cuba memusingkan faktanya.

Rakyat sudah mula memahami bahawa isu rumah kos rendah di Selangor adalah isu yang mendapat tempat paling bawah dalam keutamaan kerajaan negeri yang mementingkan keuntungan dan meletakkan ‘angka’ pendapatan negeri sebagai bukti kejayaan pemerintahan.

Di bawah kerajaan Barisan Nasional, tanah-tanah yang dicadangkan untuk pembinaan rumah kos rendah dijual kepada pemaju dengan harga RM1/kaki persegi bagi membantu pemaju membuat untung dalam usaha membantu rakyat miskin memiliki rumah. Namun, kerajaan Pakatan Rakyat telah menjadikan ‘tanah’ sebagai perniagaan dan sumber tersebut kini dinilai mengikut harga pasaran.

Logiknya, tiada pemaju yang berniaga untuk kebajikan dengan membina rumah kos rendah di atas tanah yang bernilai tinggi. Maka, tentulah sukar bagi kerajaan negeri untuk merealisasikan projek rumah kos rendah sepertimana yang diwar-warkan.

Pada November 2012, Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai telah menyuarakan keprihatinan parti itu terhadap masalah golongan berpendapatan rendah di Selangor untuk memiliki rumah sendiri. Beliau telah secara langsung mencadangkan agar kerajaan Selangor memberikan sahaja tanah kepada kerajaan persekutuan untuk membina projek tersebut.

Kerajaan yang bertanggungjawab seharusnya mengambil pendekatan seimbang dalam membangunkan projek komersial dan mewah serta memastikan yang kebajikan rakyat menjadi keutamaan dalam apa jua keputusan yang diambil.

Pendekatan inilah yang dipegang oleh Barisan Nasional sehingga membolehkan negara mencapai apa yang telah dicapai pada hari ini.

Amat malang bagi rakyat Selangor kerana kerajaan PR langsung tidak berminat dengan kebajikan rakyat.

Walaupun hartanah di Selangor menjadi topik hangat kerana akibat harga yang mencanak-canak tingginya, berita-berita mengenai hartanah di Selangor dan Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh majalah-majalah hartanah menggambarkan kawasan ini sebagai paling menarik di Asia bagi pembelian hartanah. Sudah tentu, berita sebegini adalah untuk menarik pembeli dari luar dan bukan untuk penduduk tempatan yang pastinya tidak mampu membeli hartanah tersebut.

Apa yang berlaku ini menggandakan lagi ‘kerugian’ di pihak rakyat Selangor kerana sudahlah mereka tidak mampu memiliki hartanah kerana terlalu mahal, mereka terpaksa pula menerima hakikat bahawa sebahagian besar hartanah di negeri ini bakal dimiliki oleh orang asing.

Berdasarkan fakta ini, PR telah membuktikan bahawa parti itu mungkin merupakan peniaga yang bijak, tetapi bukan sebuah kerajaan yang baik.

Selama lima tahun sahaja, PR sudah begitu banyak sekali merugikan rakyat Selangor, bayangkan jika lima tahun lagi diberi mandat untuk memerintah negeri ini, tidak mustahil, rakyat berpendapatan rendah akan dipijak-pijak sehingga separuh mati oleh kerajaan negeri sendiri.

Suara Generasi Baru
-

Monday, 25 February 2013

Sokongan Rakyat P.Pinang Terhadap BN Meningkat


Waduh! Guan Eng Weh! Apa macam! Ini statement ada baik punya! Rakyat Pulau Pinang sudah balik kepangkuan jalan. Sudah mahu undi BN ma! Lu apa bikin.. Bikin rumah besar-besar, juta-juta punya halaga woo! Mahai la. Itu olang singapore jugak ada beli. Malaysia punya olang talak loii woo..

Sokongan rakyat Pulau Pinang terhadap Barisan Nasional (BN) semakin baik berikutan kesedaran yang tinggi bahawa kerajaan DAP selama ini cuba mengelirukan mereka dengan mempromosi kebaikan diri sendiri.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata sebuah negeri yang kecil seperti Pulau Pinang memerlukan perancangan teliti untuk memelihara kelestariannya di samping terus mengutamakan kebajikan rakyat.

"Pendapatan Pulau Pinang adalah kecil kerana tidak mempunyai balak dan kuari. Mereka terpaksa menjual tanah untuk menambah pendapatan tetapi tanah pula terhad dan ia diterjemahkan dengan harga rumah yang lebih tinggi.

"Oleh kerana itu kerajaan DAP Pulau Pinang kini terpaksa bergantung kepada premium tanah sebagai sumber pendapatan negeri menyebabkan pulau kini hanya untuk orang kaya dan menjadi pulau botak kerana terpaksa dipotong untuk projek pembangunan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melaksanakan upacara sembahyang di kuil Kek Lok Si, Ayer Itam, di sini, Ahad, yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dr Chua berkata terdapat kira-kira 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM7,000 sebulan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rumah mampu milik kerana tidak banyak rumah di bawah harga RM400,000.

