Showing posts with label Hospital. Show all posts
Showing posts with label Hospital. Show all posts

Monday, 11 March 2013

UPDATED 10.00 PM : Mayat Komander Pengganas Sulu Dikenalpasti di Hospital Lahad Datu


Komander Pengganas Sulu Haji Musa telah dikenal pasti antara 18 mayat dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat. Menurut laporan Oye Times,  badan-badan yang telah reput dibawa dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, Bagaimanapun, bedah siasat akan dijalankan oleh Pakar Patologi dari Hospital Pulau Pinang untuk mengenal pasti mayat.

"Salah satu daripada 18 mayat dibawa ke Hospital Lahad Datu menyerupai Musa," kata ASP Hussien Omar Khan, Ketua Forensik untuk Ops Daulat.

Menurut Ketua Polis Lahad Datu Supt Shamsudin Mat, Solat Jenazah akan disempurnakan untuk semua mangsa yang telah meninggal dunia semasa konfrontasi,.Beliau menambah, ia tidak kira sama ada si mati adalah rakyat Malaysia atau Filipina.

"Memandangkan mereka juga adalah orang Islam, kita mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan solat sebelum pengebumian mereka," katanya.
-

Tuesday, 5 March 2013

UPDATED 8.50 PM : 'Ops Daulat' Di Kampung Tanduo, Hospital Lahad Datu Siap Siaga



Sebaik mendapat maklumat pasukan keselamatan melancarkan 'Ops Daulat' terhadap penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, kakitangan di Hospital Lahad Datu berada dalam keadaan bersiap siaga sejak 7 pagi hari ini. Hospital Lahad Datu terletak kira-kira 130km daripada Kampung Tanduo.

60 kakitangan Hospital tersebut bersiap sedia untuk merawat mana-mana mangsa dan mereka yang cedera.

Menurut Bernama, Hospital Lahad Datu dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi bagi krisis ini sambil menambah hospital itu menjadi pelengkap kepada peranan Hospital Duchess of Kent di Sandakan yang bertindak sebagai hospital utama.

Keadaan di Hospital Lahad Datu agak tenang sejak pihak media tiba seawal 8 pagi Selasa.

Bagaimanapun, pita keselamatan direntang dengan pintu masuk ke unit kecemasan dikawal dan pengumuman dibuat dari semasa ke semasa bagi mengingatkan petugas terbabit untuk bersedia sepanjang masa.
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...