"Saya percaya jika Ketua Menteri Lim Guan Eng diberi lima tahun lagi untuk memerintah negeri ini, dia tidak mempunyai tanah lagi untuk dijual untuk menjadi sumber pendapatan negeri.

"Dengan memberi peluang kepada BN, Pulau Pinang akan kembali membangun kerana kita mempunyai pelan induk untuk membangunkan pelancongan, peruncitan, perkhidmatan kewangan dan mewujudkan pusat pemunggahan," katanya.

Dr Chua turut menasihati pengundi di Selangor agar menolak kerajaan pakatan pembangkang kerana mengamalkan politik yang memusnahkan diri apabila sanggup menggantung semua projek kerajaan persekutuan semata-mata untuk menunjuk kuasa.

Beliau berkata akibat daripada tindakan pakatan pembangkang itu, rakyat yang sebelum ini memberi mereka undi dengan harapan menikmati kehidupan lebih baik, sebaliknya hidup menderita.

"Apa yang diluluskan Kerajaan Pusat adalah untuk kepentingan rakyat, bukannya untuk syok (seronok) sendiri, bukan untuk Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) atau penyokong BN, ia untuk semua orang.

"Apa yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Selangor adalah untuk menunjukkan kuasa. Siapa yang akan menderita? Rakyat akan menderita dan rakyat patut protes," katanya.

Sementara itu, beliau berkata MCA memberi sumbangan sebanyak RM200,000 kepada kuil Kek Lok Si yang merancang untuk membina sebuah hospital lima tingkat mengandungi 50 katil untuk orang kurang mampu.

"Saya berharap rancangan itu mendapat sambutan pelbagai pihak dan menghulurkan bantuan bagi menjayakan pembinaan hospital itu," katanya. - BERNAMA
-

Tuesday, 19 February 2013

DAP Bina Rumah Nilai RM 1 Juta Di Pulau Pinang Untuk Halau Orang Melayu


Apabila bercakap mengenai Negeri Pulau Pinang, Guan Eng akan kata, negeri yang maju dan makmur dibawah pemerintahan DAP. Berbagai-bagai papan tanda dipasang disekitar Pulau Pinang menunjukkan Kerajaan DAP Pulau mentadbir negeri dengan berkesan. Begitu jugalah dengan promosi-promosi agenda DAP dalam Buletin Mutiara yang diedarkan percuma untuk warga Pulau Pinang.

Tanpa sedar, Kerajaan DAP Pulau Pinang yang gah dengan agenda tersebut cuba mengaburi mata rakyat Pulau Pinang dengan peningkatan harga hartanah yang melambung tinggi berlipat kali ganda. Kemampuan rakyat Pulau Pinang untuk membeli rumah adalah diluar jangkauan bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana. Sebagai contoh, harga sebuah rumah teres setingkat sebelum 2008 adalah sekitar RM200,000 hingga RM300,000 sebuah berbanding sekarang dibawah Kerajaan DAP antara RM450,000 hingga RM650,000 sebuah. Fuh! Siapa yang mampu beli ni?

Rata-rata rakyat Pulau Pinang yang berpendapatan rendah dan sederhana adalah dikalangan orang Melayu dan India. Mana mungkin dayabeli deme ni ke atas harga yang tak masuk akal tersebut. Seperti contoh di Batu Maung, Bayan Lepas dan Balik Pulau dimana harga rumah hingga tak masuk akal mencecah jutaan ringgit. Contoh lain, seperti  di Air Itam nilai hartanah pada harga RM450,000 sebelum 2008 dan sekarang telah mencecah nilai RM1 Juta. Siapa yang membeli rumah-rumah ini? Apakah agenda DAP sebenarnya di Pulau Pinang? Fikir-fikirkan lah..
-

Wednesday, 13 February 2013

Rumah Mampu Milik Diskaun 20 Peratus


Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembinaan 25,500 unit rumah mampu milik di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di kawasan Iskandar Malaysia di sini.

Perdana Menteri berkata pembinaan rumah mampu milik itu di kawasan seluas 157.8 hektar dan siap dalam tempoh tiga tahun itu membabitkan usahasama PR1MA Berhad engan lima pemaju perumahan.

Beliau juga mengumumkan bahawa pemohon yang layak membeli rumah PR1MA di negeri itu akan mendapat potongan harga daripada RM250,000 kepada RM199,000 seunit.

Beliau berkata harga pasaran untuk setiap rumah tersebut adalah sebanyak RM250,000, namun menerusi kerjasama kerajaan dan swasta dalam bentuk sumbangan kemudahan dana oleh kerajaan, projek itu dapat dilaksanakan lebih cepat denganharga yang lebih rendah daripada pasaran.

"Ini merupakan diskaun yang agak besar iaitu dengan pengurangan sebanyak RM51,000 atau potongan lebih 20 peratus melalui sumbangan dana kemudahan yang disediakan oleh kerajaan," katanya ketika berucap pada majlis cabutan undi rumah mampu milik Nusantara PR1MA di Dewan Raya, Bandar Putra, di sini, Selasa.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Besar Johor Datuk Abd Ghani Othman, Menteri dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Pengerusi PR1MA Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.

Najib berkata sebanyak 15,500 unit rumah akan dibina dengan oleh syarikat pemaju swasta iaitu Iskandar Waterfront Holding Sdn Bhd di Danga Bay, Plentong dan Masai; Casa Grey City Sdn Bhd di Tebrau, Larkin dan Plentong serta Aturan Prisma Sdn Bhd Sdn Bhd di Larkin.

Manakala Cahaya Bumimas Sdn Bhd pula akan terlibat dengan pembinaan PR1MA diBandar Layangkasa, Pasir Gudang dan Tentu Canggih Holdings Sdn serta PIJProperty Sdn Bhd pula di kawasan Plentong.

Projek tersebut akan dijalankan dengan kerjasama anak syarikat kerajaan negeri Johor, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd sebagai pemilik tanah.

Selain itu, PR1MA juga akan membangunkan sebanyak 10,000 unit kediaman mampumilik di atas tanah kerajaan di Tampoi yang melibatkan kawasan seluas 80 hektar.

Sementara itu, Najib berkata kaedah cabutan undi membabitkan 201 unit di Nusantara PR1MA itu dapat memastikan ketelusan sekali gus mengelakkan pilih kasih dalam pemberian rumah PR1MA.

"Kita tidak mahu pemberian rumah dilakukan berdasarkan siapa yang kita kenali yang mana kita buat satu secara paling telus (pengundian).

"Peti undi pun telus (lut sinar) sekali supaya kita boleh tengok dan kitajuga lantik juru audit supaya dapat memantau proses pengundian supaya tidakberlaku pilih kasih," katanya.

Projek Nusantara PR1MA itu adalah usahasama Denia Development Sdn Bhd dengan UEM Land Bhd., sebagai pemilik tanah manakala PR1MA bertindak memberi sokongan dana pemudah cara melalui Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

Dalam pada itu, Jamaluddin berkata kemudahan seperti kedai, klinik, tempatpermainan dan rumah ibadat akan turut dibina di setiap kawasan projek tersebut.

Beliau berkata kesemua rumah PR1MA akan diselenggara oleh pihaknya berbanding projek perumahan lain yang menyelenggara kediaman mereka sendiri.-- BERNAMA
-

Friday, 8 February 2013

Berita Baik Bagi Orang Tasek Gelugor



Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) mengenal pasti sebidang tanah seluas 100 hektar di Ara Kuda, Tasek Gelugor dekat sini bagi membolehkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dibina di situ.
Pengerusi Perda Datuk Azhar Ibrahim berkata pihaknya sedang berunding dengan PR1MA bagi membolehkan projek perumahan rakyat itu dibina dalam tempoh terdekat demi kepentingan rakyat Pulau Pinang.
"Berapa unit dan bila akan mula dibina masih dalam perbincangan kerana ia bergantung kepada pihak PR1MA untuk memutuskannya. Perda terlibat dalam urusan jual beli tanah sahaja," katanya selepas melancarkan fasa kedua Taman Panchor Utama, di sini Jumaat.
Turut hadir Pengurus Besar Perda Saringat Hassan.
Sementara itu, Azhar berkata 140 unit rumah pelbagai jenis akan dibina menerusi projek bernilai RM17 juta itu dan ia dijangka siap sepenuhnya pada April tahun depan.
Katanya semua rumah yang dibina Perda termasuk lebih 11,000 unit sejak beberapa tahun lepas lebih murah berbanding harga pasaran.
"Setiap unit rumah berharga antara RM170,000 dan RM200,000 dan ia jauh lebih murah daripada harga pasaran dan harga yang ditawarkan kerajaan negeri Pulau Pinang," katanya.
Dalam perkembangan lain, Azhar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah membentangkan belanjawan bagi membina 18,000 unit rumah mampu milik pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lepas.
"Saya pelik macam mana beliau mahu bina 18,000 unit rumah mampu milik dengan kos RM500 juta sedangkan perkara itu tidak pernah dibentangkan pada Persidangan DUN, sepatutnya ia perlu mendapat kelulusan dewan terlebih dahulu sebelum melaksanakannya.
"Selama lima tahun memerintah Pulau Pinang tiada sebuah rumah pun kerajaan negeri bina, bila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) datang negeri ini dan umum nak bina 20,000 PR1MA barulah dia (Lim) pun kalut," katanya.
Azhar berkata tindakan Lim mengumumkan pembinaan rumah mampu milik itu adalah gimik politik sahaja kerana pilihan raya umum sudah makin hampir.
"Janji nak mansuhkan tol 50 sen di Tol Sungai Nyior pun tak boleh buat lagi sampai sekarang, inikan pula nak bina rumah untuk rakyat di negeri ini, itu semua hanya gimik politik dan janji kosong mereka sahaja," katanya.BERNAMA
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...